Anda di halaman 1dari 1

Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya, nama diberi Mia Aliza dari Sekolah Kebangsaan St Raymond Mujat.

Dengarlah Syair Banteras Rasuah, irama hiasan. Karya asal Nor Atiekah Hidayah Hussain.

Salam madani pembuka bicara,


Syair dikarang alunan suara,
Izinkan dinda mulakan bicara,
Supaya lapang dada semua.

Duhai putera puteri semua,


Kalianlah tunjang harapan negara,
Banteras rasuah musuh negara,
Elakkan jadi kawan selesa.

Datangnya ia tanpa diundang,


Manusia haloba fikir tak matang,
Kerana nafsu iman kecundang,
Gilakan harta maruah menghilang.

Gejala rasuah mesti ditegah,


Jangan dibiar nantikan parah,
Jika rasuah dibiar menjarah,
Binasa diri semakin parah.

Terlalu idamkan tampaknya mewah,


Sanggup mengerja cara yang salah,
Kejar dunia nafsu serakah,
Hilang pedoman tiada arah.

Andainya kita lalai dan alpa,


Tanpa fikirkan kesan menimpa,
Kerana ringgit Tuhan dilupa,
Mohonlah ampun kepada Pencipta.

Ayuh bekerja berhati-hati,


Haruslah jujur mencari rezeki,
Keluarga di rumah sedia menanti,
Menjamah rezeki yang diberkati.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai