Anda di halaman 1dari 1

SYAIR BANTERAS RASUAH

Lafaz Bismillah pembuka bicara,


Syair dikarang alunan suara,
Banteras rasuah musuh negara,
Elakkan jadi kawan selesa.

Datangnya ia tanpa diundang,


Manusia haloba fikir tak matang,
Kerana nafsu iman kecundang,
Gilakan harta maruah menghilang.

Gejala rasuah mesti ditegah,


Jangan dibiar nanti kan barah,
Jika rasuah dibiar menjarah,
Binasa diri semakin parah.

Terlalu idamkan tampaknya mewah,


Sanggup menerjah cara yang salah,
Kejar dunia nafsu serakah,
Hilang pedoman tiada arah.

Andainya kita lalai dan alpa,


Tanpa fikirkan kesan menimpa,
Kerana ringgit Tuhan dilupa,
Mohonlah ampun kepada pencipta.

Ayuh bekerja berhati-hati,


Haruslah jujur mencari rezeki,
Keluarga di rumah sedia menanti,
Menjamah rezeki yang diberkati.

Karya: Nor Atiekah Hidayah binti Hussain

Anda mungkin juga menyukai