Anda di halaman 1dari 3

Kertas Kerja Penubuhan Kelab Nasyid Sekolah

SMU(A) Al-Diniah Batu Melintang , Jeli

Kejohanan Sukan Ilmiah YIK Peringkat Zon adalah acara tahunan yang diadakan bagi memilih
peserta-peserta ke peringkat negeri saban tahun. Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah
seperti nasyid, hafazan, syarahan dan tilawah Al-Quran. Oleh itu, sebagai guru SMU(A) Al-Diniah
berhasrat untuk menubuhkan sebuah kelab nasyid sekolah bagi menghantar pelajar-pelajar
menyertai pertandingan tersebut.

Disamping itu, penubuhan kumpulan nasyid ini juga dapat menarik murid untuk mengenali
hiburan yang dibenarkan dalam Islam sesuai dengan minat mereka yang sukakan hiburan. Wujudnya
kelab ini juga, bertujuan menyebarkan mesej Islam melalui nyanyian bukan sahaja kepada warga
sekolah bahkan juga masyarakat.

2.0 Objektif

2.1 Memperkenalkan para pelajar kepada hiburan yang sesuai menurut sisi agama Islam

2.2 Mengembangkan , mencungkil , dan meneroka bakat serta minat para pelajar kearah
melahirkan murid yang seimbang dari segi rohani , jasmani , intelek dan spiritual selari
dengan kehendak FPK dan PAK 21.

2.2 Menjana sahsiah dan modal insan yang mampu menguasai bidang ilmu dan praktiknya di
dalam suasana yang kondusif untuk pembelajaran.

3.0 Rasional

Para pelajar SMU(A) Al-Diniah Batu Melintang seperti sedia maklum, mempunyai bakat dan
minat yang mendalam didalam seni hiburan nasyid dan muzik. Setiap tahun , peserta yang dihantar
ke peringkat pertandingan sentiasa mempunyai mutu dan kualiti yang memberangsangkan yang
boleh diketengahkan pada umum. Jadi hal ini, memberikan inisiatif supaya penubuhan kelab nasyid
sekolah dapat membantu dalam sesi latihan dan pertandingan.
4.0 Ahli Kumpulan / Kumpulan Sasaran :

4.1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah dari tingkatan 1 hingga 5

4.2 Proses pemilihan akan dibuat untuk sebarang pertandingan

5.0 Peralatan Muzik

5.1 Bongo / Conga

5.2 Darbuka

5.3 Shaker

5.4 Bar Chime

5.5 Halfmoon Tamborin

6.0 Carta Organisasi :

6.1 Penaung

Pengetua SMU(A) Al-Diniah Batu Melintang

6.2.1 Penasihat 1

Penolong Kanan HEM

6.2.2 Penasihat 2

Penolong Kanan Pentadbiran

6.3 Guru Pembimbing

6.3.1 Cikgu Nur Izati

6.3.2 Ustazah Muhayati

6.3.3 Ustaz Asyraf bin Ibrahim

7.0 Penutup
Bagi merealisasikan hasrat penubuhan Kelab Nasyid SMU(A) Al-Diniah Batu Melintang ,
diharap para guru yang terbabit dapat memberikan komitmen terbaik , untuk mengasah dan
mencungkil bakat terpendam para pelajar untuk menjuarai arena Nasyid sekaligus memartabatkan
prestij sekolah di peringkat yang lebih tinggi.

Disediakan oleh Disahkan Oleh,

.............................. .....................................

( Muhammad Asyraf bin Ibrahim ) ( Ustaz Sanuzi bin Pauzi )

Guru Pembimbing Kelab Nasyid Pengetua SMU(A) Al-Diniah Batu

SMU(A) Al-Diniah Batu Melintang Melintang.

Anda mungkin juga menyukai