Anda di halaman 1dari 4

HARI DIABETES SEDUNIA 2021 (14 NOVEMBER 2021)

1. Pameran
 Kesedaran berkaitan diabetes
Apakah penyakit diabetes?
Kencing manis secara ringkasnya merupakan satu masalah kesihatan yang
berkaitan dengan kadar gula dalam darah yang tinggi. Ia adalah satu keadaan
yang mengganggu dan merosakkan keupayaan badan untuk memproses
glukosa darah atau dikenali sebagai gula dalam darah. Diabetes juga ialah
penyakit jangka masa panjang yang disebabkan oleh badan tidak dapat
menghasilkan insulin yang mencukupi, atau tidak dapat menggunakan insulin
dengan betul. Insulin ialah hormon yang mengawal paras gula dalam darah
dengan membenarkan gula masuk ke dalam sel-sel, dan dengan itu,
menurunkan paras gula dalam darah.
Punca-punca/faktor
Apakah faktor-faktor diabetes? Faktor diabetes adalah:
- Berlebihan berat badan
- Sejarah keluarga iaitu mempunyai ahli keluarga yang mempunyai
masalah diabetes
- Jangkitan atau penyakit yang menjejaskan pankreas (terdapat
penyakit-penyakit virus tertentu contohnya hepatitis B dan penyakit
pankreas contohnya badan mengandungi sel-sel yang merosakkan
sistem keimunan yang boleh menyebabkan keradangan dan
mengurangkan kebolehan pankreas membuat insulin)
- Tekanan darah tinggi
- Obesiti atau berat badan berlebihan
- Kolesterol tinggi
- Mempunyai masalah kencing manis ketika mengandung
- Mempunyai sejarah kelahiran bayi yang besar
- Umur
- Tidak selalu bersenam atau kurang aktiviti fizikal
- Mempunyai penyakit Polycystic ovarian syndrome
Simptom/gejala
Apakah gejala diabetes?
Ada beberapa tanda dan gejala diabetes yang dapat anda kenali sebagai gejala
umum yang terjadi pada penghidap diabetes. Walau bagaimanapun, tidak
semua tanda dan gejala akan dialami oleh pesakit diabetes.
Tanda dan gejala diabetes adalah :
- Jumlah air kencing yang dikeluarkan lebih banyak dan kerap kencing
(Polyuria)
- Sering atau cepat rasa haus/dahaga (Polydipsia)
- Lapar yang berlebihan atau makan banyak (Polyphagia)
- Urin mengandungi paras gula yang tinggi (Glycosuria)
- Berat badan turun mendadak
- Rasa kebas pada hujung saraf di telapak tangan & kaki
- Cepat penat dan lemah sepanjang masa
- Mengalami rabun penglihatan
- Luka lambat sembuh
- Mudah terkena jangkitan kuman terutama pada kulit.
Langkah pencegahan
Langkah mudah untuk mengelakkan penyakit diabetes adalah:
- Melakukan aktiviti fizikal
Bersenam sudah pasti akan menyihatkan tubuh badan. Dalam pada
itu, ia mampu menurunkan berat badan, merendahkan kadar gula serta
menguatkan sensitiviti terhadap insulin.
- Megurangkan berat badan
- Amalkan gaya hidup yang sihat
- Mengambil lebih banyak serat dalam makanan
Makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan
kekacang sangat bagus dalam mengawal gula dalam darah. Bukan itu
sahaja, ia juga mampu membantu merendahkan risiko sakit jantung
serta membuat anda kekal kenyang walaupun tidak banyak makan.
- Amalkan lebih banyak bijiran penuh
Makanan yang dikategorikan sebagai bijirin penuh juga dikatakan
mampu membantu mengawal gula dalam darah. Jadi, lebihkan
pengambilan makanan bijirin penuh seperti roti, pasta dan bijirin.
- Abaikan ‘Fad Diet’
“Fad Diet” adalah diet rendah karbohidrat, diet indeks glisemik serta
pelbagai lagi jenis diet yang boleh membantu anda mengurangkan
berat badan. Ia mungkin baik dari satu segi namun keberkesanannya
dalam usaha untuk cegah diabetes dan kesan jangka masa panjangnya
tidak diketahui secara keseluruhan.
- Amalkan vitamin D
Vitamin D memang diketahui dapat memberi pelbagai manfaat
terhadap tahap kesihatan tubuh badan kita. Antara manfaat yang
dibawa olehnya adalah ia dapat mengawal kalsium dalam tubuh
badan kita. Kesannya, ia dapat membantu menguruskan tahap gula
dalam darah anda.
Jenis-jenis
Diabetes jenis 1
- Badan (pankreas) tidak dapat menghasilkan insulin sendiri, dan anda
memerlukan suntikkan insulin sepanjang hayat anda. Anda juga perlu
pastikan anda makan dengan sihat, sering membuat aktiviti fizikal
dan uji gula darah dengan rutin.
- Biasanya bermula sebelum umur 40 tahun, lebih kerap semasa
remaja.
- Tidak boleh dicegah
Diabetes jenis 2
- Sel-sel badan tidak bertindakbalas kepada insulin dengan berkesan
dan badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk
mengatasi kerintangan insulin
- Jenis diabetes ini lebih biasa dijumpai berbanding dengan diabetes
jenis1.Di seluruh dunia, 90% pesakit diabetes menghidap diabetes
jenis 2.
- Faktor-faktor risiko utama ialah berat badan berlebihan/ obes dan
tidak membuat aktiviti fizikal.
- Pradiabetes (paras gula darah yang lebih tinggi daripada julat biasa,
tetapi tidak cukup tinggi untuk diberi diagnosis diabetes)
meningkatkan risiko mendapat diabetes. Jika anda ada pradiabetes,
perubahan gaya hidup boleh membawa paras gula darah anda balik ke
normal.
- Akhirnya, sesetengah orang mungkin memerlukan ubat walaupun
mereka telah membuat perubahan gaya hidup.
Diabetes gestasi
- Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational
Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang
berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak menghidap
diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi
dari paras mereka yang hamil normal.
- Paras gula darah meningkat semasa kehamilan.
- Biasanya berlaku dalam trimester kedua (minggu 14 ke 26
kandungan).
- Meningkatkan risiko mendapat kerumitan semasa kehamilan dan
bersalin, dan mendapat diabetes jenis 2 pada masa depan.
Diagnosis dan rawatan
Kesan kepada kesihatan
 Dalam bentuk poster (tampal dekat board)
 Flyers (untuk bagi siapa yang datang)
 Cenderamata
2. Pemeriksaan kesihatan
 Check Berat
 Check Tinggi
 Check Tekanan Darah
3. Kuiz (dalam bentuk A4)
 Hadiah disediakan 1-3 (tuntut di library)
 Pemenang akan diberitahu selepas majlis menggunakan platform sosial
media/whatsapp

Anda mungkin juga menyukai