Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha, Ayahanda Abang Nurfuad bin Abang Nurol,Guru Besar


Sekolah Rendah Abang Abdul Kadir Betong, Barisan pentadbir sekolah
Ayahanda Shuib bin Seman , Penolong Kanan Kurikulum, , Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid Tuan Hj Ramle bin Jabir, Penolong Kanan Ko-
kurikulum, seterusnya barisan guru-guru, ibu bapa dan juga rakan-rakan
yang dikasihi sekalian.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana memberikan saya ruang
dan peluang untuk menyampaikan ucapan pada majlis Apresiasi 2018
ini. Saya mewakili semua murid Sekolah Rendah Abang Abdul Kadir
Betong ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah
dan syabas kepada warga pendidik di sekolah ini kerana berjaya
menganjurkan majlis ini.
Hadirin sekalian,
Majlis ini diadakan khas untuk kami, murid di sekolah ini yang telah
berjaya dan cemerlang sepanjang pengajian di sekolah ini, sekolah
yang kami sayangi ini. Begitu juga dengan kami, murid tahun 6 yang
akan menamatkan pengajian di alam sekolah rendah. Betapa
bangganya kami kerana sebelum kami melangkah keluar meninggalkan
sekolah kami telah diraikan dan diberikan penghormatan dalam majlis
yang belum kami rasai sebelum ini.
Majlis Apresiasi ini kelak akan menjadi suatu memori indah buat
kami. Memori ini akan kami simpan baik-baik menjadi lipatan sejarah.
Inilah detik paling indah dan guru-guru yang berwajah berseri-seri. Oleh
itu, saya mewakili semua murid, mengucapkan setinggi-tinggi terima
kasih kepada semua guru yang pernah mengajar kami . Gurulah yang
telah banyak berkorban untuk kami. Guru sanggup berkorban masa,
tenaga bahkan wang ringgit demi melihat kejayaan kami. Guru jugalah
yang menjadi ibu bapa kedua bagi kami.
Hadirin dan rakan-rakan sekalian,
Majlis Apresiasi ini memberikan pengertian yang amat besar kepada
murid- murid dan terutamanya murid tahun 6. Memakai jubah dan
berbaris, kemudian naik ke pentas, seorang demi seorang untuk
menerima sijil dan hadiah merupakan pengalaman paling berharga buat
kami. Majlis apresiasi ini telah menjadi pembakar semangat kami agar
tidak jemu berusaha untuk mencapai kejayaan demi kejayaan sehingga
kami benar-benar dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan
berjaya sehingga menjadi seorang insan yang cemerlang di dunia dan
akhirat.
Kami sedar dan kami yakin bahawa untuk mencapai kejayaan yang
sebenar bukanlah satu perkara mudah. Namun, kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya. Oleh hal yang demikian, biarlah majlis
apresasi ini menjadi titik permulaan kepada kami untuk menyeluk
pekasam sehingga ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah,
alang-alang berdakwat biar hitam, bara yang digenggam ,biar sampai
jadi arang, agar pada suatu hari nanti, kami akan menjadi benih yang
dicampakkan ke laut menjadi sebuah pulau dan di campak ke darat
menjadi gunung.
Akhir kata, selaku wakil murid Sekolah Rendah Abang Abdul Kadir
Betong , saya mengambil kesempatan dalam majlis ini untuk memohon
maaf kepada semua guru sekiranya sepanjang kami berada di sekolah
ini terdapat kesilapan tutur kata dan tingkah laku yang tidak disenangi
sepanjang bergelar murid. Harapan kami agar guru-guru sekalian
berasa dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T sentiasa. Sekian.
Wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai