Anda di halaman 1dari 1

TEMA : WIRA ANTI RASUAH (WAR)

TAJUK : BANTERAS RASUAH


KARYA : NOR ATIEKAH HIDAYAH BINTI HUSSAIN

Dengarlah syair gurindam mesra


Alunan suara germersik jiwa
Cegah rasuah perosak negara
Elak memberi dan menerima

Hadirnya ia tanpa diduga


Tamak haloba nafsu semata
Rapuhnya iman hilang waspada
Duniawi dikejar leka seketika

Hidup yang mewah itulah punca


Lorong yang salah gelapnya mata
Terlalu mengejar harta dunia
Hilang pedoman tersilap hala

Banteras rasuah mari bersama


Jangan dibiar sehingga alpa
Jangan dikaut lekasnya kaya
Tanpa kerasnya hasil usaha

Haruslah jujur mencari rezeki


Bina anugerah yang dirahmati
Keluarga di rumah setia menanti
Menjamah rezeki yang diberkati

Kerana harta tuhan dilupa


Tidaklah sedar kesan menimpa
Lalai dan alpa bermaharajalela
Mohonlah ampun kepada pencipta

Anda mungkin juga menyukai