Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN PROGRAM SOLAT FARDHU BERJEMAAH PERINGKAT

SEKOLAH 2018/1439H

1.0 PENDAHULUAN

Program ini merupakan program sepanjang tahun sebagai salah satu usaha
untuk menyemarakkan penghayatan Islam dalam kalangan murid dan warga SK
Tasek Utara . Program ini bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang
menghayati kepentingan solat berjemaah dan mengamalkan sunnah Rasulullah
SAW . Mudah-mudahan program ini dapat memantapkan dan mengukuhkan
sahsiah murid SK Tasek Utara.

2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,


kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi
membentuk sikap, kemahiran ,keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba
Allah yang mempunyai tanggung jawab untuk membangunkan diri, masyarakat,
alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan
abadi di akhirat.

3.0 OBJEKTIF

a) Melahirkan warga SK Tasek Utara yang mahu mengerjakan solat fardu


secara berjemaah secara tidak langsung dapat membentuk akhlak
mahmudah seperti istiqamah melakukan kebaikan .
b) Melahirkan warga SK Tasek Utara yang menghayati ajaran Islam dan
mengamalkan sunnah-sunnah baginda antaranya solat berjemaah
c) Melahirkan warga SK Tasek Utara yang sentiasa berdisiplin seperti
menepati masa dan akur dengan peraturan sekolah .
d) Melahirkan warga SK Tasek Utara yang sentiasa mematuhi arahan ketua
disamping mewujudkan sifat bekerjasama.
e) Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat
demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam
mengendalikan urusan duniawi dan ukhrawi.
f) Mendedahkan para pelajar dengan sifat-sifat kepimpinan dan pengurusan
yang baik.
4.0 TARIKH/MASA

Waktu Zohor (Januari hingga November 2018)

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua warga SK Tasek Utara (guru, staf dan murid)

6.0 PELAKSANAAN PROGRAM

a) Murid yang telah tamat waktu P&P berkumpul di Musolla Badrul ‘Ain
b) Bilal bertugas (murid) melaungkan azan apabila masuk waktu solat
c) Solat Zohor akan dipimpin oleh imam yang bertugas (guru)
d) Tazkirah ringkas oleh imam yang bertugas selepas selesai solat Zohor

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Rujuk Lampiran 1

8.0 PENUTUP

Diharapkan program ini akan mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada


semua pihak yang terlibat demi memastikan kecemerlangan warga SK Tasek
Utara khususnya murid-murid dalam pembentukan syahsiah dan keterampilan diri.
Seterusnya dapat menghayati Bulan Ramadhan sebagai bulan yang penuh
dengan keberkatan di samping mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah.
Semoga insan muslim, mukmin dan muttaqin dapat dilahirkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………… ………………………… ……………………….

(Norkamilah binti Ismail) (En Jensani bin Ilias) (Pn. Zaiton binti Jalaludin)

Penyelaras Badan Dakwah GPK Kokurikulum Guru Besar

SK Tasek Utara SK Tasek Utara SK Tasek Utara


LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Zaiton binti Jalaludin

Guru Besar

Naib Pengerusi : Pn Marina binti Ahmad

(GPK Kurikulum)

: En. Jensani Bin Ilias

(GPK Kokurikulum)

: Pn. Norharidaton binti Hamzah

(GPK Hal Ehwal Murid)

JAWATANKUASA PELAKSANA
Penyelaras program : Pn Norkamilah binti Ismail

Setiausaha : Pn. Nurul Fadhlin Sakina binti Hamdani

Ahli jawatankuasa :

i. En. Fathulmunir bin Mat


ii. Pn. Noor Aishah bt Mohd Ramly
iii. Pn. Hjh Rabiah bt Che Haron
iv. Pn. Afifah bt Hassan Al-Ashari
v. Pn. Hazirah bt Hassan
vi. Cik Nor Hasbi binti Hamdan
vii. Pn. Fazurah bt Abu Talib
viii. En. Muhammad Aqil bin Zahari
ix. Pn. Haslina binti Azli
JADUAL IMAM DAN BILAL

HARI IMAM BILAL


MUHAMMAD ALIFF QAYYUM
AHAD EN. FATHULMUNIR BIN MAT
BIN MD MOKHSE (6 AMAL)
EN. SYED ABDUL RAHIM BIN IQBAL DANISH BIN NOR
ISNIN
SYED MOHAMAD RAZAK (6 AMAL)
EN. MUHAMMAD AQIL BIN SALAHUDDIN AL AYYUBI BIN
SELASA
ZAHARI MOHD RAMLI (6 AMAL)
MUHAMMAD IZZ MUAZ BIN
EN. MUHAMMAD NOR
RABU MOHD KHAEIRUL ANUAR (6
ASYRAF BIN RASHID
AMAL)
SYED AMIRUDDIN BIN SYED
KHAMIS EN. AZLEEY BIN AHMAD
ABDUL RAHIM (5 AMAL)

Anda mungkin juga menyukai