Anda di halaman 1dari 21

NOVEL RENYAH

GUNAWAN MAHMOOD

SINOPSIS BAB 7

> Wahi menghantar kertas cadangan melalui faks. Dia mencadangkan agar Dolhi-Albert Holding melaksanakan Kawalan Mutu Menyeluruh (KMM) seperti yang dilakukan dalam syarikat-syarikat Jepun. > Rozie, setiausaha Datuk Dolhi bersetuju dengan cadangan itu. Datuk Dolhi agak keberatan tetapi tetap mengarahkan Rozie memanjangkan perkara itu kepada pihak pengurusan dan pegawaipegawai kanan syarikat sementara menunggu kepulangan Wahi. > Datuk Dolhi membandingkan Wahi yang mempunyai banyak idea dengan anak-anaknya yang lain iaitu Hasnol, Ilham, Dani, Mukhlis dan

> Semalaman, Datuk Dolhi terlihat Mukhlis di masjid dalam keadaan tidak terurus. Datuk Dolhi tertanyatanya apa yang dilakukan olehnya. Datuk Dolhi berpendapat, inilah punca kelemahan pemudapemuda Islam. Mundar-mandir atas nama dakwah, tanpa pekerjaan dan kegiatan ekonomi. Lantas mencemarkan imej Islam. Mukhlis berkelulusan Ijazah pentadbiran Perniagaan dari Amerika Syarikat tetepi tidak mahu memanfaatkan kelulusannya itu. > Kemudiannya, dia teringatkan pula Wahi yang berada di Jepun. Pemuda tersebut amat rapat dengannya dan ada satu rahsia penting antara dia dengan Wahi. Dia sengaja menyuruh Wahi ke

> Datuk Dolhi juga mengimbas kembali peristiwa kebangkitan Jepun selepas musnah teruk akibat serangan ke atas Hiroshima dan Nagasaki. Rahsia kebangkitan Jepun ini perlulah dibongkar dan diselidik. Kuasa-kuasa besar yang gah suatu ketika dahulu juga tunduk kepada kuasa ekonomi Jepun. > Rozie masuk ke bilik Datuk Dolhi dan memberitahu bahawa Mukhlis ingin berjumpa dengannya. > Mukhlis mempersoalkan cara kerja Datuk Dolhi yang lebih kepada keduniaan. Datuk Dolhi pula mempertikaikan pakaian dan peribadi Mukhlis. Datuk Dolhi mengajak Mukhlis bekerja dengannya tetapi Mukhlis menolak dengan alasan pekerjaan ayahnya itu penuh dengan riba. Datuk Dolhi tidak mahu melayan kerenah anaknya dan menyuruh Mukhlis

> Akhirnya Mukhlis memberitahu tujuan kedatangannya iaitu untuk meminjam wang daripada Datuk Dolhi kerana ingin mengikut rombongan dakwah. > Datuk Dolhi tidak memberikan wang kepadanya kerana wang itu ialah harta kepunyaan syarikat. Datuk Dolhi menyuruh Mukhlis pulang sahaja. > Datuk Dolhi termangu-mangu memikirkan Mukhlis. Bagi Datuk Dolhi, Mukhlis telah mensia-siakan usia mudanya.

SINOPSIS BAB 8

> Di rumah, Amera manyambut Datuk Dolhi dengan senyuman dan memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia telah terpilih sebagai pendidik terbaik di seluruh negeri. > Datuk Dolhi mengucapkan taniah and Amera berharap Datuk Dolhi dapat menghadiri majilis anugerah tersebut. > Perbualan mereka terhenti apabila melihat sebuah Mercedes hijau berkilat memasuki halaman rumah. Mukhlis pulang bersama tiga orang pemuda berjubah. Mukhlis memperkenalkan kawankawannya kepada Datuk Dolhi. Mereka memberitahu Datuk Dolhi tentang rancangan mereka untuk berdakwah de seluruh dunia bulan depan. > Salah seorang kawan Mukhlis berharap Datuk Dolhi dapat menghulurkan bantuan kewangan kepada Mukhlis. Selain itu, salah seorang kawan

> Datuk Dolhi memarahi Shaiful Bahari dan beliau memberitahu bahawa dia dan Tan Sri Mokhtar Latif ialah usahawan Islam yang bekerja untuk meningkatkan ekonimi dan bukannya membuang masa seperti Mukhlis dan rakanrakannya. Pemuda-pemuda itu berlalu dengan hampa kerana gagal memujuk Datuk Dolhi memberikan biaya untuk Mukhlis ke luar negeri. > Mereka kemudiannya berbincang tentang tuk guru mereka yang kini berada di luar negeri. Tuk guru telah membawa Khalidah, isteri barunya setelah menceraikan Hanisah. > Mukhlis berasa kasihan terhadap Hanisah. Tiba-tiba salah seorang rakannya mencelah, jika Mukhlis ada hati dengan Hanisah dia tidak keberatan untuk membantu menjodohkan Mukhlis dengan Hanisah. Mukhlis menolak dengan alasan tiada wang. Dia membandingkan tuk guru dengan ayahnya. Ayahnya sibuk dengan perniagaan tetapi tuk guru asyik berdakwah. Kedua-duanya berkata kerja yang dilakukan

> Datuk Dolhi dan Datin Tominah ke Dewan Jubli Intan untuk menghadiri majlis penyampaian anugerah kepada Amera. Datuk Dolhi duduk di barisan hadapan bersebelah degnan Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas. > Apabia Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas datang, beliau sempat berbual-bual dengan datuk Dolhi. Kemudian Timbalam Menteri Tugas-tugas Khas dijemput untuk menyampaikan ucapan. Dalam ucapanbeliau, beliau memuji guru-guru yang menabur bakti dan sanggup berkorban untuk negara. Fikiran datuk Dolhi melayang jauh. > Juruacara mengumumkan nama amera. Ketika menyampaikan ucapannya, Amera berterima kasih kerana dipilih sebagai tokoh pendidikan cemerlang dan menganggap kejayannya adalah atas galakan

WATAK DAN PERWATAKAN

Datuk Dolhi - Dia seorang yang bercita-cita untuk menyerahkan perniagaannya kepada anak-anaknya. Namun kesemua anak \nya tidak berminat, kecuali Wahi. Datin Tominah - Dia amat menyayangi anak-anaknya dan mahu anak-anaknya hidup dengan senang di kemudian hari. - Dia juga berasa bangga kerana anaknya Amera dipilih sebagai pendidik yang terbaik di seluruh negeri. Mukhlis - Dia berjanggkut panjang, berserban tebal dan berjubah labuh. Misai dan jambangnya tidak terurus. - Dia mengambil O Level, kemudiannya mengambil jurusan Pengajian Perniagaan, tetepi tidak menamatkan pengajiannya kerana ingin melibatkan dirinya dalam kumpulan dakwah. - Dia tidak mahu bekerja apalagi dalam bidang perniagaan. Dia mengaggap kerja sebagai usahawan seperti bapanya tidak baik kerana terlibat dengan riba.

Amera - Dia seorang penyayang. Dia amat menyayangi adikadiknya dan menasihati adik-adiknya supaya memikirkan masa depan. Dia tidak suka adik-adiknya membuang masa dengan muzik dan seni atau tidak membuat sebarang kerja. Robert Lee - Anak kepada Albert Lee, dia kacak dan cergas, kaya, bersopan santun, peramah dan baik hati. - Dia membantu perniagaan bapanya dan mempunyai wawasan yang sama dengan bapanya, iaitu ingin menguasai Dolhi-Albert Holding pada suatu hari nanti. Rozie - Setiausaha kepada Datuk Dolhi. Tan Sri Mokhtar Latif - Ayah kepada Saiful Bahari. Saiful Bahari - Anak kepada Tan Sri Mokhtar Latif. - Rakan jemaah Mukhlis.

Hanisah - Bekas isteri kepada tuk guru Mukhlis Khalidah - Isteri baru kepada tuk guru Mukhlis. Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas - Beliau dipersilakan memberi ucapan dalam majlis anugerah.

GAYA BAHASA

Dialog Begini pak Apa lagi? Saya nak pinjam wang. Minta? Pinjam atau minta. Nak buat apa? Kau bukan tidur di hotel, kau tidur di masjid. Tak pakai kot, tak pakai kasut, tak dobi baju. Apa lagi? Dialog semasa Mukhlis ingin meninjam wang daripada Datuk Dolhi di pejabat Dolhi-Albert Holding.

Diksi Diksi yang terdapat dalam bab 7 ialah Fikiran Datuk Dolhi berlari pula kepada Wahi di Jepun. Sinkope Sinkope yang terdapat di dalam bab 7 ialah bak, kau, tak, nak . Monolog Monolog seperti Macam-macam idea si Wahi ni, bisik Datuk Dolhi. Dapat dicari dalam bab 7. Perkataan Pinjaman Pinjaman perkataan Arab dalam bab 8 ialah Assalamualaikum , Waalaikumusalam

LATAR

LATAR TEMPAT Pejabat Dolhi-Albert Holding - Tempat Datuk Dolhi bekerja dan tempat Mukhlis ingin meminjam wang daripada ayahnya tetepi gagal. Rumah Datuk Dolhi - Tempat Amera memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia telah dipilih sebagai guru cemerlang di seluruh negeri. Dewan Jubli Intan - Tempat Amera menerima anugerah Tokoh Pendidik Cemerlang Negeri. - Di sinilah Datuk Dolhi berkenalan dengan timbalan menteri yang akhir menjadi menantunya. Masjid Banghad

LATAR MASYARAKAT Masyarakat perniagaan - Contohnya, Datuk Dolhi, Albert Lee dan Wahi yang bekerja di Dolhi-Albert Holding. Masyarakat yang berpendidikan - Sebagai contohnya Hasnol, Wahi dan Robert Lee yang berpendidikan tinggi dan mendapat pekerjaan yang baik. Masyarakat usahawan. - Sebagai contohnya Datuk Dolhi yang mendirikan kejayaannya sendiri. Masyarakat pendidik - Masyarakat pendidik ialah Amera. Dia mengajar

LATAR MASA Zaman atau era - Imbasan peristiwa yang berlaku ke atas negara Jepun yang runtuh akibat pengeboman yang dilakukan oleh tentera Amerika. Waktu siang dan malam - Waktu pagi di pejabat Dolhi-Albert Holding, waktu malam di rumah Datuk Dolhi.

Anda mungkin juga menyukai