Anda di halaman 1dari 17

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL (1),

42100 KOTA BHARU, KELANTAN

KERTAS KERJA
PENUBUHAN KELAB DIKIR BARAT
SK SULTAN ISMAIL 1, KOTA BHARU
KELANTAN

2
CADANGAN PENUBUHAN KELAB DIKIR BARAT

1.0 Pendahuluan / Latar Belakang

Dikir barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara
berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara.
Tukang Karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan
diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Oleh itu,
bersesuaian dengan lokasi sekolah yang terletak di negeri Kelantan, maka cadangan
penubuhan kelab ini adalah sangat digalakkan untuk mengekalkan budaya warisan rakyat
negeri Kelantan terutamanya dalam kalangan murid-murid sekolah rendah bak kata pepatah
”melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Penubuhan Kelab Dikir Barat ini bukanlah suatu penubuhan yang wajar diambil
enteng oleh pihak sekolah kerana ianya merupakan satu penubuhan yang memberikan
manfaat bukan sahaja kepada individu itu sendiri bahkan turut membawa sumbangan yang
besar kepada guru dan pihak sekolah terutamanya. Hal ini kerana, murid-murid yang
berminat dengan seni muzik dikir barat boleh menyertai kelab ini untuk mengembangkan
minat masing-masing. Secara tidak langsung akan memberikan kepuasan yang maksimum
kepada diri sendiri kerana minat ini boleh diperkembangkan secara meluas di tempat yang
betul.

Selain itu, penubuhan kelab dikir barat ini juga telah mempunyai sasaran yang
tersendiri dengan diikuti oleh perancangan-perancangan aktiviti sepanjang tahun. Meskipun
kelab ini sudah ditubuhkan beberapa tahun yang lepas, namun pembawakan penubuhan
kelab dikir barat pada kali ini agak berlainan dan lebih bervariasi untuk menarik murid-murid
menyertai kelab ini. Bersesuaian dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara, diharapkan
penubuhan kelab ini dapat mencapai seperti apa yang diinginkan.

3
2.0 Matlamat

Matlamat penubuhan kelab ini adalah untuk ;

i. Memberikan pendedahan kepada semua murid yang berminat dan ingin mengetahui
tentang kebudayaan seni muzik tradisional iaitu dikir barat.
ii. Penekanan utama dalam aspek disiplin berpasukan, bekerjasama serta mencungkil
bakat murid-murid SK Pasir Halus.

3.0 Objektif

Objektif penubuhan Kelab Dikir Barat adalah bertujuan untuk ;

i. Menjelaskan konsep dikir barat kepada murid-murid.


ii. Memberi maklumat tentang kelab dikir barat kepaa murid-murid yang ingin
mengetahui muzik tradisional dikir barat.
iii. Mengajar dan memberi latihan kepada murid-murid.
iv. Mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat zon, negeri dan kebangsaan.
v. Menjadikan tempat pertama dalam setiap pertandingan.

4.0 Rasional

Bagi mengukuhkan lagi rasional penubuhan kelab dikir barat di Sekolah Kebangsaan Sultan
Ismail 1 ini, terdapat beberapa faktor yang diambil kira antaranya adalah;

1) Sekolah ini terletak dalam negeri kelantan yang merupakan sebuah negeri yang
terkenal dan digemari dengan muzik dikir barat.
2) Sekolah ini asalnya pernah mempunyai kelab dikir barat tetapi telah dibubarkan oleh
sebab tenaga pengajar yang berkemahiran telah berpindah ke sekolah lain.
Tambahan pula, tiada guru yang berminat untuk meneruskan pengurusan kelab ini.
3) Mempunyai kemudahan prasarana dan juga instrumen untuk menjalankan aktiviti
kelab.

4
4) Murid-murid di sekolah ini kebanyakannya memang menggemari muzik dikir barat
kerana aktiviti kebudayaan seperti ini seringkali diadakan setiap tahun dalam
perkhemahan unit beruniform atau ‘team building’.
5) Mempunyai kemahiran dan ilmu dikir barat untuk dicurahkan kepada ahli kelab.
6) Sebagai guru, rasa terdorong untuk membantu mengembangkan penubuhan kelab
ini di samping memberikan peluang kepada murid-murid yang berkelayakan untuk
menyerlahkan bakat masing-masing.

5.0 Jawatankuasa

Jawatankuasa Kelab Dikir Barat Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1) ini terbahagi kepada
dua iaitu Jawatankuasa Penajaan dan juga Jawatankuasa Pelaksana. Senarai skop tugas
bagi jawatankuasa adalah seperti di Lampiran 2.

JAWATANKUASA PENUBUHAN KELAB DIKIR BARAT

JAWATANKUASA PENAJAAN

Pengerusi : Encik Ahmad Zuhair bin Ismail


(Guru Besar)

Naib Pengerusi : Encik Adam Mikael bin Safi


(Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha : Cik Nor Azizah binti Abu Bakar

Bendahari : Cik Hazfira binti Razif

Tenaga Pengajar : Cik Nor Azizah binti Abu Bakar


Encik Amran bin Sulaiman

5
JAWATANKUASA PELAKSANA
(MESYUARAT AGUNG PERLANTIKAN MURID-MURID)

Guru Penasihat

Pengerusi
(Murid Tahun 6)

Naib Pengerusi
(Murid Tahun 5)

Setiausaha
(Murid Tahun 6)

Naib Setiausaha
(Murid Tahun 5)

Bendahari
(Murid Tahun 5)

Naib Bendahari
(Murid Tahun 4)

Wakil Ahli
Jawatankuasa Darjah 6

Wakil Ahli
Jawatankuasa Darjah 5

Wakil Ahli
Jawatankuasa Darjah 4

6
6.0 Kumpulan Sasaran

Kelab Dikir Barat membuka peluang penyertaan kepada murid-murid lelaki dan perempuan
mengikut tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Namun begitu, keutamaan diberikan kepada
murid-murid lelaki terlebih dahulu.

 Murid Tahap 1 : Seramai 25 orang murid-murid yang terdiri daripada Tahun 1, Tahun
2 dan Tahun 3.
 Murid Tahap 2 : Seramai 25 orang murid-murid yang terdiri daripada Tahun 4, Tahun
5 dan juga Tahun 6.

7.0 Keterangan Program

Keterangan yang terperinci mengenai Kelab Dikir Barat ini dibahagikan kepada beberapa
aspek di bawah iaitu terdiri daripada ;

7.1 Keahlian
7.2 Ahli Jawatankuasa
7.3 Kewangan
7.4 Kehadiran / Penyertaan
7.5 Aktiviti
7.6 Peraturan-peraturan
7.7 Pembubaran Kelab / Persatuan
7.8 Hal-Hal Lain

7.1 KEAHLIAN

Kelab Dikir Barat ini membuka peluang penyertaan kepada semua murid di sekolah
ini yang berumur 10 tahun ke atas iaitu murid-murid Tahap 2 sahaja.
Oleh itu, untuk menjadi ahli Kelab Dikir Barat ini perlulah mengisi borang
permohonan yang disediakan seperti tertera di Lampiran.
Syarat utama apabila telah menjadi ahli kelab ini mestilah menerima serta bersetuju
berpegang kepada perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas
bagi menjayakan tujuan kelab ini.

7
7.2 AHLI JAWATANKUASA

Perlantikan ahli jawatankuasa untuk ahli Kelab Dikir Barat Sekolah Kebangsaan
Sultan Ismail 1 akan diadakan sewaktu Perjumpaan Mesyuarat Agung Kali Pertama.
Ahli-ahli yang hadir sewaktu perjumpaan kali pertama sahaja layak dicalonkan
sebagai ahli mesyuarat.
Pemilihan ahli jawatankuasa adalah melalui undian dan suara majoriti.
Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

7.3 KEWANGAN

Kelab Dikir Barat akan membuat kutipan yuran bulanan mengikut suara majoriti
semasa Mesyuarat Agung kali pertama.
Mana-mana ahli Kelab Dikir Barat yang bersetuju untuk menyertai aktiviti yang
memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti
tersebut.
Kelab Dikir Barat akan berusaha mengumpul kewangan sendiri melalui aktiviti-aktiviti
yang mendatangkan pulangan seperti membuat jualan pada Hari Sukan Sekolah,
menjual penanda buku dan sebagainya.

7.4 KEHADIRAN / PENYERTAAN

Ahli-ahli Kelab Dikir Barat dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
kelab sepanjang tahun.
Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab kepada guru penasihat.
Sekiranya gagal berbuat demikian, guru penasihat berhak memotong markah
kehadiran dalam penilaian kokurikulum atau mengambil sebarang tindakan susulan
yang berkaitan.

7.5 AKTIVITI

Aktiviti-aktiviti untuk ahli Kelab Dikir Barat akan dijalankan seperti yang dirancang
dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.
Guru penasihat dan ahli kelab boleh merancang pelaksanaan aktiviti bersama-sama.
Tempat pelaksanaan aktiviti utama adalah bertempat di Bilik Muzik Tradisional yang
dikhaskan untuk ahli-ahli Kelab Dikir Barat.

8
7.6 PERATURAN-PERATURAN

Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


Peraturan-peraturan khas yang ditetapkan dalam Kelab Dikir Barat hendaklah
dipatuhi oleh semua ahli.
Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

7.7 PEMBUBARAN KELAB / PERSATUAN

Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan kelab ini sekiranya didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
Segala hutang yang tergendala wajib dijelaskan.
Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

7.8 HAL-HAL LAIN

Setiap ahli Kelab Dikir Barat perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap
aktiviti yang dijalankan.
Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan memberikan komitmen mengikut aktiviti
dengan penuh minat.

8.0 Strategi Pelaksanaan

CARTA ALIR STRATEGI PELAKSANAAN PENGURUSAN KELAB DIKIR BARAT


KERJA

KERTAS KERJA

AKTIVITI
SETELAH LULUS

PELAKSANAAN
PENGHASILAN KERTAS

PELAKSANAAN KELAB

Perbincangan Penyebaran maklumat kelab Pelaksanaan aktiviti


penubuhan terhadap murid-murid mengikut jadual
jawatankuasa sekolah rancangan aktiviti
bersama guru Pengambilan ahli Pameran hasil
berkenaan. aktiviti sepanjang
Penubuhan Ahli
Jawatankuasa Kelab dalam tahun
kalangan ahli

Rajah 1 : Carta Alir Strategi Pelaksanaan Pengurusan Kelab Dikir Barat

9
STRATEGI PELAKSANAAN KELAB DIKIR BARAT

Kelab Dikir Barat ini akan mengadakan perjumpaan sebanyak dua kali setiap bulan
bergantung kepada keadaan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada ahli kelab
dengan sebaiknya. Terdapat tiga strategi utama yang telah dirancang bagi menubuhkan
Kelab Dikir Barat ini. Strategi-strategi yang telah dirancang adalah seperti berikut ;

Hebahan melalui pelbagai media

Jika penubuhan kelab ini berjaya mendapat kebenaran daripada pihak atasan maka, ahli-ahli
jawatankuasa Kelab Dikir Barat akan membuat hebahan secara besar-besaran mengenai
apa yang menarik dalam kelab ini. Hebahan yang dibuat bertujuan untuk memberitahu
seluruh warga sekolah dan ahli keluarga murid tentang wujudnya kelab seperti ini di sekolah.
Selain itu, hebahan ini juga meliputi segala maklumat yang berkaitan dengan Kelab Dikir
Barat, segala perkembangan aktiviti yang dijalankan dan juga kemajuan-kemajuan yang
akan dicapai sepanjang tahun kepada orang luar. Hebahan akan dibuat melalui dua media
utama iaitu media cetak dan media elektronik.

Mengutamakan kemahiran dan pengalaman bermakna

Sudah semestinya Kelab Dikir Barat akan menawarkan pelbagai kemahiran dan pengalaman
yang bermakna buat semua ahli-ahli yang menyertai kelab ini. Dengan menggunakan sedikit
ilmu serta pengalaman yang dimiliki, tenaga pengajar akan sentiasa mencurahkan ilmu,
tenaga dan masa untuk dicurahkan kepada ahli-ahli kelab sepanjang tahun. Oleh hal yang
demikian, perancangan pelaksanaan aktiviti telah dirancang dengan sebaiknya bagi
melahirkan ahli-ahli kelab yang berkemahiran serta berpengalaman dalam seni muzik dikir
barat ini.

Perancangan aktiviti yang menarik dan terancang

Secara keseluruhannya, aktiviti yang dirancang dalam Kelab Dikir Barat ini terbahagi kepada
dua jenis iaitu perancangan aktiviti dan juga perancangan projek. Perancangan aktiviti yang
dirancang akan dilaksanakan dalam kalangan ahli kelab dan tenaga pengajar sahaja
manakala perancangan projek pula melibatkan aktiviti yang dirancang bersama dengan

10
komuniti luar seperti pertandingan dikir barat tertutup peringkat sekolah, lawatan ke kelab
dikir barat kampung dan banyak lagi.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid supaya
menyertai kelab ini dan berasa seronok dengan apa yang dirancang. Seperti sedia maklum,
perjumpaan untuk ahli kelab akan diadakan sebanyak dua kali setiap bulan secara berselang
seli dengan aktiviti kokurikulum. Hal ini bertujuan untuk mematuhi jadual bulanan aktiviti
kokurikulum yang disediakan oleh pihak sekolah iaitu dua kali aktiviti unitberuniform dan dua
kali bagi aktiviti kelab dan persatuan setiap bulan. Aktiviti untuk Kelab Dikir Barat akan
dijalankan pada setiap hari Selasa pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang.

TAKWIM KELAB DIKIR BARAT

BIL BULAN TARIKH RANCANGAN AKTIVITI MINGGU


1. JANUARI 10 Januari 2017 Pendaftaran ahli kelab dikir barat MINGGU 1
2. JANUARI 24 Januari 2017 Mesyuarat Agung Perlantikan Ahli MINGGU 2
Jawatankuasa
3. FEBRUARI 7 Februari 2017 Menonton persembahan dikir barat MINGGU 1
4. FEBRUARI 21 Februari 2017 Membentuk kumpulan dikir barat MINGGU 2
mengikut kategori tahap dan belajar
teknik dikir barat yang betul
5. MAC 7 Mac 2017 Berdikir menggunakan lagu dan MINGGU 1
gaya yang tersendiri dalam
kumpulan
6. MAC 21 Mac 2017 Sesi latihan menggunakan MINGGU 2
instrumen
7. APRIL 4 April 2017 Mengadakan lawatan ke kelab dikir MINGGU 1
barat kampung
8. APRIL 18 April 2017 Latihan dikir barat dalam kumpulan MINGGU 2
masing-masing
9. MEI 2 Mei 2017 Pertandingan dikir barat tertutup MINGGU 1
10. MEI 16 Mei 2017 Mengemas bilik operasi MINGGU 2
11. JUN 6 Jun 2017 Membina lirik lagu yang baharu MINGGU 1
bedasarkan tema yang diberikan
12. JUN 20 Jun 2017 Latihan dikir barat dalam kumpulan MINGGU 2
13. JULAI 4 Julai 2017 Berlatih bersama-sama dengan MINGGU 1

11
kumpulan dikir barat kampung
14. JULAI 18 Julai 2017 Latihan dikir barat dalam kumpulan MINGGU 2
15. OGOS 1 Ogos 2017 Pemilihan kumpulan yang akan MINGGU 1
membuat persembahan pada Hari
Sambutan Kemerdekaan
16. OGOS 15 Ogos 2017 Membuat persembahan MINGGU 2
bersempena dengan Bulan
Kemerdekaan
17. SEPTEMBER 5 September 2017 Menghadiri majlis dikir barat yang MINGGU 1
dijalankan di Wisma Negeri
Kelantan
18. SEPTEMBER 19 September Anugerah penyampaian hadiah MINGGU 2
2017 kepada kumpulan dikir barat yang
paling menonjol
19. OKTOBER 3 Oktober 2017 Dikir Barat Club Party MINGGU 1
20. OKTOBER 17 Oktober 2017 Bergotong-royong mengemas bilik MINGGU 2
dikir barat

Jadual 1 : Takwim Kelab Dikir Barat Sepanjang Tahun

*tertakluk kepada perubahan semasa

PERANCANGAN AKTIVITI PERANCANGAN PROJEK

9.0 Bahan / Sumber

Bil BAHAN / PERALATAN SUMBER


1. Alat muzik Bilik Muzik Tradisional Sekolah
2. Alat tulis Tanggungan sendiri
3. Peralatan aktiviti gotong royong Stor sekolah
4. LCD Bilik Tayang Utama
5. Pentas sekolah Sekolah
6. Bahan bacaan Pusat sumber sekolah
7. Costume Dikir Barat Sumbangan Sekolah
Jadual 2 : Bahan, Peralatan dan Sumber

12
10.0 Anggaran Kos

Bil BAHAN / PERALATAN KETERANGAN JUMLAH


1. Alat tulis
- Kertas A4 2 rim x RM10.00 RM20.00
- Pen marker 1 kotak x RM20.00 RM20.00
- Pensel 5 set x RM2.00
2. Kos pengangkutan 2 kali lawatan x RM100.00 RM 200.00
3. Hadiah
- Hamper 5 x RM 20.00 RM 100.00

JUMLAH RM 340.00
Jadual 3 : Anggaran Kos

11.0 Sumber Kewangan

BIL PENDAPATAN KETERANGAN JUMLAH CATATAN


1. Kutipan yuran ahli RM 5.00 x 50 ahli RM 250.00 Setahun sekali
2. Sumbangan Persatuan Ibu RM 200 x 1 tahun RM 200.00 Setahun sekali
Bapa dan Guru (PIBG)
3. Peruntukan kokurikulum RM 350.00 x 1 tahun RM 350.00 Setahun sekali
JUMLAH RM 800.00
Jadual 4 : Sumber Kewangan

12.0 Penutup

Penubuhan Kelab Dikir Barat ini adalah merupakan satu usaha murni untuk mewujudkan
satu kelab yang dapat menceriakan sekolah dalam apa jua sambutan seperti Sambutan Hari
Guru Peringkat Sekolah, Sambutan Hari Kemerdekaan dan sebagainya. Dalam masa yang
sama, Kelab Dikir Barat ini juga diharapkan dapat menunjukkan perkembangan kemajuan
sepanjang tahun di sekolah melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Akhir kata,
Cadangan Kertas Kerja Penubuhan Kelab Dikir Barat ini diharap mendapat kelulusan
daripada pihak atasan untuk ditubuhkan di sekolah ini dengan jayanya.

13
13.0 Pengesahan Kertas Kerja

PERKARA TANDATANGAN / ULASAN

Disediakan oleh :

Cik Nor Azizah binti Abu Bakar,


Setiausaha,
Penubuhan Kelab Dikir Barat,
SK Sultan Ismail 1, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
Tarikh : ……………...
Disokong oleh :

En.Adam Mikael Bin Safi,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Sultan Ismail 1, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
Tarikh : ……………...
Disokong oleh:

Puan Zaliah Murni binti Lukman,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK Sultan Ismail 1, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
Tarikh : ……………...
Kelulusan oleh :
*DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN
Ulasan :
En. Ahmad Zuhair Bin Ismail,
Guru Besar,
SK Sultan Ismail 1, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
Tarikh : ....................

14
14.0 Lampiran

LAMPIRAN

15
14.1 Lampiran 1 (Huraian Logo)

Nama kelab ini adalah


KELAB DIKIR BARAT

Ayuh kita berdikir!

Warna kuning dalam


bulatan melambangkan
disiplin dalam ahli
kumpulan dikir barat
Baju kostum ahli
kelab dikir barat
adalah berwarna
hijau

Seluar kostum ahli Penyertaan semua murid


kelab dikir barat terbuka kepada budaya 1
adalah berwarna Malaysia iaitu pelbagai
kuning kaum Melayu, Cina dan
India

16
14.2 Lampiran 2 (Skop Tugas Jawatankuasa)

BIL JAWATAN SKOP TUGASAN

1. PENGERUSI  Mempengerusikan mesyuarat antara ahli.


 Membincangkan perancangan program
sepanjang tahun.
 Memastikan ahli menjalankan tugas masing-
masing.
 Sentiasa merujuk guru penasihat sebelum
membuat sebarang keputusan.

2. NAIB PENGERUSI  Membantu pengerusi dalam mengendalikan


kelab.
 Menjadi penaung pengerusi sekiranya pengerusi
tiada.

3. SETIAUSAHA  Menyediakan laporan bagi setiap program yang


dijalankan.
 Merekod dan mencatat keadaan semasa
kewangan kelab secara berkala (sebulan sekali)..

4. NAIB SETIAUSAHA
 Membantu setiausaha dalam menjalankan
segala tugas dan tanggungjawabnya.
 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu
ketiadaan Setiausaha.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

5. BENDAHARI  Memastikan semua ahli membayar yuran


keahlian.
 Menyerahkan semua kutipan yuran kepada guru
penasihat.

17
 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu
6. NAIB BENDAHARI
ketiadaan Bendahari.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7. AHLI JAWATANKUASA
 Membantu menjalankan tugas dalam segala
program dan aktiviti yang dilaksanakan.
 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa

18

Anda mungkin juga menyukai