Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN OLEH : WAKIL MURID SKKB

SEMPENA : MAJLIS JAMUAN TAUTAN KASIH


TAHUN 6 2022/23 (1 FEB 2023)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha TUAN HJ. ABU HASSAN BIN MAT DOM,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar,

TUAN HAJI ROSLI BIN SHAARI,


Penolong Kanan Kurikulum

PUAN …………………………………
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

PUAN NOR ASIAH BT MOHAMED,


Penolong Kanan Ko-kurikulum.

Seterusnya barisan guru-guru dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian.


Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana memberikan saya ruang dan peluang untuk
menyampaikan ucapan pada Majlis Jamuan Tahunan pada kali ini. Saya mewakili semua
pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga pendidik SKKB kerana berjaya
menganjurkan majlis ini.

Hadirin sekalian,
Majlis ini diadakan khas untuk kami, murid tahun 6 yang akan menamatkan pengajian di
sekolah ini, sekolah yang kami sayangi ini. Betapa bangganya kami kerana sebelum kami
melangkah keluar meninggalkan sekolah, kami telah diraikan dan diberikan penghormatan
dalam majlis yang belum kami rasai sebelum ini. Majlis ini kelak akan menjadi suatu
memori indah buat kami. Memori ini akan kami simpan baik-baik menjadi lipatan
sejarah. Inilah detik paling indah buat kami . Oleh itu, saya mewakili semua murid tahun 6
mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar kami
sejak kami Tahun Satu hingga Tahun Enam.

Guru lah yang telah banyak berkorban untuk kami. Guru sanggup berkorban masa, tenaga
bahkan wang ringgit demi melihat kejayaan kami. Guru jugalah yang menjadi ibu bapa kedua
bagi kami.

Hadirin dan rakan-rakan sekalian,


Majlis pada malam ini memberikan pengertian yang amat besar kepada murid- murid
Tahun 6. Memakai pakaian yang cantik, kemudian diraikan di dalam majlis yang indah
seperti malam ini, merupakan pengalaman paling berharga buat kami. Majlis hari ini telah
menjadi pembakar semangat kami agar tidak jemu berusaha untuk mencapai kejayaan demi
kejayaan sehingga kami benar-benar dapat menjejakkan kaki ke menara gading.

Kami sedar dan kami yakin bahawa untuk mencapai kejayaan yang sebenar bukanlah satu
perkara mudah. Namun, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Oleh hal
yang demikian, biarlah majlis hari graduasi ini menjadi titik permulaan kepada kami seperti
kata2 pepatah;
 menyeluk pekasam sehingga ke pangkal lengan,
 alang-alang mandi biar basah,
 alang-alang berdakwat biar hitam,
 bara yang digenggam biar sampai jadi arang,
 agar pada suatu hari nanti kami menjadi benih yang dicampakkan ke laut menjadi
sebuah pulau.

Akhir kata, selaku wakil murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar tahun
2022/23, saya mengambil kesempatan dalam majlis ini untuk memohon maaf
kepada semua guru sekiranya sepanjang kami berada di sekolah ini terdapat kesilapan
tutur kata dan tingkah laku yang tidak disenangi sepanjang bergelar murid. Harapan
kami agar guru-guru sekalian berada dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T
sentiasa.

Sekian.
Wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai