Anda di halaman 1dari 22

Kemahiran menulis peringkat awal yang perlu

dikuasai agar kanaka-kanak dapat menghasilkan


tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-
aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap
dan membentuk huruf adalah penting untuk
memberi latihan dan pengalaman asas agar
pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran
selanjutnya seperti menulis suku kata, rangkai
kata dan sebagainya.
Kematangan urat saraf dan urat daging adalah
diperlukan bagi mengawal jari dan tangan,
seterusnya kematangan tersebut perlu untuk
penyelarasan antara mata dan tangan.
PERINGKAT PERKEMBANGAN
MELUKIS KANAK-KANAK
Menurut Lowenfeld lukisan kanak-kanak terbahagi
kepada 6 iaitu :
i. Contengan ( 2-4 Tahun )
ii. Praskematik ( 4-7 Tahun )
iii. Skematik ( 7-9 Tahun )
iv. Realism ( 9-12 Tahun )
v. Penaaakulan ( 12-14 Tahun )
vi. Remaja ( 14-17 Tahun)
CONTENGAN ( 2-4 TAHUN).
Elemen ini terbahagi kepada 3 :
contengan tanpa kawalan,
contengan terkawal,
contengan bermakna.

Kanak-kanak menconteng menggunakan apa saja


bahan atau alat pada sebarang permukaan.
Lukisan tidak menggambarkan imej dan cara
memegang alat mengikut keupayaan.
PRA-SKEMATIK ( 4-7 TAHUN ).

Elemen ini mengambarkan kanak-kanak


melukis bentuk yang terdapat di
persekitaran. Imej manusia digambarkan
dengan rupa asas. Kanak-kanak cuba
membuat penyataan sendiri.
SKEMATIK ( 7-9 TAHUN ).

Lukisan banyak menggunakan simbol


tetapisifatnya tidak kekal dan berubah mengikut
tahap perkembangan. Lebih kepada lukisan
manusia dan objek yang menarik perhatian
mereka. Lukisan banyak menggunakan bentuk
geometri.
REALISM ( 9-12 TAHUN ).
Lukisan mereka menampakkan ciri-ciri perbezaan
jantina bagi manusia. Objek dilukis berdasarkan
kesedaran tampak dan bukan melalui
pengamatan mereka. Kefahaman ruang
digambarkan kesan tindih-tindih objek. Objek
tertumpu di bahagian bawah iaitu tanah. Lukisan
figura dilukis secara naturastik.
PENAAKULAN ( 12-14 TAHUN ).

Menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar.


Peringkat peralihan zaman kanak-kanak kepada
remaja. Lukisan di olah lebih natural serta
memahami konsep ruang. Mengubahsuai gambar
orang dan haiwan ke dalam bentuk kartun.
Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan
Day Hurwitz dan Day (2001) ;

i. peringkat manipulatif,
ii. peringkat membuat simbol
iii. peringkat pra-remaja.
Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4
Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada


pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di
dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun.

Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak


terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan
menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil
serta bahan-bahan lain.

Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak
menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada
usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi
dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai
media.
Empat peringkat contengan pada
peringkat manipulatif

i. contengan garisan tidak terkawal,


ii. contengan garisan terkawal,
iii.contengan rupa terkawal dan
iv.contengan rupa.
i. Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak
mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-
ulang.

ii. contengan garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih


menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat
pertama.

iii. contengan rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang


mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka.

iv. contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya


mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat
ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan
keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan
menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil.
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian
adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk
melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah
mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh
mereka.

Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada


keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara
mata dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada
peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai.
(b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)

Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula


beralih ke peringkat menghasilkan simbol.

Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat


sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun. Pada peringkat
ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan
sekelilingnya.
c) Peringkat praremaja.

Peringkat praremaja bagi kanak-kanak yang berumur


antara 10 tahun hingga 13 tahun. Pada peringkat ini,
kanak-kanak cuba melukis figura dengan saiz yang betul
dimana lukisannya lebih rasional dengan pilihan warna
yang lebih tepat dengan adanya bayang-bayang pada
lukisan
Terdapat pelbagai aktiviti yang digunakan untuk
mengembangkan kemahiran melukis antaranya ialah:
Menulis huruf tersebut berulang kali
sehingga mereka mahir.
Memberi pendedahan tentang pelbagai
perkara (imajinasi)
Menggunakan saiz pensel warna yang
agak besar.
Menggunakan pensel warna berbentuk
tiga segi . Kanak-kanak dapat pegang
dengan lebih kemas

Anda mungkin juga menyukai