Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SMK

DEMAK BARU 2011

1.0 Perhatian. Minta kerjasama semua pelajar senyap untuk


memberi laluan majlis Sambutan Hari Guru akan berlangsung
sebentar lagi.
Terima kasih.

Para pelajar diingatkan berdiri ketika perarakan masuk


guru-guru ke Dataran SMK Air Putih.

Rakan-rakan pelajar sekalian, marilah sama-sama kita


memberikan tepukan yang gemuruh kepada semua guru
SMK Air Putih.

Istana kota sebelas tingkat


tempat baharu nakhoda pekan
sama kata sama sepakat
hari guru mari raikan.

Batu bernama si batu bata


tempat hinggap si burung balam
guru itu ibarat pelita
memberi cahaya setiap malam

Assalamualaikum , salam sejahtera…dan selamat pagi

2.0 Yang Berusaha, En. Nanda Kumaran a/l Kathirvaloo


Pengetua Cemerlang SMK Air Putih

Yang Berbahagia, En. Rajagopal a/l Sri D. Krishnan


Yang Dipertua PIBG, SMK Air Putih

1
Yang Dihormati,
Tn. Haji Azman Bin Baharudin, Pen. Kanan Akademik
En. Chai Yoon Choy, Pen. Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Sirojudin Bin Ibrahim, Pen. Kanan Ko-Kurikulum
Pn. Hajah Rusliza Bt. Hasan, Pen. Kanan Pra-Universiti
En. Muhammad Azian Bin Mashar, Pen. Kanan Petang

Ketua-Ketua Bidang, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah,


guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.
Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru.

3.0 Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana pada pagi ini kita dapat
bersama-sama berkumpul bagi meraikan insan yang amat kita
sanjungi. dalam majlis sambutan perayaan Hari Guru
peringkat SMK Air Putih bagi tahun 2013. “Guru Malaysia :
1Aspirasi, 1Agenda” itulah tema perayaan hari guru pada
tahun ini.

4.0 Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pahang

4.1 Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini, diminta
para guru dan pelajar berdiri untuk menyanyikan lagu
Negaraku dan lagu negeri Pahang bersama-sama.
(Nyanyian Negaraku dan Negeri Pahang dinyanyikan)

4.2 Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu


tadi.

2
5.0 Bacaan Bacaan Doa
Bunga mawar cantik tersemat
dipetik gadis di tepi titi
doa dibaca memohon rahmat
moga majlis sentiasa diberkati
5.1 Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini
yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dilafazkan oleh Saudara Muhammad Nor Hafiz bin
Hasnan. Dipersilakan.
(Bacaan Doa)

5.2 Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Saudara Muhammad Nor Hafiz bin
Hasnan atas bacaan doa itu tadi.

Anak kecil pergi berburu,


membawa bekal kuih keria,
dari kecil diasuh guru,
agar dewasa menjadi manusia.

6.0 Ucapan Wakil Pelajar

6.1 Para guru dan pelajar sekalian, seterusnya majlis


menjemput ketua pengawas selaku wakil pelajar
SMK
Air Putih mewakili para pelajar, iaitu Saudara
.............................................................. untuk
menyampaikan ucapan khas sempena Hari Guru.
Dipersilakan.

(Ketua Pengawas menyampaikan ucapan)

3
6.2 Terima kasih diucapkan kepada Saudara
.......................................... atas ucapan sebentar tadi.

7.0 Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


7.1 Sidang majlis sekalian, seterusnya dijemput pula En.
............................................... untuk membacakan
teks ucapan daripada Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia.

(En. ....................... membacakan ucapan Ketua


Pengarah Pelajaran Malaysia)

7.2 Demikanlah tadi teks ucapan daripada Ketua


Pengarah Pelajaran Malaysia. Terima kasih
diucapkan kepada En. ................................ .

8.0 Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia

8.1 Seterusnya pula majlis menjemput En. .....................


............................................ untuk membacakan teks
ucapan Menteri Pelajaran Malaysia. Dipersilakan.

(En. .................................. membacakan perutusan


Menteri Pelajaran Malaysia)

8.2 Terima kasih diucapkan kepada En. ...........................

4
9.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG

9.1 Hadirin yang dihormati, seterusnya majlis menjemput


En. Rajagopal a/l Sri D. Krishnan, Yang Dipertua PIBG
mewakili ibu bapa untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

(YDP PIBG membacakan ucapan beliau)

9.2 Terima kasih diucapkan kepada En. Rajagopal a/l Sri


D. Krishnan, Yang Dipertua PIBG atas ucapan itu
tadi.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika suaranya tiada berbicara.

10.0 Ucapan Pengetua


10.1 Majlis diteruskan dengan mempersilakan En. Nanda
Kumaran a/l Kathirvaloo, Pengetua Cemerlang SMK
Air Putih bagi menyampaikan ucapan sempena
perayaan Hari Guru. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

(Pengetua menyampaikan ucapan beliau)

10.2 Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas


ucapan beliau tadi.

5
Jasamu dikenang,
budimu tak terbilang,
semangatmu dijulang,
Kepimpinanmu gemilang,
Menjadikan kami cemerlang...
Terima kasih cikgu....

Angin menderu dengan sepoinya


di anak tangga duduk berperikan
kasih guru akan muridnya
masa dan tenaga rela dikorbankan

11.0 Bacaan Ikrar Guru / Nyanyian Lagu Guru Malaysia

11.1 Beralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput


semua guru ke pentas untuk bacaan ikrar yang akan
diketuai oleh .................................... . Mohon para
guru berdiri. Selepas itu,kita akan mendengar
kelunakan suara para guru kita dengan nyanyian lagu
“Guru Malaysia”.
(Guru berikrar dan menyanyikan lagu “Guru Malaysia”)
11.2 Demikianlah tadi ikrar dan nyanyian lagu daripada
guru-guru yang kita sayangi. Para pelajar diminta
memberikan tepukan yang bergemuruh kepada guru-
guru kita.

12.0 Penyampaian Hadiah dan Cenderahati


12.1 Kemuncak majlis kita pada pagi ini adalah penyampaian
hadiah dan cenderahati kepada para guru. Untuk itu saya
akan menjemput Badan Pengawas terlebih dahulu diikuti
oleh Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas ICT untuk

6
menyampaikan hadiah dan cenderahati yang telah
disediakan. Dipersilakan.
(Badan Pengawas, PPS & Pengawas ICT menyampaikan
hadiah)

12.2 Terima kasih diucapkan kepada Badan Pengawas, PPS,


Pengawas ICT dan semua pelajar SMK Air Putih atas
tanda ingatan itu tadi. Sesungguhnya, budi yang
ditaburkan oleh guru selama ini tak termampu untuk kami
balas. Ucapan terima kasih kami buat para guru
sebenarnya adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan
pengorbanan yang dilakukan oleh guru SMK Air Putih
selama ini.

13.0 Penutup

Akhir kata tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini. Sekali lagi
syabas dan tahniah kepada warga SMK Air Putih kerana dapat
bersama-sama dalam Sambutan Hari Guru bagi tahun ini.

TERIMA KASIH CIKGU!!!.


Sebelum itu saya ingin mengingkatkan para pelajar pukul 9.00 nanti
ada aktiviti permainan antara guru dan pelajar, pada pukul 10.00
pagi pelajar boleh rehat dan pada pukul 10.30 pagi ada
persembahan di Dewan Harmoni.
Sekian. Salam sejahtera

Anda mungkin juga menyukai