Anda di halaman 1dari 7

2020082320239 GBM 1103

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS KOTA BHARU

UJIAN TERBUKA (OBT) PEPERIKSAAN MEI 2021


 
PROGRAM
(Programme)  PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN
(Intake)  JUN 2020

SEM
(Sem)  SEM 2

 
ANGKA GILIRAN 2020082320239
(Index Number )

0211110204622
NO.K/PENGENALAN 021111020462
(Identity Card No.)

KOD KURSUS
(Course Code) GBM 1103

 
NAMA KURSUS BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL
(Course Title)

 
TARIKH 21/5/2021
PEPERIKSAAN
(Examination Date)

 
ARAHAN KEPADA CALON
1.     Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words menggunakan font
Arial 12, serta langkau 1.5 baris bagi tulisan rumi.  Jawi / Traditional Arabic 18 dan langkau
1.5 baris bagi tulisan Jawi/Arab.Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan
nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan
header.

2.    Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiat dan hendaklah mematuhi peraturan
penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3.    Calon hendaklah menjawab soalan  secara individu dan diingatkan agar tidak berbincang
dan meniru jawapan calon-calon lain.
2020082320239 GBM 1103

4.    Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah dikira telah
gagal peperiksaan berkenaan.

Jawapan: 

1.
 
Teks Ucapan Perasmian

Hj. Mohd Rasid Bin Chik

Ketua Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

21 Mei 2021

Bismilahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Salam 1Malaysia.

Yang berusaha Encik Shukri bin Ibrahim, Pengetua Sekolah Kebangsaan Tohoi,
Yang Berusaha, Encik Abdul Hassan bin Manap, Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Tohoi,
Yang Dihormati En Ahmad Fauzi Bin Ismail, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Encik Rahman bin Daud, Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru Kanan, guru-guru cemerlang, guru-guru dan para pelajar seterusnya
sidang hadirin sekalian.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah


S.W.T kerana dengan rahmat dan izinNya kita dapat bersama-sama di dalam
Program Pelancaran Bulan Membaca dengan Kerjasama daripada pihak Institusi
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu dengan Sekolah Kebangsaan Tohoi.
Sehubungan dengan itu juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan
penghargaan kepada Sekolah Kebangsaan Tohoi di atas kesudian dan kerjasama di
dalam penganjuran program ini. Oleh itu, ucapan ‘Selamat Datang’ saya ucapkan
2020082320239 GBM 1103

kepada semua hadirin dan hadirat yang hadir bagi bersama-sama menjayakan
program Pelancaran Bulan Membaca ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Tujuan utama program ini dilakukan ialah untuk memastikan budaya cintakan ilmu
berjaya dipupuk di kalangan semua lapisan masyarakat terutamanya golongan belia
selaras dengan hala tuju kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang kaya
maklumat. Pelajar dan guru-guru sekalian, secara umumnya sifat suka membaca
ialah satu amalan mulia dan seharusnya dijadikan budaya seumur hidup. Membaca
adalah langkah untuk menimba ilmu, memperkayakan maklumat, ilmu pengetahuan
dan kebolehan dalam pelbagai bidang. Dalam erti kata yang lain, melalui membaca
kita boleh mendidik diri untuk berkembang dalam pelbagai aspek. Ilmu pengetahuan
dan maklumat membolehkan kita mempertingkatkan tahap pemahaman kita dalam
pelajaran, mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam dunia kini yang semakin
mencabar dan berteknologi tinggi. Rakyat yang suka membaca merupakan aset
kerajaan yang tidak terhingga nilainya kerana kehidupan pada hari esok banyak
bergantung kepada apa yang kita pelajari pada hari ini. Justeru itu, saya sangat
berharap semua pelajar serta guru-guru dari kedua-dua pihak dapat menanamkan
minat membaca dalam diri masing-masing.

Sidang hadirin yang dihormati,

Budaya membaca wajar dijadikan sebagai satu gaya hidup dalam kalangan rakyat
Malaysia. Oleh itu, program membaca sebegini merupakan langkah pertama kepada
segala kemajuan dan menjadikan manusia lebih berdaya maju dan matang dari segi
pemikiran. Kemajuan negara dan ketamadunan bangsa dapat dikembangkan dan
dipertingkatkan jika bangsa itu berfikiran tinggi yang lahir dari amalan membaca.
Masyarakat yang suka membaca adalah masyarakat yang cintakan ilmu. Oleh yang
demikian, dengan adanya masyarakat yang berbudaya membaca, negara kita akan
mempunyai rakyat yang berminda aktif, kreatif dan berfikiran untuk berinovasi selain
mengaktifkan minda mereka untuk berfikir dengan lebih waras, fokus, berfikiran
2020082320239 GBM 1103

terbuka dan mampu melahirkan warganegara yang berkebolehan melihat sesuatu


daripada pelbagai perspektif berbeza.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Seterusnya, bersempena dengan Bulan Membaca ini, saya menyeru kepada semua
pelajar dan guru-guru untuk berkunjung ke perpustakaan dan menyertai program-
program dan aktiviti yang dirancang sempena bulan membaca ini. Selain daripada
itu, kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan juga dapat
digunakan sebaik mungkin dalam menimba ilmu-ilmu yang baru. Sebelum
mengakhiri ucapan ini saya ingin mengucapkan syabas kepada Sekolah
Kebangsaan Tohai yang telah bersama-sama dengan Institusi Pendidikan Guru
Kampus Kota Bharu yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Dengan ini,
saya dengan sukacita dan bangganya merasmikan Program Pelancaran Bulan
Membaca dengan kerjasama sekolah orang asli iaitu Sekolah Kebangsaan Tohai
pada tahun 2021. Sekian, terima kasih.
2020082320239 GBM 1103

2. Perancangan majlis

Untuk permulaan, pihak yang bertanggungjawab haruslah memastikan bahawa


peruntukan kewangan mencukupi untuk melaksanakan program/majlis. Seterusnya,
penyediaan kertas konsep ataupun cadangan perlaksanaan bagi aktiviti yang akan
dianjurkan di dalam program ‘Laungan Kemerdekaan’. Setiausaha program perlu
menyediakan kertas cadangan atau konsep bagi mendapat keputusan Pengarah
Instistut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu dengan sokongan ketua jabatan bagi
pelaksanaan majlis termasuk konsep dan cadangan jemputan tetamu kenamaan
untuk merasmikan majlis. Seterusnya, bahagian pengurusan majlis perlu
memastikan semua majlis yang dipersetujui menjemput kehadiran barisan
kenamaan seperti vvip diselaraskan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Majlis.
Pemakluman haruslah dilakukan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan awal
sekurang-kurangnya dua bulan sebelum majlis diadakan bagi tujuan penyelarasan.

Seterusnya, membahagikan bidang tugas setiap jawantankuasa kerja. Untuk


jawatankuasa jemputan, mereka harus menyediakan senarai jemputan, menghantar
kad jemputan dan menerima kad jawapan kehadiran serta memantau dan
mengesahkan kehadiran jemputan. Seterusnya, bagi jawatankuasa kerja sambutan
dan protokol, mereka bertanggungjawab dalam menguruskan pegawai pengiring
dan penyambut tetamu serta menentukan dan menyusun atur kedudukan tetamu
(tagging) berdasarkan susunan protokol. Susunan tempat duduk vvip harus
ditetapkan di mana semua tetamu kehormat seperti vvip harus diletakkan di sebelah
kanan pengarah IPGKKB, serta isteri kepada jemputan vvip pula harus diletakkan di
sebelah kiri suami masing-masing. Jawatankuasa cenderamata pula memegang
tanggungjawab dalam menguruskan penyediaan cenderamata dan urusan
penyerahan cenderamata di atas pentas. Kemudian, persediaan lalu lintas yang
akan digunakan oleh vvip harus disediakan oleh jawatankuasa lalu lintas serta
kawasan tempat letak kereta khas untuk vvip juga perlu diasingkan daripada tetamu
yang lain.
2020082320239 GBM 1103

Akhir sekali,perlaksanaan raptai majlis dijalankan pada masa yang ditetapkan.


Permulaan raptai majlis dilakukan mengikut atur cara majlis bermula daripada
ketibaan VVIP sehingga VVIP meninggalkan majlis.

Semasa berlangsungnya majlis

Pengurus Acara sentiasa berada di tempat majlis yang sedang berlangsung bagi
memastikan perjalanan majlis lancar. Seterusnya, seorang petugas ditempatkan
berhampiran pentas untuk memerhati dan melayani keperluan VVIP di atas pentas
semasa majlis. Kemudian, jawatankuasa jemputan harus memastikan penyambut
tetamu menyambut para jemputan di pintu utama dan membawa para jemputan ke
tempat duduk. Para penyambut tetamu perlu bersedia untuk mengiringi tetamu
kehormat ke pentas untuk berucap. Akhir sekali, Jawatankuasa Kerja Jamuan akan
memastikan segala penyediaan dan kebersihan makanan bagi jamuan makan
mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Kesemua tetamu vvip diiring ke
tempat khas bagi menikmati jamuan yang disediakan.

Selepas majlis berlangsung

Selepas majlis bersurai, sekiranya berkeperluan, Jawatankuasa Induk mengadakan


mesyuarat post-mortem majlis dan mengenalpasti isu dan masalah serta mengambil
tindakan penambahbaikan untuk majlis-majlis akan datang. Selain itu, Urus Setia
Jawatankuasa Induk pula perlu menyediakan sijil penghargaan kepada ahli
jawatankuasa yang terlibat.

 
 
2020082320239 GBM 1103

 
 
 
 
 
 
 
 
   
 

Anda mungkin juga menyukai