Anda di halaman 1dari 2

Syair Banteras Rasuah

Nukilan: Nur Atiekah Hidayah binti Hussain

Irama Selendang Delima

Lafaz Bismillah pembuka bicara

Syair dikarang alunan suara

Banteras rasuah musuh negara

Elakkan jadi kawan selesa

Datangnya ia tanpa diundang

Manusia haloba fikir tak matang

Kerana nafsu iman kecundang

Gilakan harta maruah menghilang

Gejala rasuah mesti ditegah

Jangan dibiar nantikan barah

Jika rasuah dibiar menjarah

Binasakan diri semakin parah

Terlalu idamkan tampaknya mewah

Sanggup menerjah cara yang salah

Kejar dunia nafsu serakah

Hilang pedoman tiada arah


Andainya kita lalai dan alpa

Tanpa fikirkan kesan menimpa

Kerana ringgit Tuhan dilupa

Mohonlah ampun kepada Pencipta

Ayuh bekerja berhati-hati

Haruslah jujur mencari rezeki

Keluarga di rumah setia menanti

Menjamah rezeki yang diberkati

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Sialang

Anda mungkin juga menyukai