Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS

TEMPAT : DATARAN SKPJ


TARIKH : 27 APRIL 2022

1 KETIBAAN TETAMU
Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat YANG BERUSAHA , ENCIK
MIOR ZAKARIA BIN ABDUL WAHAB, GURU BESAR SK PULAU
JUAR.

2 TETAMU DIPENTAS
-Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu NegaraKu dan Lagu Negeri
PeraK dan Lagu Sekolah.Hadirin diminta bersedia.

3 Bismillahhirahmanirahim,

Assalamualaikum w.m.t dan salam sejahtera kepada

YANG BERUSAHA , ENCIK MIOR ZAKARIA BIN ABDUL WAHAB,


GURU BESAR SK PULAU JUAR.

YANG DI HORMATI , PN HALIZA BT MAATAN


GK PENTADBIRAN

YANG DI HORMATI, ENCIK ISMAIL BIN RAZALI


GK HAL EHWAL MURID

YANG DI HORMATI, PN. PATMAWATI BINTI YUSOFF


GK KOKURIKULUM

Barisan guru- guru yang penuh dedikasi serta para pelajar yang di
kasihi sekelian

Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya jua kita
dapat bersama berkumpul pada pagi ini bagi meraikan Majlis
penyampaian watikah pelantikan pengawas sekolah, pengawas
pusat sumber, ketua dan penolong ketua kelas bagi sesi 2022
peringkat sk pulau juar serta majlis pelancaran NILAM dan Bulan
membaca peringkat sk pulau juar
4 BACAAN DOA

Bagi memulakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan


memohon restu limpah perkenan Ilahi agar majlis ini dan kehidupan kita
dilimpahi keberkatan. Majlis mempersilakan MUHAMMAD FIRAS HAKIMI
BIN NOOR ASYID AZRI untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
########################%%%%%%%%%%%################
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada MUHAMMAD FIRAS
HAKIMI BIN NOOR ASYID AZRI atas bacaan doa itu tadi.
Para pelajar diminta duduk.

5 Ucapan alu-aluan pengacara

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis penyampaian watikah pelantikan pengawas sekolah, pengawas


pusat sumber ,ketua dan penolong ketua kelas sk pulau juar bagi sesi
2022 merupakan satu acara kemuncak untuk meraikan pelajar-pelajar
yang terpilih dan berketrampilan menerajui Badan Kepimpinan Pelajar.
Dengan pelantikan ini, barisan kepimpinan pelajar diberi tanggungjawab
yang amat besar untuk membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi
akademik dan sahsiah pelajar.

Bagi meneruskan majlis, dengan ini dijemput YANG BERUSAHA , ENCIK


MIOR ZAKARIA BIN ABDUL WAHAB, GURU BESAR SK PULAU JUAR.

untuk menyampaikan ucapan ASPIRASI PEMIMPIN dan seterusnya


merasmikan dan menyempurnakan Upacara Perasmian Majlis
penyampaian watikah pelantikan pengawas sekolah, pengawas pusat
sumber , ketua kelas dan penolong ketua kelas sesi 2022. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
################%%%%%%%%%%%%%%%%%################

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YANG


BERUSAHA , ENCIK MIOR ZAKARIA BIN ABDUL WAHAB,atas
kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan Majlis
penyampaian watikah pelantikan pengawas sekolah, pengawas pusat
sumber , ketua kelas dan penolong ketua kelas sesi 2022. Mudah-
mudahan segala maklumat, amanat, pesanan dan pengharapan beliau
mendapat perhatian daripada semua yang hadir di majlis ini

Sebagai gimik perasmian sukacita memjemput ENCIK MIOR


ZAKARIA BIN ABDUL WAHAB Guru Kanan Pentadbiran, Guru
Kanan Hal ehwal murid, Guru Kanan kokurikulum Tampil ke hadapan.
Dipersilakan

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada

PENGUMUMAN PELANTIKAN

Rakan- rakan Guru dan para pelajar yang di kasihi,

Seterusnya, kita tiba ke acara penyampaian watikah perlantikan


Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan penolong ketua
kelas sesi 2022, dengan segala hormatnya mempersilakan PN HALIZA
BINTI MAATAN Untuk Mengiringi ENCIK MIOR ZAKARIA BIN ABDUL
WAHAB untuk menyampaikan watikah.
Dipersilakan

Majlis di mulakan dengan penyampaian watikah perlantikan pengawas


sekolah

NAMA :.........................

Seterusnya, Penyampaian watikah perlantikan pengawas pusat sumber


sekolah

NAMA: ................................

Seterusnya , Penyampaian Watikah perlantikan ketua kelas dan penolong


ketua kelas

NAMA:......................................
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ENCIK MIOR ZAKARIA
BIN ABDUL WAHAB kerana telah menyempurnakan upacara
penyampaian watikah pelantikan itu tadi.

BACAAN IKRAR

kalau intan terpendam bumi


keras intan kalah besi
tanda pahlawan tahan diuji
layak terpuji berani dikeji

kalau intan dibawa berenang


ikatkan intan ke sisi pinggang
walau pahlawan sakit berjuang
bara digenggam menjadi arang

begitulah semangat barisan kepimpinan pelajar SK Pulau Juar

Kini tibalah saat kemuncak Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar


SK Pulau Juar sesi 2022, majlis dengan ini menjemput HAFIZ SYAHMI
BIN NORMAN untuk mengetuai pembacaan Ikrar . Dipersilakan.

hadirin dan hadirat sekalian,

Bagi pihak majlis saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih dan
penghargaan diatas kerjasama semua pihak dalam menjayakan Majlis
Peyampaian watikah pelantikan pemimpin murid peringkat sk pulau juar
bagi tahun 2021 ini.

sekian moga bertemu lagi di masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai