Anda di halaman 1dari 15

MAJLIS RESEPSI

PENGANTIN:
MOHAMAD RASHID REDZA BIN ROSDI
& NOR SYAHIRAH BINTI HJ ZAILANI

BELAH LELAKI:
EN ROSDI BIN ABD HAMID &
PN WAN NOR MAZURA BT WAN MOHAMAD

BELAH PEREMPUAN:
TN HJ ZAILANI BIN HJ SIYES
& PN ZAINAH BT SALLEH

30 DISEMBER 2023 / 17 JAMADILAKHIR 1445H


09 DISEMBER 2023 / 25 JAMADILAWAL 1445H – BAKRI BATU 5, MUAR.
TENTATIF

1. PERARAKAN PENGANTIN MASUK


2. BACAAN DOA : EN WAN MOHD SAIDI BIN WAN ABDUL BASIT
(DATOK @ BAPA SAUDARA)
Alt:_________________________________________________
3. SESI BERGAMBAR
i. IBU BAPA PENGANTIN PEREMPUAN
ii. KELUARGA PENGANTIN PEREMPUAN
iii. IBU BAPA PENGANTI LELAKI
iv. KELUARGA PENGANTIN LELAKI
v. IBU BAPA SANAK SAUDARA PENGANTIN
vi. SAHABAT HANDAI
4. MAKAN BERADAP
5. POTONG KEK
6. RAMAH MESRA
1. Laksamana berempat di atas pentas, Cukup berlima dengan gurunya.
Bagailah dakwat dengan kertas, Sudah berjumpa dengan jodohnya.

2. Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara;


Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara.

3. Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua;


Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua.

4. Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali;


Selamat datang kami ucapkan, Moga diiringi restu Ilahi.

5. Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah;


Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah.
6. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara.

7. Kompang bergema pusaka bangsa, Dipalu oleh si anak muda;


Hadir tuan meriah suasana, Kami menyambut penuh gembira.
8. Ulik Mayang nyanyian asli, Dilagu si gadis merdu sekali;
Terima Kasih sekalung budi, Sudi datang ke majlis merai.

9. Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara;


Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

DOA

1. Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat;


Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat.

2. Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat;


Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat.

3. Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa;


Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa.

4. Tetak buluh kajang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat;


Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat.
5. Anugerah di kecap si anak watan, Mengangkat senjata bidalan suara:
Menadah tangan memohon keberkatan, Mendapat restu hidup Sejahtera.

6. Bunga mawar cantik tersemat, Dipetik gadis di tepi titi:


Doa dibaca memohon Rahmat, Moga Majlis sentiasa diberkati.

7. Tangan ditadah penuh inayah, Majlis dibuka penuh rahmatNya;


Mohon keberkatan serta hidayah, Moga tercerna minda kelas pertama.

ALUAN

1. Orang ke laut menjala Udang, Petang hari pasang pelita,


Yang ditunggu sudah pun datang, Yang dinanti sudah pun tiba.

2. Tanam serai berumpun-rumpun, Disiram air setiap hari,


Lemah gemalai hayun tersusun, Maklum lah dipanggil raja sehari.

3. Buah pauh mari di kerat, Alamat petang boleh dimakan


Pada yang jauh dan juga dekat, Selamat datang kami ucapkan
4. Pijat mati disarang kerengga, Anak Murai saja berlari
Hajat hati sekelian keluarga, Hendak merai raja sehari

5. Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat,


Rafak susun jari sepuluh, Minta doa biar selamat

6. Orang jauh dikenang-kenang, Hanya terkenang pada yang satu,


Mula berkenalan kemudian bertunang, Akad dilaksana sama Bersatu

7. Anak Cina mengail patin, Mengail patin di tepi titi


Senyum terukir pasangan pengantin, Tanda gembira penuh di hati
8. Puan dibawa ke Gunung Ledang, Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang, Kini masa makan beradab.

9. Semerbak bunga seroja, Dibelai dara pingitan


Lauk pauk penuh semeja, Jemput semua menikmati hidangan

10. Berdua mencari renda, Dapat satu di Inderagiri


Doa dari ayahanda bonda, Agar Masjid kekal berdiri
11. Tanam pisang tumbuhnya kelapa, Terbit bunga pucuknya mati,
Budi semua tak kami lupa, Sudah terpaku di dalam hati

12. Tuan puteri tersenyum-senyum, Melihat laksamana bermain rodat,


Senyum-senyum jangan tak senyum, Sudah sempurna segala adat

13. Memang pipit memakan padi, Telah lagi diberi beras,


Bukan sedikit tuan-tuan berbudi, Budimu tuan sukar dibalas

14. Nasi putih nasi lemak, Sajian makanan di waktu pagi


Terima kasih banyak-banyak, Sudi bertandang ke majlis kami.
15. Kalau tidak kerana bulan, Tidak bintang terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan, Tidak majlis sepermai ini.

16. Hari ini menugal jagung, Hari esok memintal tali


Hari ini kita berkampung, Meraikan mempelai dua sejoli.

17. Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Selasih


Pasangan pengantin segak melangkah, Mara menuju mahligai kasih
18. Tiup serunai di atas kota, Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta, Cinta tersemai di dalam hati

19. Sudah lama langsatnya condong, Barulah kini batangnya rebah.


Sudah lama niat dikandung, baru sekarang diizinkan Allah.

20. Orang membelat di tepi pantai, Banyak dapat ikan tembakul.


Yang kami hajat sudah tercapai, Yang kami doakan sudah terkabul.

21. Asal dari Bukit Siguntang, Kisah hikayat tidak terperi


Kami mengucap selamat datang, Hadir tuan menambah seri
22. Bagai ruas dgn buku, Bagai daging dgn kuku
Hidup di air satu perahu, Di darat satu kelambu

23. Menitis peluh merentas ladang, Hati-hati menjejak kaki,


Sebaik saja sajian dihidang, Sudilah Tuan-Puan persilakan diri.

24. Beli titi kayu belian, Belian dibeli dari ulu,


Minta sudi lah hadirin sekalian, Jgn segan jgn malu
25. Satin biru habis digunting, Sehelai sepinggang tiadalah jua
Pengantin baru manis bersanding, Bagai pinang dibelah dua.

26. Teruna berpeluh memuja bidadari, Lama nian lekat di mata


Pesona sungguh raja sehari, Umpama berlian diikat permata.

27. Kembang Cina baru dipetik, Sudah layu di telapak tangan


Abang teruna rindu cik adik, Madah merayu hendak bergandingan

28. Tua layu kembali mulus, Turun hujan dirembang syahdu


Dua menantu sekali gus, Tahun hadapan menimang cucu
29. Dodoi nyonya pandai membisik, Menebang dahan angin mendayu
Amboi. kuatnya perisai cik adik, Abang tak tahan ingin bertemu

30. Berpeluh sudah berpenat lelah, Bertahun patah tumbuh ditebang.


Dirempuh redah bersirat bilah, Berpantun madah berpeluh cik abang.

31. Gemalai kuntum melentuk di ranting, Tempua bicara irama syahdu.


Mempelai tersenyum duduk bersanding, Mertua gembira terima menantu.
32. Kelat mengkudu tiada bertanda, Patah dahan tempat berteduh.
Berkat restu ayahanda bonda, Mudah-mudahan dipanjang jodoh.

33. Kuntum relai tumbuh di mana, Gaya tempua menyapa bayu.


Senyum mempelai penuh bermakna, Rahsia berdua siapa yang tahu.

34. Buah macang melentur rendah, Dahan meranti bercabang dua.


Bertuah abang beristeri solehah, Belahan hati penenang jiwa.

35. Kerana rentung cemara dipalu, Sirih dilayang di dalam pasu.


Teruna merenung si dara tersipu, Kasih sayang bersulam rindu.
36. Dari mana punai melayang? Dari pagar turun ke padi
Dari mana datangnya sayang? Dari mata turun ke hati

37. Baik-baik menunggang unta, Nanti salah jatuh terlentang


Baik-baik bermain cinta, Mandi tak basah Makan tak kenyang

38. Hisap rokok tembakau cina, Keluar asap berbunga-bunga


Wahai cik adik saya bertanya, Cincin dijari siapa yang punya
39. Keluar asap berbunga-bunga, Itu petanda nak pendek usia
Cincin dijari memang ada yang punya, Tapi biarlah dulu jadi rahsia

40. Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang ditapak tangan


Sungguh pun jauh beribu batu, Hilang dimata di hati jangan

41. Kudup seroja beria-ia, Hendak keluar tak nak sekerat


Hidup kekal bahagia ceria, Dari dunia sampai akhirat

42. Tanak nasi di lorong hulu, Tanak bubur rumah juragan


Hendak mati di hujung kuku. Hendak berkubur ditapak tangan
43. Lebah menari selepas kerja, Tarian adat sudah ditetap
Menambah seri hari bahagia, Makan beradap jadi pelengkap

44. Madu lebah dari Peringgit, Amalkan makan jadi bistari


Sedangkan lidah lagi tergigit, Inikan pula suami isteri

45. Helang menyambar serigala gusar, Melihat kelibat si halimunan


Sesi bergambar keluarga besar, Jadi kenangan sepanjang zaman
46. Buah pauh si bunga rampai, Kilauan bintang sungguh mengasyikkan;
Orang jauh sudahlah sampai,Selamat datang kami ucapkan.

47. Tiup serunai di atas kota, Uda memupuk bunga Melati;


Mula kenal kemudian bercinta, Cinta tersemai dalam hati.

48. Amat garang datuk bentara, Musuh melanggar habis dibenam;


Dulu seorang kini berdua, Hidup bersama susah senang.

49. Orang jauh berkirimkan surat, Berkali-kali dibaca jua;


Ikan dilaut asam didarat, Dalam kuali bertemu jua.
50. Di malam hari terang senegeri, Bulan purnama dihujung julai;
Majlis gahari bertambah seri, Menyambut kedatangan kedua mempelai.

51. Doa berkat penutupnya amin, Jari lentik memukul gendang;


Mempelai berangkat di atas pelamin, Sama cantik sama padan.

52. Rimbun semalu di jambu batu, Bangkit pelanduk terus berlalu;


Kompang dipalu menyahut restu, Pengantin duduk tersenyum malu.
53. Semerbak bunga seroja, Dibelai dara pingitan;
Lauk pauk penuh semeja, Jemput mempelai menikmati hidangan.

54. Feringgi melanggar Inderagiri, Lalu dibedil oleh laksamana;


Suami ibarat kepala negeri, Hendaklah adil lagi saksama.

55. Keris dan sundang lambang diraja, Itulah tanda raja yang makbul;
Tanah ladang diletak baja, Makin dibaja semakin subur.

56. Hadirin berpakaian serba indah, Meraikan majlis yang gilang gemilang;
Bersanding sudah, bersantap pun sudah, Sila pengantin berangkat pulang.

57. Dengarlah ini ayah berpesan, Anak menantu, ayah ingatkan;


Berkasih sayang sesama insan, Jangan cepat menjadi bosan.

58. Ikan di laut asam di darat, Dalam kuali bertemu jua


Hati terpaut janji diikat, Atas pelamin bertemu jua

59. Orang jauh dikenang-kenang, Hanya terkenang pada yang satu


Mula berkenal kemudian bertunang, Diatas pelamin sama bersatu
60. Dari Johor ke Kuala Kedah, Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, bersua pun sudah, Sudah kawin masih begitu

PENUTUP

1. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita;


Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

2. Pohon berangan tempat bertemu,Girangnya rasa si anak dara;


Baliklah tuan membawa ilmu,Binalah bangsa bangunkan negara.

3. Di atas dahan burung tempua,Melihat rusa tepi perigi;


Salam perpisahan untuk semua,Dilain masa bersua lagi.

4. Bunga seroja di atas para,Jatuh ditimpa buah berangan;


Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua kami pohonkan.

5. Dari Kedah ke pekan sari,Beli suasa di Kota Tinggi;


Selesai sudah tugas diberi,Di lain masa bersua lagi.
6. Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman.

7. Tenang-tenang air di kali, Tempat mandian putra puteri;


Sempurna sudah majlis dirai, Salah dan silap harap dimaafi.

8. Bersyukur kini kami panjatkan,Majlis anugerah telah disempurnakan;


Sekalung penghargaan kami hulurkan,Segulung tahniah kami ucapkan.

9. Merdu bertingkah alunan suara, Kadang tak sedar tersilap kata;


Andai terlanjur patah bicara, Serendah hati kemaafan dipinta.

Anda mungkin juga menyukai