Anda di halaman 1dari 19

Amera lebih suka Ilham bekerja dengan ayah mereka .

Ilham enggan bekerja dengan Datuk Dolhi kerana baginya perjuangannya sekarang lebih besar daripada bekerja dengan syarikat ayahnya sendiri. Amera mengejek Ilham . Ilham menempelak dengan mengatakan Amera mendidik untuk kepentingan nama.Amera berasa marah lalu meniggalkan adikadiknya . Ilham menyindir pula perjuangan rocker Dani kerana baginya , budaya rock akan meruntuhkan budaya Melayu . Namun , Dani terus mempertahankan pendiriannya .llham turut beredar dari situ dan meninggalkan adik-adiknya . Ilham terus berpuisi dan memasang angan untuk memenangi hadiah sastera suatu hari nanti .Gerakgeri Ilham diintai oleh Amera dari jendela dengan pandangan jengkel.

Pagi minggu itu , Hasnol mucul di ruang tamu rumah Datuk Dolhi dengan membawa hajat . Dia tidak membawa anakanak dan isterinya . Datuk Dolhi mendesak Hasnol supaya berhenti kerja dengan kerajaan dan melibatkan diri dalam perniagaan dan mengambil alih tempatnya tetapi Hasnol tetap enggan . Hasnol menyuruh Datuk Dolhi memujuk adik-adiknya yang lain seperti Amera , Dani dan Ilham . Hasnol akhirnya memberitahu tujuan kedatangannya . Tujuannya ialah untuk meminjam wang sebanyak rm10000 untuk membayar yuran kelab golf . Datuk Dolhi tidak memberikan wang tersebut kerana beliau mempunyai disiplin yang tinggi . Baginya , beliau juga makan gaji dengan syarikatnya . Beliau juga menyalahkan gaya hidup Hasnol yang berlagak seperti orang kaya.Oleh sebab kecewa, Hasnol terus pulang .Datuk Dolhi memandang penuh kesal .

Hasnol mempunyai dua orang anak dan isterinya bernama Linda.Cara hidup Hasnol agak kebaratan . Hal ini menyebabkan Hasnol sering kesempitan wang . Albert pernah ingin menjodohkan Hasnol dengan anaknya Elain tetapi Hasnol telah memilih Linda. Hari itu , Datuk Dolhi memikirkan soal anak-anaknya yang enggan mengikut jejak langkahnya . Datuk Dolhi terfikirkan Amera , tetapi bolehkah Amera menangani masalah perniagaan . Datuk Dolhi tiba-tiba ingin tahu sama ada Robert masih menelefon Amera .

Datin Tominah memberitahu bahawa Amera sudah mempunyai pilihan sendiri tetapi tidak tahu siapa orangnya . Datuk Dolhi tidak akan membantah siapa pilihan hati Amera asalkan Amera tidak tersalah pilih . Datin Tominah mencadangkan agar Wahi dijodohkan dengan Amera tetapi Datuk Dolhi tiba-tiba melenting dan melarang Datin Tominah menyebut perkara itu lagi .

Ilham Dani Amera

Ilham Mengambil berat Pandai / Cerdik Kasih sayang Peka terhadap alam sekitar Suka berpuisi Harap dapat memenangi hadiah sastera Sentiasa mengetengahkan soal alam kepada umat manusia

Dani Seorang rocker Bersikap sabar Berpotensi Mempunyai suara yang merdu

Amera Kasih sayang Seorang pendidik Belum kahwin Perjuangannya luas dan universal Senang marah Mementingkan kehidupan sendiri Tidak peka dengan kepentingan alam sekitar

Datuk Dolhi Datin Tominah Hasnol Linda

Datuk Dolhi Kasih sayang Berfikiran rasional Menegur Hasnol supaya fikirkan untuk menganti kerjanya Datin Tominah Kasih sayang Mengambil berat tentang hal keluarganya

Hasnol Lama tidak balik rumah orang tuanya Berpelajaran / berpendidikan Menganggap pegawai kerajaan berkuasa dan dihormati Sayang pencen Selalu pinjam duit daripada Datuk Dolhi Keras hati

Linda Isteri Hasnol Dilahirkan di London Anak bekas diplomat Malaysia ke luar negara Suka Hasnol sebagai pegawai kerajaan Cara hidupnya agak kebaratan

Sinkope: -Mana cukup nak kebas duit bapak saja . - membetulkan orang seni seperti kau . - tak dapat rehat. Hiperbola: -Seribu tahun menangis -Dari selut minyak hitam lautan Personifikasi: -Anak-anak ikan berlompatan Asonansi: -Bangsaku hilang dari pandangan -Tekakku pedih dan kehausan -Rimba dimakan api

Aliterasi: -Titisan mata air -Sayapku tak semesra sutera -Masihkah kau mendengar bisikanku Bahasa Inggeris -Top -Rocker Bahasa Arab -Insya-Allah

Anda mungkin juga menyukai