Anda di halaman 1dari 3

Penyakit Asma

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran
bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput
dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma
mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini
terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Asma di kalangan kanak-kanak


Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus.
Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia
meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai
usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.
Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun.
Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang
akan sembuh.

Patogenesis
Masalah utama kelihatannya sistem pertahanan immunologikal: kanak-kanak pada awal asma
menunjukkan keradangan melampau di laluan udara.
Epidemiologi memberikan bukti kepada patogenesis: serangan asma menunjukkan peningkatan
seluruh dunia; asma lebih biasa di negara kaya, dan lebih tinggi dikalangan mereka yang
berpendapatan tinggi di dalam sesebuah negara.
Satu teori adalah ia merupakan penyakit kebersihan. Secara semulajadi, kanak-kanak terdedah
kepada bakteria sebaik sahaja dilahirkan, "menghidupkan" sel limfosit Th1 sistem imunisasi yang
mengendalikan serangan jangkitan bakteria. Jika perangsang tidak mencukupi (sebagaimana,
kemungkinannya dalam persekitaran bersih moden) kemudian asma dan penyakit alahan lain
terbentuk. "Hipotesis Kebersihan - Hygiene Hypothesis" mungkin menjelaskan mengenai
peningkatan asma dikalangan penduduk kaya.
Teori lain yang berkait dengan di atas mengenai sistem imunisasi badan yang mempertahankan diri
daripada sesetengah parasit, seperti cacing pita. Limfosit Th2 dan sel eosinophil yang membantu
kita dari cacing merupakan sel yang sama bertanggung jawab bagi tindakbalas alahan. Di negara
barat parasit sebegini jarang dijumpai tetapi tindak balas pertahanan badan kekal dan dimulakan
dalam badan sesetengan orang oleh sesetengah alahan.
Teori ketiga menyalahkan peningkatan asma ke atas pencemaran udara. Sungguhpun diketahui
secara meluas bahawa pendedahan tinggi pada sesetengah bahan kimia industri mampu
menyebabkan serangan asma teruk, ia tidak terbukti bahawa proses yang sama bertanggung jawab
bagi pembentukan asma. Di Eropah Barah, kebanyakan pencemaran udara menurun dengan jelas
dalam tempoh empat puluh tahun sedangkan kes asma meningkat.
Pencetus biasa serangan asma termasuk:

alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould
spores), epithelials binatang peliharaan
udara sejuk
senaman
jangkitan sistem pernafasan
tekanan emosi
aspirin dan ubat seumpamanya
Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.

Gejala
Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul atau berbunyi (wheeze),
menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadang kala dengan kehadiran lendir jernih (clear
sputum). Kebiasaannya ada pelbagai tanda, seringkali dengan permulaan pantas,perubahan cuaca
persekitaran dan berkaitan dengan pencetus yang disenarai di atas. Gejala sering semakin teruk
pada waktu malam atau ketika berjalan. Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak
nafas. Asma kadang kala berkait dengan masalah ketidakhadaman asid (acid indigestion), terutama
dengan pesakit berusia.
Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang berbanding masa
mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas sternum & klavikel, dada
mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (rhonkhi). Dalam serangan asma teruk
pesakit mungkin menjadi biru (cyanosed) dan boleh pengsan. Antara serangan asma pesakin
mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.

Diagnosis
Dalam kebanyakan kes doktor boleh membuat diagnosa berasaskan gejala dan tanda-tanda biasa.
Pertukaran pantas biasa dalam halangan saluran udara boleh dipastikan dengan penurunan fungsi
jantung (pulmonari) selepas bersenam atau menghidu histamina, dan kelegaan setelah menghidu
ubat bronkodilator. Kebanyakan orang dengan asma mempunyai alahan; ujian alahan positif
menyokong diagnosa asma dan mungkin membantu mengelakkan punca serangan. Ujian lain
sebagai contoh x-ray dada mungkin diperlukan untuk memastikan penyakit dada yang lain.

Rawatan
Simptom
Kejadian nafas bersiul dan semput biasanya bertindak balas dengan inhaled bronchodilator yang
bertindak dengan menenangkan otot licin ("smooth muscle") pada dinding bronchi (laluan udara).
Kejadian lebih teruk mungkin memerlukan pengambilan singkat steroid ditelan yang memendamkan
keradangan dan pembengkakan lapisan pada laluan udara.

bronchodilator dihidu
Short-acting selective beta2-adrenoceptor agonists (ex. albuterol (salbutamol), terbutaline)
Antimuscarinics (ex. ipratropium, oxitropium)
Systemic steroids (ex. prednisone, prednisolone, dexamethasone)
Oxygen to alleviate the hypoxia (but not the asma per se) that is the result of extreme asma
attacks.
Jika ketidakhadaman asid ("Acid indigestion -GERD") merupakan sebahagian dari serangan, ia
juga perlu dirawat atau ia akan memulakan proses keradangan semula.

Langkah Mencegah
Punca seperti haiwan peliharaan dan aspirin perlu dipastikan dan dielakkan. Mereka yang
mempunyai simptom asma sepanjang hari biasanya berasa lega dengan ubat penghalang
berterusan. Ubat penghalang yang paling berkesan adalah steroid yang dihidu.

Penghidu (inhaler ) kortikosteroid (contohnya flutikasone, budesonide, beclomethasone,


mometasone)
Leukotriene antagonis (contohnya montelukast sodium, zafirlukast)
Agonist beta2-adrenoseptor tahan lama (contohnya salmeterol, formoterol)
Penstabil sel Mast (contohnya kromolyn sodium (sodium kromoglykate), nedokromil)
Ambil ubat seperti yang dicadangkan oleh doktor. Jika serangan asma semakin teruk, jangan tunggu
sehingga janji temu seterusnya. Bawa ubat ke mana-mana saja anda pergi. Elakkan daripada
menghisap rokok atau berada berdekatan dengan orang yang menghisap rokok. Ambil ubat
sebelum anda ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma. Jika anda sering
mendapat serangan asma yang teruk, sentiasalah membawa senarai ubat daripada doktor anda.

Sumber : http://moodpro.tripod.com/inyakit/asma_pg1.htm

Anda mungkin juga menyukai