Anda di halaman 1dari 4

TEKS PIDATO

Tun Abdul Razak pernah menyatakan……

‘……Rahsia kesempurnaan Rukun Negara, adalah pada amalannya.


Tanpa amalan Rukun Negara akan menjadi secebis dokumen yang tidak
mempunyai makna”. “.....

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Yang dihormati, Tuan Pengerusi Majlis , barisan panel Hakim yang arif
lagi bijaksana, yang sedang menjunjung mahkota keadilannya , penjaga
masa, yang sentiasa peka dengan detik jamnya, para peserta yang saya
kagumi, serta hadirin dan hadirat, yang saya hormati.
  
        Jauh berlayar si pedagang Cina ,
            Singgah di Melaka menjual sutera .
        Rukun Negara prinsip utama,
            Pemangkin Keamanan negara kita.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

“Rukun Negara Tunjang Keamanan Negara” begitulah bunyi, tajuk


pidato pilihan saya kali ini. Sebelum isi pidato saya rungkaikan, terlebih
dahulu, izikan saya, untuk menjelaskan, secara keseluruhan, maksud
pidato saya.Rukun Negara, Tunjang Keamanan Negara, merupakan
satu bentuk garis panduan,etika dan ideologi serta falsafah negara,
dalam membina, masyarakat yang bersatu,adil, harmoni untuk
keamanan negara, yang terdiri daripada, masyarakat majmuk seperti
Malaysia.
Hadirin dan hadirat sekalian,

Idea pertama saya, Rukun negara, Tunjang Keamanan Negara sebagai


pemacu peribadi, murni rakyat, Tiada siapa, dapat
menidakkan pegangan hidup rakyat, berpaksikan kepada lima prinsip,
Rukun Negara menjadi tunjang kepada keamanan, kemakmuran dan
kemajuan, yang dikecapi Malaysia, sehingga ke hari ini.

Tanggal 31 Ogos ini, genap separuh abad, atau 50 tahun Rukun Negara


dibentuk, selepas peristiwa 13 Mei 1969, dan peranan, falsafah negara
itu , terus mekar, sebagai,tonggak perpaduan kaum, dan keharmonian
nasional, di Malaysia. Sebagai contohnya, pelancaran sambutan, ulang
tahun Jubli Emas, pembentukan Rukun Negara, yang telah, dirasmikan
oleh, Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Haji
Yassin, di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Khamis, 9 Julai
2020 yang lepas, boleh dianggap, sebagai, pemacu peribadi,
murni rakyat, bagi, membawa, Malaysia, terus gemilang, pada tahun-
tahun mendatang.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Idea kedua saya, Rukun Negara, tunjang keamanan negara,


merupakan, satu usaha, berterusan, bagi, menyuburkan semangat,
dan jiwa, seluruh rakyat Malaysia, yang sudah melalui, pelbagai
cabaran, onak dan duri, sejak Rukun Negara, diisytiharkan, pada 31
Ogos 1970. Semua rakyat Malaysia, hendaklah, mendukung cita-cita,
untuk, menjadi satu bangsa, dan negara, tanpa mengira kaum, dan
kepercayaan , masing-masing.

Ia menjadi asas, yang perlu, diikat kemas, bagi memastikan


rakyat, sentiasa menerima, dan, memahami kepelbagaian kaum, agama
dan kepercayaan, yang terdapat di negara ini, sebagai satu
keistimewaan, dan keunikan, yang perlu dipertahankan. Sebagai
contohnya,setiap rakyat Malaysia hendaklah menjiwai dan menghayati
Lima prinsip terkandung dalam Rukun Negara.

Hadirin sekalian,

Idea pidato saya yang ketiga, dan merupakan, idea terakhir,Rukun


Negara, Tunjang Keamanan Negara melalui Ikatan persefahaman
antara pelbagai kaum yang menjadi tugu penggerak negara yang
penting. Ikatan ini, bukan terbina, hanya sekelip mata sahaja, tetapi
memakan masa, yang begitu lama. Semangat Rukun Negara ini, perlu
diteruskan kerana ia sangat relevan dalam menangani krisis negara
tidak kira ancaman daripada dalam dan luar negara. Sebagai contohnya,
ketika dunia dilanda virus covid-19,dengan berpegang teguh, kepada
prinsip Rukun Negara, mampu menjadi rakyat Malaysia yang bersatu
padu, kukuh dan berwibawa bagi menghadapi apa saja cabaran
seterusnya tetap mengekalkan keamanan negara.

Tuntasnya, Lima Prinsip Rukun Negara yang diuwudkan ini adalah


dibentuk beradasrkan acuan masyarakat Malysia yang berbilang kaum
dan juga agama.Prinsip-prinsip yang terbina ini adalah bagi
memperkukuhkan perpaduan kaum segali gus untuk keamanan negara.

Sekian, wabilahhitaufik walhidayah……assalamualaikum


warahmatullahi wabaratuh…

Anda mungkin juga menyukai