Anda di halaman 1dari 2

PENYAKIT RUBELA

Rubela atau dikenali sebagai German measles merupakan sejenis penyakit yang disebabkan
oleh sejenis virus biasanya ditemui pada tekak, darah dan najis individu yang dijangkiti. Rubela
dicirikan dengan bintik-bintik ruam merah. Ancaman virus Rubela yang paling menakutkan oleh
virus rubela ini sekiranya ia menjangkiti wanita yang hamil dalam tempoh 12 minggu pertama
atau tiga bulan. Ini disebabkan virus rubela boleh merentasi sistem pertahanan uri dan masuk
ke dalam tubuh janin yang sedang membentuk menjadi bayi. Jangkitan virus rubela pada bayi
dikenali sebagai sindrom konginetal rubela. Sindrom konginetal rubela terutama pada peringkat
awal kehamilan ini dianggap merbahaya kerana sifat janin mula membentuk. Sindrom
konginetal rubela memberikan risiko kecacatan yang tinggi terhadap bayi dalam kandungan
termasuk kecacatan seperti buta, katarak, hilang pendengaran, masalah jantung dan
adakalanya terencat akal. Dianggarkan lebih 85 peratus bayi yang dijangkiti dalam tempoh tiga
bulan pertama kehamilan terdedah dengan risiko yang berbahaya. Malah wanita hamil yang
dijangkiti sindrom konginetal rubela pada akhir tempoh mengandung juga berhadapan dengan
risiko bayi yang dilahirkan mempunyai perkembangan yang lambat bagi belajar berjalan atau
melakukan aktiviti-aktiviti yang mudah. Rubela pada remaja dan orang dewasa dicirikan dengan
pening kepala, sakit tekak, demam dan ruam kecil berwarna merah merupakan sejenis penyakit
yang amat mudah berjangkit. Ia biasanya menjangkiti kulit dan kelenjar limfa.

Pertahanan badan
Sehingga kini, belum ada rawatan yang dapat menghindar atau membantu wanita yang
mendapat jangkitan rubela semasa hamil. Oleh itu kaedah suntikan vaksin vaksinasi digunakan
dan kaedah vaksinasi dapat melindungi wanita dan bayi yang bakal dilahirkan daripada sindrom
konginetal rubela. Suntikan vaksin ini merangsang sistem pertahanan tubuh dengan
menghasilkan antibodi. Wanita yang telah mendapatkan vaksinasi, perlu menunggu sehingga
tiga bulan selepas vaksinasi sebelum merancang untuk hamil. Vaksin diperbuat daripada
bakteria yang sama atau sebahagian daripada bakteria yang menyebabkan terjadinya penyakit
tersebut. Bezanya bakteria yang terdapat dalam vaksin yang disuntik adalah bakteria yang telah
mati atau dilemahkan. Justeru, bakteria ini tidak akan menyebabkan mereka yang disuntik jatuh
sakit. Sistem pertahanan tubuh akan bertindak balas pada vaksin yang disuntik ke dalam tubuh
ibu yang menyebabkan terbentuknya antibodi. Antibodi akan melindungi tubuh sekiranya anda
diserang oleh penyakit tersebut termasuklah bayi atau janin dalam kandungan. Bagaimanapun
sekiranya seseorang wanita itu telahpun hamil, dia tidak digalakkan diberikan vaksinasi.
Imunisasi ini tidak akan dilakukan terhadap wanita yang hamil.

Rekod serangan Rubela


Penyakit Rubela ditakuti kerana rekod serangannya yang menakutkan. Ketika wabak Rubela
merebak di Amerika Syarikat pada tahun 1967-1965, lebih 20,000 bayi telah dilahirkan cacat.
Wabak Rubela juga dikatakan menyebabkan sekurang-kurangnya 10,000 kes keguguran dan
bayi yang lahir mati sejurus dilahirkan. Dianggarkan 25 peratus bayi yang mendapat jangkitan
rubela pada tiga bulan pertama usia kandungan dilahirkan dengan satu jenis atau lebih
kecacatan. Ibu-ibu yang mendapat jangkitan rubela selepas trimester yang kedua, risiko
mendapat sindrom konginetal rubela boleh menyebabkan masalah lain seperti:

Lahir tidak cukup bulan


Berat badan yang kurang
Masalah makan
Cirit-birit
Jangkitan kuman dalam paru-paru
Anemia
Radang paru-paru
Mudah mengalami pendarahan
Bintik-bintik merah ungu pada muka dan tubuh
Pembengkakan hati dan limpa

Langkah pencegahan
Untuk menghindar daripada penyakit Rubela, seseorang itu boleh menjalani ujian darah bagi
mengenal pasti sama ada terdapat antibodi terhadap rubela di dalam darah mereka. Wanita
yang merancang untuk hamil dinasihatkan menjalani ujian imuniti terhadap rubela sebelum
mereka hamil. Vaksinasi dapat melindungi wanita dan bayi yang bakal dilahirkan daripada
sindrom konginetal rubela. Imunisasi ini tidak akan dilakukan terhadap wanita yang hamil.
Bagaimanapun, doktor tidak akan menggugurkan kandungan sekiranya wanita terbabit tidak
menyedari bahawa mereka hamil ketika mendapat suntikan imunasi. Rubela amat mudah
berjangkit dalam tempoh satu minggu sehinggalah tujuh hari selepas ruam timbul.

Sumber : https://doktorkita.org/kkmPerbincangan:Penyakit_Rubela

Anda mungkin juga menyukai