Anda di halaman 1dari 11

PANTUN MAJLIS PANTUN PEMBUKA ACARA Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya

kata, Saya sembah pembuka bicara. Ingin rasa memakan kari, Kari cendawan batang keladi; Girang rasa tidak terperi, Bertemu tuan yang baik budi. Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi. Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Mega berarak indah berbalam, Dipuput bayu ke pohon ara; Pemanis kalam selamat malam, Awal bismillah pembuka bicara.

PANTUN BACAAN DOA Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. Garam ada kicap pun ada, Sayang lada terlupa bagi; Pantun ada ucapan ada, Sayang tiada berdoa lagi. Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa; Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa. Tetak buluh kajang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. PANTUN JEMPUT MAKAN Lebat rumbia di Sungai Kedah, Sayang senduduk di tepi muara; Penganan mulia terletak sudah, Samalah duduk menjamu selera. Terbang sekawan si burung merbuk, Batang selasih di Tanjung Dara; Padamu tuan kami persembah, Santapan kasih juadah mesra. Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih; Sudilah tuan jamu selera,

Hidangan mesra pengikat kasih. Sungguh indah bunga kemboja, Di bawah atap tepi halaman; Juadah sudah letak di meja, Sudilah santap tuan budiman. PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN Bukan rumput sebarang rumpun, Rumput penghias tepi halaman; Bukan jemput sebarang jemput, Jemput memohon kata aluan. Duduk sekawan gadis jelita, Buat santapan untuk pahlawan; Tampillah tuan kami meminta, Madah ucapan kata aluan. Sudilah tuan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam; Sudilah tuan beri ucapan, Kata aluan pemanis kalam. Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat rupawan; Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan. PANTUN JEMPUTAN UCAPAN Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang selisih; Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan pengikat kasih. Besar Besar Besar Besar langit di tepi busut, tak muat di dalam peti; hajat kami menjemput, niat di dalam hati.

Duduk sekawan si burung unta,

Tepi keramat di waktu malam; Pada mu tuan kami meminta, Kata azimat penutup kalam. Terbang di awan burung jentayu, Kerana penat gugur ke bumi; Tampillah tuan kami merayu, Bersama amanat bekalan kami. Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa; Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa. PANTUN UCAPAN PERASMIAN Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang jerami; Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan kata perasmi. Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi; Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Jangan tertawan alpa duniawi, Hanya indah serupa mimpi; Duhai pahlawan ksatria pertiwi, Hulurkan madah kata perasmi. Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami. PANTUN DI AKHIR MAJLIS Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak dara; Baliklah tuan membawa ilmu, Binalah bangsa bangunkan negara. Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi; Salam perpisahan untuk semua, Dilain masa bersua lagi. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan. Dari Rokan ke Indragiri, Membawa tinta ke Kuala Linggi; Baliklah tuan rehatkan diri, Esok kita bersua lagi. Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi. PANTUN BUAT WARGA EMAS Bulan purnama ke pekan Kuah, Di tengah hari membeli ragi; Dirimu umpama nyiur bertuah, Padat sari harum mewangi. Curah serbat di atas lantai, Basah tikar lupa disidai; Dikau ibarat karang di pantai, Tak pernah gentar dipukul badai.

Pohon sena tepi perigi, Tepi paya si pohon jambu; Hadirmu laksana suria pagi, Menyinar maya tak pernah jemu. Anak dara ke Tanjung Batu, Janji bertemu di Teluk Bayu; Walau usia dimamah waktu, Cekal hatimu tak pernah layu. Bukan gua sebarang gua, Gua penuh pusaka bonda; Bukan tua sebarang tua, Tua penuh ilmu di dada. Pergi ke Nilai membeli jamu, Jamu rasa dari tenggara; Tidak ternilai jasa baktimu, Kepada bangsa juga negara. Tidak goyah pancang seribu, Tika masih badai menderu; Engkau ayah engkaulah ibu, Menumpang kasih mengubat rindu. Pohon beringin tepi keramat, Dengar siulan diufuk barat; Kalau ingin hidup selamat, Buat bekalan untuk akhirat. Beli keladi di Pekan Lidup, Sayang rasa lemaknya kurang; Taburlah budi ketika hidup, Kelak jasa dikenang orang. Pintal kapas menjadi benang, Tenun benang menjadi sari; Barang yang lepas jangan dikenang, Kalau dikenang meracun diri. Pohon senduduk baru di tanam,

Sayang mati di pijak pak tani; Dari duduk baik bersenam, Senang hati sihat jasmani. Apa guna siparang panjang, Kalau tidak dengan tujuan; Apa guna berumur panjang, Kalau tidak dengan amalan. Timba suasa ditepi kali, Buat menyimbah si tuan puteri; Berputus asa jangan sekali, Jadikan tabah pakaian diri. Betik muda buat halwa, Kelapa muda santan dirasa; Biar muda di dalam jiwa, Dari tua sebelum masa.

Kepada adik2 yang memperolehi keputusan yang cemerlang, tahniah dan anda perlu meneruskan perjuangan ini. Semoga kejayaan anda akan menjadi kebanggaan sekolah, keluarga, diri, negara, bangsa dan agama. Kepada yang masih tercari-cari, anda juga masih diperlukan, sebab kata adat; Kalau cerdik tempat berunding, Kalau bodoh disuruh arah Kalau pekak pembakar bedil (meriam), Kalau buta penghembus lesung Kalau berkurap mengandar buluh, Kalau alim hendakkan doanya Kalau tepok penunggu jemuran, Kalau tinggi banir tempat berlindung Kalau rimbun tempat berteduh.

TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH (SEKOLAH) BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TUAN HAJI ABDULLAH BIN MAD YUNUS Semasa: Perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan dan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG Pada: 26 JULAI 2008(Sabtu) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi, 1. SAYA terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi mengundang saya bagi merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Air Putih pada hari ini. Tahniah kepada semua warga sekolah kerana berjaya meneruskan tradisi kecemerlangan ini dan majlis ini tentunya lebih bermakna kerana diadakan sempena Sambutan 25 tahun sekolah ini. 2. Saya percaya dalam tempoh itu berbagai-bagai pengalaman getir diredah oleh pihak sekolah sehinggalah tuan/puan dapat menyaksikan perkembangan dan kemajuan sekolah seperti yang dikecapi sekarang ini. Kalau dahulu SMK Air Putih ditakuti, kini dekaaat di hati; kalau dahulu semua orang mintak SimpangNauzubillah, tetapi sekarang ini saya difahamkan ramai yang berebut-rebut nak masuk ke Simpang -Al-Hamdulillah. 3. Semua pencapaian ini adalah berkat keikhlasan dan komitmen padu yang ditunjukkan oleh setiap warga sekolah ini.Tuan-tuan dan puan-puan telah memberikan sentuhan bermakna kepada sekolah sehingga berupaya mengubah wajah sekolah. Penambahbaikan secara berterusan sungguhpun kecil tetap bermakna dan menyumbang kepada kemajuan sekolah. Ketahuilah tiada bezanya kecemerlangan yang hendak dicapai oleh seorang tukang kebun di sekolah ini dengan pengetuanya. Sambutan Jubli Perak

4. Jika Anugerah Kecemerlangan diwujudkan bagi menghargai pencapaian individu dan pihak tertentu dalam mengharumkan nama sekolah khususnya dalam tiga bidang utama,iaitu kurikulum,kokurikulum dan sahsiah, maka Sambutan Jubli Perak pula diadakan bagi tujuan menyingkap kembali sejarah silam sekolah; sejak sekolah ini ditubuhkan dan siapakah yang berjuang dan berjasa di sebalik kejayaan itu?. 5. Anugerah Kecemerlangan dan Sambutan Jubli Perak bukanlah sekadar hari untuk bergembira dan berbangga dengan kejayaan yang dicapai, tetapi lebih jauh daripada itu ialah hari seluruh warga bersyukur, hari berterima kasih, hari untuk menyumbang, hari untuk saling menghargai dan melihat masa depan sekolah berpandurkan pencapaian terdahulu dan semasa. 6. Kalau beberapa tahun yang lalu, sekolah begitu terikat dengan rutin dengan memberikan hadiah kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan awam dan dalaman, namun mutakhir ini sudah banyak sekolah yang meluaskan skop pemberian hadiah ini kepada guru, panitia dan bidang-bidang yang terbabit. Adalah wajar guru-guru dengan panitia masing-masing turut sama diraikan kerana di belakang kejayaan seorang pelajar ialah guru dan panitia mata pelajaran yang diurus dengan baik. 7. Syabas kepada SMK Air Putih kerana turut melaksanakan perkara ini sejak beberapa tahun yang lalu. Malahan saya berbangga kerana dalam majlis kali ini yang diadakan sempena Sambutan ke-25 tahun sekolah, tuan/puan berjaya mewujudkan satu lagi hadiah yang dinamakan Anugerah Akar yang merupakan anugerah tertinggi di peringkat sekolah yang diberikan kepada mantan guru/pengetua yang telah menunjukkan kecemerlangan kepemimpinan dalam tempoh perkhidmatan mereka di sekolah ini. 8. Saya begitu teruja dengan replika Akar Bakau yang menjadi ikon sekolah ini. Saya percaya ketika ikon ini dicipta, ia tidak dicipta sesuka hati, tanpa sebarang perkaitan rapat kepada dengan hasrat murni sekolah dan faktor persekitaran. Konsep dan Semangat Akar Bakau dan Anugerah Akar memang begitu signifikan dengan persekitaran dan keperluan sekolah. Bunyinya sahaja begitu mantap semantap semangat dan daya usaha yang ditunjukkan oleh setiap ahlinya. 9.Ini membuktikan keprihatinan warga sekolah untuk menghargai sejarah sekolahnya, memperaku akan pengalaman dan kepakaran seseorang dan mengiktiraf semua sumbangan walau siapa pun mereka. 10.Ini turut menggambarkan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah di segenap peringkat di sekolah ini daripada pengetua sehinggalah kepada tukang kebunnnya; daripada guru kepada pelajarnya,ibu bapa dan seluruh komuniti setempat bagi menjayakan sambutan ini. Tanpa kerjasama sebegini saya kira sekolah tidak akan berjaya dibangunkan pada tahap yang tinggi. 11.SMK Air Putih adalah analogi Malaysia kecil. Ini dibuktikan melalui jumlah komposisi pelajarnya sekitar 53.98% Melayu, 35.43% Cina dan 11% India dan lainlain. Inilah tempat yang paling sesuai perpaduan dan toleransi kaum dipraktikkan. Di sinilah tempatnya setiap pelajar yang berbeza bangsa, agama dan budaya saling mempelajari dan memahami akan perbezaan ini. Perbezaan dalam apa jua perkara

tidak patut menjadi penghalang kepada kerjasama dan perpaduan. Perbezaan patut direbut sebagai peluang ke arah penyatuan dan persefahaman. 12.Jika semua sekolah dapat melaksanakan agenda perpaduan ini dengan baik melalui pelbagai program yang terancang seperti RIMUP maka prejudis kaum akan terhapus sebaliknya darjah toleransi dan keterbukaan yang tinggi antara kaum akan terbentuk. Ini sekaligus akan membantu mencapai matlamat keempat dalam PIPP iaitu Membina Negara Bangsa. 13.Pembinaan Negara Bangsa adalah amat penting bagi sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Malaysia.Keupayaan membina negara bangsa ini bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme yang dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. Hadirin sekalian, 14.Saya ingin mengambil kesempatan dalam majlis ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang.Ucapan tahniah turut ditujukan kepada mereka yang mendorong kejayaan ini,iaitu para guru dan ibu bapa. Semoga kejayaan ini akan mendorong dan melorong kita secara berterusan ke arah kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna pada masa akan datang. Kejayaan ini juga diharapkan akan menjelmakan perasaan ghibtah atau iri yang positif kepada mereka yang kurang berjaya. 15.Terima kasih kepada pengetua, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang mendorong kejayaan ini. Kejayaan walaupun kecil harus direbut kerana ini menjadi sumber motivasi untuk kejayaan yang lebih besar. Sebab itu saya mencadangkan di sini agar setiap pelajar di sekolah ini pernah sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dia bersekolah di sini meraih kejayaan, tak kiralah sama ada kejayaan itu besar atau kecil. Sebab bagi saya kejayaan atau kemenangan menjadi sumber motivasi utama ke arah kejayaan atau kemenangan yang lebih besar. 16.Saya percaya dalam usia 25 tahun bak seorang pemuda perkasa, SMK Air Putih mempunyai tenaga berlebihan dan semangat yang membara untuk melangkah lebih jauh dan seterusnya meraih lebih banyak kejayaan selepas ini. Serentak dengan itu juga saudara/saudari juga mesti lebih siap siaga kerana lebih banyak cabaran akan ditempuh. Selain agama yang menjadi pegangan, semangat Akar Bakau yang menjadi ikon sekolah ini wajar difahami dengan jelas dan direalisikan dalam setiap segmen/unit di sekolah ini. 17.Tuan/Puan saya kira lebih maklum bahawa bakau tidak mempunyai akar tunjang, namun akar jangkang yang berada di sekeliling pangkal pohon sama-sama menunjang dan menjulang batang. Batang yang diumpamakan organisasi sekolah hanya mampu ditegakkan dengan sokongan yang kuat dan padu daripada semua elemen yang ada di dalam dan di sekelingnya sama ada pelajar, guru, ibu bapa, staf, komuniti, pelanggan dan stake holder. 18.Pemimpin dan barisan guru di sekolah ini boleh bertukar ganti; boleh datang dan pergi, namun organisasi sekolah mesti dipertahankan walau siapa pun yang menerajui dan memacunya. Ingatlah, kecemerlangan yang ingin kita capai tidak

boleh ditolak-asurkan. Semua pihak termasuk para guru, ibu bapa dan pelajar patut memberi sokongan padu kepada pengetua dan pentadbir sekolah jika semua mimpi indah tentang kecemerlangan ingin direalisasikan. 19.Digerak oleh harapan itu, saya dengan lafaz Bismillahirrah manirrahim (dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Penyayang) mendoakan kesejahteraan seluruh warga sekolah ini dan seterusnya dengan kalimah yang sama merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan dan Sambutan Jubli Perak Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang . Tahniah dan terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai