Anda di halaman 1dari 5

IRDINA: Majlis seterusnya akan diserahkan kepada saudari Nur

Aqila Batrisyia bt Sabtu untuk menerukan majlis Perasmian


Bulan Ko Akademik dan Pelancaran Headcount tahun 2022.
Dipersilakan
AQILA: Terima kasih saudari Norirdina Iman bt Mohd Norhisham
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah,


Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dariNya
jua dapat kita bersma-sama berkumpul pada pagi ini dalam
Majlis Perasmian Bulan Ko Akademik dan Pelancaran Headcount
tahun 2022.

Untuk pengetahuan semua hadirin, Unit kurikulum SMK Palong


Timur akan mengadakan bulan ko akademik sepanjang Julai
2022. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi
penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan
berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai
kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Oleh
sebab itu, lahirlah sambutan minggu bagi setiap bidang
akademik bagi menyempurnakan aspirasi Falsafah Pendidikan
Negara.
Matlamat Program ini diadakan adalah untuk :
i. Memupuk semangat berilmu dalam kalangan murid
ii. Mewujudkan semangat kerjasama antara murid
iii. Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif
iv. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga SMK
Palong Timur

Diharapkan dengan program ini akan memupuk minat murid


untuk lebih mempelajari dan meminati semua bidang
matapelajaran. Selain itu, dapat meningkatkan prestasi murid
dalam bidang ko akademik dan bidang kokurikulum . Seterusnya
dapat mencungkil bakat-bakat murid untuk menyertai pelbagai
aktiviti ko akademik yang dijalankan di peringkat sekolah,
daerah dan juga peringkat negeri.

Perjalanan jauh terasa penat,


Namun diteruskan menyeberangi titi,
Madah bermakna menjadi amanat,
Tentu disemat kukuh di hati
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Cg Mazwiyana bt
Mashur selaku Penyelaras Program Pelancaran Bulan Ko
Akademik tahun 2022. Dipersilakan
Terima Kasih cikgu atas ucapan itu tadi.
Bunga disemat biru nila,
Tumbuh mekar di tanjung bidara
Dengan hormat kami persila
Tuan tampil mengungkap bicara
Kini tibalah masa yang kita nanti-nantikan. Majlis dengan
berbesar hati menjemput Yang Berusaha Tuan Abd Aziz bin
Othman bagi menyampaikan ucapan beliau serta merasmikan
Program Bulan Ko Akademik dan Pelancaran Headcount tahun
2022.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan
Terima kasih diucapakan kepadan Tuan Abdul Aziz bin Othman
atas ucapan serta perasmian Program Bulan Ko Akademik dan
Pelancaran Headcount itu tadi.

Para hadirin marilah kita sama- sama saksikan gimik Perasmian


Ko Akademik dan Pelancaran Headcount tahun 2022
Dipersilakan Tuan Pengetuan diiringi En Supie bin Othman
untuk memotong reben pada banner yang telah disediakan bagi
menyempurnakan upacara perasmian Bulan Ko Akademik dan
Pelancaran Headcount SMK Palong Timur tahun 2022.
Majlis seterusnya diteruskan dengan menjemput sekali lagi
Yang Berusaha Tuan Abdul Aziz bin Othman, diiringi oleh En
Supie bin Othman bagi menyerahkan Kad Headcount kepada
wakil- wakil tingkatan 5.
Yang pertama
Dipersilakan wakil kelas 5 Arif,
DANISH HAIQAL BIN KARIM
Seterusnya
Dipersilakan wakil kelas 5 Bestari,
MUHAMMAD AIDIL ADHA BIN ABU BAKAR

Akhir sekali
Dipersilakan wakil kelas 5 Cerdik,
MUHAMMAD SYAHMER BIN NORSHAM

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Abdul Aziz bin Othman


dan Encik Supie bin Othman atas penyerahan Kad Headcount
sebentar tadi

Semua Pelajar diminta berdiri


Sebelum kita mengakhiri majlis kita pada pagi ini, marilah kita
Bersama-sama menyanyikan lagu sekolah ilmu bakti.
Tuan Pengetua, Guru- guru penolong kanan, Guru Kanan Mata
Pelajaran dan Guru- guru dipersilakan berdiri
Dipersilakan Komander bertugas

Dengan berakhirnya nyanyian lagu sebentar tadi maka


berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini. Para Pelajar boleh
masuk ke dalam kelas secara senyap dan teratur mengikut
laluan yang telah ditetapkan. Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai