Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM EHYA AL-JUMA ‘AH TAHUN 2016

1.PENDAHULUAN :

Tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang
berilmu, taat setia . bertanggungjawab dan berkenolehan yang menyedari betapa pentingnya
usaha menuju kearah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, percaya
demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip rukun negara.

Maka dengan itu, bagi merealisasikan falsafah pendidikan negara, program- program
pembinaan sahsiah diri perlu diadakan bagi membentuk jati diri murid kearah kecemerlangan
diri. Program bacaan Yassin, bacaan tahlil, tazkirah mingguan dirancang bagi mentarbiyah diri
murid secara rohani dan memantapkan pembinaan sahsiah diri secara spiritual.

2.RASIOANAL :

Majlis ini dirancang untuk melazimkan program keagamaan dan kerohanian dalam diri murid.

3. OBJEKTIF :

3.1 Melatih pelajar membaca Yassin, bacaan tahlil dan solat hajat kepada Allah SWT.

3.2 Mengisi hari jumaat dengan program berunsur keagamaan.

3.3 Membolehkan pelajar mengamalkan amalan bacaan Yassin dan tahlil perdana

4. BUTIRAN PROGRAM :

4.1 Anjuran : Panitia Pendidikan Islam Dan Jawatankuasa Kebajikan Islam & Dakwah Asyakirin

4.2 Tarikh : Sepanjang tahun 2016

4.3 hari : Setiap hari Jumaat

4.4 Masa : 7.00 – 7.20 pagi

4.5 Tempat : Ruang legar SK Asyakirin , Bintulu

1 | P a n i ti a P e n d i d i k a n I s l a m S K A S Y A K I R I N 2 0 1 6
5.SASARAN

Program ini memfokuskan kepada dua kelompok sasaran

5.1 Semua murid beragama isalam tahun 1 hingga tahun 6

5.2 Semua guru dan staf sokongan yang berlapangan

6. JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Encik Abang Zainal Abidin Bin Abang Zaini

Timbalan pengerusi : Puan Dayang Halimah Binti Unus

Naib pengerusi 1 : Puan Siti Aminah Binti Sisi

Naib pengerusi 2 : Encik Rozalani Bin Raini

Penyelaras :Ustaz Muhammad Azhan Bin Jamaludin

Setiausaha :Ustazah Hannan Binti Nasarudin

Bendahari :Ustazah Che Ku Zalifah Binti Che Ali

7. AKTIVITI

BIL MINGGU AKTIVITI GURU BERTUGAS


1 1 BACAAN YASIN KETUA : USTAZ SYAWALUDDIN BIN AHMAD
: USTAZAH HASMIZA
: USTAZAH NURLINA
2 2 BACAAN TAHLIL PERDANA KETUA : USTAZ MUHAMMAD AZHAN BIN JAMALUDIN
: USTAZAH SHAHIDA NURUKHIKA
: USTAZAH NAZIHAH
3 3 HADIS 40 KETUA : USTAZ MUHAMMAD AZHAN BIN JAMALUDIN
: USTAZAH NURHIDAYATI
: USTAZAH CHE KU ZALIFAH
: USTAZAH SITI AISYAH
4 4 SIRAH NABAWIYYAH KETUA : USTAZ SYAWALUDDIN BIN AHMAD
: USTAZAH SHAHIDAH
: USTAZAH SITI MARIAM
: USTAZAH HANNAN

2 | P a n i ti a P e n d i d i k a n I s l a m S K A S Y A K I R I N 2 0 1 6
8. PENUTUP

Program seumpama ini diharap mampu memberi manfaat kepada setiap murid SK Asyakirin,
disamping mengajak seluruh warga untuk bersama melazimi diri dengan amal ibadah dan
aktiviti kerohanian di hari jumaat yang di berkati.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

…………………………… . ..........................................................

( Muhammad Azhan Bin Jamaludin ) ( Hasmiza Binti Samat )


Penyelaras Program Ketua Panitia Pendidikan Islam
SK Asyakirin.

Disahkan Oleh :

…………………………

(Encik Abang Zainal Abidin Bin Abang Zaini)


Guru Besar
SK Asyakirin

3 | P a n i ti a P e n d i d i k a n I s l a m S K A S Y A K I R I N 2 0 1 6

Anda mungkin juga menyukai