Anda di halaman 1dari 172

1

akuan penulis

Bahawa sesunguhnya hasil karya


kreatif ini ialah hasil ciptaan saya
sendiri tanpa diciplak, ditiru atau
plagiat daripada mana-mana sumber
media elektronik atau media cetak.
Karya ini tidak pernah disiarkan dalam
mana-mana media massa.

Nama : Setia Anak Anding

No. Kad Pengenalan : 920313-13-5865

Tandatangan :

2
Isi Kandungan

Bil Perkara Halaman


1 GURINDAM
Gurindam carilah teman 4
2 SYAIR
Syair Puteri Santubong Puteri 7
Sejinjang
3 PANTUN
Pantun 1 Malaysia 12
4 SAJAK
Guru itu 18
Sesal meruntunku 20
Peredaran arus 22
Menara ilmu 24
Ayahanda tercinta 26
5 CERPEN
Dendam terpadam 29
Guru itu aku 38
Baju kurung putih 50
Tina 76
6 Novel
Maafkanku ibu 78
7 Refleksi Tugasa 164
8 Biodata diri 170

3
Gurindam

4
Gurindam carilah teman.

Carilah teman yang beriman,

Lurus hidupmu penuh pedoman.

Carilah teman yang bijaksana,

Berjaya dirimu hidup sempurna.

Carilah kawan yang budiman,

Memandu dirimu sepanjang zaman.

Carilah kawan yang amanah,

Agar maruahmu tidak punah.

5
Carilah teman yang tidak sombong,

Bertegur sapa apabila bertembung.

Carilah teman yang penyabar,

Menasihatimu dikala tercabar.

Carilah teman berpaksikan agama,

Sedarkan dirimu sehayat cuma.

Carilah teman yang baik hati,

Pasti dirimu tidak dikhianati.

Carilah teman yang ikhlas,

Mengajar dirimu punyai belas.


6
Carilah teman yang ceria,

Indah harimu bersuka ria.

7
Syair

8
Syair Puteri Santubong Puteri Sejinjang

Dengarlah tuan hamba berperi,

Kisah terjadi disebuah negeri,

Negeri Sarawak namanya diberi,

Kisah lagenda dua puteri.

Dua daerah damainya tiada,

Hidupnya miskin kurang berada,

Tiada ketawa lagi bercanda,

Kebencian timbul tidak berpada.

Turun puteri datang memerintah,

Bicara puteri lancar dan petah,

Menurutlah rakyat tanpa membantah,

Tinggalah puteri dengan betah.

9
Pasir kuning damai sentosa,

Dijaga Santubong aman sentiasa,

Menenun puteri dengan selesa,

Tiada gundah puteri perkasa.

Pasir Putih indah berseri,

Kepada Sejinjang setia diberi,

Gembiralah hati sejinjang puteri,

Menumbuk padi setiap hari.

Suatu hari datang putera,

Tampan parasnyapemikat dara,

Tertawan puteri tampak ketara,

Bermulalah kisah penuh sengsara.

10
Kepada Santubong putera meminta,

Terpikat hatinya tanpa dusta,

Walang Sejinjang tidak terkata,

Menanggis si puteri di pinggi kota.

Kedua puteri menjadi garang,

Menurut hatinya marah dan berang,

Mulut celupar tiadalah larang,

Saling menyindir tiadalah kurang.

Dihayun Sejinjang antan ke pipi,

Murka santubong tidak bertepi,

Batang belidah dilempar rapi,

Tercucuk sejinjang perit berapi.

11
Turunlah sumpah yang tidak terkira,

Sejinjang menjadi Pulau Kera,

Menjadi gunung Santubong yang lara,

Sumpah ayahanda penamat sengsara.

12
pantun

13
Pantun 1 Malaysia

Pucuk pauh delima batu,

Dipetik dara diwaktu petang;

Hidup harmoni perpaduan bersatu,

Variasi bangsa hidupnya tenang.

Sungguh cantik burung bayan,

Waktu senja tampaklah terbang;

Kunjung mengunjungi semasa perayaan,

Merapatkan ukhwah semua orang.

Pergi ke pasar membeli pelita,

Menerangi halaman cahayanya terang;

Pelbagai budaya uniknya kita,

Itulah warisan nenek moyang.


14
Puteri Santubong cantik jelita,

Tertarik hati sentiasa terbayang;

Sikap berpuak usah dicipta,

Perpaduan hidup akan kecundang.

Berhati-hati menjolok kelapa,

Kelak jatuh menimpa belakang;

Perjuangan pemimpin jangan dilupa,

Agar tidak kembali berulang.

Sungguh besar bungga rafflesia,

Tumbuh ditanah hidup melata;

Variasi etnik mendiami Malaysia,

Bertolak ansur tiada sengketa.

15
Pulau Manukan sungguh indah,

Lautnya cantik umpama taman;

Mekar pagi bunganya merah,

Bunga raya bunga kebangsaan.

Sungguh cantik kebaya nyonya,

Cantik dipakai semasa sambutan;

Harga kemerdekaan tinggi nilainya,

sepakat kita pertahan kedaulatan.

Panjang Akarnya bunga kiambang,

Tumbuh terapung jangan dimakan;

Bijak pemimpinnya negara berkembang,

Rakyat didahulukan, pencapaiaan diutamakan.

16
Anak dara mengumpul batu,

Mengumpul batu di Tanjung Lama;

Hidup bermasyarakat sentiasa bersatu,

Satu Malaysia ikatan bersama.

17
sajak

18
Guru itu

Kulihat guru itu kelihatan berbeza

Jauh berbeza daripada wajahnya dulu

Dia tetap kental duduk di kerusi itu

Kelihatan urat tua timbul diwajah

Rambut hitam nya telah luntur perlahan

Pena keramat setia menemaninaya

Tidak sekalipun senyumannya luntur di bibir

Tidak sekalipun timbul kepanatn di raut wajah

Ilmu dicurah penuh kesabaran

Dewasa ini, barulah aku sedari

Guru itu ibarat lilin

Menerangi hidup orang lain

Guru itu ibarat jam


19
Membekalkan waktu sepanjang zamn

Guru itu ibarat nakhoda

Memandu hidup meneroka arus

Guru itu ibarat ayah dan ibu

Membentuk akhlak tanpa jemu

Guru itu sentiasa berdiri memerhati

Tiada bingkas keluhan yang timbul

Menyebar ilmu seantero bangsa

Kental mendidik anak pertiwi

Besar pengorbanan guru itu

Itulah guruku

20
Sesal meruntunku.

Langkah semalam mematikan aku,

Terperangkap dalam pelukan ketakukan

Terkurung dalam dakapan malam

Terhanyut ke nafsu kebahagiaan

Terguling dalam kesamaran

Kehidupan itu neraka

Tersungkur diriku dalam lembah derita

Air mata taubat menjelma

Sesal meruntun jiwa

Semua itu sudahku lemparkan jauh

Hanya menunggu waktu itu bermegah

Hanya menunggu sinar kebahagiaan ilahi

Hanya menunggu malaikat pembela tiba


21
Kini,

Hitam menguasaiku

Membuak-buak hati ingin meronta

Gelap mengikatku erat

Tanah tidak sabar menelanku gelojoh

Bau derita sudah menghampiri teduh

Mengenapi takdir yang tertulis

Diruang ini sudah terlukis

Jendela hidup telah ditutup

Tertutupkah pintu taubat?

22
Peredaran Arus

Dahulu

Aku lihat dan merasa sendiri

Melodi itu merdu sekali

Gemersik suara alam melantun indah

Kedengaran padung berkicauan

Desiran angin melangkah halus

Menenangkan jiwa

Seyojana pada pandangan mata

Kini

Aku lihat dan merasa sendiri

Senyuman rimba sudah lama hilang

Melodi itu sudah tidak berfungsi

Kerakusan jiwa memonopoli segalanya


23
Kebingitan suasana turut dirasa

Lingkaran kehidupan musnah perlahan-lahan

Curucuk-cerucuk telah berdiri agung.

Manusia hanya mengejar kehidupan

Manusia hanya mengejar kemewahan

Manusia hanya mementingkan diri

Tanpa menghiraukan hari muka

Tanpa peduli generasi muda

Siapakah yang dipersalahkan?

Manusia atau alam?

24
Menara ilmu

Aku hadir di sini

Mungkin sudah dipateri oleh Tuhan

Bakal menjadi pencetus revolusi

Membawa harapan yang menggunung

Satu janji yang beribu

Di lubuk ini memberi seribu makna

Bibit-bibit hidup bermula

Tempat ini umpama lautan

Tersembunyi mutiara bersinar terang

Tempat ini umpama langit

Terkumpul bintang berkelip-kelip

Tempat ini umpama gunung

25
Banyak perkara yang terselindung

Hanya satu tekad yang tersemat

Tempat ini mendewasakanku

Tempat ini membuka jendela mata

Tempat ini gedung ilmu

Aku ingin melangkah keluar

Mendapat segulung berkat

Atas usaha titik peluhku sendiri

IPG KBM tempatku mengembara

Bakal menjadi penggoncang dunia

26
Ayahanda tercinta

Mungkin orang lain sudah lupa

Tapi anakmu ini tidak alpa

Bayanganmu sentiasa di mata

Terasa ada kekosongan diri

Terasa tiada lagi penyeri

Pergimu tanpa direlakan

Hati yang lara dibiarkan seketika

Genggaman tangan kami lepaskan

Air mata syahdu disapu pilu

Rantai Takdir mengikatmu erat

Hanya gambarmu digantung bonda

Tatapan hati pengubat derita

27
Bonda gigih memikul segala

Mendewasakan kami menjadi manusia

Semua onak hidup diharungi perih

Telinga bonda ditulinya sementara

Mendengar kutukan cemuhan semua

Andai ayahanda masih ada

Pasti terukir senyum gembira

Terpahat rasa bangga dijiwa

Melihat semua anakmu mengapai bahagia

Semoga rohmu aman disana

Dijaga selalu oleh sang pencipta

28
cerpen

29
Dendam terpadam.

erasaan aku sebelum ini bercampur baur.


Takut, berani, marah, bebas, dan segalanya
perasaan itu telah berjaya menguasaiku.
Adakah tindakan aku betul atau sebaliknya?.
Gementar rasa hati berhadapan dengan
peguam bela, Papa, dan hakim yang mengadili
kes papa itu. Gementar rasa hati, saat diri
berada di dalam mahkamah tadi. Kini, barulah aku boleh
bernafas.

“ Tok...tokk..tokk..!!! dengan ini mahkamah telah


memutuskan Encik Dylan Chendang didapati bersalah
dan dipenjara seumur hidup serta 5 kali sebatan. Segala
bukti yang diberikan oleh saksi adalah kukuh. ”

Bunyi ketukan dan kata-kata hakim di meja pengadilan


itu sentiasa terngiang-ngian di gendang telingaku. Bunyi
dan suara itu seakan-akan sudah kekal dirakam dan
terkunci erat di mindaku. Terbayang juga wajah papa
sewaktu di meja pengadilan. Terselit juga perasaan
kasihan dan sebak dalam diri namun hatiku harus

30
seperti terumbu karang. Keras dan tidak berganjak. Aku
perlu membongkar rahsianya itu. Jangan membiarkan
jahat menguasai dunia ini. Banyak perkara kotor dan
kurang menyenangkan hati Tuhan yang telah dilakukan
olehnya. Papa memang pandai bertopeng ketika
berada di khalayak ramai. Padahal dia terlibat dengan
kes pinjaman haram, perjudian secara online, dan
rasuah untuk mendapatkan tender-tender besar untuk
syarikat perkongsiannya dan rakan-rakannya. Ramai
juga yang tertindas dan ditipu olehnya dan rakan-
rakannya juga, sehingga mencabut nyawa mama dan
ayah kandungku sendiri. Dendamku terhadapnya masih
lagi tidak terpadam selagi semua ini tidak selesai. Aku
perlu menegakkan keadilan. Aku tak mahu kes ini
hanyut begitu sahaja, dan orang yang bersalah akan
sentiasa menang.

Mama memang baik orangnya. Lemah lembut dan


memberikan kasih sayang yang sepenuhnya
terhadapku. Dia dikahwinkan dengan papa gara-gara
untuk melangsaikan hutang keluarganya. Ayah Mama
memang seorang kaki judi dan pemabuk. Banyak
hutangnya dengan Papa sebelum ini. Mama pernah
menceritakan kisah kehidupannya kepadaku dahulu.
31
Papa pernah mengugut ayah kepada mama. Dia ingin
membunuhnya. Namun ada cara mudah untuk
melangsaikan hutang itu, dengan syarat ayahnya perlu
menyerahkan anak daranya. Segala hutangnya akan
dilangsaikan.

Sepanjang 10 tahun Mama berkahwin dengan papa,


mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Papa jarang
dirumah. Balik ke rumah dalam keadaan yang mabuk,
dan membawa teman-temannya. Mama selalu menjadi
mangsa untuk melepaskan geram. Selalu dipukul,
ditampar dan ditendang olehnya. Papa seolah-olah tidak
menghargai kehadiran mama. Mama memang baik,
segala makan minum papa ketika dirumah selalu terjaga
dan menurut kehendaknya. Dia tidak pernah melwan
ketika disakiti. Malah hanya diam dan menanggis.
Mama pula sentiasa mengurungku di dalam bilik dan
tidak menyuruhku keluar apabila papa balik ke rumah.

Sayu hati apabila mengenangkan nasib mama. Aku


telah kehilangan orang yang ku sayang sekali lagi.
Dahulu, aku tidak sempat melihat ibu kandungku
sendiri, dia meninggal dunia selepas melahirkanku,
ayah kandungku pula telah dilanggar oleh papa ketika

32
aku berusia 7 tahun. Waktu itu kami dalam perjalan
balik ke Kuala Lumpur. Papa membawaku balik ke
rumah dan membelakuku sebagai tanda menebus
kesalahannya. Namun, tidak mudah bagiku. Tidak
mudah bagiku untuk memaafkannya. Dia tidak mungkin
dapat memberikan kasih sayang seperti keluargaku
sendiri, dia tidak mungkin dapat menganttikan tempat
ayah dan ibu kandungku. Kini, tiada siapa tempatku
untuk mengadu. Sekarang mama juga meninggalkanku.
Pergi tanpa rela meninggalkanku jauh. Air jernih mulai
berkumpul di kelopak mataku dan mengalir. Hangat
rasanya. Sedih apabila mengenang nasibnya. Aku
memang menganggapnya seperti ibu kandungku sendiri
walaupun kami tiada pertalian darah antara kami. Tibi-
tiba, fikiran aku melayang dan mengingat pada kes
pergaduhan papa dan mama.

Pada waktu itu, aku tidak dapat tidur. Terasa panas di


dalam bilik tidurku. Aku membuka jendelaku. Tiada
kelihatan pun sebutir bintang hanya bulan yang setia
menemani malam yang sepi. Katak-katak dan cengkerik
saling bernyanyi. Aku lihat cahaya terang dari arah
kanan. Cahaya itu semakin lama semakin menghampiri.
Silau mata dibuatnya. Kelihatan seperti kereta ayah.
33
Tidak ada orang lain yang balik waktu begini di taman
perumahan ini. Memang ayah. Sangkaan aku tepat
sekali apabila ayah keluar dari kereta dan membuka
pagar. Jam di dinding bilik tidurku menunjukan waktu
sekarang tepat pukul 1 pagi.

“ Rita..Rita..Rita... cepatt buka pintu” jerit papa.

Kedengaran suara papa dari luar. Suaranya kuat sekali


memanggil mama untuk membuka pintu untuknya
sehingga kedengaran sampai ke bilik tidurku. Dia
seolah-olah tidak menghormati tetangga yang lain. Aku
membuka pintu bilik tidurku perlahan-lahan. Tidak luas
hanya sekadar untuk menjeling apa yang berlaku di
ruang tamu. Aku melihat tangan papa memegang botol
kaca. Papa mabuk dan dibawah pengaruh alkhohol.
Perangainya tidak pernah berubah. Setiap kali balik ke
rumah, mesti marah-marah, mabuk dan minum arak.

Papa menengking mama sekali lagi sebaik sahaja


mama membuka pintu untuknya. Dia menolak mama
sehingga jatuh ke lantai. Mama lambat membuka pintu
untuknya kerana mama berada di bilik. Mama kurang
sihat pada hari itu. Papa terus berleter dan naik angin
dan mereka berdua bertikam lidah. Sudah lama mama
34
hidup dalam rumah tangga neraka itu. Sudah lama
tersiksa. Lebam, calar, bengkak dan sakit memang
sudah sebati dalam dirinya. Sudah lali dengan semua
itu. Telapak tangan sentiasa hinggap pada muka mama.
Mama tidak pernah sekali pun melawan.

Bengis dan garang mukanya memandang mama. Dia


cuba menampar mama tetapi mama mengelak. Melihat
mama cuba menggelak dia bertambah marah. Mama
cuba melarikan diri saat papa membuka tali
pinggangnya tetapi tidak berjaya. Keadaan ruang tamu
agak sempit. Kaki mama tersangkut pada karpet. Mama
terjatuh. Tidak dapat melarikan diri. Papa memang
dayus tetap mengejarnya. Dia menggugut rmbut mama
dan kelihatan matanya terbeliak memandang mama.
Mama meronta-ronta untuk dilepaskan. Namun papa
masih berbuat demikian tanpa mempedulikan mama.

“ Jika kamu tidak menyukaiku, lebih baik kamu


ceraikanku dan biarkan aku bebas, aku sudah lama
tersiksa. Aku sudah tidak mampu bertahan. Tidak
mampu.” Rayu mama kepada papa sambil air mata
jatuh berlinangan membasahi pipinya.

35
Papa tidak membalas. Mukanya nampak lebih marah.
Dia menoleh ke arah meja. Di atas meja ada sebakul
buah-buahan dan terselit sebilah pisau. Papa segera
mengambilnya. Seakan masih tidak puas hati dengan
mama kerana sebelum ini mama tidak pernah melawan
cakapnya. Dia menuju ke arah mama dan menikamnya.
Pisau itu ditikam bertubi-tubi pada dada mama. Mama
hanya mengerang kesakitan dan darah keluar deras.
Mengalir mencurah. Sengsara melihatnya. Mama
seolah-olah seperti binatang diperlakukan seperti itu.
Meronta-ronta saat diri ditikam.

Jantungku seakan-akan tercabut melihat itu. Lututku


seperti tidak bercantum lagi. Aku melihat kes
pembunuhan di depan mataku sendiri. Kejam. Memang
kejam. Aku melihat papa mengelabah setelah
melakukan itu. Dia segera mencabut pisau pada dada
mama dan menyimpanya di dalam almari berdekatan
dengan meja telefon di ruang tamu. Dia segera
mencapai kunci keretanya yang diletakkan di atas meja
dan melarikan diri.

Aku segera mendapatkan telefon bimbitku di atas katil.


Aku meminta bantuan daripada pihak hospital dan polis.

36
Riuh keadaan rumah setelah pihak polis dan pihak
hospital datang dan membuat siasatan. Jiran-jiran
berkumpul dihadapan rumah. Ada yang cuba untuk
masuk dan melihat apa yang terjadi tetapi dihalang oleh
pihak polis.

Aku hanya mampu menanggis. Seakan-akan tidak


percaya semua ini berlaku di hadapan mataku sendiri.
Mulutku seakan-akan terkunci ketika disoal siasat.
Mayat mama masih lagi disitu. Darahnya telah
memenuhi lantai. Merah. Memang pekat. Ada ketulan
darah beku juga di atas lantai. Pihak polis dan ahli
forensik sedang sibuk menjalankan tugasnya. Aku
masih lagi tidak mampu bertutur hanya mampu
menunjukkan pisau yang ayah gunakan untuk menikam
mama.

Cik Gloria,.. Cik Gloria..,

Sapaan itu segera mematikan fikiranku. Aku menoleh ke


belakang. Ada seorang pemuda di belakngku. Tegap
orangnya. Berbaju uniform hitam, bertopi, dan terselit
gari dan pistol pada pinggangnya. Lans koperal Karl
sedang berdiri tercegat di belakangku. Dia
menghulurkan tangan kepadaku.
37
“ Tahniah, kerana berjaya membongkar perbuatan kotor
bapamu dan menegakkan keadilan kes mamamu.
Segala bahan bukti yang diserahkan kamu akan kami
simpan disini”. Katanyanya kepadaku.

“ Terima kasih juga kerana membantuku” . Balasku


kepadanya sambil senyuman terukir di pipi.

Kami tidak berbual panjang. Dia ingin bergegas ke


Bangsar. Ada kes pecah rumah di sana. Kini aku sudah
bebas dan yang paling penting dapat menegakkan
keadilan untuk mama dan membongkar semua
perbuatan jahat papa dan rakannya. Aku berhasrat ingin
kembali ke kampung mama . untuk menenangkan
fikiranku disana. Sebelum mama meninggal, dia pernah
memberikan alamat kampungnya kepadaku. Mungkin
tempat itu lebih selamat bagiku. Kawan-kawan papa
yang masih berkeliaran diluar mesti akan mencariku.

38
Guru itu aku.

A
Ku bangun awal pagi ini.. Hari ini genap
dua tahun aku telah bersara. Aku
memang rindu dengan dunia pendidikan.
Cuaca hari ini kurang elok. Hujan rintik-
rintik di luar sana. Aku duduk di tepi
jendela dan punggungku telah lama melekat di kerusi
malas. Diatas mejaku terdapat secawan kopi. Tanganku
memegang sebuah buku. Berhabuk dan berdebu
rupanya, maklumlah itulah diari aku dahulu. Diari itu
ditulis pada tahun 1999. Segala pengalaman sewaktu
mula-mula mengajar tercatat disitu. Teringat semula
semua kisah-kisah aku mula mengajar dahulu.

Aku mula mengajar di Sekolah Kebangsaan St. Francis


Xavier, Kanowit. Sekolah ini terletak di pekan Kanowit.
Aku menjadi guru kelas tahun 3 Putih. Aku diberi
peluang untuk mengajar subjek Bahasa Melayu,
Matematik, dan Pendidikan Seni.

Suatu hari aku masuk ke kelas tahun 3 Putih. Aku


mengajar seperti biasa. Semua murid sedang menulis

39
dan mengikut apa yang aku tulis di papan hitam kecuali
Linang sahaja yang masih terdiam dan memerhatikan
aku dari tadi.

“ Linang, kenapa tidak menulis? Keluarkan buku dan


pensil kamu.” Kataku kepadanya dengan nada tinggi.

Dia menundukkan kepala. Dan segera membuka


begnya. Dia mengambil sebuah buku dan pensil.
Bukunya sangat nipis. Pensilnya pula kontot. Seakan-
akan tiada persediaan pergi ke sekolah. Dia terus
mencatat apa yang telah ku tulis di papan tulis. Dia
memang begitu, sepanjang 6 bulan aku dah berkhidmat
di situ. Pelbagai karenah yang dia buat. Kerja rumah
juga seringkali tidak dibuat namun dia budak yang
pintar. Sentiasa berada dalam kedudukan pertama,
kedua dan ketiga semasa peperiksaan.

Selepas mengajar kelas mereka, aku duduk di kantin


untuk bersarapan. Tak terasa sudah dua waktu aku
mengajar. Anak tekakku sudah mula kering, dari tadi
belum meneguk setitis air. Aku melihat sekumpulan
murid sedang bermain membaling-baling beg dan
kelihatan seorang sedang berusaha untuk mendapatkan
begnya. Beg itu dibaling kesana- sini.
40
“Kelihatan itu seperti murid-murid 3 Putih. Kenapa
Linang bermain sedangkan ini masih lagi waktu
pengajaran dan pembelajaran.” Bisik hatiku. Aku
memerhatikan dari jauh telatah mereka.

Aku melihat tiba-tiba Linang menolak salah seorang


daripada mereka dan menumbuknya. Kawan-kawan
yang lain menarik-narik Linang supaya berhenti. Aku
segera menuju ke arah mereka.

“Apa korang buat ni?” tengkingku.

Rotan berada di tanganku.Geram melihat mereka. Aku


merotan Linang dipunggungnya, yang lain semua lari
bertempiaran dan masuk ke makmal. Aku mengambil
begnya dan membuang begnya ke dalam tong sampah.
Buruk rupa begnya. Beg yang diperbuat daripada guni.
Bewarna coklat. Dijahit. Dia hanya memerhatikan
tindakan dan tidak mengambil beg itu. Lengan bajunya
juga koyak ditarik oleh rakannya tadi. Dia menanggis
dan merenung wajahku. Sedikit rasa simpati muncul
dalam hatiku tetapi sikapnya tadi membuatku tidak
menyenanginya.

41
“ kenapa ibu bapanya tidak mempedulikannya? Segala
peralatan sekolah, pakaiaan seragamnya pun tidak
terjaga. Adakah dia mendapat bantuan?. Dimanakah
duit itu? Apa yang mereka beli dengan bantuan itu?
Adakah ibu bapanya tidak mempedulikannya lagi?.”
Bertubi-tubi persoalan itu muncul di benak fikiranku.

Pagi itu dialah yang paling lambat masuk ke kelasku .


Aku melihat ke arah kakinya. Kasutnya kotor akibat
tanah. Bajunya kusut dan dia masih memakai baju yang
dipakainya semalam. Kesan koyak yang ditarik oleh
rakannya maih kelihatan pada lengan bajunya.dia
melangkah masuk dan terus menghulurkan tangannya
kepadaku. Minta untuk dirotan. Aku telah menetapkan
peraturan dengan mereka sebelum ini, sesiapa yang
lambat masuk ke kelas juga akan dirotan 2 kali. Bagi
yang tidak menyiapkan kerja sekolah, akan dirotan 3
kali dan berdiri di atas kerusi. Namun Linang tidak serik-
serik. Berkali-kali tangannya telah dirotan. Aku berasa
muak untuk memukulnya. Seolah-olah tidak
memberikan sebarang keinsafan kepadanya.
Walaubagaimanapun dia tetap ingin datang ke sekolah
untuk belajar.

42
Aku menengking di hadapan semua murid. Semua
murid mentertawakannya.

“ Kenapa kamu menggunakan beg plastik? Miskin


sangat ke? Kalau tak mampu membeli beg dan baju
jangan pergi ke sekolah duduk sahaja di rumah.”
Tengkingku kepadanya dengan penuh perasaan marah.

Aku menyuruhnya kembali ke tempat duduknya. Aku


meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Aku
meminta mereka mengeluarkan buku latihan dan pensil
untuk mencatat. Semua murid kelihatan sibuk
mengeluarkan semua peralatan. Aku menulis teks di
papan putih dan meminta mereka menyalin apa yang
telah saya tulis. Setelah selesai, aku berpaling ke arah
depan. Linang tidak berbuat apa-apa. Linang hanya
duduk diam dan menjadi pemerhati. Semua murid
sedang rancak menyalin latihan yang ditulis di papan
hitam.

“ Linang, mana buku dan pensil kamu?” . Tengkingku.

Semua murid-murid yang lain berhenti menulis dan


memandang ke arahnya. Dia menundukan kepalanya
ke bawah.malu.

43
Aku menyuruhnya berdiri menggunakan satu kaki di
atas kerusi, kerana dia tidak ada persediaan untuk
belajar.

“ Selagi kamu tidak ada peralatan kamu jangan masuk


kelas saya dan untuk hari ini kamu harus berdiri satu
waktu”.

Kira-kira Lima belas minit kemudian, dia keluar tanpa


memberitahuku. Aku memanggilnya, dia tidak menoleh
kearahku. Dia menanggis.

Kedengaran suara rakan-rakanya mebuat bunyi yang


tidak senonoh.

“ Boooo...Boooo.. padan muka “ kata salah seorang


murid di kelas itu.

Dia melangkah perlahan-lahan menuju ke arah pintu.


Dia berjalan ke arah tong sampah tempatku membuang
begnya dan mengambil beg yang diperbuat daripada
guni yang telah saya buang semalam. Aku segera
meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaranku
seperti biasa mengikut perancangan yang telah dibuat
dalam buku rancangan pengajaran harian dan tidak
mempedulikannya.
44
“ Biarlah, esok dia akan turun juga ke sekolah lagi” bisik
hatiku.

Kini sudah hampir enam hari dia tidak ke sekolah.


Keadaan kelas terasa sedikit sepi dan kosong di sudut
tengah. Tempat duduknya kosong. Aku bertanya pada
rakan-rakannya yang lain dan mereka memberitahuku
bahawa mereka tidak tahu kemana dia menghilang.
Timbul perasaan menyesal pada diriku. Aku gagal
mengawal emosi, aku gagal mendidik murid-murid. Aku
telah membuatkan seorang murid berhenti.

Keesokan harinya, dua orang murid pergi ke bilik guru


dan memberitahu kepadaku baha Linang pergi ke
sekolah. Aku menuju ke kelas bersama-sam dengan
murid tersebut. Aku melihat Linang sedang duduk
menungguku. Dia terus berdiri sebaik sahaja aku
berada di hadapan pintu. Dia menuju ke arahku dan
menghulurkan tangannya dan ingin bersalam denganku.
Segera aku menyambut tangannya. Kasar terasa. Dia
masih lagi memakai baju dan kasut yang sama. Dan dia
berpatah balik ke tempat duduknya dan mengambil
buku-buku yang telah diikat.

45
“ Cikgu, ini semua buku teks saya. Saya ingin berhenti
cikgu”. Kata Linang kepada Cikgunya.

“ kenapa kamu ingin berhenti?” balasku.

Linang cuma berdiam dan tidak menjawab semua


persoalan yang diajukan kepadanya.

“ cikgu, bolehkah saya mengambil RMT lagi, masa rehat


nanti? Tanyanya kepadaku dengan nada yang lembut.

“ Boleh sahaja Linang.” Jawabku.

Aku merasakan sesuatu yang tidak kena dengan


Linang. Selalunya selepas mengambil RMT dia akan
balik ke rumah dan lambat untuk mengikuti kelas
selepas waktu rehat. Dia selalu tercunggap-cunggap
sampai di kelas.

Hari itu aku bercadang ingin mengekorinya balik ke


rumah. Setiap langkahnya aku ekori. Dia menuju ke
sebuah pondok kecil berdekatan dengan sekolah itu.
Pondok itu terletak berdekatan dengan Kampung
Serugin Jaya. Kira-kira 10 minit berjalan kaki jika
berjalan pantas.

46
Dia membuka pintu dengan luas dan ada seorang
nenek yang sedang terbaring di lantai pondok itu. Agak
uzur dari jauh. Aku menyelinap di belakang pokok
kelapa yang berhampiran. Dia menyuapkan makanan
dan susu kotak yang diberi di sekolah tadi kepada
neneknya itu. Sedih aku melihatnya. Dia tidak makan
pun makanan itu Aku memberanikan diri melangkah
naik ke pondok itu dan mendekatkan diri kepada nenek
yang terbaring itu. Linang berada di tepi nenek itu.
Kelihatan dia takut sebaik melihat mukaku. Aku
memperkenalkan diri kepadanya bahawa aku adalah
cikgu kepada Linang.

“ Nenek, saya cikgu kepada Linang. Saya tidak tahu


bahawa Linang mempunyai masalah, jadinya saya
mengekorinya sampai ke rumah.” Kataku kepada Nenek
Linang.

“ Ya, Linang anak yang baik. Ibu dan ayahnya telah


lama meninggal sewaktu dalam perjalanan balik ke
bandar Bintulu. Bas yang mereka naiki telah terbabas
ke dalam gaung. Kini Linang tinggal bersama dengan
nenek. Nenek pula lumpuh. Kaki Nenek tidak dapat lagi
bergerak. Sejak seminggu ini nenek tidak sihat.

47
Linanglah yang menjaga nenek. Dia sering menangis
melihat keadaan nenek ini.” Terang nenek kepadaku.

“ Owhhh.. patutlah Linang tidak ke sekolah sejak enam


hari yang lepas.” Balasku kepadanya.

“ kalau nenek tidak ada lagi. Cikgu boleh membelanya.


Jadikan Linang sebagai anak angkat. Linang sebatang
kara. Nenek tidak tahu macam mana kehidupannya
nanti selepas nenek sudah tidak ada. Dia masih kecil
dan belum tentu boleh hidup sendiri.” Kata nenek
Linang kepadaku.

“ Tak baik berkata begitu nenek. Tuhan akan


memberkati nenek nanti.” Balasku kepadanya.

“ Maaf cikgu, jika selama ini keperluan cucuku, Linang


tidak cukup. Bajunya juga mungkin kotor berbanding
dengan murid lain. Itulah satu-satunya baju sekolah
Linang. Lepas habis sekolah. Linang akan mencucinya.
Keesokan harinya memakai baju itu semula. Kasutnya
juga buruk dari yang lain. Nenek sudah tidak ada lagi
kudrat untuk mencari rezeki. Begnya pula sekadar guni
yang dijahit oleh nenek sendiri. Dia tidak mendapat
sebarang bantuan kerana kami berdua tidak ada kad

48
pengenalan dan sijil beranak. Sijil beranak Linang dan
kak pengenalan nenek sudah terbakar ketika kebakaran
di rumah itu dulu” Kata Nenek kepadaku sambil
menunjukkan tempat rumah mereka yang telah
terbakar,.

Air mataku mengalir deras mendengar kata-kata nenek


Linang itu. Aku pula pernah menghukum Linang tanpa
bertanyakan masalahnya. Aku segera membuka
dompetku dan memberikan wang untuk meringankan
beban mereka berdua.

Kini sudah genap sebulan Linang tinggal bersamaku.


Maka genaplah sebulan nenek telah pergi
meninggalkan Linang. Aku telah mengambil Linang
sebagai anak angkat dan memenuhi permintaan terakhir
neneknya itu. Mungkin inilah salah satu cara untukku
memberikan kasih sayang kepada Linang.

Piittttt....Pitttttt...Piitttttt....!!!!

Kedengaran bunyi motosikal Posmen menghantar surat


di depan pagar rumahku. Aku mendapatkan surat itu
daripada posmen. Aku menerima sepucuk Surat
daripada Linang. Linang kini melanjutkan pelajaran ke

49
Jepun. Dia mengambil jurusan kejuteraan awam disana.
Dia sentiasa bertanyakan khabar kepadaku. Aku
membuka sampul surat yang bewarna putih itu dengan
cermat. Ada beberapa keping gambar di dalam sampul
itu dan 2 helai kertas. Aku tersenyum dengan kejayaan
Linang.

50
Baju Kurung putih.

M
ak esah merupakan ibu tunggal. Suaminya
telah lama meninggal dunia. Hasil benih
percintaan mereka dulu, Mak Esah dan Pak
Mail dikurniakan dua orang puteri. Mereka
hidup dalam keadaan yang serba kekuranga.
Bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga,
Mak Esah bekerja di ladang kelapa sawit.

Mak Esah memang mengambil berat tentang pelajaran


anak-anaknya. Walaupun Mak Esah buta huruf namun
dia tetap menemankan anak-anaknya belajar dan
membuat kerja rumah. Mereka hanya bertemankan
lampu pelita sahaja sepanjang malam. Rumah mereka
agak jauh dari tetangga yang lain. Sebelum meninggal
dunia dahulu, Pak Mail sempat mendirikan rumah kecil
di tanahnya. Disitulah mereka bertiga anak beranak
berteduh daripada panas dan hujan.

“ Ibu, cantik tak pokok yang Julia lukis ni?” Tanya Julia
kepada ibunya.

51
“ Cantik, pandai anak ibu melukis.” Katanya sambil
mengusap kepala anaknya.

“ Lukisan ini untuk kerja kursus pendidikan Seni Visual


ibu.” Kata Julia kepada ibunya lagi.

“ Buat elok-elok kerja yang cikgu suruh buat tu supaya


dapat markah yang tinggi nanti.” Kata Mak Esah
kepadanya.

“Baik ibu. Ibu Julia ingin hidup seperti pokok. Sentiasa


membesar. Supaya kasih sayang saya kepada ibu dan
Sophea tidak pernah hilang dan sentiasa membesar
seperti pokok.” Kata Julia kepada ibunya.

Kemudahan tempat mereka berdua belajar serba


kekurangan. Tidak ada meja belajar, kerusi dan lampu
yang sesuai untuk belajar. Namun bukan menjadi
halangan untuk mereka berdua. Tahun ini Julia akan
menduduki Ujian Penilaiaan Sekolah Rendah (UPSR).
Manakala, Sophea, adiknya masih darjah tiga, namun
adiknya sentiasa mendapat tempat pertama. Ibu sangat
bangga melihat pencapaiannya itu. Julia sebagai kakak,
tidak mahu mengalah dalam semua perkara. Dia
sentiasa cemburu melihat adiknya. Dia merasakan

52
adiknya lebih disayangi oleh ibunya dalam semua
perkara. Julia panas baran orangnya. Adiknya selalu
mengalah.

Pada suatu petang, Mak Esah yang baru balik dari


bekerja membawa bungkusan plastik bewarna biru
muda. Sophea sedang bermain dengan anak patung
beruangnya di dalam bilik. Sedikit bersepah keadaan
bilik tidur Sophea dan Kakaknya.

“ Ibu bawa bungkusan apa tu?” Tanya Sophea

“ Inilah hadiah untuk Sophea, Ibu membelikan hadiah ini


untuk kerana Sophea selalu mendapat tempat pertama”
balas ibunya kemudian mengucup kening sophea.

Sophea sangat gembira dengan hadiah yang diberi oleh


ibunya. Dengan rakus, dia membuka plastik itu.
Terkoyak plastik itu. Tiada lagi seperti rupanya yang
asal.

53
“ owhh,.. Baju sekolah rupanya. Cantik baju sekolah ini
ibu. Yeayyy!!.. Sophea ada baju baharu” kata Sophea
kepada ibunya sambil melonjak-lonjak gembira.

Ibunya terus mengantungkan baju tersebut di dalam


almarinya. Almarinya kurang baju. Masih muat lagi
tempat berbanding dengan almari kakaknya.

Beberapa minit kemudian, Julia sampai di rumah. Julia


baru balik dari kelas tambahan UPSR. Rupanya agak
penat. Dia mengayuh basikal ke sekolah. Jarak sekolah
dari rumah mereka agak jauh. Setelah meletakkan beg
sekolahnya di sebelah almari, Dia terus melabuhkan
badannya ke atas tilam. Mungkin terlalu penat. Ibu
segera keluar dari biliknya, untuk membersihkan diri.

“ kenapa sophea asyik senyum-senyum ni? Ada


sesuatu yang lucu?” soalan itu keluar dengan kasar
sekali daripada mulut Julia.

Sophea menuju ke almari dan membukanya dengan


luas. Dia terus mengambil baju itu dan menunjukan baju
baharunya itu kepada kakaknya.

“ kak, ibu belikan baju uniform sekolah yang baharu


untuk sophea. Ini hadiah sebab Sophea selalu dapat
54
nombor satu dalam peperiksaan.” katanya kepada
kakaknya dengan penuh semangat.

Julia terus bangun dan merampas baju itu daripada


adiknya. Dia menggoyakkan baju itu. Lengan baju
terkoyak. Sayang baju baharu itu. Adiknya terus
menangis dan memanggil ibunya. Mak Esah segera
datang ke bilik anaknya itu mendengar Sophea
menangis. Julia melepaskan baju itu selepas ibunya
tiba. Posisi badanya memandang arah jendela. Dia
membelakangkan ibunya.

“ apa yang berlaku ni Sophea? “ tanya ibunya dengan


perasaan ingin tahu bercampur dengan cemas.

“ kakak menggoyakkan baju sekolah adik ibu” kata


Sophea mengadu kepada ibunya.

“ala, sikit je pun.” Kata Julia sambil membuat muka


menyampah mendegar adiknya.

“ Julia !.. kenapa koyakkan baju adik. Itu baju baharu


Julia. Kasihan adik.” Kata ibu kepada Julia.

55
“ Ibu memang selalu pilih kasih, semua kasih sayang
diberikan lebih kepada adik. Adik ada baju baharu. Adik
selalu dipuji. Julia?” balas Julia.

“ Julia, adik kamu masih lagi kecil, sepatutnya kamu


menjadi contoh kepada adik. Selama ini adik kamu yang
memakai baju kamu. Ibu tak pernah membeli baju
sekolah untuknya. Semua baju lama Julia, adik yang
memakainya.” Kata ibunya dengan lembut.

“ Julia pun mahu baju baharu juga. Julia mahu baju


kurung putih. Julia tak mahu pakai pinafore lagi.”
Katanya kepada ibu.

“ Baiklah, ibu akan usahakan nanti.” Kata ibu.

Malam itu, ibunya menjahit baju adiknya yang koyak itu.


Sophea berada disebelah ibunya. Melihat ibunya
menjahit baju.

“ Ibu, walaupun baju ini dah koyak, Sophea tetap


memakainya ibu. Kasihan ibu membelinya. Penat ibu
bekerja semata-mata untuk mendapatkan baju ini.
Sophea tidak peduli orang ketawa melihat Sophea, yang

56
penting saya sayang akan ibu.” Kata sophea kepada
ibunya.

“ Tidak mengapa nak. Nanti bila ada rezeki lagi, ibu


belikan baju yang baharu. Jangan sedih lagi.” Katanya
kepada Sophea.

Air mata Mak esah mengalir. Dia segera mengucup dahi


anaknya itu. Julia masih marah dengan sikap ibunya
petang tadi yang dianggapnya berat sebelah dan lebih
menyayangi adiknya. Dia mengurung diri didalam bilik
selepas makan malam.

Kini, sudah tiga hari Julia tidak menegur ibu dan


adiknya. Mukanya masam seperti cuka. Barang-barang
yang dipegangnya pula selalu dihempaskan. Melihat
sikap Julia yang berkeras ingin memiliki baju kurung
ibunya meminjam duit daripada kawan sekerja. Mak
Esah cuba memujuk Julia. Dia juga memberitahu Julia
pagi esok mereka akan turun ke bandar untuk membeli
baju baharu.

Suasana di bandar agak sibuk. Kenderaan sentiasa lalu


lalang. Orang ramai pula berpusu-pusu membeli belah
di kedai-kedai. Mak Esah membawa anaknya menuju ke

57
kedai Everwin. Kedai tersebut berada di seberang jalan.
Mereka perlu menyeberangi jalan.

Julia masih bermasam muka. Hampir 5 minit mereka


menunggu kenderaan yang lalu lalang di jalan itu
berkurangan. Tangan Sophea dipimpin oleh Mak Esah
dengat erat.

“ Julia, hati-hati. Jangan terlalu dekat nanti tergilis oleh


kenderaan” pesan ibunya.

Dia seolah-olah tidak peduli akan nasihat ibunya itu.


Julia memberanikan diri dan melangkah untuk pergi ke
seberang tanpa menghiraukan ibunya. Tiba-tiba ada
kereta yang laju dari arah kanan . Mak Esah tanpa
berfikir panjang terus menolak Julia ke hadapan. Julia
tersungkur jatuh ke permukaan jalan raya. Kereta
tersebut melanggar Mak Esah. Keadaan di jalan itu
menjadi kecoh. Semua orang menghampiri Mak Esah.
Dia dihantar ke Hospital. Kaki Mak Esah digilis oleh
kenderaan dan terpaksa dipotong. Kehidupan mak Esah
hanya bergantung pada kerusi roda sepenuhnya.
Semua pekerjaan yang dilakukan terbatas. Kehidupan
mereka bertiga hanya bergantung pada bantuan yang
diberikan oleh pihak kebajikan masyarakat.
58
Sejak dari peristiwa itu Julia menyesal dan sering
menyalahkan dirinya punca masalah ini terjadi. Namun,
tidak terlintas bagi Mak Esah untuk menyalahkan Julia.
Namun dia bersyukur Julia telah berubah.

“ Aku harus tunaikan apa yang telah aku janji pada ibu
dulu. Aku harus hidup seperti pokok. Sentiasa
membesar. Supaya kasih sayang saya kepada ibu dan
Sophea tidak pernah hilang dan sentiasa membesar
seperti pokok.”

59
Tina

K
edengaran suara ibu berada di ruang
tamu memanggilku beberapa kali, aku
bergegas menuju ke arahnya dan
membawa segulung kertas lukisan
disembunyikan di belakang badan.
Kertas lukisan itu aku pegang dengan
penuh semangat. Aku melabuhkan punggungku pada
permukaan sofa yang empuk. Aku tahu ibu tengah
berehat sambil membelek-belek majalah. Wajah ibu
nampak lemah setelah balik dari pejabat. Aku cuba
menunjukkan sesuatu kepadanya.

“ Ibu, cuba ibu lihat ini.” Kataku kepada ibu sambil


menghulurkan kertas lukisan.

“ Apa tu?” Tanya ibu kepadaku sambil melemparkan


senyuman walaupun penat.

“ Ibu bukalah sendiri, ini khas untuk ibu” jawabku sambil


memandang tepat bebola matanya.

Ibu membuka perlahan-lahan riben merah yang diikat


pada kertas yang telahku gulung itu.

60
“ inilah lukisan khas untuk ibu”. Kataku kepada ibu
dengan nada bersemangat.

“ wah, cantiknya lukisan anak ibu ini.” Balas ibu


kepadaku sambil menyentuh lukisan tersebut.

“ Ibu, tadi guru kelas kami memuji lukisan Tina. Cikgu


tadi memberitahu bahawa Tina pandai melukis dan
mewarna. Dia suka melihat lukisan tina ini.” Beritahuku
kepada ibu.

Aku melukis wajah ibu dan ayah serta latarbelakangnya


ada sebuah rumah. Setelah melihat lukisan itu ibu
mengulungkannya semula dan memasukkan lukisan itu
ke dalam beg galasnya yang diletakkan bersebelahan
dengannya.

Aku memerhatikan jarum jam dinding berpusing. Ketiga-


tiga jarum jam tersebut seakan-akan bertanding tanpa
menunggu sesama sendiri. Jam di dinding ruang tamu
telah menunjukkan waktu tepat pukul 7.00 petang. Ibu
masih lagi duduk dan membelek-belek majalah.
Barangkali ibu menunggu ayah balik dari dari sekolah.
Ayah merupakan seorang arkitek. Selalunya ayah akan

61
balik awal sebelum ini, sebelum pukul 7.00 petang ayah
sudah berada di rumah tetapi hari ini dia lambat.

Ayahku seorang yang panas baran maklumlah sentiasa


tension dengan pelbagai karenah di pejabat. Aku, ibu,
dan kak Maya iaitu pembantu rumah kami sudah lali
dengan perangainya yang sebegitu dan wajahnya itu,
kami tidak berani menegurnya. Dia berbeza dengan
ayah kandungku. Ayah kandungku seorang yang
penyayang dan sentiasa ceria. Ayah kandungku telah
meninggal dunia tiga tahun lalu. Waktu itu aku berusia 4
tahun. Dia meninggal dunia kerana terlibat dengan
kemalangan di jalan raya. Dilanggar treller.

Pandangan dan fikiranku tiba-tiba beralih kepada bunyi


handphone ibu. Nampaknya ayah menelefonnya dan
memberitahu bahawa lambat balik hari ini kerana ada
urusan dengan kawannya. Aku mendengar perbualan
ibu dan ayah. Ayah memberitahu ibu, dia membeli
motosikal baharu daripada kawannya. Dua minggu yang
lepas ayah telah membeli kereta baharu. Kereta
persona, bewarna hitam. Nampaknya, semakin
bertambahlah bilangan kenderaan di ruang letak kereta
di halaman rumah.

62
Setelah tamat berbual dengan ayah, ibu segera bangkit
dari sofa dan membawa beg galasnya menuju ke bilik.
Aku pula merebahkan badanku melihat rancangan
kartun di televisyen.

Kak maya, memang pembantu rumah yang sangat rajin


dan dia berasal dari Surabaya, Indonesia. Dia sedang
sibuk bekerja di dapur untuk menyiapakan makanan
untuk makan malam. Dia memang pandai memasak
dan aku sangat suka akan masakannya terutamanya
bubur ayam cendawan. Dialah selalu menemankan aku
tidur dan sentiasa bercerita sebelum aku melelapkan
mata. Dia seorang yang penyabar melayan karenahku.
Aku bangun dan melangkah ke dapur.

“ kak maya, betulkah esok hari bapa?” tanyaku


kepadanya.

Dia masih sibuk memotong bahan-bahan untuk


memasak hari ini tetapi dia tetap melayan karenahku
yang suka bertanya-tanya.

“ ya dik, esoknya hari bapa. Kenapa adik bertanya ini?”.


Jawabnya sambil tanganya sibuk bekerja.

63
“ tadi saya melihat iklan di televisyen tentang hari bapa.”
Jawabku.

Walaupun ayah seorang yang garang dan tidak suka


kepadaku tetapi aku menganggapnya sebagai ayah
kandungku. Aku ingin menggembirakannya. Aku perlu
memberikan hadiah kepadanya sebagai tanda kasih
sayangku kepadanya. Walaupun bukan berbentuk
hadiah yang mahal. Tadi aku telah memberikan ibu
lukisan. Aku juga ingin membuat satu lukisan khas
untuh ayah.

Keesokkan harinya, ayah turun bekerja dengan


menunggang motosikal baharunya. Kereta yang
sentiasa dipandunya masih lagi berada di tempat selalu.
Kak Maya sedang melipat baju yang baru diangkat
daripada ampaian tadi di ruang tamu. Aku berada di
ruang tamu rumah sambil bermain dengan anak patung
kesayanganku. Aku menari-nari dengan senang hati
sambil bernyanyi.

Aku melihat ipad ayah masih lagi tertinggal di atas


meja. Bersebelehan dengan ipad itu ada segulung
kertas besar. Sebesar kertas mahjong. Bewarna putih.
Terlintas difikiranku untuk melukis sesuatu pada kertas
64
itu. Aku ingin membuat lukisan yang besar untuk ayah
menggunakan kertas itu. Aku segera pergi ke bilik
bacaan dan kertas yang digulung itu berada di
tanganku.

Mula-mula aku membuka ikatan pada kertas itu. Aku


membentangkan kertas itu di lantai. Terdapat beberapa
lukisan di atas kertas itu, lukisan kotak-kotak, nombor-
nombor. Aku terbalikkan kertas itu. Permukaan
belakang kertas kosong dan tiada sebarang lukisan.

Aku membuka tudung pen bewarna hitam. Aku calitkan


ditanganku. Ada kesan. Hitam warnanya. Mata pen itu
tajam. Aku menekan pen itu pada permukaaannya.
Terdapat kesan koyak pada permukaan kertas itu. Aku
melakar gambar ayah dan menulis ucapan selamat hari
bapa. Kesan pen pada kertas tersebut tidak terang. Aku
membuka beg sekolahku. Aku terlihat ada kotak krayon.
Aku membuka kotak itu dan mewarnakan gambar yang
ku lukis tadi mengunakan krayon. Sekarang barulah
kelihatan. Aku melukis gambar ayah, ibu, kak Maya dan
aku. Setelah itu aku mengguntingkan kawasan tepi
kertas itu seperti ombak. Petang itu, aku berasa tidak
sabar untuk menunggu kepulangan ayah dan ibu dari

65
tempat kerja. Hatiku melonjak-lonjak kegembiraan. Aku
menunggu di ruang tamu sehingga aku terlelap.

Tina… Tina…Tina…..!!!!!

Aku terbangun dari tidur mendengar suara yang tinggi


memanggilku. Aku bangun dan terus menuju ke arah
mereka.

“owhhh.. ibu dan ayah sudah balik rupanya.” Bisik


hatiku.

Terpancar muka ayah yang sedang marah. Ibu pula


berdiri di sebelahnya memegang beg galasnya. Muka
ayah memang sentiasa begitu. Susah untuk diramal.
Dengan penuh manja aku cuba mendekati ayah dan
ibu.

“ Tina ada nampak barang ayah tinggal?. Pelan


bangunan ayah tertinggal di atas meja pagi tadi.” Tanya
ayah.

Aku hanya menggelengkan kepala. Dia seperti mencari


sesuatu. Ayah berjalan kesana – kesini. Setelah itu dia
melabuhkan badannya pada sofa. Runsing keadaanya.
Tali leher masih lagi tergantung pada lehernya. Stoking

66
pula masih lagi belum ditanggalkan dari kakinya. Tidak
lama kemudian dia berdiri semula dan menuju ke bilik
bacaan. Ibu duduk di sofa. Tidak berganjak dan
memerhati gelagatnya. Perlahan-lahan aku berjalan dan
aku cuba mendekati ibu.

“ Ibu, sebenarnya. Tina ada sesuatu nak cakap kepada


ayah, Tina,,…” kataku penuh manja. .

Terasa ada tangan yang mencengkam bahuku. Aku


menoleh kebelakang, ayah berada dibelakangku sambil
memegang kertas yang ingin aku tunjukkan kepadanya.
Belum sempat aku menujukkan kepadanya, dia telah
menjumpai lukisan itu. Aku cuba memeluknya dan
mengucapkan selamat hari bapa tetapi dia segera
menggelak dan menolakku. Aku bangun. Ayah
mengenggam tangganku dengan kuat. Aku cuba
melepaskannya tetapi tidak terdaya. Cengkamannya
sungguh kuat.Tangan orang dewasa keras seperti besi.
Kelihatan uratnya timbul di tangan dan dikeningnya.
Ayah nampak geram.

“ siapa yang buat ini Tina” . herdik ayah kepadaku.

67
Aku hanya terdiam dan tidak berkata apa-apa. Aku
menundukkan kepala ke lantai menahan kesakitan
tangan yang telah digengam. Merah kulitku setelah di
genggam kuat.

“ siapa yang buat semua ni Tina? Siapa? Siapa?”.


Herdiknya lagi.

Aku masih lagi diam. Tanpa berkata-kata. Mengosok-


gosok kesan cengkaman tangan ayah tadi.

Maya… Maya… Maya..!!!!!!!!

Ayah memanggil Kak Maya dengan suara yang tinggi.


Ibarat ribut taufan sedang melanda rumah kami. Kak
Maya sedang berada didapur. Mendengar suara ayah
kuat memanggilnya, dia bergegas keluar menuju ke
arah ayah. Kelihatan wajah Kak Maya tersentak melihat
ayah menjerit memanggilnya. Mukanya pucat lesi.

“ siapa yang merosakkan pelan bangunan yang telah


saya buat ini Maya..!?”. Tanya ayah dengan nada yang
tinggi.

Kak maya terdiam dan menundukkan kepalanya. Ayah


memang marah. Mukanya merah padam. Kelihatan

68
seperti seekor singa yang ingin membaham
mangsanya.

Sekali lagi ayah mengajukan pertanyaan kepadanya.

“ siapa yang melakukan semua ini” herdiknya kepada


Kak Maya.

“ Saya tak tahu!. Saya tidak tahu tuan. “ jawabnya


perlahan-lahan dengan nada ketakutan

“ Apa kau buat di rumah? Apa yang kau buat sepanjang


hari ini? “ herdik ibu kepada Kak Maya.

Aku tidak mengerti, sikap ayah dan ibu berubah pada


petang itu. Aku datang kepada ayah dan memegang
tangannya.

“ Ayah, inilah lukisan untuk ayah. Lukisan khas untuk


ayah . Tina yang Lukis. Selamat Hari Bapa. Cantikan
ayah?. Saya sayang ayah.” Kataku mencelah dengan
penuh manja bagi menarik perhatian ayah supaya ayah
tidak marah lagi.

Ayah tiba-tiba hilang sabar dan mengheretku keluar


rumah. Lengan bajuku terkoyak. Dia membawaku ke

69
luar rumah. membiarkan aku seorang. Dia menutup
pintu rumah dan tidak membenarkanku masuk.

Aku menangis dan meronta-ronta di hadapan pintu,


supaya ayah dan ibu membuka pintu itu. Namun tidak
dipeduli. Aku memusing-musing tombol pintu dan
menepuknya. Namun tidak dipeduli lagi. Beberapa minit
kemudian, tiba-tiba ayah membuka pintu dan dia
mengheretku ke pakir kereta.

Dia mematahkan ranting pokok bunga raya yang


ditanam oleh ibu didalam pasu. Dia terus memukul
tapak tanganku bertalu-talu. Aku cuba menarik
tanganku tetapi ayah memukulku dengan lebih kuat
sehingga ranting kayu itu patah.

Kini dia menariku lagi. Aku dibawanya menuju kearah


pokok bunga mawar dan mematahkan rantingnya. Dia
memukul tanganku sekali lagi. Kali ini aku bukan sahaja
cuba menarik-narik tanganku supaya dilepaskan, tetapi
aku meronta-ronta menahan kesakitan. Terasa duri-duri
ranting itu telah menyayat daging tanganku. Kelihatan
darah-darah keluar mengalir. Pedih rasanya. Sangat
tajam. Daging-daging dan kulitku ditarik oleh duri.
Semakin kuat aku menangis, semakin ayah memukulku.
70
“Ayah, jangan ..ayah jangan pukul Tina !!!!” jeritku.

Jeritanku hanyalah sia-sia. Tidak dipeduli. Ayah tidak


mempedulikan apa yang aku rasa. Ayah sangat rakus.
Setelah tangan kiriku dipukul, ayah memukul pula
tangan kananku. Ayah seakan-akan tidak puas
memukulku.

Sakit, memang sakit aku rasa. Keadaan tanganku


bertambah teruk. Kelihatan tangan kecilku berlubang-
lubang, tercalar-calar dan kemerahan pada permukaan
kulit tanganku. Seperti dicakar kucing.

Ibu cuma mendiamkan diri. Ibu mungkin marah


kepadaku juga. Ibu tidak membuat tindakan. Kak Maya
segera menolak ayah ketepi dan mendapatkanku. Dia
tiba-tiba berani menolak ayah walaupun terselit
perasaan takut pada dirinya. Dia tidak sanggup melihat
keadaanku. Dia segera membawaku ke biliknya. Dia
memelukku dengan erat dan menangis. Kehangatan
pelukkan kasih sayang kak Maya terasa. Air matanya
mengalir melihat keadaanku. Dia segera membawaku
ke bilik mandi dan memandikanku. Aku pula menanggis
kerana kesan luka terasa pedih terkena air. Kak Maya
juga berasa sedih melihat keadaanku. Dia memandiku
71
dan membawaku ke biliknya semula. Dia melangkah ke
bilikku mengambil pakaiaanku dan kotak pertolongan
cemas juga turut berada ditangannya. Dia merawat
lukaku penuh dengan kasih sayang. Aku menahan
kesakitan dan air mata jernih mengalir.

Malam itu, aku tidur bersamanya. Ayah dan ibu tidak


mempedulikan aku. Tidak memujukku. Aku seakan-
akan tidak disayangi lagi, mereka tidak memujukku.

Keesokkan harinya, aku bangun dari tidur. Tanganku


terasa sakit. Sukar untuk bergerak. Nampaknya,
tanganku bengkak. Kak Maya berasa bimbang dengan
keadaanku dan dia mengadukan perkara itu kepada
ayah.

“ Tuan, tangan Tina bengkak” kata Kak Maya kepada


ayah.

“ Maya sapu je luka itu dengan minyak gamat. Nanti


okeylah dia tu sehari dua je sakit, hatiku ini sakit
selama-lamanya. Pelan bangunan aku lebih penting. Itu
kerja aku. Duit tu. Perlu ditunjukkan kepada kepada
boss. ” kata ayah sambil menunjukkan minyak gamat
yang diletakkan di atas meja ruang tamu.

72
Aku tidak dapat pergi ke sekolah. Keadaanku yang sakit
membuatkan aku tidak terdaya untuk pergi ke sekolah.
Ayah dan ibu lebih mementingkan kerja mereka
tambahan itu perasaan ego dan marah masih lagi
menguasai mereka. Aku menghabiskan masaku di bilik
Kak Maya dan baring diatas katilnya. Dialah yang
menemankanku ketika aku sakit. Balik dari bekerja,
ayah dan ibu langsung tidak menjenggukku. Mereka
berdua langsung tidak memperdulikanku.

Adakah mereka masih sayang kepadaku? Adakah


mereka masih marah kepadaku? . “ bisik hatiku.
Persoalan itu sentiasa bermain dihatiku. Aku
memerlukan ibu dan ayah saat sakit ini.

Tiga hari sudah berlalu, ayah dan ibu masih tidak


menjenggukku, Kak Maya berasa bimbang melihat
keadaanku. Keadaanku bertambah teruk, bukan setakat
bengkak malah demam panas turut menyerangku. Kali
ini Kak Maya mengadu kepada ibu.

“ Puan, tangan Tina bengkak dan dia juga demam. Dia


juga hilang selera makan.” Kata Kak Maya kepada ibu.

“ Maya bagi je minum Panadol” balasnya ringkas.

73
Malam itu, ibu datang menjenggukku. Dia mungkin rindu
kepadaku. Aku teringin untuk memeluk ibu tetapi
badanku terasa lemah. Dia mengucup keningku.
Setelah itu dia keluar dari bilik Kak Maya.

Keadaan demamku semakin teruk pada hari keempat.


Suhu badanku semakin meningkat.

“ Puan, suhu badan semakin meningkat, badannya


panas. Dia juga tidak lalu makan dan minum sejak
semalam.” Kata Kak Maya kepada ibu yang sedang
duduk di dapur ketika sarapan pagi.

Lantas ibu menjawab. “ Petang ini kita menghantarnya


ke klinik . Mungkin dalam pukul 5 petang ni.” Kata ibu.

Petang itu, keadaanku memang lemah. Badanku seperti


tidak ada roh lagi. Ayah dan ibu mulai risau dan segera
membawaku ke klinik yang berdekatan. Doktor meminta
ayah menghantarku ke hospital. Keadaanku berada
dalam keadaan yang serius.

Aku dimasukkan ke wad. Setelah keadaannya semakin


pulih, terselit wajah gembira pada muka ibunya. Pagi
itu, doktor yang merawatku membawa ibu dan ayah
masuk ke biliknya.
74
Wajah doktor kurang gembira membawa ibu dan ayah
masuk ke biliknya. Di tangan doktor ada satu sampul
surat yang berwarna coklat. Beberapa minit kemudian,
aku melihat ibu keluar sambil menyapu air tangan.
Selang beberapa minit ayah tiba. Ayah mengucup
keningku dan mata ayah kemerah-merahan juga.

Aku dibawa keluar dari wad dan bibawa ke sebuah bilik.


aku merasakan ada sesuatu yang dicucuk pada lengan
dan tanganku. Rasanya sungguh nyilu dan objeknya
sungguh tajam. Mataku mulai layu seperti mengantuk
dan tertutup pelahan-lahan. Aku terasa seperti
melayang-layang di udara. Sedar dan separuh sedar.

Sepertinya aku telah lena tidur. Aku membuka mata


perlahan-lahan. Aku melihat kipas sedang berpusing-
pusing. Tiba-tiba muncul wajah ibu dan ayah didepanku.

Aku merenung wajah ayah dan ibu. Kemudian aku


menoleh wajah kak Maya yang menanggis melihatku.
Aku mengerutkan dahi melihat mereka menanggis
menatap wajahku. Ayah meletakkan tangannya ke
lenganku. Terasa kasih sayang ayah sewaktu dia
menyentuhku. Baru kini aku melihat semuanya berubah.
Ayah tidak lagi menunjukkan muka garang tetapi aku
75
merasakan seperti ada sesuatu yang hilang dan berasa
sedikit kekosongan pada diriku. Aku juga merasa ada
kesakitan terasa pada lenganku.

Aku menoleh kearah tangan. Aku melihat sikuku


berbalut. Aku terkejut melihat kedua-dua tanganku
hilang. Aku seperti tidak percaya.

“ Ayah tolong kembalikan tanganku, Tina janji tidak


nakal lagi, Ayah tolong kembalikan tangan Tina, Tina
nak melukis guna apa nanti? Tina nak bermain dengan
Teddy Bear. Tina nak makan guna apa ayah?. ” Kataku
kepada ayah. Bertalu-talu soalan diajukan kepada ayah.

Mutiara jernih menitis dari kelopak mata ayah. Dia terus


memelukku yang sedang terbaring di atas katil. Tidak
terkata-kata olehnya.

Aku berkeras untuk meminta tanganku daripada ayah.


Aku meronta-ronta seperti orang gila meminta tanganku
dikembalikan. Sukar untukku terima semua ini.

Cik Tina… Cik Tina…Cik tina

Kedengaran suara lembut memanggilku. Aku menoleh


ke belakang. Suara itu mematikan fikiranku. Aku

76
berhenti melihat lukisan yang pernah aku hadiahkan
pada ibu dulu. Lukisan itu digantung oleh ibu disudut
pintu kanan galeriku. Lukisan itu tidak dijual. Lukisan itu
beharga kata ibuku.

“ Berapa harga lukisan ini Cik Tina?” kata seorang


pelanggan yang datang ke galeriku.

“Harganya RM10,000 puan.” Balasku sambil


menguntumkan senyuman manis kepadanya.

77
Novel:
Maafkanku
ibu

78
Bab 1

S
uasana malam ini sungguh
nyaman, hembusan angin dari
luar sangat sejuk mencuri
masuk daripada celah-celah
tingkap bilikku. Kedengaran
bunyi cengkerik dan belalang sedang bernyanyi
dengan asyiknya di belukar sebelah rumahku. Hari
ini pelik. Selalunya kedengaran suara sumbang
katak-katak memanggil hujan untuk turun. Mereka
seakan-akan membuat pertandingan, saling sahut
menyahut antara satu sama lain. Sebelum tidur aku
akan membuka jendela menikmati udara segar.
Semua lampu jiran-jiran yang lain sudah lama

79
dipadamkan. Jam didinding bilik tidurku baru sahaja
menunjukkan waktu sekarang pukul 9.45 malam.

Lantas aku menuju ke hadapan dan


membuka jendela seluasnya, bayu yang
menghembus sungguh sejuk sehingga menusuk
sum sum tulangku. Cakerawala nampaknyaa
berkelipan dan ketawa riang menghiasi dada-dada
langit. keadaan sunyi menyebabkan hatiku berasa
tenang dan suasana inilah amat sesuai untuk
bertawakal.

“Tuhan itu memang sungguh mulia dan bijak


sekali, dia mampu mencipta alam sekeliling dan
bintang siarah ini dengan indah sekali. Satu hari
ada 24 jam, 12 jam siang dan 12 jam malam.
Tuhan juga mampu menciptakan tempat yang
indah untuk manusia. Apabila waktu pagi ,
makanya matahari akan terbit dan apabila malam
menjelang matahari akan tenggelam dan sudah
tiba pula waktu si rembulan yang terang akan
menghiasi dada langit”. Bisik hatiku.

80
Fikiranku tenang melihat bintang-bintang
bersinar mencorak muka-muka angkasa. Aku
sungguh bosan. Tak ada apa yang ingin dibuat
lagi. Ujian Penilaiaan sekolah Rendah (UPSR)
telah seminggu berlalu. Esok ada beberapa
program di sekolah sementara menunggu cuti akhir
tahun. Semua pelajar yang telah menduduki
peperiksaan akan pergi ke Dewan Mesra. Ada
program menyanyi, koir, menari, kuiz dan
sebagainya. Esok pula guru kelas kami menyuruh
aku bercerita di hadapan kawan-kawan.

Aku menutup semula jendela yang telah ku


buka tadi. Terlalu sejuk rasanya. Lantas aku berdiri
di hadapan cermin. “Nama saya Lia Zadora, Saya
dari kelas Tahun 6 Putih. Hari ini saya ingin
bercerita tentang Puteri salju. Di sebuah istana lahir
seorang puteri yang sangat cantik..”. Kataku di
hadapan cermin. Aku ingin berlatih. Belum sempat
aku meneruskannya tiba-tiba ada suara
memanggilku dari luar bilik dan mengetuk pintu
bilikku..
81
Lia... Lia.. Liaaa...!

Aku menuju ke pintu dan memulas


tombolnya. Ada seorang wanita sedang tercengat
berdiri di depan pintu. Cantik orangnya.

“ Owwhhh... Mama rupanya. Kenapa ma?”.


Tanyaku kepadanya.

“ Dah, pergi tidur. Dah lambat ni. Esokkan


sekolah, nanti lambat pula turun ke sekolah. Switch
off the light. Good night dear.” Balas Mama
kepadaku.

Selepas mengucup dahiku. Dia segera


keluar dan menuju ke biliknya. Mamaku seorang
wanita yang sangat penyayang, penyabar dan
wajahnya bulat dan hidungnya agak mancung serta
matanyaa agak sepet, lebih kurang macam
Chinese look membuatkan hati papaku suka
kepadanya. Mama berbangsa Kenyah manakala
Papa berbangsa Cina campur Iban. Mama bekerja
sebagai guru di sekolah menengah. Papa pula
bekerja sebagai doktor.
82
“ Jadi aku ini mix parentage laa..” kata hatiku
penuh bangga.

Mataku sudah lama merah. Sejak daripada


tadi aku asyik menguap. Suhu yang sejuk
membangkitkan lagi semangat untukku tidur. Aku
merebahkan tubuhku pada katil. Empuk rasanya.
Lantas aku menarik selimut dan membungkus
badanku separuh. Lampu bilik segera dimatikan.
Gelap keadaan bilikku. Hanya lampu jalan dari luar
rumah menembusi cermin tingkap.

83
Bab 2

P
ada keesokan harinya, aku
bangun seperti biasa
dengan keadan mata
pejam celik. Aku mencapai
tuala yang disidai di
belakang pintu dan segera pergi ke bilik air. Mama
pula sedang sibuk menyiapkan sarapan dan
bersedia untuk pergi ke sekolah.

“ Selamat pagi Mama”. Aku menyapa mama


yang sedang menuangkan air milo ke dalam gelas.

“ Selamat pagi,sayang”. Mama menyahutku.


Tangannya masih sibuk bekerja.

84
Papa masih lagi tidur di bilik. Maklumlah,
Papa baru sahaja balik pagi ini. Semalam papa
shift malam. Selepas minum pagi, aku dan Mama
bersiap untuk turun sekolah. Aku turut membantu
mama membawa bakulnya. Penuh dengan buku
latihan murid-murid dan terselit sebatang rotan
didalamnya. Dulu, Mama mengajar di sekolah
tempatku belajar, tapi sekarang telah berpindah ke
sekolah menengah.

Seperti biasa setiap hari jumaat aku akan


menjaga dan mengawasi rakan-rakan yang lain di
pintu pagar sekolah. Aku menjadi seorang
pengawas. Murid yang lambat, tidak memakai
kasut dan tanda nama akan dicatat namanya pada
kertas dan dihantar kepada Penolong kanan 1. Aku
hanya menjalankan tugas dan amanah.

Loceng sekolah telah berbunyi. Tidak lama


lagi akan berkumandang lagu Negaraku dimainkan
melalui speaker. Semua orang akan
menyanyikannya. Selepas habis menyanyikan lagu

85
tersebut. Aku segera menutu pintu pagar kecil itu.
Aku beralih pandangan ke arah tempat menunggu
bas dihadapanku. Aku melihat ada seorang wanita
sedang memerhatikan aku. Dia duduk disitu
membawa beg tangan bewarna hitam. Rambutnya
diikat dan ada kecacatan pada wajahnya. Dia
memakai baju T shirt bewarna putih dan memakai
seluar hitam. Dari semalam dia duduk disitu. Dia
asyik memandang kuarters yang bersebelahan
dengan sekolah itu. Seperti ada yang tidak kena
dengannya.

Terselit juga rasa kasihan melihatnya, tetapi


tidak berani untuk menegurnya. Mama pernah
berpesan kepadaku jangan bercakap atau menegur
orang yang tidak kita kenali, kerana kita tidak
mengetahui latar belakangnya. Nasihat mama itu
sentiasa tersemat di dalam kepalaku.

“ Entah-entah dia ada agenda lain.” Bisik


hatiku.

86
Seperti biasa, apabila loceng waktu rehat
sudah berbunyi aku akan pergi ke bilik guru
menghantar nama-nama murid yang ada membuat
kesalahan pada pagi tadi. Aku melihat wanita yang
aku lihat di tempat menunggu bas tadi berada di
bilik penolong kanan satu. Dari jauh aku melihat
Encik Raymond sedang memberikan sehelai kertas
kepadanya.

“ Mungkin itu surat salah laku agaknya.


Anaknya mungkin terlibat dengan masalah disiplin
di sekolah ini agaknya. Bisik hatiku.

Aku hanya memerhati dan menunggu di luar


bilik Encik Raymond.

Sejurus selepas itu dia keluar dari bilik guru


itu. Aku memerhatikan setiap langkahnya sehingga
hilang daripada pandangan mataku. Sebelum
melangkah masuk ke bilik Encik Raymond aku
mengetuk pintu terlebih dahulu.

Tok ...tokk. tokkk...!!..

87
“Masuk.” Pelawa Encik Raymond kepadaku.

“ Terima kasih, Encik.” Sahutku

Encik raymond duduk di mejanya.


Menghadap komputernya. Setelah aku mengetuk
pintu dia berhenti menaip seketika. Dia
memberikan tumpuan kepadaku dan meletakkan
cermin matanya di atas meja. Aku segera
mengambil kertas yang disimpan di dalam poket
dan menyerahkan nama-nama pelajar yang telah
dicatat tadi kepadanya.

“ Eeyhh.. Lia kenal tak wanita itu tadi?.”


tanya Encik Raymond.

Aku berasa hairan dengan persoalan yang diajukan


oleh Encik Raymond kepadaku. Aku mengaru
kepala yang tidak gatal dan berfikir sejenak.

“ Tidak, saya tak kenal.” Jawabku sambil


menggelengkan kepala.

88
Belum sempat Encik Raymond meneruskan
perbualan denganku. Tiba-tiba telefon pejabatnya
berbunyi. Dia terus mencapai gagang telefon itu
dan berbual dengan pemanggil tersebut. Aku
meminta diri kerana tidak mahu menganggunya
dan takut lambat masuk ke kelas dan ketinggalan
topik pembelajaran nanti. Perlahan-lahan
langkahku menuju ke arah pintu dan menutupnya
perlahan- lahan.

89
Bab 3

c uaca pada hari ini sungguh panas..


Matahari berdiri tegak di atas
kepalaku. Aku masih lagi

c
menunggu Papa datang
menjemputku. Masih ada
beberapa orang murid yang masih menunggu di
perhentian bas ini. Kami menunggu dengan penuh
Sabar. Menunggu orang tua datang menjemput.
Dua orang budak lelaki sedang berkejar-kejaran di
tepi pagar sekolah, manakala dua orang lagi
sedang membaca buku cerita dan duduk
bersebelahan denganku. Aku segera bangun
melihat kereta papa dari jauh. Di tangan kananku
ada botol air. Aku memegang botol air itu dengan
90
erat. Pantulan panas pada cermin hadapan kereta
papa membuatkan mataku terasa silau. kereta
papa dihentikan perlahan-lahan. Aku membuka
pintu tersebut dengan perasaan merajuk.

“ kenapa anak papa bermasam muka hari


ini?”. Soal papa padaku sambil menguntumkan
senyuman manis.

Aku masih lagi merajuk dan tidak membalas


senyuman papa. Aku terus masuk dan duduk
berdiam. Beberapa minit kemudian barulah aku
menyoalnya.

“ Papa, kenapa Papa lambat jemput Lia hari


ni?.” Tanyaku kepada Papa sambil memuncungkan
mulut.

“ Papa tadi jemput mama. Kereta mama


rosak di pertengahan jalan ketika dalam perjalanan
balik ke rumah. Kebetulan ada saudara mama
datang ke rumah kita. Mama menjemputnya tadi.
Dalam perjalan balik ke rumah. Kereta mama
rosak.” Balas papa.
91
“Papa minta maaf Sayang” kata papa lagi.

“oooooo..okay. Sekarang barulah Lia faham.


Maafkan Lia juga ya Papa” kataku kepada Papa.

Perjalanan menuju ke rumah tidak terasa.


Rancak sekali berbual dengan Papa. Pintu pagar
rumah masih lagi terbuka luas. Sebelum ini, Lia
akan turun dari kereta dan membukanya. Aku
keluar dari kereta dengan malas sekali. Aku terus
menuju ke arah dapur. Lapar sejak dari tadi.

Tiba-tiba langkahku terhenti seketika.


Terkejut melihat seorang wanita berbual dengan
mama. Wanita yang aku lihat duduk di tempat
perhentian bas tadi dan berjumpa dengan Encik
Raymond berada dirumahku dan duduk di kerusi
dan meja makan kami. Aku menuju ke arah meja
makan perlahan-lahan dan duduk di sebelah
Mama. Mama rancak sekali berbual dengannya.
Mama memperkenalkanku kepadanya.

“ Helen, inilah Lia. Dia dah besar dia


sekarang. “ kata ibu kepada wanita itu.
92
“ Lia ini pula aunty Helen. Kakak kepada
mama.” Kata Mama memperkenalkan kepadaku.

Aku tidak berkata apa-apa. Duduk diam di


sebelah mama. Aku memerhatikan wajah wanita
itu.

“ Betulkah wanita ini kakak mama ?. Kenapa


mukanya tidak sama langsung?.” Bisik hatiku.
Persoalan itu tiba-tiba muncul di benakku.

“Ada kecacatan pada mukanya. Parut dan


calar. Mungkin pernah mengalami kemalangan
masa lampau. Tapi wajahnya memang berbeza.
Dia tidak bergaya. Aku tak suka dia tinggal disini.
Malu melihatnya begini. Kalau kawan-kawan
sekolahku tahu mesti mereka akan mengejeku.”
Bisik hatiku lagi.

Malam itu sebelum tidur, mama pergi ke bilik


tidurku. Memang menjadi rutin harian mama
menjenggukku sebelum dia tidur dan memastikan
agar aku tidak tidur lewat. Aku membaca buku
sambil baring di atas katil. Kadang-kadang buku itu
93
menghempap mukaku ketika mengantuk. Papa
seperti biasa kerja malam sepanjang minggu ini.
Ibu duduk dikatilku. Aku meletakkan buku cerita
yang aku baca tadi disebelah lampu tidur bilikku.

“ Mama, aunty Helen akan tinggal dengan


kita ke?” tanyaku.

“ Ya, sayang. Dia akan tinggal dengan kita.


Ibu yang menyuruhnya tinggal disini. Aunty Helen
tu Kakak ibu sebenarnya. Biar ada orang temankan
Lia semasa papa dan Mama tidak ada dirumah. Ibu
yang menelefon orang kampung menyuruhnya ke
sini.” Jelas ibu kepadaku.

“Dua hari ini saya lihat dia duduk di


perhentian bas sebelah sekolah Lia.” Kataku
kepada mama.

“ owwhhh..dia ingat papa dan mama masih


tinggal di kuarters sebelah sekolah itu. Sudah lama
dia tidak menjengguk mama. Sebelum ini dia
pernah menjengguk mama. Waktu itu mama tinggal

94
disitu. Nasib baik dia masuk ke sekolah Lia dan
bertanyakan tentang Mama disitu.”

“ Tapi Ma,....... Lia tidak suka ada orang


tinggal dengan kita disini. Cukuplah Cuma kita
bertiga sahaja. Lagipun dia macam ada yang tak
kena. Nanti malulah Lia menjadi bahan ejekan
kalau ada kawan yang tahu ada orang yang tidak
sempurna tinggal disini.” Kataku kepada ibu.

“Lia,.. tidak baik berkata begitu. Diatu


saudara kita juga. Tetap kakak Mama juga. Kita
bukan melihat seseorang hanya dari paras rupa.
Lia, kita melihat hati seseorang manusia. Hati
budinya. Tidak baik kita menghukum dan menilai
orang Lia hanya kerana luarannya tidak sempurna.”
Kata mama kepadaku.

“ Tapi Ma...” belum sempat aku


menghabiskan ayatku, mama menyuruhku tidur.
mama mengucup dahiku.

“ Dah, Jangan fikir yang bukan-bukan. Lia


tidur dulu. Nanti lewat pula bangun.” Kata mama.
95
Mama segera memadamkan lampu bilikku
dan beredar dari bilikku. Dia menutup pintu bilikku
perlahan-lahan.

96
Bab 4

A
ku sudah berpakaiaan sekolah.
Rambut sudah disikat. Beg
sekolah segera ku capai dan
bersiap sedia untuk turun ke
sekolah. Aku meletakkan beg sekolahku di atas
sofa. Aku menuju ke dapur untuk sarapan pagi.
Aunty Helen sedang sibuk menyiapkan makanan.
Mama tengah duduk di kerusi. Di atas meja
terhidang cucur pisang, nasi goreng dan milo
panas. Mama menuangkan air milo ke cawan dan
mempelawaku untuk minum.

97
“ Lia, jemput minum. Sedap tau aunty Helen
yang masak untuk kita.” Mama mempelawaku
untuk menikmati hidangan tersebut.

“ Baik Ma.” Kataku tanpa menolak.

Aku hanya minum air milo sahaja. Aku tidak


suka masakkannya. Aku mahu mama yang masak
dan menyediakan sarapan untukku.

“ Jangan lupa bawa bekal ini nanti. Penat


aunty kamu sediakannya.” Kata Mama.

Aku hanya menganggukkan kepala.

“ eeeeee... tak naklah aku membawa bekal


ini. Seperti orang yang tidak berkemampuan
membawa bekal ke sekolah. Kawan-kawan pasti
mengejekku nanti. Tetapi aku akan membawanya
dan tidak mengeluarkan bekal itu dari beg.” Bisik
hatiku.

Selepas sarapan pagi aku dan Mama turun


ke sekolah seperti biasa. Papa belum lagi balik dari
Hospital. Aunty Helen juga turut berada dalam
98
kereta. Mama menyuruhnya membeli barang
keperluan dapur di Farley. Ayah akan
menjemputnya nanti.

Selalunya aku akan duduk di kerusi


bahagian hadapan, tetapi kali ini mama
menyuruhku duduk di kerusi bahagian belakang.
Aku berasa sungguh geram.

“Kenapa Mama menyuruhku duduk di


belakang. Kenapa tak wanita itu duduk di bahagian
belakang. Memang tidak sedar diri langsung.” bisik
hatiku penuh geram.

Beberapa minit kemudian, kami sampai di


sekolah. Aku segera turun dari kereta. Mama dan
aunty helen memerhatikan aku sehingga aku
masuk ke kawasan sekolah. Kali ini aku tidak
menoleh ke belakang. Aku masih lagi marah.

Tengah hari itu, aku membawa balik


sekeping kad undangan ke majlis penyampaiaan
sijil dan hadiah di sekolahku. Aku ingin
menyerahkan kad tersebut kepada Mama. Tengah
99
hari itu, papa menjemputku dari sekolah. Aku turut
mempamerkan kad itu kepada papa. Papa tidak
dapat menghadirkan diri kerana ada Travelling ke
kawasan pedalaman masa tu. Sekarang aku hanya
berharap agar mama dapat hadir ke majlis itu.

Kereta Mama sudah ada di rumah. Mama


mesti sudah sampai. Kad undangan itu masih
berada ditangan. Sejurus sampai dirumah. Aku
meletakkan beg sekolahku di atas sofa. Aku
menuju ke dapur. Hanya aunty Helen yang berada
di dapur. Mama tidak kelihatan.

“ Cari siapa? Mama? Mama berada


dibiliknya. Tengah bersiap. Mama Lia kata, petang
ini dia ada kelas tambahan.” Kata aunty Helen
kepadaku.

Aku tidak menjawab apa-apa. Aku kembali


ke ruang tamu dan mencapai beg sekolahku.

“Mama mesti bergegas ingin ke sekolah.


Malam ni aku harus memberikan kad undangan ini
kepadanya.” Bisik hatiku.
100
Selepas makan malam, aku kembali ke bilik
ingin mengambil kad itu dibilikku. Papa dan mama
berada di ruang tamu. Mama sedang menekan
punat alat kawalan Astro. Papa sedang membaca
surat khabar. Aunty Helen tidak kelihatan. Mungkin
masih sibuk berada di dapur. Aku menuju ke arah
mereka berdua dan duduk bersebelahan dengan
mama.

“ Mama, hari Jumaat ini sekolah Lia


mengadakan majlis penyampaiaan sijil dan hadiah.
Ini kad jemputan untuk Mama. Papa kata dia tak
dapat hadir ke majlis itu dia travelling masa tu.”

Mama mengambil kad tersebut dan meneliti


apa yang ditulis pada kad itu. Mama menoleh ke
arahku setelah membacanya.

“ Minta maaf Sayang. Mama pun tidak dapat


hadir pada hari ini. Mama menjadi pengadil
pertandingan bola jaring di sekolah Mama.
Pertandingan besar tu. Pertandingan antara

101
sekolah menengah bahagian Sibu.” Kata mama
kepadaku.

Aku hanya mampu terdiam. Hampa rasa


hati. Rasa kecewa. Murid-murid lain mungkin akan
membawa ibu bapa mereka nanti. Mereka mungkin
bangga melihat anak mereka berdiri di atas pentas
mengambil sijil dan hadiah. Tidak lama kemudian,
aunty Helen muncul dan duduk di sofa berdekatan
dengan meja telefon rumah. Papa masih lagi
membaca surat khabar tanpa berkata apa-apa.

“ Kenapa masam muka ni Lia?.” Tanya


mama kepadaku.

Aku tidak menjawab sepatah pun. Terasa


ingin menanggis dihadapan mereka. Papa dan
mama seperti tidak tahu akan tanggungjawab
mereka. Lansung tidak ambil peduli pasal Lia.
Mereka berdua boleh cancel atau minta cuti.

“ Hermmm,... nanti mama dan papa boleh


wakilkan aunty Helen datang ke majlis

102
penyampaiaan sijil di sekolah Lia. Bolehkan?” kata
mama kepadaku.

Aku terdiam. Sekali lagi aku rasa geram


melihat sikap Mama. Suka hati menyuruh aunty
Helen datang ke majlis itu. Aku tidak suka. Aunty
hanya tersenyum dan tidak berkata apa-apa.
Mungkin dia tahu bahawa kehadirannya tidak
menyenangkanku.

“ kenapa harus wanita ini datang ke majlis


itu?. Dia bukan siapa-siapa bagiku. Dia bukan
Mamaku. Kalau dia ikut ke majlis itu aku akan malu
nanti. Dia tidak lawa seperti Mama. Ada parut
dimukanya. Hanya layak duduk di dapur sahaja.”
Bisik hatiku.

103
Bab 5

ajlis penyampaiaan sijil dan

M hadiah telah tiba. Pagi ini aku


bersemangat ingin
sekolah. Mama sudah turun
turun

awal, dia bergegas pergi ke kompleks sukan ada


ke

pertandingan bola jaring. Mama menjadi pengadil.


Papa pula sudah berada di hulu sungai. Sudah tiga
hari dia disana. Papa memang jarang berada di
rumah, selalu travelling ke sana sini. Berkhidmat
untuk masyarakat dan negara. Memberikan
suntikan kepada kanak-kanak yang tinggal di
kawasan pedalaman.

104
Papa pernah menceritakan pengalamanya
kepada aku dan mama. Pernah sekali papa dan
rakan-rakanya terlibat dalam tragedi ngeri namun
tragedi itu tidak mematahkan semangatnya untuk
berkhidmat. Bot yang mereka naiki terlanggar batu
dan bocor. Papa dan rakan-rakanya terselamat
daripada lemas. Namun kepala papa tercedera
akibat terhantuk semasa menyelamatkan diri ke
tebing sungai. Aku dan mama sangat bersyukur
kerana tidak berlaku apa-apa kepada.

Pagi itu cikgu Raymond menjemputku.


Mama memintanya menjemput aku dan aunty
Helen ke sekolah. Mama memang rapat dengan
Encik Raymond. Maklumlah mama pernah
berkhidmat di sekolah itu dahulu. Aku dan aunty
Helen menuju ke dewan terbuka. Dia berada di
belakangku. Aku tidak mahu berjalan bersebelahan
dengannya. Kelihatan kerusi telah disusun rapi dari
jarak jauh. Dalam perjalan ke sana, ada beberapa
murid-murid lain memandang ke arahku. Ada yang
seperti senyum dan ketawa. Mungkin mereka
105
ketawa melihat aku bersama dengan aunty Helen.
Aku menjarakkan diri daripada aunty Helen. Aku
berasa malu melihat murid-murid lain ketawa
melihatku.

“ Ini semua salah mama dan papa. Kalaulah


Mama boleh ikut. Orang tidak mungkin ketawa
melihatku.” Bisik hatiku geram.

Aku duduk jauh daripada aunty Helen.


Seorang kawan pengawasku duduk di sebelahku.

“ eh, bukankah itu wanita yang kita lihat di


perhentian bas itu? Kenapa dia ikut kamu ke
sekolah ?” tanya Penny padaku penuh dengan
keraguan.

“ Dia orang gaji kami” Balasku.

“ Tapi... kenapa pula dia ikut ke sini. ? Mana


mama dan papa kamu”. Tanya Penny lagi.

“ Mama dan papa ada urusan penting. Ada


kerja diluar.” Balasku.

106
Aku malu mengaku bahawa dia adalah
kakak kepada mamaku. Aku tidak menceritakan hal
ini kepada Penny nanti takut kawan-kawan yang
lain tahu.

Majlis penyampaiaan hadiah telah bermula.


Satu persatu sijil dan hadiah diberikan kepada
murid yang menunjukkan prestasi yang cemerlang
dari segi akademik dan kokurikulum. Aku juga telah
mendapat sijil pengawas dan sijil ahli pusat sumber
sekolah. Sekarang tiba waktu untuk mengumumkan
pelaja

Sekarang sudah tiba masa yang dinantikan.


Penuh debaran. Sebentar sahaja lagi Majlis
penyampaian sijil dan hadiah kepada murid terbaik
dari segi kokurikulum dan akademik.

“ Murid ini memang bergiat aktif dalam


aktiviti kokurikulum iaitu bola jaring, tunas kadet
remaja sekolah, ahli pusat sumber dan juga
merupakan pengawas dan sentiasa mendapat
keputusan cemerlang sepanjang tahun. Pernah
107
mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan,
bercerita dan public speaking. siapakahh murid
yang saya maksudkan ini? ”. Kata pengacara majlis
yang sengaja membuatkan hati kami berdebar.

“ Penny!... Lia!... Penny!.. Lia!...” kedengaran


suara murid-murid yang hadir dalam majlis tersebut
melaungkan namaku dan nama Penny.

“Murid yang saya maksudkan ialah,... murid


merupakan pemenang anugerah ini juga pada
tahun lepas iaitu Lia Zadora, tahniah diucapkan ”.
kata pengacara majlis tersebut.

Sekarang sesi Photography. Mengambil


gambar bersama para penerima anugerah dan sijil-
sijil. Tapi sebelum itu guru besar memangil Mama
atau papaku. Aku memberitahu bahawa kedua-dua
orang tuaku tidak dapat hadir. Encik Raymond
segera mendapatkan aunty Helen di bawah pentas
untuk mengambil gambar bersamaku.

Kelihatan aunty Helen menolak perlawaan


itu. Namun Encik Raymond mendesaknya dan
108
menjemputnya naik ke atas pentas. Encik
Raymond tahu bahawa dia adalah kakak kepada
mamaku. Ada beberapa orang murid dan guru-guru
berasa terkejut mendapat tahu aunty Helen
merupakan mak cikku. Aku berasa malu mengaku
dia adalah mak cikku sendiri. Ada murid ketawa
melihatku bergambar dengannya. Sedih rasa hati.
Sepatutnya aku berasa gembira ini tetapi
perasaanku bercampur baur, sakit hati, sedih, rasa
ingin menanggis. Aku tidak menyangka semua ini
terjadi. Kehadiran aunty Helen hanya memalukan
aku sahaja.

“ Tahniah Lia. You are the best among the


rest. .,” kata cikgu raymond kepadaku sambil
berjabat tangan.

“ Sama-sama cikgu. Ini semua juga atas


berkat daripada papa dan mama serta guru-guru
dan rakan.”balasku.

109
Aku turun dari pentas dan duduk ditempatku
semula. Ada beberapa orang murid ketawa
melihatku.

“ Lia, bergambar dengan orang cacat.”. kata


salah seorang budak lelaki dari arah belakang.

Aku memang marah dan rasa malu. Dia


mengejekku. Aku tidak boleh marah di hadapan
semua orang. Aku perlu pendam.

“ Eh..bukankah tadi kamu kata dia orang


gaji kamu?”. Tanya Penny kepadaku.

Aku hanya berdiam diri sahaja. Aku malu


mengaku dia adalah mak cikku. Aku tidak
menjawab soalan Penny itu. Bertambah malu
rasanya.

110
Bab 6

H
anya aku dan aunty Helen
sahaja berada di rumah malam
itu. Selepas makan malam aku
mengurung diri di dalam bilik.
Terasa rindu kepada papa. Sudah lama tidak
meluangkan masa bersamanya. Sebelum ini
selama seminggu papa bekerja shift malam dan
setelah itu travelling pula ke hulu sungai. Memang
kali ini papa tidak ada masa langsung bersama
dengan kami sekeluarga. Tidak ada masa untuk
bercuti, berkhelah, dan jalan-jalan seperti keluarga
orang lain.

111
Aku menuju ke jendela melihat cakerawala.
Bulan sedang menari-nari dan bintang-bintang
sedang menari-nari di dada langit.

“wahhhh…cantiknya bulan sabit ni, ada


beberapa butir bintang mengelilinginya.” Bisik hati
dengan penuh rasa gembira dan bersyukur.

Tiba –tiba malam itu aku mengingati Papa.


Masa itu, kami berdua melihat bintang bersama-
sama di jendela bilikku.

“1…2…3..4.. wahh banyaknya bintang,”


kataku sambil tangan menunjuk ke arah bintang
dan mulutku terkumat kamit menghitung bintang di
angkasa.

“ eyhh,,,jangan kira,,,nanti pendek umur.”


Kata papaku menghalangku dari mengira bintang-
bintang tersebut..

“kenapa pula? ”. Aku bertanya lagi dengan


penuh kehairanan dan perasaan ingin tahu
membuak-buak di benak fikiranku.
112
“ Tak ada apa-apa. Orang tua dulu penuh
dengan pantang larang tetapi mereka ada
rasionalnya tersendiri. Sebab kita tidak mampu
untuk kira semua bintang, sampai pengsan kira pun
tak dapat, sampai subuh pun tidak boleh kira.
Sebab terlalu banyak dan merugikan kita sahaja.
Itulah rasionalnya.

“Owhhh,..macam tu.” kataku setelah


memahaminya.

“ Papa nak anak papa ini nanti bersinar


seperti bintang dan bulan ini dengan cahaya yang
terang dan menerangi kehidupan kita sekeluarga”
kata papaku kepadaku sambil memelukku.

“ Macam mana untuk menerangi kehidupan


kita sekeluarga?.” soalku lagi penuh kehairanan

“ Anak papa harus belajar bersungguh-


sungguh agar kehidupan pada masa hadapan
berjaya nanti. Ada kereta sendiri, rumah sendiri dan
tanah sendiri.

113
Dapat jaga papa dan mama”. Kata papa
dengan penuh bersemangat.

Lusa mungkin ayah akan sampai. Mama


pula akan balik lusa juga. Hari ahad. Sehingga
habis perlawanan itu. Mama dan pengadil yang
lain tinggal di hotel yang berdekatan.

Memang betul-betul bosan. Rancangan


televisyen juga sangat membosankan. Tidak ada
cerita yang menarik. Oleh itu, aku berada di bilik
tidur. Sehingga aku tidak menyedari terlelap dan
dibuai mimpi

114
Bab 7

H
ari ini sungguh indah. Aku
melangkah ke luar rumah. Segar
udara pada waktu pagi. Burung-
burung berkicauan di dahan pokok
belimbing yang ditanam oleh papa. Selalunya pada
hujung minggu, mama sentiasa membawaku
menyiram dan membaja pokok bunganya. Mama
suka berkebun, menanam pokok-pokok bunga.
Papa pula kalau hujung minggu, selalu jogging
mengelilingi kawasan perumahan kami ini.

Aku melihat bekas untuk menyiram pokok


bunga diletakkan mama di tepi pagar. Lantas aku
115
mengambil bekas itu . Aku menyiram pokok bunga
mama. Cantik bunga mawar mama. Kembang
mekar mewangi. Merah terang warnanya. Bunga
orkid yang bewarna vanilla dan Ungu itu juga
cantik. Sedang mekar. Aunty Helen sedang
menyidai baju. Tidak jauh dari tempatku. Aku
jarang bertegur dengannya sepanjang dia disini.
Masing-masing membuat hal sendiri. Sepatah dia
bertanya. Sepatahlah aku menjawab soalannya.
Tidak ada benda penting untukku kongsikan
bersamanya.

Selepas menyiram bunga-bunga, aku ingin


membersihkan diri terlebih dahulu. Aku mencuci
tangan di singki di dapur. Aku melihat makanan
sudah terhidang di atas meja. Aku membuka
tudung salji. Aunty helen telah memasak bihun
goreng dan ada roti bakar juga. Dalam juga ada
milo panas. Semuanya telah sedia. Aku
menuangkan air milo itu ke cawan dan minumnya.

116
“ praakkkk....!!!”

Aku terkejut mendengar seakan-akan ada


sesuatu pecah di ruang tamu. Bunyi kaca pecah.
Air yang aku minum tadi segera aku letakkan di
atas meja. Aku bergegas ke ruang tamu untuk
melihat apa yang terjadi. Aunty Helen sedang
menyapu serpihan kaca yang bertaburan diatas
lantai.

“ Woiiiiii!, kenapa pecahkan pasu bunga


Mama?”. Tengkingku.

“ Minta maaf Lia. Aunty tidak sengaja. Tadi


aunty ingin mengelap meja. Tiba-tiba penyapu yang
aunty sandarkan pada dinding telah rebah ke arah
pasu”. Jelas aunty Helen kepadaku.

Mukanya pucat. Mungkin dia takut dan


terkejut sebab aku menegkingnya.

“ Tengok, habis semua harta benda pecah.


Pasu ini pasu kesayangan mama. Mesti mama
marah dan kecewa nanti melihat pasu ini pecah.
117
Ingat harga pasu murah?. Boleh ganti ke?.” Kataku
kepadanya lagi.

Dia tidak menjawab apa-apa. Diam dan


kepalanya ditundukkan. Dia masih lagi menyapu
serpihan kaca itu. Aku segera beredar dari tempat
itu. Geram melihatnya. Semakin tidak suka aku
melihatnya berada di dalam rumah ini. Dia tidak
menghargai langsung kenikmatan tinggal di rumah
ini. Segala makanan dan minuman, tempat tinggal
dan pakaiaan semuanya ditanggung.

Aku berjalan beberapa langkah. Tiba-tiba


kakiku terasa sakit. Seakan akan ada sesuatu yang
menusuknya.

“ Argghhhhhh...!, sakitnya.” Aku menggerang


kesakitan.

Aku melihat ke bawah dan melihat kakiku


berdarah. Luka. Tapak kaki sebelah kiriku terpijak
kaca. Aku mengangkat kakiku dan melihat kaca
dibawahnya. Aku mencabut kaca itu. Kecil.sebesar

118
kuaci. Darah tetap mengalir. Aunty Helen datang ke
arahku. Aku menolaknya.

“ Dah, dah,dah.. pergi buat kerja kamu. Biar


aku sendiri yang merawatnya. Ini semua salah
kamu.” Kataku sambil menanggis.

Aku berjalan terhincut-hincut. Nasib baik


sebelum ini papa pernah mengajarku cara-cara
merawat luka dan membalutnya. Aku mendapatkan
peti pertolongan cemas yang ada di dalam almari
bilik tidur papa dan mama. Aku merawat luka itu
mengikut apa yang telah diajar oleh ayah. Aku
mencucinya terlebih dahulu dan meletakkan kain
untuk menahan darah keluar. Aku menyapu ubat
luka dan iodine. Dan seterusnya membalutnya.

Papa juga pernah berpesan kepadaku.


Kalau terlalu sakit makananlah Paracetamol untuk
menahan kesakitan. Di dalam bilik papa dan mama
ada air mineral. Aku terus minum air dan menelan
sebiji panadol. Sebelum ini aku pernah jatuh di
sekolah akibat dilanggar oleh murid lelaki yang
119
tidak sabar balik menuju ke bas sekolahnya. Aku
tersungkur dan kedua-dua lututku luka. Ayah yang
merawatku ketika itu.

Tidak sedar aku tertidur diatas katil papa dan


mama. Aku bangun dari tidur melihat jam didinding
menunjukkan waktu sekarang pukul 3 petang.
Kakiku tidak berasa sakit lagi tetapi susah untuk
dipijak.

Esok baiklah luka ini. Aku masih lagi berjalan


terhincut-hincut. Tidak dapat dipijak sepenuhnya
dan berjalan seperti biasa.

120
Bab 8

A
ku melihat ada album gambar di
atas meja solek mama. Ada tiga
buah album disitu. Aku
mendapatkannya. Kakiku masih

A
lagi sakit. Aku melabuhkan punggungku pada
kerusi yang ada di meja itu. Aku membelek-belek
album itu satu persatu. Banyak kenangan dan
memori indah yang dapat aku lihat . Album ini
merakam seribu satu peristiwa dan boleh
ditunjukkan kepada cucu cicitnya nanti.

Aku melihat gambar perkahwinan papa dan mama.


Memang meriah. Cantik baju kahwin mama. Papa

121
memang handsome dalam gambar ini. Aku juga
melihat gambarku waktu kecil dahulu. Tetapi ada
seorang wanita disebelah mama seakan-akan aku
kenal. Mukanya mirip wajah aunty Helen. Tetapi
tidak mungkin aunty Helen begini paras rupanya
dahulu. Aku menutup album itu. Malas untuk fikir
tentang perkara itu.

Di sebelah meja solek Mama, ada sebuah


almari. Almari pakaiaan Mama. Aku membukanya.
Banyak pakaiaan untuk mengajar disidai di dalam
almari itu. Pakaiaan Papa pun ada juga. Di dalam
almari itu ada Laci. Perasaan aku seperti tidak
sedap hati. Aku ingin membuka dan melihat apa
yang terdapat dalam almari itu. Aku membuka
almari itu. Semuanya dokumen penting seperti
surat perkahwinan, sijil-sijil ibu, dibawah sekali ada
sampul yang agak besar. Aku membuka sampul
surat itu. Sudah separuh surat itu aku keluarkan.
Aku hanya sempat membaca tulisan “surat beranak
dan sijil beranak anak angkat”.. tiba-tiba ada orang
ingin masuk ke dalam bilik.
122
“tokk...tokkk..tokk..”

Aku terkejut mendengar bunyi ketukkan


pintu. Aku menyimpan balik surat itu dan menutup
semula almari itu. Aku berjalan terhincut-hincut
menuju ke arah pintu Aku membuka pintu. Mama
berdiri tercegat di hadapan pintu.

“ Minta maaf Ma. Lia masuk bilik tanpa


kebenaran. Lia memang rindu pada mama dan
papa. Jadi Lia masuk ke bilik ini.” Kataku kepada
mama.

“ Tidak mengapa.” Jawab ibu.

“ Mama kenapa balik awal? Sepatutnya


mama akan balik ke sini esokkan?.” Tanyaku
kepada ibu.

“ Aunty memberitahu bahawa kaki Lia


tercedera terpijak serpihan pasu.

Dia menelefon mama tadi. Nasib baik


perlawanan sudah berakhir. Mama bergegas balik
mendengar perkara itu.” Balas mama.
123
Nampaknya, mama memang sayang akan Lia, dia
sanggup balik awal ke rumah.

“ Ya. Betul Ma. Kaki Lia tercedera akibat


pasu. Serpihan pasu yang pecah. Ini semua salah
aunty Helen. Dia yang memecahkan pasu
kesayangan ibu. Ibu patut memarahinya.” Kataku
kepada ibu dengan nada yang geram.

“ Sudahlah Lia. Janji Lia selamat. Sudahlah.


Pasu itu mama boleh beli lagi. Tetapi nyawa kamu
tidak dapat dibeli. Tidak dijual di mana-mana pun.
Aunty tidak sengaja tu. Dia sudah menjelaskan
kepada mama apa yang telah berlaku. Biarkanlah.
Perkara sudah berlaku. kalau ada rezeki, mama
akan beli lagi pasu itu.” Balas mama.

“ Tapi ma, dia telah merosakkan harta benda


di rumah kita. Tengok sekarang, sampai kaki Lia
pun cedera. Semua ni salah aunty dia.” Kataku
kepada Mama lagi.

124
“ Lia, sudah,...sudah.. tak baik kata begitu.
Semua ini berlaku secara tidak sengaja. Lia juga
perlu berhati-hati.” Balas ibu.

Suaranya seakan-akan ditinggikan semasa


bercakap denganku. Dia seperti menyebelahi aunty
Helen daripada anaknya sendiri. Perasaan benci
aku terhadap aunty Helen semakin membuak-buak.
Mama hilang perhatian terhadapku setelah aunty
Helen ada dirumah ini.

125
Bab 9

S
udah dua hari aku tidak turun ke
sekolah. Kakiku masih lagi bengkak.
Kalau aku tidak terpijak kaca itu,
mungkin aku sedang berseronok
bersama-sama dengan rakan. Semua ini memang
salah aunty Helen. Setiap malam sebelum tidur
papa akan membersih dan merawat luka kakiku.
Papa memang orang yang bertanggungjawab.

Keadaan di rumah memang membosankan.


Papa dan mama telah lama turun bekerja. Mencari
nafkah untuk keluarga. Aku duduk di ruang tamu
sambil membelek-belek majalah yang mama beli

126
semalam. Aku membuka balang yang ada diatas
meja dan makan coklat yang disimpan di dalam
balang itu. Aku memang suka makan coklat. Papa
tidak menggalakkan aku mengambil coklot dalam
kuantiti yang banyak. Coklat sangat manis, tak baik
untuk gigi.

Aku masih lagi sakit hati melihat aunty


Helen. Aku harus membuat sesuatu supaya dia
keluar dari rumah dan membuatkan mama
membencinya.

“ Hermmm.. aku ada satu idea. Lepas ini,


mesti ibu akan membencinya.” Bisik hatiku.

Aku melihat keadaan sekeliling sunyi. Tidak


ada orang berada di dapur. Bunyi air pada singki
tidak kedengaran. Bunyi pinggan mangkuk disusun
pada rak juga turut tidak kedengaran. Nampaknya,
dia masih menyidai pakaiaan di luar rumah.

“ Dia berpura-pura rajin membuat tugaslah


tu. Biar mama bertambah suka melihatnya disini”.
Bisik hatiku.
127
Aku membuka pintu bilik tidur papa dan
mama perlahan-lahan dan menutupnya perlahan-
lahan.

Beberapa hari yang lepas aku melihat ada


kotak perhiasan di dalam laci meja solek mama.
Didalam kotak itu berisi barang kemas. Terdapat
seutas gelang emas, seutas rantai, dan ada dua
pasang anting-anting emas didalam kotak itu.
Semuanya barang berharga. Aku mengambil kotak
itu tanpa was-was dan membawanya keluar dari
bilik itu..

Aku ingin pergi ke bilik aunty Helen. Tetapi


sebelum itu, sekali lagi aku memerhatikan keadaan
sekeliling dan memastikan dia tidak berada di
dalam bilknya. Aku membuka memulas tombol
pintu dan membuka pintu perlahan-lahan supaya
dia tidak menyedari bahawa aku masuk ke biliknya.
Di dalam biliknya ada sebuah almari pakaian. Aku
membuka almari pakaiaannya perlahan-lahan. Aku
meletakkan kotak itu pada lacinya. Aunty Helen

128
tidak tahu akan hal ini. Dia masih lagi berada di luar
rumah.

“ Lepas ni mama mesti mencari kotak ini.


Baru padan muka kamu. Mari kita lihat apa yang
akan berlaku” Kataku.

Aku berharap agar mama menghalaunya


dari rumah ini. Baru tenang hidupku tinggal disini.
Orang tidak lagi mentertawakan aku. Tidak
mengejekku lagi. Dia tidak layak tinggal
sebumbung dengan kami.

129
Bab 10

A
ku esok ingin turun ke
sekolah. Sudah dua hari aku
tidak ke sekolah. Aku rindu
dengan rakan-rakan
sekelasku. Kakiku sudah
boleh dipijak. Selepas makan malam, aku pergi ke
kamar tidurku. Aku membaca buku cerita. Buku
cerita yang berada ditanganku ini, dibeli oleh mama
semalam.

Mama masuk ke bilikku tanpa mengetuk


pintu dan berdiri di hadapanku. Aku yang sedang
terbaring membaca buku cerita, segera bangun.
130
“ Lia, kamu lihat tak kotak bewarna hitam di
dalam laci Mama.” Tanya Mamaku.

Wajah mama kelihatan cemas dan


sepertinya dia sedang mencari kotak perhiasan itu.
Kotak yang saya sembunyikan di dalam almari
aunty Helen. Aku berpura-pura tidak tahu apa yang
terjadi.

“ Tak tahu ibu. Lia tidak mengambilnya”.


Balasku sambil bahu diangkat-angkat.

“Betul kamu tidak tahu? Dan tidak


mengambilnya?.” Tanya ibu sekali lagi untuk
mendapatkan kepastian daripadaku lagi

“ Ya. Betul Ma, buat apa Lia nak tipu mama.


Dari tadi Lia berada di dalam bilik ini. Kenapa
dengan kotak perhiasan itu Mama?”.

“ Kotak perhiasan itu hilang. Dari tadi mama


dan papa mencarinya. Habis seluruh bilik papa dan
mama diselongkar.” Balas mama kepadaku.

131
Aku berpura-pura tidak tahu tentang kotak itu.

“ Bila kotak itu hilang?” tanyaku lagi.

“ Pagi tadi kotak itu ada, tetapi bila mama


nak letak perhiasan yang mama pakai siang tadi,
mama mendapati kotaknya hilang. Banyak
perhiasan beharga terdapat dalam kotak itu,
termasuk hadiah ulang tahun perkahwinan dari
papa.” Jelas mama kepadaku.

“ Jangan-jangan aunty Helen yang


mengambil kotak itu, cuba mama cari dibiliknya.”
kataku kepada mama.

Mama terdiam seketika. Seakan-akan


berfikir. Mama terus melangkah keluar dan menuju
ke arah biliknya.. Aku mengikuti mama daripada
belakang. Mama mengetuk pintu bilik aunty. Aunty
Helen segera membukanya.

“ kak, ada nampak tak kotak barang kemas


Lyn?” tanya mama kepadanya.

132
“ Tak pernah nampak pun kotak itu.”
Balasnya.

Muka mama masih lagi cemas dan khuatir


barang kemasnya hilang.

“ Mama, cuba mama cari dalam almarinya


itu. Mungkin dia menyorok kotak perhiasan itu di
dalam almari itu.” Kataku kepada mama sambil
menunjukkan almari yang berada di sudut kanan,
bersebelahan dengan katilnya.

Mama membuka almari itu, ada beberapa


helai baju yang tergantung didalamnya. Mama
membuka laci yang terdapat dalam almari itu.
Mama menjumpai kotak itu dan membukanya.
Semua jumlah perhiasan masih lagi sama. Tidak
ada satu pun yang hilang.

Mama menuju ke arahnya. Mimik muka


mama tiba-tiba berubah.

“ Kak, kenapa akak buat semua ini?. Lyn


sangat kecewa dengan kak. Adakah semua yang
133
Lyn dan Sean bagi selama ini tidak cukup?. Tempat
tinggal, pakaian, duit dan sebagainya. Kalau nak,
Lyn boleh bagi jangan ambil sesuka hati.” Kata
mama kepada aunty Helen.

Aunty Helen tidak berkata apa-apa. Dia


mungkin malu. Mama tidak marah padanya dan
terus keluar dari bilik itu. Aku berasa gembira
melihat apa yang telah terjadi. Harap mama akan
menghalaunya dari rumah ini. Kalau dia tidak
berada di rumah bolehlah Lia membawa kawan-
kawan Lia kesini, nanti Lia tidak malu dan tidak
ditertawakan oleh mereka. Mama mungkin kecewa
dengan sikap kakaknya itu. Kakaknya mencuri
barangnya. Umpama harapkan pagar, pagar
makan padi.

Dia kembali ke bilik tidurnya. Papa masih di


dalam bilik itu. Mencari-cari kotak itu. Keadaan bilik
tidur mereka berdua berserabut. Semua barang
habis diselongkar. Seperti tongkang pecah. Baju-
baju yang disidai di dalam almari dikeluarkan dan

134
bertimbun-timbun seperti bukit di atas katil. Aku
mendengar papa dan mama sedang bercakap
tentang sesuatu. Mungkin mama menceritakan hal
yang berlaku tadi kepada papa. Papa pun rasa
kecewa.

“ Betulkan kata papa, memang dari dulu


papa rasa curiga dengan sikap kak Helen itu. Tapi
papa hanya diam, siapalah papa untuk menilai dan
menghakiminya? Lagipun dia kakak ipar saya
juga.” Kata papa kepada mama.

“ sudahlah papa. Usah difikirkan perkara


yang telah berlaku. Yang penting semua barang
perhiasan mama masih ada. Tidak ada satu pun
yang hilang. Tetapi agak pelik dia tidak
menyembunyikan kotak ini, hanya disimpan dalam
laci. Selalunya pencuri akan lari setelah mencuri
barang-barang. ” Kata mama kepada papa.

“ Papa harap kak Helen akan pergi dari


rumah ini tanpa kita mengusirnya nanti. Sekarang

135
sudah mencuri. Lepas ini apa pula?.” Kata ayah
kepadaku.

Mama masih lagi sibuk menyusun barang-


barang di dalam biliknya. Aku segera beredar dari
celah pintu itu.

136
Bab 11

K
eadaan pagi itu keadaan
agak sunyi. Aku pergi ke
dapur setelah selesai
bersiap. Hanya Mama
sahaja yang kelihatan di
meja makan. Aku melabuhkan punggungku
disebelah kerusi mama. Tidak lama kemudian papa
muncul dan duduk disebelahku. Mama
menuangkan air milo panas kepada kami berdua.
Ada semangkuk mi goreng disajikan di atas meja
dan telur mata.

137
Agak hairan. Aunty Helen tidak kelihatan di
dapur. Selalunya dia sentiasa sibuk di dapur.
Menyediakan makanan, mencuci pinggan
mangkuk, menyapu sampah dan sebagainya.
Tetapi hari ini dia tidak kelihatan.Tidak mungkin dia
masih berada dibiliknya. Tidak mungkin dia tidur
pada waktu begini. Selalunya, kalau tidak ada di
dapur dia akan pergi ke belakang rumah
membersihkan kawasan belakang rumah.

“ Mama, mana aunty Helen?”. Tanya papa


kepada mama.

Mama tidak menjawab persoalan papa.


Mood mama kurang baik hari ini. Nampak suram
mukanya. Mama menyerahkan sehelai surat itu
kepada papa. Papa meletakakan cawannya ke atas
meja dan memegang sehelai surat. Setelah surat
itu dibaca, papa meletakkan kertas itu di atas meja.
Aku melihat mimik muka papa terus berubah
setelah membaca surat itu. Aku mengambil kertas

138
itu dan membaca isinya. Surat itu tidak panjang dan
hanya beberapa baris ayat sahaja yang ditulis.

Kakak meminta maaf jika selama ini kakak


ada berbuat salah kepada keluarga Lyn.
Akak harap semoga keluarga Lyn sentiasa
bahagia. Akak mungkin balik ke kampung
atau mencari kerja di bandar-bandar lain .
Mencari mereka yang sudi menerima akak.
Sebenarnya akak tidak mencuri kotak itu.
Akak sendiri tidak tahu bahawa kotak itu
berada dalam almari ini . Aku tidak
perlukan semua itu . Sebanyak mana pun
barang kemas yang akak pakai, muka akak
tetap hodoh. Akak sedar siapa diri akak.
Kalau betul akak nak curi semua itu, sudah
lama akak curi dan bawa lari semuanya.
Halalkan segala makan minum akak
sepanjang berada di rumah kamu.

Yang benar,

Helen

139
“ hermmm.. baguslah kalau dia sudah
meninggalkan rumah ini.” Bisik hatiku

Mama diam sahaja sejak dari tadi. Air


milonya asyik dikacau-kacau mengunakan sudu.
Mungkin dia masih memikirkan keadaan kakanya
yang sudah lari dari rumah.

Sebelum meninggalkan rumah dia telah


memasak makanan untuk sarapan pagi. Surat tadi
dia lekatkan menggunakan magnet di peti sejuk.

Aku memang gembira. Tidak ada lagi aunty


Helen disini. Kawan-kawan tidak akan bertanyakan
tentangnya. Aku malas menjawab persoalan yang
diajukan oleh mereka. Ada juga yang mengejekku.
Kini aku bebas, tetapi bekas parut pada tapak
kakiku masih mengingatkanku kepadanya.

140
Bab 12

c uti sekolah telah bermula.


Suasana semasa
menerima keputusan UPSR

c
masih lagi bermain di
kepalaku walaupun sudah
sembilan hari berlalu. Aku agak kecewa. Walaupun
aku mendapat anugerah pelajar terbaik pada tahun
ini, namun aku tidak mendapat straight A’s dalam
UPSR. Aku hanya mendapat 4A 1B sahaja.
Manakala ada 5orang mendapat keputusan 5A
termasuk Penny. Aku cemburu melihat mereka

141
melonjak keriangan. Ibu bapa mereka juga turut
gembira.

Mama pernah memberitahuku. Ini hanya


peperiksaan UPSR. Masih banyak lagi peperiksaan
yang akan kamu ditempuhi. Itu nasihat Mama
kepadaku. Namun Mama tetap berbangga. Dia
telah membelikan hadiah kepadaku. Buku cerita
dan patung teddy bear.

Hanya aku sendiri sahaja berada dirumah.


Papa sudah turun ke hospital. Bertugas merawat
pesakit. Mama pula menghadiri kursus
kejurulatihan bola jaring. Mama memang bergiat
aktif dalam kokurikulum. Aku tinggal sendirian di
rumah.

Aku duduk di sofa dan menekan-nekan


punat alat kawalan jauh mencari channel yang
menarik. Namun semuanya sama. Semua
rancangan amat membosankan. Tidak ada lagi
buku cerita yang baharu.

142
Sebelum mama turun menyertai kursus tadi.
mama sudah memasak untukku. Di dalam peti
sejuk juga terdapat makanan ringgan seperti
keropok, coklat dan ada juga buah-buahan.

Aku tertarik melihat ikan emas yang


berenang dalam akuarium yang tidak jauh dari
meja telefon. Dia seoalah-olah meronta-ronta minta
untuk dilepaskan. Hanya seekor sahaja yang
tinggal. Dulu ada enam ekor, lima daripadanya
mati. Kini tinggal seekor sahaja. Mesti hidupnya
berasa kesunyiaan. Sama nasib denganku. Tiada
adik beradik. Aku membuka bungkusan
makanannya dan menaburkan makanan itu pada
permukaan air. Ikan itu dengan gelojoh
mendapatkan makanan itu.

Ada sesuatu yang ingin aku lakukan . tetapi


aku terlupa. Aku cuba untuk mengingatinya. Aku
memang selalu begini. Pelupa. Aku memandang ke
arah meja di ruang tamu itu. Ada tiga pucuk surat di
atas meja itu.

143
Tiba-tiba fikiran aku beralih kepada benda
yang ingin aku lakukan. Sekarang aku dah ingat.
Aku teringat akan sampul surat,dokumen-dokumen
dan fail yang terdapat dalam almari mama.

Sebelum ini aku tidak sempat membacanya


habis. Baru sahaja surat itu dikeluarkan separuh,
mama sampai dan mengetuk pintu. Mungkin inilah
peluang bagiku untuk membacanya semula.
Seakan-akan ada sesuatu yang mendorongku
untuk membaca surat tersebut.

Aku meletakkan semula baja ikan tersebut di


atas akuarium itu. Aku menuju ke bilik mama dan
papa dan membuka almarinya. Aku mencari-cari
sampul surat itu. Sampul surat itu berada di bawah
sekali.

Aku mengeluarkannya daripada sampul itu.


Aku membacanya. Aku terkejut membaca surat itu.
Surat yang aku baca adalah surat beranak anak
angkat dan surat akuan membela anak angkat. Aku
mendapati bahawa diriku bukanlah anak kandung
144
kepada papa dan mama. Perasaan aku sungguh
kecewa. Jantung berdetak dengan kencang setelah
membacanya. Seakan-akan tidak percaya. Selama
ini aku menyangka bahawa akulah anak kandung
mereka berdua. Papa dan mama pula merahsiakan
perkara ini daripadaku. Aku memasukan balik
surat-surat itu ke dalam sampul yang bewarna
coklat.

Titisan jernih mengalir dari kelopak mataku.


Air mata kesedihan. Perasaanku seperti kaca jatuh
ke batu. Aku seakan-akan tidak dapat menerima
semua ini.

“siapalah ayah dan ibu kandungku


sebenarnya? Kenapa mama dan papa tidak
memberitahu bahawa aku bukan anak kandung
mereka berdua?.” Keluh hatiku.

145
Bab 13

ama dan Papa berada diluar. Di

M ruang tamu. Aku sejak

tidak menjamah makanan sejak


dari tadi. Hanya amakan semasa
sarapan pagi sahaja. Ibu memanggilku untuk
tadi
mengurung diri di dalam bilik. Aku

makan malam sebentar tadi tetapi aku menolaknya.


Berkali-kali aku menatap dokumen dan surat akuan
itu. Sampul itu ada ditanganku.

146
Aku ingin keluar bertanyakan hal ini kepada
papa dan mama. Tetapi tidak sanggup. Aku tidak
sampai hati. Tambahan pula aku telah masuk ke
bilk mereka dan mengambil dokumen ini tanpa
kebenaran dan pengetahuan mereka.

“ Tetapi, selagi aku tidak bertanya tentang


itu, sampai selamanya aku tidak akan tahu siapa
orang tuaku sebenarnya.”. Bisik hati kecilku.

Titisan jernih tetap mengalir. Mengalir


membasahi pipi. Hatiku terasa sedih. Aku dengan
rasa kecewa bercampur marah melangkah menuju
ke ruang tamu rumah kami. Mama sedang
menonton televisyen, papa pula duduk ditepinya
sambil membaca surat khabar.

Aku berdiri di hadapan mereka berdua.


Dokumen itu masih ditanganku.

“ Mama,..pPapa,.. betulkah Lia bukan anak


kandung?”. soalan itu tiba-tiba keluar daripada
mulutku.

147
Mama dan papa terdiam dan saling
berpandangan. Bebola mata papa merenungku.
Mama pula tiba-tiba menanggis.

“ Lia sudah tahu semuanya. Lia sudah


membaca segala isi surat dan dokumen ini.
Semuanya ada di dalam sampul ini”. Kataku
kepada mama dan papa.

Papa terus berdiri dan memelukku. Aku


masih lagi menanggis.

“ Lia, papa dan mama sayang kepada Lia.


Dari kecil Lia bersama dengan papa dan mama.
Kami berdua menganggap Lia anak kami sendiri.
Lia tetap juga anak Mama dan Papa” . kata papa
memujukku. Lembut suaranya.

“ ya. Betul kata papa itu. Mama dan papa


sangat sayang pada Lia. Lia jangan risau. Lia tetap
anak papa dan mama.” Kata mama.

“ Tetaapi, siapa ibu dan bapa kandungku?”


tanyaku lagi.
148
“ Ibumu masih ada, tetapi ayahmu sudah
meninggal. Sudah. Sudahlah Lia. Jangan fikirkan
tentang itu. Papa dan Mama adalah orang tua
kamu.” Kata ibu kepadaku.

Ibu terus bangun dan memelukku juga. Aku


dapat merasai bahawa mereka berdua sangat
sayang kepadaku. Aku sangat bersyukur
mempunyai ibu dan bapa seperti mereka walaupun
aku sekadar anak angkat. Tetapi ibu janji dia akan
membawaku berjumpa dengan ibuku bila sudah
tiba masanya.

“ Lia ingin meminta maaf kepada papa dan


mama sebab pergi ke bilik mama dan papa dan
membuka almari tanpa kebenaran dan
pengetahuan mama dan papa.” Kataku kepada
mereka berdua.

“ Tidak mengapa sayang. Mama dan papa


memaafkan Lia. Usah memikirkan hal itu.” Kata
mama kepadaku.

149
Dia terus mengucup dahiku. Mereka berdua
memelukku dengan penuh erat. Terasa kasih
sayang mereka berdua walaupun mereka berdua
bukan ibu dan ayah kandungku.

150
Bab 14

ini, enam bulan telah berlalu.

K Taman
mengadakan
hutan
perumahan

bagi
aktiviti
kami
kembara
mengeratkan
hubungan tali silaturahim antara
penduduk. Kami sekeluarga turut
menyertai jungle trekking tersebut. Kami membuat
aktiviti kembara itu bersebelahan dengan Taman
Tumbina, Bintulu. Memang meriah. Ramai yang
menyertainya. Cuaca sungguh cerah, burung-
burung berkicauan di atas pokok. Bernyanyi dan
terbang kesana sini. Pokok-pokok seperti melambai

151
kedatangan kami. Aku juga melihat rama-rama
berterbangan ke sana sini. Cantik warnanya.
Bewarna warni.

Keadaan tanah sedikit basah. Mungkin


basah akibat embun di waktu pagi. Papa dan
Mama berada dibelakangku. Di leher papa
tersangkut kamera DSLR canon. Papa memang
selalu membawa kamera apabila ada aktiviti.
Merakam kenangan dan boleh dilihat semula
apabila diperlukan. Mama pula membawa botol air
mineral. Tangan kananya memegang botol air itu.
Tuala kecil diletakkan pada lehernya untuk
mengelap peluh nanti .

Sungguh cantik tumbuhan-tumbuhan disini.

“ Papa, apa nama pokok ini?”. Tanyaku


kepada papa.

“ Ini pokok meranti”. Jawab papa ringkas.

Semua keluarga sudah berada di hadapan.


Kami meneruskan perjalanan mengikuti mereka
152
yang berada di hadapan kami. Mendaki bukit.
Terasa peluh mengalir dari dahiku. Aku menggelap
peluh itu menggunakan tapak tangan.

“ kenapa menggelap peluh dengan tapak


tangan? Kotor tu.” Kata mama kepadaku sambil
menyerahkan tuala yang dibawanya itu.

Pelbagai spesies tumbuhan yang ada disini.


Aku lihat ada tumbuhan yang menjalar, ada
tumbuhan yang menumpang dan ada tumbuhan
yang hidup secara liar.

Aku jarang mengikuti papa dan mama


masuk ke hutan. Takut dengan pacat dan kulit akan
gatal apabila digigit nyamuk. Tetapi
memandangkan saya tidak pernah pergi ke sini aku
menawarkan diri untuk mengikuti mereka berdua.

Aku meminta kamera yang dibawa oleh


ayah. Aku ingin menangkap gambar tumbuh-
tumbuhan untuk ditunjukkan kepada kawan-kawan
nanti.

153
“ Lia, Mind your steps. Jangan terlalu laju.
Tanah licin kawasan ni .” Kata papa menegurku.

Aku tidak mempedulikannya. Aku melihat


ada sejenis tumbuhan yang pernah aku lihat di
dalam buku teks di bawah jalan pejalan kaki. Aku
menuju ke tumbuhan tersebut.

“ Papa. Itu periuk kera kan?”. Kataku kepada


papa.

“ Ya. Hati-hati Lia. Jangan pergi ke tepi tu


nanti jatuh ke bawah. Curam bukit ni.” Kata papa.

Aku mendekatkan pandanganku ke arah itu.


Aku menyentuh periuk kera itu. Ada takungan air di
dalamnya dan ada serangga terperangkap di dalam
tumbuhan itu. Serangga itulah dijadikan makanan.

Aku segera memegang kamera dan fokus


kepada pokok kera tersebut. Lensa kamera
dipusingkan berkali-kali sebelum menangkap
gambar tersebut supaya tidak kabur.

154
Belum sempat menangkap gambar periuk
kera itu, aku merasakan tanah yang kupijak
bergerak. Kaki kananku tergelicir. Aku tersungkur
terjatuh. Badanku jatuh tergolek ke kawasan curam
tersebut. Badanku tersangkut pada pokok kecil.
Terasa sakit badanku. Nasib baik aku tidak tergolek
ke kawasan yang lebih curam. Aku merasakan
mataku sakit. aku menutupnya segera. Ada cecair
yang keluar. Ayah berlari ke arahku dan turun ke
bawah. Aku melihat ayah memberikan tangan
kepadaku. Aku mencapai tangannya. Ayah
mengangkatku. Terasa sakit bahagian kepalaku
terhantuk pada pokok itu.

Aku hanya sempat mendengar mama


memanggil namaku. Papa pula menggoncang
tubuhku. Tiba – tiba aku merasakan dunia telah
berubah. seakan-akan bertukar gelap. Badanku
lemah.

155
Bab 15

ku masih lagi berada di

A hospital,

minggu
mataku
badanku
masih lagi baring di
katil itu. Sudah 3
kedua-dua
berbalut.
Selama tiga minggu itu aku hanya melihat dunia ini
gelap. Tidak dapat melihat apa-apa. Aku hanya
menggunakan empat indera sahaja. Aku masih
ingat lagi peristiwa tiga minggu yang lepas semasa
junggle trekking. Mata kananku berdarah. Memang
sakitku rasa ketika itu. Kepalaku juga sakit

156
terhantuk pada pokok. Nasib baik badanku
tersangkut disitu. Kalau tidak ada pokok yang
menghalang sudah pasti aku tidak dapat melihat
dunia lagi.

Tetapi sekarang aku dapat melihat semula.


Aku sangat bersyukur kepada individu yang
sanggup mendermakan matanya kepadaku. Aku
amat menghargainya. Seolah-olah Tuhan
memberikanku peluang untukku melihat keindahan
dunia yang ciptakan oleh-Nya ini.

Hari ini mungkin aku akan keluar daripada


hospital setelah doktor mengesahkan laporan
kesihatanku, jika semuanya baik, maka aku
dibenarkan pulang ke rumah.

Ibu memang seorang yang baik. Dia tetap


menemaniku sepanjang aku berada disini. Dia
tetap berada disisiku. Menyuapkan makanan
untukku dan memimpinku berjalan ke tandas
sepanjang mataku berbalut.

157
Aku masih ingat lagi Waktu mataku dibuka
oleh doktor. Waktu itu doktor menyuruhku
membuka mata perlahan-lahan. Aku membuka
mataku perlahan-lahan. Terasa silau semasa aku
membuka mata. Terlalu lama dibalut. Kipas syiling
berada tegak di atasku. Berpusing-pusing. Aku
menolehkan pandangan ke arah kanan. Aku
melihat papa dan mama berada disisi. Ada patung
teddy bear yang papa pegang. Mereka berdua
mengukirkan senyuman untukku.

Pagi tadi papa ada membelikan bubur ayam


kepadaku. Mama sedang membuka bungkusan itu.
Setelah itu, dia menuangkan bubur itu ke dalam
mangkuk. Aku hanya memerhatikannya. Aku masih
lagi terbaring di atas katil.

“ Mama, papa di mana?” tanyaku kepada


Mama.

“ Papa ada tadi. Dia kata dia ingin melawat


seseorang di wad Mawar.” Balas mama padaku.

158
mama duduk pada kerusi bersebelahan dengan
katilku. Tangannya memegang mangkuk bubur
ayam. Aku memandang wajahnya.

“ Mama, boleh Lia tanya sesuatu?” kataku


kepada ibu.

“ Boleh. Tanyalah Lia.” Balas mama sambil


kepalanya dianggukkan.

“ siapa yang mendermakan mata untuk Lia


sebenarnya?. Mesti dia baik orangnya. Boleh Lia
berjumpa dengannya?” kataku kepada ibu.

Mama menanggis mendengar kata-kataku


itu.

“ Mungkin sudah tiba masanya Lia


mengetahui semuanya. Memang berat untuk mama
ceritakan kepada Lia. Mama harap Lia terima
dengan hati terbuka. Mama tahu Lia budak baik.”
Kata ibu sambil menggelap air jernih pada kelopak
matanya.

159
“ Apa yang berlaku ibu?”. Tanyaku lagi
seperti tidak sabar mengetahui cerita yang ingin
diceritakan oleh ibu.

“ Sebenarnya..sebenarnya... Aunty Helen


yang mendermakan mata untuk Lia. Aunty Helen
sebenarnya ibu kandung kamu Lia.” Kata mama
kepadaku.

Aku betul-betul terkejut mendengar apa yang


telah mama ceritakan kepadaku . Ternyata aunty
Helen ialah ibu kandungku. Aku berasa malu. Aku
telah berbuat jahat kepadanya tetapi dia sanggup
mendermakan matanya kepadaku. Aku betul-betul
menyesal dengan sikapku selama ini.

Mama meneruskan ceritanya. Mama


menceritakan kisah yang telah berlaku.

“ sebenarnya bapa Lia mati ditusuk pisau.


Ibu kamu sendiri yang menikamnya. Bapa kamu
suka berjudi dan banyak hutang. Ibu kamu pula
bekerja keras tetapi bapa kamu membazirkan duit
dan tidak bekerja. Dia selalu mendera ibumu. Dia
160
juga selalu memukul ibumu. Dia memukul ibumu
menggunakan kayu, tali pinggang dan sebagainya.
Lebam badan ibumu. Cedera seluruh badan. Satu
hari ibu Lia enggan memberikan duit kepadanya
kerana dia ingin membeli susu untuk Lia. Dia naik
berang dan menyimbah ibumu dengan air panas.
Setelah itu, dia cuba mendapatkan Lia dan ingin
menjual Lia. Ibumu berasa tertekan dan mengambil
pisau dan menikam ayahmu. Ibumu membawa Lia
lari. Setelah itu, dia menyerahkan Lia kepada
Mama dan Papa. Dia menyerahkan diri kepada
polis dan dipenjarakan selama empat belas tahun,
tetapi ibumu menyerahkan diri dan menunjukkan
sikap yang baik semasa dipenjarakan. Jadinya, dia
hanya dipenjarakan 12 tahun sahaja.” Cerita mama
kepadaku.

Aku menanggis mendengar kisah ibu


kandungku itu. Aku ingin berjumpa dengannya.
Memeluknya erat. Banyak dosa yang telah aku
buat.

161
“ Mama, ada sesuatu yang Lia rahsiakan
selama ini. Lia memang bersalah. Sebenarnya
bukan dia yang mencuri barang kemas mama di
dalam kotak itu. Lia yang sengaja meletakkannya di
dalam almarinya, supaya mengusirnya dari rumah.
Lia malu melihatnya. Ramai kawan yang
mentertawakan Lia semasa di sekolah. Lia betul-
betul insaf dan minta maaf. Lia ingin berjumpa
dengannya” Kataku kepada Mama.

“ Baguslah kalau Lia sudah insaf dan


mengakui segala kesalah yang telah Lia lakukan
itu. Ibu Lia sudah lama memaafkan Lia. Dia
memang sayang akan Lia. Mama tidak menghalang
Lia untuk bersamanya.” Kata mama kepadaku.

Mama terus memelukku erat. Air matanya


jatuh ke bahuku.

“ Mama , bolehkah kita membawanya tinggal


semula bersama dengan kita?”. Tanyaku kepada
mama.

162
“ Boleh sayang.” Kata mama.

Mama melepaskan pelukanku. Kedua-dua


tangannya berada dibahuku. Kedua-dua bebola
matanya memandang tepat ke arah mataku. Dia
senyum.

Eherrmmmm...

ada suara berdehem di hadapan kami


berdua. Aku dan mama menoleh. Papa berada di
hadapan. Di sebelahnya ada Aunty helen.
Matanya sebelah tetutup. Aku mendepakan
tanganku kepada Aunty Helen. Aunty Helen terus
memelukku erat.

“ Terima kasih Ibu. Minta maaf atas semua


kesalahan yang telah Lia lakukan selama ini.”

“ Ibu tidak pernah menyimpan dendam


terhadapmu. Ibu gembira kerana anak ibu sudah
sihat seperti sedia kala.”. katanya kepadaku.

163
“ Hermm.. petang ini Lia boleh keluar dari hospital.
Tadi ayah telah berjumpa dengan doktor.” Papa
mencelah.

Sekarang aku rasa gembira kerana kami


dapat bersama-sama semula. Saya dapat
merasakan masakan ibu lagi. Kalau bosan aku kan
ke dapur dan belajar cara memasak. Kini mata ibu
tidak tertutup lagi. Ibu menggunakan mata palsu
pada mata sebelah kanannya. Banyak benda yang
aku pelajari setelah kejadian itu. Betul kata orang “
kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah
sepanjang masa.

Aku berharap agar mata yang ibu dermakan


ini akan membuka mata hatiku agar tidak menilai
orang melalui luaran dan berbuat jahat kepada
orang. Tidak semua mata yang tertutup itu tidur,
dan tidak semua mata yang terbuka itu melihat

-tamat-

164
Refelksi
tugasan

165
Refleksi tugasan

Setelah berusaha bersungguh-sungguh, saya telah


berjaya menyiapkan kerja kursus ini. Saya sangat
bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan saya
peluang dan ruang untuk menyempurnakan kerja kursus
ini. Kerja kursus ini merupakan kerja kursus individu.
Kerja kursus ini mempunyai beberapa tugasan.
Contohnya menghasilkan sebuah novel, cerpen, pantun,
syair, gurindam, dan sajak. Saya telah membahagikan
masa dan membuat persiapan awal bagi mengelakkan
berlakunya pembaziran masa.

Pada mulanya, saya sukar untuk mendapatkan


maklumat dan bahan untuk membuat kerja kursus ini.
Bahan yang terdapat di pusat sumber tidak mencukupi
dan saya hanya mendapat beberapa buah buku sahaja
untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan.
Setelah itu, saya mencari maklumat dan bahan untuk
menyediakan novel, cerpen, pantun, sajak, syair dan

166
gurindam. Saya telah menjumpai beberapa maklumat
dan maklumat tersebut boleh saya gunakan sebagai
bahan rujukan. Tambahan itu, pensyarah telah
memberikan kami beberapa buah buku sebagai bahan
rujukan untuk membuat tugasan penulisan kreatif ini.
Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan
bagi membentangkan tajuk-tajuk dalam buku tersebut.
Pembentangan yang telah dibuat amat membantu saya
dalam menghasilkan karya kreatif ini. Banyak ilmu yang
terkandung di dalamnya. Selain itu, saya juga turut
bertanya kepada rakan-rakan yang lain sebelum
menghantar draf pertama kepada pensyarah dan
meminta pandagan mereka tentang karya yang telah
saya hasilkan. Bagi menambahkan maklumat tersebut
saya telah membeli beberapa buah buku tentang
persediaan menulis cerpen dan novel. Buku ini sangat
membantu saya. Terdapat pelbagai teknik dan cara-
cara untuk menghasilkan karya.

Setelah siap menghasilkan karya, saya telah


menghantar draf kepada pensyarah pembimbing bagi
menyemak hasil draf saya, dari situ kita mengetahui
kelebihan dan kekurangan hasil karya kita sebelum
dijilidkan. Melalui kerja kursus ini, banyak perkara yang
167
dapat saya pelajari. Saya telah mempelajari bagaimana
untuk menghasilkan kulit hadapan buku antologi dan
kulit belakang buku tersebut. Saya merujuk beberapa
bahan di internet dan belajar untuk mengedit. Kerja
kursus ini juga telah mendekatkan saya dengan dunia
grafik dan mengedit gambar. Terdapat banyak aplikasi
yang boleh kita gunakan dalam menghasilkan kulit
buku. Antaranya ialah, photoshop, photoscape,
publisher dan sebagainya.

Penghasilan kerja kursus ini sangat bermakna


kerana buku yang telah dijilidkan nanti boleh saya
gunakan sebagai bahan bantu mengajar . bahan ini
mungkin dapat mendekatkan murid kepada dunia
sastera dan menarik minat murid untuk belajar. Dari situ
kita boleh menjinakkan murid dalam dunia satera dan
membuat tugasan kepada mereka menghasilkan karya
kreatif contohnya pantun dua kerat, pantun empat kerat,
sajak, cerpen, syair dan gurindam. Hal ini sangat
penting bagi mewujudkan murid yang celik akal dan
intelek yang baik dari segi sastera dan dapat
memartabatkan bahasa Melayu selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Karya kreatif yang
saya hasilkan itu juga mempunyai nilai moral dan
168
mungkin apa yang saya sampaikan dalam karya saya
ini dapat dijadikan panduan dan teladan bagi mereka.

Dengan adanya tugasan ini, saya menarik minat


murid untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran. Bahan bantu mengajar juga haruslah
kreatif dan memberikan murid berfikir supaya dapat
menjana idea yang baharu. Dengan menerapkan karya
kreatif ke dalam sesi Pengajaran dan pembelajaran
mungkin dapat memberikan persediaan awal kepada
mereka untuk menceburi bidang tersebut kelak dan
persediaan sebelum masuk ke alam sekolah menengah.
Di sekolah menengah mereka perlu belajar tentang
antologi dan subjek kesusateraan Melayu. Selain itu,
saya dapat mempelajari tentang cara-cara untuk
menyediakan aktiviti yang sesuai untuk murid-murid
bagi aktivi pemulihan dan pengayaan bagi kemahiran
membaca. Akhir sekali, saya berharap agar apa yang
saya pelajari ini akan tersemat dalam sanubari saya dan
dapat saya aplikasikan semasa saya mengajar kelak.

Di samping itu, dalam penghasilan tugasan ini


saya telah merujuk beberapa buah buku dan membaca
beberapa hasil karya kreatif saterawan negara. Hal ini

169
dapat memberikan ilmu kepada saya. Melalui bahan
bacaan tersebut, saya dapat mempelajari kosa kata
yang baharu, ayat yang menarik dan nilai nilai murni
yang disampaikan dapat dijadikan sebagai panduan
sepanjang masa. Tugasan ini juga telah menyuntik
semangat saya dalam menghargai karya sastera dan
menyuntik minat saya untuk berkecimpung dalam dunia
ini. Hal ini dapat menyuntik semangat para guru pelatih
untuk memartabatkan bahasa Melayu dan karya sastera
supaya tidak dilupakan. Tugasan ini memberikan saya
peluang untuk saya meluahkan segala pendapat, ilmu
dan konflik dalam diri, pengalaman dan sebagainya
untuk dijelmakan dalam bentuk penulisan.

Saya berharap agar apa yang saya pelajari ini


dapat dijadikan sebagai panduan semasa saya
mengajar kelak dan dapat menerapkan bidang
penulisan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

170
biodata diri

Nama : Setia Anak Anding

No. Kad Pengenalan : 920313-13-5865

No. matrik : 20100105

Angka giliran : 2012191340040

Mata pelajaran : Penulisan Kreatif

Kumpulan : 4B

Nama program dan ambilan : PISMP ambilan Januari 2012.

171
172

Anda mungkin juga menyukai