Anda di halaman 1dari 15

DIABETES MELLITUS (DM)

Julat Bacaan Glukosa dalam darah


Apakah Diabetes Mellitus
• Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana
ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan
negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah
dilakukan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih
dari 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes.

• Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di


dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah
satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung
atau angin ahmar.
Dua jenis diabetes
• Jenis 1 – “Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus”
(bergantung pada Insulin)
– Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
– Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

• Jenis 2 – “Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes


Mellitus” (tidak bergantung pada insulin)
– Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes
adalah penghidap jenis ini.
– Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

• Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang


berada di sempadan tahap gula yang tinggi, yang dikenali
sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.
Apakah tanda-tanda amaran diabetes?

• Penyakit diabetes sering berlaku secara senyap, terutamanya pada


peringkat awal. Walau bagaimanapun, gejala yang biasa dialami
ialah:
• Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
• Letih
• Berat badan menurun
• Penglihatan kabur
• Otot lemah
• Gatal
• Lain-lain gejala termasuk:
• Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
• Luka yang lambat sembuh
• Kencing yang kerap
• Gatal pada bahagian kemaluan
• Rasa kebas
• Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui
anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik
kesihatan berdekatan.
Siapakah yang mempunyai risiko tinggi
untuk mendapat diabetes?
• Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda
untuk menghidapi diabetes
• Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah,
semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
• Impaired glucose tolerance (IGT).
• Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
• Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
• Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau
lebih ).
• Tekanan darah tinggi
• Tidak aktif -gaya hidup sedentari
• Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang
pengambilan makanan berserat
• Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .
Gb.1 Perkiraan jumlah orang dewasa dengan DM menurut
kelompok umur untuk negara maju dan negara berkembang
Gambar 2. Prevalensi DM global menurut usia
Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk
mengelakkan dari mendapat diabetes?
• Mengawal pengambilan makanan
– Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan
berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
• Melakukan senaman fizikal
– Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan
membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat
membantu anda mengurangkan berat badan.
• Ubatan
– Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
– Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan
pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam
darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.
Diabetes Mellitus Tipe 1
Answer Me
• https://www.proprofs.com/quiz-school/quiz
show.php?title=Njg5OTIzOWRB&q=5

Anda mungkin juga menyukai