Anda di halaman 1dari 14

Kajian mini didik hibur

1. 1. KEBERKESANAN PENDEKATAN DIDK HIBUR TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN


MEMBACA BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID LEMAH ABSTRAK ABSTRAK:
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan didir hibur dalam
meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun 3. Kajian telah
dilaksanakan ke atas 15 orang murid Tahun 3yang juga turut terlibat dengan program LINUS
di Sekolah Kebangsaan Pekan Kinarut, Papar. Bagi mencapai objektif kajian ini, instrumen
kajian berbentuk kuantitatif telah digunakan untuk mengumpul data dan maklumat kajian
seperti pelaksanaan ujian pra dan ujian pos ke atas respondan kajian serta penggunaan
borang soal selidik. Dalam pada itu, kaedah pemerhatian juga digunakan untuk mengenal
pasti kesan penggunaan kaedah didik hibur ini dalam meningkatkan kemahiran membaca
dalam kalangan respondan kajian. Hasil pelaksanaan kajian yang telah diperolehi mendapati
bahawa kesemua 15 orang murid kajian hanya mendapat Band 2 dalam ujian tersebut. Ini
bermakna bahawa kesemua 15 orang murid Tahun 3 ini hanya tahu membaca dan
mengenal huruf vokal dan konsonan sahaja. Sebaliknya, tidak dapat membaca dengan baik
seperti mana yang sewajarnya. Walau bagaimanapun, keputusan ujian pos yang telah
dilaksanakan ke atas kesemua 15 orang murid Tahun 3 ini mendapati bahawa kemahiran
membaca murid telah dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik. Melalui ujian pos dapat
dilihat pencapaian yang diperolehi oleh murid-murid ini yang mana 9 orang (60%) murid
memperolehi band 3 dapat mengeja secara perlahan, iaitu dapat menterjemahkan huruf-
huruf yang mereka lihat untuk menjadi sebutan dalam bentuk ejaan. Seramai 4 orang
(26.7%) memperolehi band 4 pula dapat mengeja dengan laju tidak seperti sebelum
pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan didik hibur, mereka hanya tahu sebut
vokal dan konsonan sahaja. Seterusnya 2 orang murid (13.3%) telah berjaya memperolehi
band 5, iaitu dapat membaca tanpa mengeja huruf-huruf yang diberikan.
2. 2. BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Didik hibur merupakan satu pembaharuan
yang cuba diperkenalkan kepada murid - murid sebagai kaedah alternatif semasa proses
pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu
subjek itu menjadi seronok untuk diikuti murid- murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada
penguasaan kemahiran asas sesuatu subjek dalam kalangan murid melalui pendekatan
didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi ini perlu diterapkan secara
terancang untuk murid-murid sekolah rendah. 1.2LATAR BELAKANG KAJIAN Kurikulum
Bahasa Malaysia dibina berasaskan tujuh tunjang, iaitu mementingkan tindak balas
komunikasi, pembentukan kerohanian, melahirkan sikap dan nilai kemanusiaan, berdaya
literasi sains dan teknologi, mengamalkan estetika dan melahirkan keterampilan diri. Tujuh
tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong gagasan penting antara satu
sama lain dalam usaha menyepadukan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini
bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan
berketerampilan. Selain itu, matlamat KSSR juga digubal untuk membolehkan murid
berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,
memperoleh pengetahuan, ilmu, menguasai kemahiran lisan, menganalisis maklumat,
menentukan nilai dan idea serta merealisasikan hubungan sosial dalam kehidupan harian.
Fokus kajian ini adalah untuk melihat bagaimana kemahiran seni bahasa dapat memberikan
penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran” yang perlu diketahui dan
dapat dilakukan oleh murid. Standard kandungan dan standard pembelajaran ini
berpaksikan sistem kemahiran bahasa dan sistem bahasa yang disokong oleh elemen
pengisian kurikulum. Jika dirujuk pada tajuk kajian, kajian turut membincangkan kepentingan
unsur seni bahasa yang terdapat dalam KSSR. Aspek seni bahasa ini merujuk keupayaan
murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran
yang menyeronokkan dalam konteks pendekatan didik hibur (pembelajaran yang
menyeronokkan). Oleh itu, didik hibur ini dilihat dapat mengupayakan dan membolehkan
bahasa yang indah itu dapat diperoleh secara mudah daripada teknik nyanyian, bercerita,
berlakon, mendeklamasi atau berpuisi itu dilaksanakan secara lebih santai tetapi bermakna.
Seni bahasa juga menampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukan gaya bahasa
khususnya ayat yang menggunakan unsur simile, peribahasa, bahasa kiasan dan
personifikasi yang terdapat dalam teks yang dibaca. Oleh
3. 3. itu, melalui idea yang kreatif, pembelajaran seni bahasa ini diharapkan akan dapat
melahirkan murid yang menguasai kemahiran lisan dan penulisan dengan baik. 1.3
PERNYATAAN MASALAH Unsur didik hibur yang diterapkan dalam Memartarbatkan
Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah suatu langkah bijak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Unsur ini diperkenalkan kepada murid murid
sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Melayu. Tujuannya supaya
sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menjadi seronok untuk diikuti oleh murid-
murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas bahasa Melayu
dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Antara contoh
didik hibur ialah sesi pembelajaran yang menyeronokkan dengan unsur jenaka, estetik,
permainan, muzik dan lakonan (Zailah 2012). Oleh itu, cara ini dapat mengurangkan tahap
kebimbangan dan ketakutan kepada guru yang berkonsepkan santai dan berhibur. Justeru,
menjadikan keadaan pembelajaran yang positif dan murid sentiasa tertunggu-tunggu untuk
melalui sesi seterusnya. Di samping itu, sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai
aktiviti yang menarik dan kreativiti guru dalam menyampaikan pengajaran seperti aktiviti
nyanyian dan lakonan serta main peranan yang berpusatkan kepada murid sepenuhnya
(Deen Jack 2012). Hal ini akan membentuk iklim pembelajaran yang aktif. Sehubungan itu,
Abdul Ghani dan Abd.Rahman (2007, 2009) mencadangkan beberapa aspek kemanusiaan
yang mempunyai peranan dalam membentuk tingkah laku mulia murid-murid perlu diberi
perhatian.Sebagai contoh, guru perlu dilihat sebagai model tingkah laku yang berkesan
kepada murid-murid. Guru perlu melengkapi diri mereka dari aspek kekemasan diri dan juga
pemantapan peribadi bagi menjadi idola dan panduan kepada murid kerana pada dasarnya,
guru mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam perspektif hidup murid. Melalui
penggunaan unsur pembelajaran menyeronokkan guru akan sentiasa disenangi oleh murid
apabila mereka yakin bahawa guru mereka adalah insan mesra murid. Menurut Shaffe et al.
(2011), salah satu daripada keceriaan aspek emosi dapat diwujudkan melalui amalan
pembelajaran menyeronokkan terhadap murid sama ada ketika sesi pembelajaran atau
ketika berinteraksi dengan murid secara tidak formal. Amalan ini akan dapat mengurangkan
batasan hubungan atau formality antara guru dengan murid. Natijahnya, murid akan lebih
selesa, yakin diri dan berani berjumpa guru untuk berbincang dan berinteraksi. Amalan ini
membolehkan isi pembelajaran mudah diingati kerana penerimaan ilmu adalah secara
semula jadi dan bukannya
4. 4. secara paksaan. Amalan pembelajaran menyeronokkan berupaya membantu kelancaran
interaksi guru-murid. Sebagai kesimpulan, pembelajaran menyeronokkan amat perlu
dilaksanakan dengan berkesan di sekolah-sekolah.Lebih-lebih lagi dalam Bahasa Melayu
agar pembelajaran dan pengajaran lebih menarik minat murid. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian yang dilaksanakan ini maka terdapat beberapa persoalan
berikut: a) Apakah sikap guru Bahasa Melayu bersikap positif terhadap pembelajaran
menyeronokkan dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu? b) Apakah medium
yang guru gunakan untuk mewujudkan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran
Bahasa Melayu? c) Adakah pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam usaha
meningkatkan prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu? d) Mengguna
dan memahami sesuatu pelajaran secara didik hibur; e) Mengguna dan memahami bahasa
yang indah atau bahasa badan dalam aktiviti f) Mengguna dan memahami sesuatu
kemahiran yang ditunjukkan secara didik hibur 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Dalam Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia, (SKPM) elemen 9.13, pembelajaran dan pengajaran yang
menyentuh disposisi guru telah menyatakan kepentingan amalan pembelajaran
menyeronokkan dalam kalangan guru sekolah. Dasar yang diunjurkan oleh kementerian ini
selari dengan Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (2000), yang telah
menghuraikan sehingga lapan kecenderungan potensi seseorang untuk belajar. Lazimnya,
setiap individu akan mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua kecerdasan yang lebih
menonjol berbanding dengan kecerdasan lain. Semua kecerdasan boleh dikembangkan
melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran. Kepelbagaian ini menuntut kreativiti guru
untuk membantu murid belajar dengan cara dan gaya yang sesuai serta memenuhi minat
dan kemampuan murid (Salhah 2009; Roselan 2003). Sehubungan itu, kajian ini dilakukan
kerana beberapa kepentingan. Antaranya, hasil kajian ini dapat menjelaskan tentang sikap
guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pembelajaran yang menyeronokkan untuk
meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kerana melalui
pembelajaran menyeronokkan yang berpusatkan murid dapat
5. 5. memenuhi kepelbagaian kecerdasan murid. Sekiranya guru mengamalkan kaedah
pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran maka aspirasi Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM) tersebut sesuai untuk semua situasi. Namun, jika sebaliknya maka pihak-
pihak tertentu terutamanya di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) dan KPM perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk membantu guru-guru.
Selain itu, hasil kajian ini akan dapat menjelaskan jenis-jenis medium yang sering digunakan
oleh guru untuk melaksanakan pembelajaran menyeronokkan. Dengan demikian, kajian ini
akan dapat membantu guru-guru dalam merancang penggunaan bahan bantu mengajar
dalam pembelajaran Bahasa Melayu dengan lebih baik dan berkesan untuk melaksanakan
pembelajaran menyeronokkan. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat menjadi bahan
rujukan kepada para pengkaji yang berminat dengan amalan pembelajaran menyeronokkan
dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah. Justeru,
hasil daripada kajian ini akan berupaya membantu pelbagai pihak dalam menangani
permasalahan dan isu murid kurang minat terhadap Bahasa Melayu. Pada masa yang sama,
mampu meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. 1.6
PERSOALAN KAJIAN 1) Apakah sikap guru Bahasa Melayu bersikap positif terhadap
pembelajaran menyeronokkan dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu? 2)
Apakah medium yang guru gunakan untuk mewujudkan pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran Bahasa Melayu? 3) Pada peringkat penyampaian pengajaran yang
manakah sesuai untuk guru mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan dalam
pengajaran Bahasa Melayu? 4) Adakah pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam
usaha meningkatkan prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu? 1.7
KEPENTINGAN KAJIAN Dapatan kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada
guru tentang kepentingan penggunaan elemen didik hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini diharapkan menjadi perhatian kepada Kementerian
Pendidikan serta sekolah agar menyediakan perkhidmatan guru yang berkebolehan di dalam
menguasai seni bahasa serta pelbagai kaedah pengajaran untuk mengajar Bahasa Malaysia
6. 6. 1.7.1 Guru Guru yang bukan berpengkhususan dalam Bahasa Melayu pula diharap dapat
meningkatkan pengetahuan dengan menguasai keindahan seni bahasa dengan
mengaplikasikan elemen didik hibur dalam mata pelajaran lain yang diajar. Guru juga dapat
memperbaiki teknik pengajaran mengikut kesesuaian dan tahap pelajarnya. Selain daripada
itu, kajian ini juga dapat membantu murid untuk mengaplikasikan kemahiran seni bahasa di
dalam mata pelajaran lain. 1.7.2 Murid Murid dapat menggunakan kelebihannya sebagai
salah satu inisiatif di dalam meningkatkan kefahaman dan daya ingatan mereka di dalam
sesuatu topik yang diajar oleh guru. 1.8 BATASAN KAJIAN Responden bagi kajian tinjauan
secara soal selidik ialah kumpulan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah.
Secara khususnya,responden kajian ialah guru yang melaksanakan P&P seni bahasa dalam
kerangka sistem KSSR. Menurut Mohd. Majid Konting (2009), populasi boleh didefinisikan
sebagai satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu terhadap
sekumpulan individu atau objek. Bagi kajian ini pula, seramai 30 orang guru yang mengajar
Bahasa Melayu di Daerah klang telah terlibat sebagai responden dan mereka diminta
mengisi borang soal selidik yang dikemukakan oleh pengkaji. 1.9 KESIMPULAN
Kesimpulannya, melalui pelaksanaan didik hibur ini, kerajaan berharap agar penumpuan
memperkasa penguasaan Bahasa melayu dapat ditekankan. Kaedah pengajaran diharapkan
akan menjadi lebih interaktif iaitu berkonsepkan didik hibur supaya pengajarannya lebih
mudah dihayati dan difahami.
7. 7. BAB 2 : KAJIAN PERPUSTAKAAN 2.1 LATAR BELAKANG DIDIK HIBUR Cadangan
pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia
bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI
dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam
Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012. Keputusan ini dibuat berasaskan
pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirical dan saintifik, iaitu penemuan-penemuan
atas dasar kajian yang khusus yang telah dilaksanakan. Dalam masa yang sama, Kerajaan
melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memberi sepenuh penumpuan dalam penguasaan
Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan memperkenalkan 12 langkah bagi maksud
berkenaan selain transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah
selaras dengan saranan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang
telah mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta
memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan.
Penumpuan memperkasa penguasaan Bahasa Malaysia turut ditekankan. Oleh itu, Kerajaan
akan mula melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan
menengah yang mana akan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa
dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik
merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta
penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Di sekolah rendah, kerajaan berhasrat
memperkenalkan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa bagi merealisasikan hasrat
transformasi berkenaan. Manakala di peringkat sekolah menengah pula, transformasi
kurikulum Bahasa Malaysia akan memberi penekanan kepada penghayatan dan apresiasi
aspek Kesusasteraan Melayu. Kaedah pengajaran akan lebih interaktif, iaitu berkonsepkan
didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati dan difahami. 2.2 DEFINISI DIDIK
HIBUR Didik hibur bermaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000)
mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur
bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Didik hibur juga boleh ditakrifkan
sesuatu aktiviti
8. 8. di mana pelajar melakukannya untuk melepaskan tekanan, merehatkan minda,
menghiburkan hati dan menenangkan jiwa setelah melalui proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa didik hibur merupakan
satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan
berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu
nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti sokongan. Yahya (2012) mengaitkan
humor dengan kelucuan yang boleh menyebabkan seseorang menjadi seronok apabila
mendengarnya. Menurut Shafie et al. (2011), amalan jenaka guru pelatih dapat mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Guru perlu kreatif dalam merancang
langkah-langkah pengajaran yang berkesan melalui kepelbagaian didik hibur. Dalam situasi
ini, penulis ingin mengaitkan definisi didik hibur atau hiburan dalam proses pembelajaran
menurut persfektif Islam. Berdasarkan kepada maksud hiburan itu sendiri menurut Sheikh
Mahmud Shaltut (1960), bekas Sheikh al-Azhar berpendapat bahawa mendengar suara
indah dan merdu sama ada daripada binatang, manusia atau apa-apa alat atau ada
kecenderungan untuk mempelajari sesuatu daripadanya adalah merupakan keinginan untuk
memenuhi tuntutan nalurinya. Selagi perkara itu tidak melalaikan daripada kewajipan
agama, bersesuaian dengan nilai akhlak dan bersesuaian pula dengan kedudukannya, maka
ia diharuskan. Oleh itu, keseronokan murid secara keseluruhannya dalam mempelajari
sesuatu subjek itu akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik. Selain itu,
didik hibur juga berkait rapat dengan penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan
bahan bantu mengajar yang menarik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang
menggembirakan. Pendapat ini disokong oleh Yahya dan Dayang Raini (2011) yang
menyatakan “pelbagaikan bahan yang hendak digunakan seperti menggunakan gambar
yang melucukan atau unsur humor berdasarkan bahasa badan yang boleh menerbitkan
ketawa. Perlu juga difikirkan kepelbagaian pelajar yang memiliki tahap kognitif dan afektif
yang berbeza. 2.3 CIRI-CIRI DIDIK HIBUR Ciri-ciri didik hibur seperto berikut: a) Sesi
pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur
estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. b) Mengurangkan tahap kebimbangan
dan ketakutan murid kepada guru. Seperti
9. 9. yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur. Justeru murid-
murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu- tunggu
untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya. c) pembelajaran yang penuh dengan
pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan
umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil
berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan
BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. d) Objektif
aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara
persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta
latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti Bahasa Malaysia. e) Salah atau tidak
bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting Berjaya melibatkan seramai mungkin
murid dan aktivitinya bersahaja dan santai. f) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada
aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan,
kerjasama dan toleransi. g) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara
logik tetapi terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik. h) Murid bebas
untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal. i) Aktiviti didik hibur
banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh. 2.4 KAJIAN MENGENAI TEORI
BERKAITAN Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad di dalam karya mereka
Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu (2012:53), teori-teori pemerolehan bahasa merujuk
kepada teori yang berfungsi untuk membantu seseorang memahami dan mengorganisasikan
pengalaman dan memberi makna rujukan yang sesuai. Terdapat banyak teori pemerolehan
bahasa antaranya ialah Teori Behavioris, Teori Kognitif, Teori Mentalis dan Teori
Interaksionalis. 2.4.1 Teori pembelajarn kognitif Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran
bahasa sebagai satu proses pemikiran, iaitu satu aktiviti mental yang merupakan kebolehan
manusia secara semulajadi.. Teori ini mementingkan kefahaman struktur bahasa kerana
pemahaman memudahkan pembelajaran dan penguasaan bahasa. Pengetahuan
tatabahasa juga dititikberatkan kerana ini membantu kanak-kanak menguasai bahasa secara
berkesan.
10. 10. Teori ini juga mementingkan pengetahuan mengenai pola-pola sintaksis dan leksikal. Di
samping itu, peraturan tatabahasa juga perlu dihafal dan teori ini menganggap bahasa
adalah fenomena pemikiran dan bukan mekanikal 2.4.2 Teori konstruktivisme Teori ini juga
berputik daripada pandangan kognivitisme iaitu pengetahuan manusia dibina secara aktif
oleh manusia itu sendiri melalui daya pemikirannya. Segala maklumat yang diterima oleh
murid-murid akan diserap dan disesuaikan dengan maklumat sedia ada untuk membentuk
storan baru di dalam fikirannya. Teori pemikiran yang dibawa oleh Mc Brien & Brandt (1997)
ini antaranya menegaskan bahawa manusia tidak sekadar menerima pengetahuan tetapi
membina pengetahuan melalui informasi yang diterima otaknya. Melalui pengalaman sedia
ada, murid-murid membina pengetahuan dengan cara menguji idea dan pendekatan,
mengadaptasinya dan meletakkannya bersama-sama pengetahuan sedia ada di storan
baru. Teori ini lebih dikenali juga dengan teori pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
murid. Guru bertindak sebagai penyumbang gagasan dan pereka bentuk bahan pengajaran
dan terpulang kepada murid-murid untuk menganalisis idea, mengolah semula atau
mengadaptasinya bersesuaian dengan pengetahuan yang sedia ada di dalam mindanya. 2.5
KESEDIAAN GURU Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah guru
adalah segala-galanya (Pullias & Young 1982), yang akan menjalankan pelbagai peranan
dalam bilik darjah (Syed Lutfi 1994). Ini bermakna kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan
perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara
berikut perlu dipatuhi, iaitu: a) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau
menggerunkan murid-murid. b) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid. c) Guru
tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak. d) Guru seorang pengurus
atau penganjur aktiviti yang baik. e) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak
dalam pelbagai aktiviti. f) Guru boleh membuat pelbagai suara. g) Boleh memberi arahan
dengan tepat dan menarik.
11. 11. h) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian. i) Guru berkebolehan
menukar atau melakukan penyesuaian mendadak, dan j) Guru atau fasilitator seorang yang
fleksibel. 2.6 PENDEKATAN DIDIK HIBUR Didik hibur adalah satu kaedah alternatif semasa
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pendekatan mendidik sambil berhibur
dipraktikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ianya merupakan Pengisian
Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR) dalam pelajaran Bahasa Melayu
melalui kemahiran bahasa, aspek didik hibur dan aspek tatabahasa. Tujuannya supaya sesi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok dan dapat merangsang
murid untuk belajar dengan lebih baik. Fokus pelaksanaan adalah terhadap penguasaan
kemahiran asas Bahasa Malaysia dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan
apresiasi bahasa. Penekanan pelaksanaan didik hibur adalah terhadap empat komponen
sastera iaitu, nyanyian,bercerita, lakonan dan puisi. 2.6.1 DIDIK HIBUR NYANYIAN
Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang disarankan dalam didik hibur yang melibatkan
perkembangan kreatif dan daya estetika. Aktiviti nyanyian yang dirancang dapat
menyumbang kepada proses perkembangan murid-murid secara menyeluruh, meliputi
perkembangan intelek, emosi, sosial dan fizikal. Dua kemahiran yang ditekankan adalah
aktiviti menyebut seni kata lagu dengan jelas, manakala kedua murid dapat memahami seni
kata lagu melalui persembahan nyanyian. Aktiviti Nyanyian a. Definisi Nyanyian Kamus
Dewan (2000) mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang dilagukan dengan
suara. Manakala Kamarudin Husin (1999), pula melihat aktiviti menyanyi sebagai satu aktiviti
yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh di bawa ke bilik darjah sebagai satu
kegiatan lisan yang menarik. b. Kebaikan Aktiviti Nyanyian ( i ) Menyumbang kepada
kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada proses pembelajaran tetapi juga pengalaman
baru murid-murid sewaktu mempelajari bahasa. Ini mencetuskan
12. 12. perubahan dalam aktiviti yang lazim ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. ( ii ) Menyanyi adalah sesuatu yang menghiburkan. Justeru murid-murid berpeluang
belajar dalam suasana yang menyeronokkan. ( iii ) Menyanyi dapat mempertingkatkan
motivasi kerana ia merupakan aktiviti yang tertumpu kepada penglibatan murid sepenuhnya.
( iv ) Menyanyi memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat sepenuhnya dalam
aktiviti pembelajaran dan biasanya melibatkan seluruh bilik darjah. ( v ) Menyanyi dapat
membantu murid-murid mengingat kembali bahasa yang dipelajari dengan lebih baik
berbanding aktiviti lain. Rentak, irama dan melodi semuanya boleh menerapkan perkataan-
perkataan yang dipelajari ke dalam otak secara berkesan. ( vi ) Lagu juga membantu murid-
murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur serta
bentuk ayat. ( vii ) Nyanyian menyumbang kepada sesi pengajaran guru yang menarik. ( viii )
Nyanyian memberi pengukuhan yang baik dalam aspek kefahaman berbahasa. c. Prinsip
Nyanyian ( i ) Elak memilih lagu yang tidak mempunyai susunan kata yang betul dan salah
dari segi tatabahasa. Ia juga tidak seharusnya mengandungi bahasa pasar, kuno atau dialek
negeri tertentu. Pilihlah senikata dari lagu-lagu yang mengandungi bahasa yang standard
(bahasa baku) dan diguna pakai sehari-harian. ( ii ) Pilihlah lagu yang mempunyai melodi
yang senang dipelajari dan diingati. Sebaik- baiknya murid sudah mampu melagukan
melodinya sebelum mempelajari lirik lagu tersebut. ( iii ) Lagu yang dipilih mempunyai
kelajuan yang sederhana, iaitu tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat. Lagu yang
melodinya biasa didengar serta mudah dan senang diingat perlulah diberikan keutamaan. (
iv ) Pilih lagu yang mempunyai banyak pengulangan seperti pengulangan melodi, perkaTaan
dan sebagainya. Pengulangan memudahkan murid menguasai bahasa yang hendak
dipelajari. Ini kerana pembelajaran bukan sahaja berlaku melalui penyampaian yang baik
tetapi juga melalui pengulangan bahan pembelajaran. ( v ) Sebaik-baiknya lagu yang dipilih
itu hendaklah mengandungi cerita. Seperti kisah seseorang yang menceritakan sesuatu
perasaan, pandangan atau pendapat. Contohnya lagu ‘Balik Kampung’ dan ‘Ayah dan Ibu’
nyanyian Sudirman Hj. Arshad, ‘Perigi Biru’ nyanyian Dato’ M. Daud Kilau dan sebagainya.
13. 13. ( vi ) Bagi murid-murid yang berada ditahap rendah, lagu yang dipilih perlu mengandungi
perbendaharaan kata yang terhad. Elakkan juga memilih seni kata Lagu yang ada ayat yang
pelbagai jenis kerana boleh menganggu pembelajaran d. Standard Kandungan Kurikulum
Menyebut dan memahami unsur dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur. 1.1
Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui persembahan nyanyian secara didik hibur. 1.2
Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian
secara didik hibur. e. Prosedur Menjalankan Aktiviti Nyanyian ( i ) Pra Persediaan Pada
tahap ini, guru harus bijak memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai dengan murid
serta sepadan dengan objektif pengajaran. Pertama, tentukan tahap kesusahannya, panjang
pendek bahan, kekerapan mengulang perkataan, aspek bahasa yang hendak ditekankan,
apakah tindakan susulan, bahan bantu mengajar yang diperlukan dan sebagainya. Jika
perlu, guru kena mengubah suai atau menulis semula senikata lagu tersebut mengikut
kesesuaian. ( ii ) Penyampaian Guru boleh memilih untuk menggunakan kad imbasan
perkataan dengan meminta murid-murid mencari maksud atau membina ayat mudah
daripada perkataan berkenaan. Seterusnya, guru mengedarkan senikata lagu yang hendak
disampaikan dan meminta murid-murid membaca dan mengenal pasti beberapa perkataan
yang susah. Dalam masa yang sama, guru boleh memainkan CD lagu berkenaan dan
memperdengarkannya kepada murid-murid. Buat latih nyanyian lagu tersebut mengikut baris
ke baris, sehingga seluruh perenggan itu diingat. Guru perlu memberi perhatian kepada
sebutan murid murid. Pastikan setiap perkataan di dalam lagu tersebut, disebut dengan
betul. Setelah menyanyi beberapa kali, guru bolehlah mengajar pula aspek bahasa yang
hendak dipelajari. Terang dan latih mereka untuk menguasai bentuk ayat, atau strukturnya.
Gunakan gambar untuk menjelaskan maksud atau gunakan bahasa badan untuk
menggambarkan makna secara jelas dan tepat. ( iii ) Penutup Guru menyanyikan lagu
bersama-sama murid. Bagi tujuan pengukuhan, guru boleh menguji murid-murid secara
bertulis tentang aspek bahasa yang telah diajar sebelumnya. Umpamanya murid-murid
diminta menghasilkan sebuah dialog ringkas atau cerita pendek menggunakan kreativiti
sendiri berdasarkan beberapa perkataan yang telah dikenal pasti dalam senikata lagu
14. 14. berkenaan. Guru juga boleh meminta murid untuk melukiskan gambar dalam lagu di atas
sehelai kertas A4 menggunakan lakaran pensel yang tidak berwarna. f. Elemen Didik Hibur
dalam Aktiviti Nyanyian ( i ) Santai – Mendengar lagu dan membaca senikata lagu yang
digemari. ( ii ) Lucu – Mengubahsuai seni kata lagu mengikut jalan tema sendiri. ( iii )
Seronok dan gembira – Banyak aktiviti nyanyian dan gerak badan. ( iv ) Semangat mencuba
– Usaha murid untuk menghasilkan cerita ringkas daripada tema atau perkataan dalam
senikata lagu berkenaan. ( v ) Tidak takut – Guru turut menyanyi bersama-sama murid. ( vi )
Tidak stres – Murid berasa usaha mereka dihargai guru dan rakan-rakan. 2.6.2 BERCERITA
DALAM DIDIK HIBUR Bercerita adalah aktiviti yang menarik dan sesuai untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia kerana sifat kanak-kanak yang suka
mendengar cerita. Cara ini bukanlah sesuatu yang baru, malah ia kerap digunakan oleh ibu
bapa sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Bercerita
amat memikat dan bersifat menghiburkan menyebabkan murid-murid cepat menumpukan
perhatian jika sesuatu pengajaran itu dapat disampaikan dalam keadaan yang
menyeronokkan. Aktiviti Bercerita a. Definisi Bercerita Kamus Dewan Bahasa (2000)
mentakrifkan bercerita sebagai mengisahkan sesuatu cerita, bercakap atau berbual.
Manakala Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan bercerita sebagai salah satu aktiviti lisan
yang penting dan memerlukan beberapa kebolehan tertentu. Bagi guru yang ingin bercerita,
perlu memilih dan menggunakan perkataan yang sesuai, berkebolehan melahirkan sesuatu
gaya, suara, mimik muka dan intonasi yang boleh memikat perhatian pendengar. Guru juga
harus membina ayat yang betul, penggunaannya tepat, mudah dan menarik. Pendek kata,
semua unsur yang terdapat dalam bahasa lisan terutama dalam percakapan yang natural,
perlu diwujudkan semasa bercerita. b. Kebaikan Aktiviti Bercerita ( i ) Dapat menyuburkan
daya imaginasi murid-murid. Usaha ini akan menjadikan murid-murid lebih imaginatif dan
kreatif. Semasa guru menjalankan aktiviti bercerita umpamanya, secara imaginasi murid-
murid boleh memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah
15. 15. mereka terlibat dalam cerita itu. Contohnya, kanak-kanak boleh menjadi angkasawan,
gergasi, makhluk halus, haiwan dan sebagainya. ( ii ) Menyemai rasa empati dalam
kalangan murid-murid. Dalam cerita sering berlaku peristiwa yang melibatkan emosi
manusia seperti watak utama menemui kejayaan, gembira dan menderita. Keadaan ini amat
sesuai untuk murid-murid dan dalam masa yang sama boleh mengubah suasana dengan
membawa mereka untuk menghayati tema dan isi cerita sepenuhnya. ( iii ) Menyuburkan
akal dan kecerdasan otak. Semasa cerita disampaikan oleh guru, murid lazimnya akan
menunjukkan rasa minat, hairan, geram dan perasaan ingin tahu. Murid-murid digalakkan
bertanya atau menyoal, dibenarkan memberi komen atau pandangan terhadap peristiwa,
sifat serta perilaku watak-watak dalam cerita tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti ini membantu
mengasah akal dan mempertingkatkan kecerdasan otak murid. ( iv ) Menggalakkan
perkembangan bahasa. Ketika bercerita mereka akan menambah perbendaharaan kata dan
memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan bentuk bahasa kepada murid-murid. v ) Bercerita
merupakan asas untuk pendidikan agama. Ada sebahagian cerita mengandungi unsur-unsur
agama yang mempunyai pelajaran dan unsur pendidikan yang berharga seperti moral dan
akhlak, tingkah laku dan sikap yang baik untuk disampaikan kepada murid-murid. ( vi ) Asas
kepada panduan hidup. Cerita yang disampaikan dengan cara yang menarik dan memikat
hati biasanya akan lebih berfaedah kerana sedikit sebanyak ia dapat membentuk jiwa murid
secara sihat. Cerita Si Tenggang umpamanya, mempunyai beberapa falsafah yang tinggi di
sebalik cerita itu. Kisah-kisah yang dipaparkan di dalamnya memberi kesedaran yang amat
mendalam. Implikasi cerita itu begitu berpengaruh dan sentiasa kekal dalam ingatan murid.
Pengajaran yang diperoleh daripada cerita itu juga boleh dijadikan panduan hidup mereka. c.
Prinsip Aktiviti Bercerita ( i ) Cerita yang hendak digunakan perlu mempunyai tema yang
sesuai. Ini bermakna, cerita itu tidak boleh mengabaikan objektif mendidik dan mengasuh.
Ceritanya mesti mengandungi isi yang sesuai dengan murid-murid, terutama dari segi
kematangan berbahasa, umur, latar belakang, minat, kecerdasan otak dan pengalaman
mereka. ( ii ) Menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid. Ini bermaksud bahasa
perlu mengandungi perkataan atau rangkai kata yang tepat, sesuai dan berkesan.
Pengucapan cerita itu harus dilakukan dengan jelas, ringkas dan tidak mengelirukan.
Perkataan dan rangkai kata yang mengandungi beberapa pengertian harus juga dielakkan. (
iii ) Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Jalan ceritanya tersusun dan ada
kesudahan cerita. Semasa menyampaikan cerita tersebut, guru perlu menggunakan
pelbagai
16. 16. gaya yang pelbagai dan menarik seperti gaya isyarat, pergerakan, pertanyaan,
menggunakan cakap ajuk, melakonkan peristiwa peristiwa tertentu dan sebagainya. ( iv )
Penglibatan murid hendaklah menyeluruh dan maksimum. Guru harus bijak dan pandai
mengaitkan jalan cerita dengan intelek, emosi dan kadangkala fizikal murid-murid semasa
sesi bercerita. Semua aktiviti ini boleh diikuti dengan pelbagai gerak kerja lanjutan yang
dirasakan sesuai. d. Standard Kandungan Kurikulum Mengujarkan bahasa yang indah dan
menggunakan bahasa badan dengan kreatif semasa bercerita secara didik hibur. 1.1
Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui
penceritaan secara didik hibur. 1.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa bahan dengan kreatif
melalui penceritaan secara didik hibur. e. Prosedur Menjalankan Aktiviti Bercerita ( i )
Permulaan cerita ( a ) Bahagian ini menumpukan kepada keupayaan murid yang mengambil
bahagian untuk menarik minat rakan-rakan lain dan kekal hingga ke akhir cerita. Boleh
dilaksanakan melalui penggunaan isyarat, mimik muka, gambar, penglibatan murid, media di
samping bijak memainkan kata-kata, dan ini mampu menyediakan satu situasi bercerita
yang sesuai. Permulaan cerita lebih menarik jika mereka berjaya membawa imaginasi murid-
murid lain ke zaman berlakunya cerita dan peristiwa yang disampaikan itu. Dalam masa
yang sama, guru berperanan membimbing murid supaya membaca dialog dengan gaya,
nada dan intonasi yang betul. ( b ) Guru harus menunjukkan kecenderungan untuk membina
perhubungan yang baik dengan murid-murid. Kemesraan guru dan murid perlu dibina
terlebih dahulu sebelum aktiviti bercerita bermula. Keadaan ini boleh menarik perhatian
murid di samping dapat menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti bercerita yang
hendak disampaikan. ( ii ) Pembentukan cerita ( a ) Bahasa yang digunakan mestilah mudah
dan sesuai dengan tahap murid-murid. Ini penting agar maksud cerita dapat difahami
sepenuhnya oleh murid-murid. Penggunaan cakap ajuk pada bahagian tertentu cerita
mampu menambahkan kesan yang boleh menjadikan pendengar memberi perhatian lebih
kepada cerita. Perkataan dan rangkai kata yang kabur perlu dielakkan manakala istilah baru
perlu disokong menggunakan gambar, ilustrasi atau sebagainya
17. 17. ( b ) Kelancaran pertuturan amat penting untuk memberikan kesan penceritaan di
samping membolehkan terhasilnya satu perkembangan cerita yang licin dan berkesan. Murid
yang terlibat sebagai pelakon atau pendengar pula tidak menghadapi sebarang masalah
untuk memahami cerita berkenaan. ( c ) Kepelbagaian suara penting dan boleh dilihat dari
segi tekanan tinggi-rendah, nada, intonasi, kelantangan, panjang-pendek, besar dan kecil
dan sebagainya. Keadaan suara yang sedemikian hendaklah diwujudkan di tempat yang
sesuai dengan peristiwa-peristiwa dalam cerita itu. Umpamanya situasi menyeramkan pada
waktu tengah malam, suara pencerita tadi akan bertukar menjadi garau, kasar, seram dan
ditambah dengan sedikit hilaian. Jika suara ini benar-benar berkesan, lazimnya murid-murid
akan menutup telinga dan mata sebagai refleksi di luar kawalan mereka. ( d ) Gerak-geri dan
mimik muka juga dapat membantu guru atau murid yang sedang bercerita untuk
menyampaikan maksud dan kandungan cerita dengan jelas dan bermakna. Situasi ini akan
melahirkan satu suasana bercerita yang menarik dan menghiburkan. ( e ) Penggunaan
bahan rangsangan yang sesuai seperti penggunaan media boleh menarik minat murid-murid
terhadap keseluruhan cerita berkenaan. Jika perlu gunakan pelbagai bahan rangsangan
supaya mereka tidak cepat jemu dan bosan. ( f ) Cerita haruslah mengikut urutan, di mana
jalan cerita yang perlu didahulukan akan disampaikan di awal cerita dan begitulah
sebaliknya. Ini perlu supaya hubungan cerita dengan cerita, lebih konsisten dan
menyakinkan pendengar ( g ) Semasa menjalankan aktiviti bercerita seorang guru perlu
peka kepada tema yang hendak disampaikan. Kefahaman terhadap tema membantu murid
mengenal pasti plot cerita, watak- wataknya dan moral cerita dengan tepat dan berkesan. ( h
) Penglibat murid perlu menyeluruh dan maksimum iaitu sama ada secara kognitif,
psikomotor atau secara lisan dengan memberikan pandangan atau cadangan
penambahbaikkan kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian dalam aktiviti bercerita ini.
( iii ) Penutup Cerita ( a ) Cerita yang disampaikan perlu ada kesudahannya. Dalam
bahagian ini, semua masalah dan kerumitan watak dapat diselesai. ( b ) Perkara yang paling
penting ialah kesudahan cerita itu dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai guru.
18. 18. f. Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Bercerita ( i ) Santai – Murid dapat mendengar
pelbagai tajuk cerita yang mereka digemari. ( ii ) Kelakar dan lucu – Apabila murid dibenar
untuk menggunakan gaya sendiri yang kreatif semasa menyampaikan cerita supaya
berkesan, maka adegan lucu sudah pastinya akan terjadi. ( iii ) Seronok dan gembira –
Penggunaan mimik muka, suara dan bahasa badan. ( iv ) Semangat mencuba – Usaha
murid untuk memgambil bahagian di hadapan rakan-rakan sebagai pencerita berdasarkan
tajuk cerita yang digemari. ( v ) Tidak takutkan guru – Guru turut bercerita bersama-sama
murid dengan mempelbagaikan suara, mimik muka dan gerak badan supaya penyampaian
cerita lebih berkesan. ( vi ) Kurang stress – Murid rasa sumbangan dan peranan mereka
sebagai pencerita atau pendengar cerita dihargai. 2.6.3 LAKONAN DALAM DIDIK HIBUR Di
sekolah, berlakon merupakan salah satu aktiviti yang sangat digemari oleh murid murid
kerana dijalankan dalam situasi bermain dan santai. Mereka akan tertarik dan teruja untuk
berlakon jika guru merakam lakonan tersebut dalam bentuk CD atau VCD dan kemudian
dipersembahkan semula di hadapan rakan-rakan mereka. Untuk aktiviti lakonan, murid-
murid biasanya diberi peranan untuk berdialog secara bebas, melahirkan pandangan,
beraksi sesama sendiri, berhibur dengan gelagat rakan sebaya, melaksanakan aktiviti
bersama dan sebagainya. Walaupun aktiviti berlakon ini berjalan secara tidak formal tetapi ia
pasti membantu meningkatkan kemahiran murid-murid untuk berbahasa dengan baik. Aktiviti
Lakonan a. Definisi Lakonan Lakonan merupakan aktiviti, atau pergerakan tubuh badan atau
segala bentuk perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia. Ia dilakukan oleh
watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar, atau meniru cara dan bentuk
kegiatankegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan
lakonan sebagai perihal memainkan sesuatu drama, sandiwara dan sebagainya. b.
Kebaikan Aktiviti Lakonan ( i ) Membolehkan murid-murid bertutur dengan gaya, suara,
intonasi, nada dan sebutan yang betul.
19. 19. ( ii ) Murid-murid dapat menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu dengan
cara yang betul. ( iii ) Melatih murid-murid bertutur menggunakan bahasa yang kemas dan
teratur. ( iv ) Melatih mereka berinteraksi atau berhubung dengan orang lain untuk
menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan buah fikiran. ( v ) Melatih murid menjadi
pendengar yang baik dan mampu memahami apa yang didengarinya itu dengan tepat. ( vi )
Menyuburkan semangat kekitaan, bertanggungjawab dan boleh bekerjasama dalam satu
kumpulan. ( vii ) Mendorong pembentukan pemikiran murid yang aktif, kreatif dan kritis. ( viii
) Mengikis perasaan rendah diri, malu dan pelbagai sifat negatif lain kepada sifat positif
seperti yakin, tegas dan sebagainya. ( ix ) Melatih murid memahami pelbagai aspek
kehidupan menerusi lakonan sebelum mereka menghadapi keadaan sebenar. c. Prinsip-
prinsip Berlakon Untuk memastikan aktiviti ini berjalan lancar, berkesan dan memenuhi
tujuan pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah memiliki beberapa prinsip tertentu ketika
mengendalikan aktiviti berlakon, seperti berikut: ( i ) Aktiviti lakonan hendaklah menepati
objektif pengajaran, iaitu untuk mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam
kalangan murid. ( ii ) Berlakon memerlukan tema yang sesuai dengan pengalaman dan
kebolehan mental murid serta boleh dijalankan dalam situasi yang sebenar. ( iii ) Dialog
dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai, iaitu mudah, jelas, ringkas, dan
senang difahami oleh pelbagai peringkat murid. ( iv ) Aktiviti ini hendaklah dijalankan dalam
bilik darjah. Lakonan yang memerlukan peralatan yang sukar dibawa ke bilik darjah perlulah
dielakkan. ( v ) Semua murid dibenarkan berlakon secara bebas. Guru hanya boleh
membetulkan kesalahan murid selepas persembahan lakonan tersebut supaya tidak
menganggu perjalanan lakonan atau membunuh minat serta semangat berlakon dalam
kalangan mereka. ( vi ) Murid-murid digalakkan melibatkan diri sepenuhnya semasa aktiviti
lakonan itu supaya kemahiran intelek, emosi dan fizikal berkembang secara seimbang.
20. 20. d. Standard Kandungan Kurikulum ( i ) Mengujarkan bahasa yang indah dan
menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur. 1.1
Mengujarkan (mengucapkan) dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas
tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur. 1.2 Mengujarkan dialog dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan
bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur. e. Jenis Lakonan Aktiviti
lakonan dapat melatih murid-murid untuk bertutur dengan baik. Ada beberapa jenis lakonan
yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah, iaitu: ( i ) Lakonan Berdasarkan
Permainan Lakonan jenis ini biasanya dijalankan tanpa perancangan.Murid diminta untuk
melakukan suatu permainan yang pernah mereka buat sebelumnya seperti bermain bola
sepak, layang-layang, guli, badminton dan sebagainya. Murid yang telah dipilih secara
rawak, kemudian diminta keluar ke hadapan dan guru meminta mereka untuk melakonkan
permainan tersebut mengikut gaya dan kreativiti sendiri. Manakala murid lain akan
memerhatikan pergerakan yang sedang dilakonkan dan meneka apakah jenis permainan
tersebut. Contoh lain ialah permainan ‘pukul berapa datuk harimau’, ‘ayam dan musang’,
dan sebagainya. ( ii ) Lakonan Spontan Merupakan lakonan yang tidak dirancang dan
dijalankan tanpa skrip. Muridmurid diberi peluang berlakon menggunakan ayat sendiri
secara semerta iaitu lahir daripada fikiran mereka sendiri. Biasanya melibatkan dua orang
pelakon atau lebih. Sebelum berlakon, peranan masing-masing diperjelaskan dan guru perlu
memberikan gambaran suasana dan peristiwa yang hendak dilakonkan itu sebelum murid
melakonkannya secara bebas. Contohnya adegan berjumpa doktor di klinik, melaporkan
kehilangan barang di balai polis, hakim menjatuhkan hukuman kepada pesalah dan
sebagainya. ( iii ) Lakonan Bisu Lakonan jenis ini hanya menggunakan pergerakan anggota
badan tanpa dialog. Berpandukan gerak-geri pelakonnya, murid-murid lain diminta meneka
apakah yang dibuat oleh pelakon berkenaan. Sebaik-baiknya guru menjelaskan terlebih
dahulu situasi yang perlu dilakonkan seperti jenis pekerjaan di rumah, permainan, situasi
atau gelagat haiwan kesayangan. Seterusnya mereka diminta menceritakan kembali gerak-
geri yang dilihat menggunakan
21. 21. perkataan dan ayat sendiri. Contohnya perbuatan membelah kayu api, menyapu
sampah, menjemur padi, berlain layang-layang, mandi di sungai, menjual ubat, kuda berlari
dan sebagainya. ( iv ) Lakonan Berkait Sesuai dijalankan kepada murid-murid tahap satu
atau rendah. Guru menyebut beberapa perkataan atau perbuatan, dalam masa yang sama
guru akan melakonkan perkataan tersebut. Misalnya apabila guru menyebut perkataan
duduk, dia akan duduk di atas kerusi. Berbagai- bagai aksi lain boleh dilakukan seperti
menyebut perkataan ‘saya tidur’, ‘saya sedang bersikat rambut’, ‘saya berjalan’ dan
sebagainya. Situasi ini boleh ditukar ganti dengan meminta murid pula yang menyebut dan
melakonkannya atau guru menyebut perkataan, dan pelakonnya adalah murid-murid secara
beramai-ramai dalam bilik darjah. Melalui aktiviti ini, murid dapat melihat perkaitan antara
percakapan dengan lakonan yang dijalankan. ( v ) Lakonan Berskrip Dijalankan dalam dua
bentuk, iaitu lakonan tidak bersengaja dan lakonan bersengaja. Lakonan tidak bersengaja
merupakan lakonan tidak formal, dilakukan selepas murid-murid mendengar sesuatu cerita
atau kejadian. Tidak memerlukan persediaan yang rapi dan guru berperanan memberikan
nasihat dan cadangan sahaja manakala murid bebas berlakon menggunakan perkataan
sendiri. Manakala lakonan jenis bersengaja pula memerlukan perancangan teliti di mana
murid-murid diberi skrip lakonan berdasarkan cerita-cerita yang dipilih oleh guru. Terdapat
beberapa perkara yang perlu dilaksanakan guru sebelum menjalankan aktivitii lakonan jenis
bersengaja ini. ( a ) Jelaskan kepada murid peranan sebagai pelakon dengan menceritakan
peristiwa yang hendak dilakonkan atau memberikan skrip untuk diteliti. ( b ) Seterusnya,
pemilihan pelakon dijalankan oleh guru. Semasa pemilihan dijalankan, pastikan peluang
berlakon diberikan kepada semua murid dan tidak hanya tertumpu kepada murid pandai dan
cergas sahaja. ( c ) Setelah guru menjelaskan peranan setiap pelakon, murid-murid yang
terpilih bolehlah melakonkannya secara bebas sebagaimana dikehendaki oleh jalan cerita
berkenaan. ( d ) Ulasan dan komen boleh diberikan guru selepas selesai aktiviti lakonan
supaya sesi lakonan murid tidak terjejas. Sama ada untuk memberi peluang lakonan sekali
lagi atau membuka peluang kepada murid lain. ( e ) Sebaik-baiknya guru berikan motivasi
atau rangsangan dan elakkan mengkritik atau menyalahkan murid-murid sehingga
membunuh minat dan keinginannya untuk terus berlakon.
22. 22. ( f ) Guru boleh menyediakan beberapa peralatan sokongan seperti topeng dan pakaian
yang sesuai supaya lakonan murid lebih realistik dan berkesan. ( vi ) Lakonan Boneka Guru
memperlihatkan beberapa contoh boneka (puppet) dan melakonkannya. Pelbagai versi
dialog boleh dibina berdasarkan boneka berkenaan dan lakonan jenis ini amat sesuai untuk
menyampaikan pelajaran kepada murid-murid yang pemalu. Semasa boneka berkenaan
dilakonkan, murid-murid diminta mendengar dengan teliti dan mengenalpasti isi penting dan
kesalahan bahasa. Bagi murid murid sekolah menengah, mereka digalakkan membina skrip
mudah dan kemudiannya melakonkan sendiri menggunakan boneka berkenaan. ( vii )
Lakonan Nyanyian Lakonan jenis ini memerlukan lagu sebagai bahan rangsangan dan
sesuai dilaksanakan di semua peringkat sama ada rendah atau menengah. Sebelum aktiviti
jenis ini dijalankan, guru perlu menjelaskan apakah peranan dan suasana yang perlu
dilakukan oleh pelakon. Justeru, pelakon hanya perlu menggerakkan anggota badan dan
mimik muka tanpa berkata-kata kerana sepanjang tempoh lakonan tersebut diiringi lagu
yang diperdengarkan kepada mereka. Contohnya lagu ‘Ayah dan Ibu’ nyanyian Sudirman
Arshad, ‘Bukan Kerana Nama’ nyanyian Ramli Sarip, ‘Jangan Tinggal Daku’ nyanyian P.
Ramlee dan sebagainya. ( viii ) Lakonan Puisi Lakonan puisi dijalankan oleh murid
berdasarkan pembacaan puisi. Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru akan memilih puisi-puisi
yang sesuai dengan tahap murid. Penggunaan sajak dan pantun sesuai untuk murid-murid
sekolah rendah, manakala gurindam, seloka, syair dan nazam sesuai untuk murid-murid
sekolah menengah. Contohnya, guru memasang pita rakaman yang mengandungi ‘Sajak Ke
Makam Bonda’, ‘Syair Burung Pungguk’, ‘Seloka Pak Kaduk’ dan ‘Gurindam Dua Belas’.
Berdasarkan senikata puisi tersebut, murid-murid dikehendaki melakonkan satu pergerakan
mengikut baris-baris seperti yang terdapat dalam puisi berkenaan semasa puisi berkenaan
sedang diperdengarkan. ( ix ) Lakonan Cerita Guru boleh mendapatkan bahan berkenaan
menerusi buku cerita yang terdapat di perpustakaan atau bilik darjah di sekolah. Caranya
mudah kerana beberapa orang murid yang dipilih akan membaca buku berkenaan sehingga
tamat, kemudiannya melakonkan semula peristiwa yang telah dibaca di hadapan
rakanrakan. Guru boleh memperluas pengetahuan murid-murid dengan menggunakan buku-
buku cerita yang mempunyai tema yang pelbagai seperti fiksyen Sains, Kesihatan, Agama,
Sivik dan sebagainya.
23. 23. ( x ) Lakonan Kaku Lakonan jenis ini menyerupai ‘pantomime’ iaitu melibatkan seorang
pembaca skrip dan pelakon. Pembaca skrip boleh terdiri daripada murid-murid yang telah
dikenalpasti oleh guru. Bezanya hanyalah pada pergerakan pelakonnya sahaja yang bersifat
statik atau setempat. f. Prosedur Menjalankan Aktiviti Lakonan ( i ) Sesi Pernyataan
(Permulaan) Pada peringkat ini, guru akan memberi penerangan tentang prosedur lakonan
yang akan dilaksanakan. Guru dan murid membincangkan secara ringkas isi dan jalan
cerita, peranan watak dan cara melakonkannya. Selepas itu, guru akan memilih murid-murid
untuk diberikan peranan tertentu. Mereka kemudiannya diminta melakonkannya di hadapan
rakan-rakan. ( ii ) Sesi Berlakon Pada peringkat ini murid-murid telah mengetahui tugas dan
peranan masingmasing. Biarkan mereka melakonkan cerita berkenaan menggunakan
bahasa sendiri dan guru hanya memerhati serta mengenalpasti sebarang kesalahan dan
kelebihan yang berlaku. Komen secara membina boleh dibuat selepas sesi lakonan
berkenaan tamat. ( iii ) Sesi Perbincangan Sesi ini diadakan selepas murid-murid selesai
berlakon. Dalam sesi ini guru akan menyatakan beberapa kesalahan yang telah dilakukan.
Perbincangan boleh dijalankan antara guru dengan murid, atau murid dengan murid.
Perbincangan tidak hanya berfokus kepada kelemahan sahaja tetapi juga kekuatan
persembahan berkenaan. g. Elemen Didik Hibur Dalam Lakonan a. Santai – Murid
berpeluang mendengar pelbagai tema cerita yang digemari seperti ‘Seniman Bujang Lapok’
karya Tan Sri P. Ramlee dan sebagainya. b. Kelakar – Murid berlakon menggunakan dialog
sendiri. c. Seronok dan gembira – Banyak aktiviti lakonan dan gerak badan. d. Semangat
mencuba – Murid berpeluang memegang watak yang digemari. e. Tidak takut – Guru turut
berlakon bersama-sama murid. f. Tidak stress – Murid sukarela untuk berlakon.
24. 24. 2.6.4 Pantun dalam Didik Hibur Pantun merupakan salah suatu bentuk tradisi lisan yang
masih wujud sehingga kini. Fungsinya terdapat dalam hampir kesemua aspek kehidupan
manusia seperti kegiatan berunsur ucapan, seni, budaya dan pendidikan, menyebabkan
pantun terus digemari. Kesemua pantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional
memperlihatkan pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Pantun juga
menggambarkan latar hidup, dan penghayatan seni masyarakat Melayu dalam zamannya.
Aktiviti Pantun a. Definisi Pantun Menurut Kamus Dewan, (2000) pantun merupakan sejenis
puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai
pembayang dan maksud. Manakala Hashim Awang (1984) pula mentakrifkan pantun
sebagai sejenis puisi lama yang mengandungi empat baris ayat atau kalimat pada tiap-tiap
rangkap. Tiap-tiap baris kalimat itu terdiri daripada lapan, sembilan, sepuluh atau sebelas
suku kata. Pada hujung tiap-tiap baris mestilah ada persamaan bunyi atau rima. Bunyi akhir
baris pertama mestilah sama dengan baris ketiga dan baris kedua bersamaan dengan baris
keempat. Jadi rima pantun itu dikatakan berbentuk abab. b. Kebaikan Aktiviti Berpantun ( i )
Melatih murid supaya peka kepada keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa yang ada
dalam pantun dua kerat. Kesedaran ini penting supaya murid-murid menghargainya sebagai
sebahagian karya seni yang amat bernilai dalam kehidupan. ( ii ) Melatih murid memahami
dan mentafsir bahasa yang mengandungi pelbagai makna dalam pantun dua kerat. Cara ini
boleh membantu murid-murid untuk mempertingkatkan perbendaharaan kata di samping
membantu memperkukuh kemahiran berbahasa mereka. ( iii ) Membolehkan murid-murid
mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan idea, masej dan pengajaran yang
terdapat dalam pantun dua kerat dengan cekap dan pantas. Ini membantu menambah
kecekapan kefahaman mereka. ( iv ) Memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun
dan memahami maksudnya secara keseluruhan. Kegiatan ini mendorong mereka memupuk
daya kreativiti dengan menghasilkan karya seni. ( v ) Melatih murid-murid untuk
menghasilkan pantun dua kerat ciptaan sendiri yang semakin dilupakan masyarakat. ( vi )
Mendedahkan murid-murid dengan pengalaman baru iaitu bidang kemanusiaan. ( vii )
Membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang menyeronokan kerana
terdapatnya unsur-unsur santai dan berhibur.
25. 25. ( viii ) Menyuburkan minat murid-murid dan dalam masa yang sama dapat
menghidupkan imaginasi murid-murid semasa membaca pantun dua kerat. c. Prinsip-prinsip
Berpantun Untuk melaksanakan aktiviti secara berkesan, guru perlu berpegang kepada
beberapa prinsip berikut: ( i ) Aktiviti berpantun hendaklah dirancang supaya menepati
objektif pengajaran, iaitu untuk mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam
kalangan murid. ( ii ) Pantun digunakan perlulah menggunakan bahasa yang sesuai dari segi
kebolehan berbahasa murid-murid, perkembangan emosi, intelektual dan minat. ( iii ) Pantun
yang dipilih juga perlu sesuai dengan peringkat dan mengikut kebolehan, mental, bakat dan
minat murid. ( iv ) Pilihlah hanya pantun yang mudah dan senang untuk difahami. Puisi yang
terlalu panjang dan kabur perlu dielakkan. ( v ) Pantun yang dipilih mestilah terdiri daripada
pantun yang bermakna kepada murid-murid. Ia bermanafaat dan dapat menyumbang
kepada proses pembentukan peribadi mulia murid-murid. Pantun yang mempunyai struktur
dan persoalan yang menarik haruslah digalakkan penggunaanya. ( vi ) Pantun dua kerat
yang baik adalah pantun yang menggunakan unsur-unsur alam semula jadi sebagai
pembayangnya. ( vii ) Pantun tersebut perlu mengandungi olahan bahasa yang baik supaya
menolong mempertingkatkan kemahiran berbahasa murid-murid. Penggunaan pantun dua
kerat yang tidak beretika perlu dihindarkan. ( viii ) Pantun yang dipilih harus mudah
dibayangkan oleh murid-murid dan jika boleh dapatkan pantun-pantun yang ada
dipersekitaran mereka terlebih dahulu. ( ix ) Bimbingan guru perlu semasa murid-murid
menjalankan aktiviti mencipta pantun dua kerat. Tujuannya supaya murid-murid tidak terlalu
gairah menggunakan pelbagai ungkapan yang kurang sesuai walaupun penggunaannya
agak jenaka, tetapi akhirnya merosakan bahasa itu sendiri. d. Standard Kandungan
Kurikulum Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa
yang indah secara didik hibur. 1.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul
secara didik hibur. 1.2 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta
memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara didik
hibur.
26. 26. e. Prosedur Menjalankan Aktiviti Pantun Dua Kerat ( i ) Sesi Permulaan Pada peringkat
ini, guru menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pantun dua kerat berserta contoh
pantun yang lazim digunakan dalam masyarakat Melayu. Guru boleh membincangkan
secara ringkas tujuan dan firasat disebalik penggunaan secara meluas pantuan jenis ini
dalam masyarakat. Selepas itu, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
tertentu. Mereka kemudiannya diminta mencari seberapa banyak pantun dua kerat dalam
buku rujukan atau menerusi internet mengikut tema yang telah ditetapkan. ( ii ) Sesi Main
Peranan Pada peringkat ini murid-murid diajar cara melafazkan pantun dua kerat dengan
gaya dan intonasi yang betul, dengan bimbingan guru dan pita rakaman. Biarkan mereka
cuba melafazkan pantun berkenaan beberapa kali mengikut gaya dan bahasa badan
masing-masing, dan dalam masa yang sama mencari maksud pantun menggunakan
perkataan sendiri. Guru hanya memerhati serta mengenal pasti sebarang bentuk kesalahan
atau kelebihan yang ada. Komen secara membina boleh dibuat selepas sesi lakonan
berkenaan tamat. ( iii ) Sesi Perbincangan Sesi ini diadakan selepas murid-murid selesai
menjalankan aktiviti melafazkan pantun. Dalam sesi ini guru akan menyatakan beberapa
kesalahan yang telah dilakukan. Perbincangan boleh dijalankan antara guru dengan murid,
atau murid dengan murid. Perbincangan tidak hanya berfokus kepada kelemahan sahaja
tetapi juga kekuatan persembahan berkenaan. f. Elemen Didik Hibur dalam Berpantun a.
Santai – Murid berpeluang mendengar pelbagai jenis dan tema pantun dua kerat yang sering
digunakan dalam masyarakat Melayu. b. Kelakar – Murid membuat pelbagai aktiviti
menggunakan perkataan dan kreativiti sendiri. c. Seronok dan gembira – Banyak
menggunakan aktiviti seni dan gerak badan semasa berpantun. d. Semangat mencuba –
Murid berpeluang mengambil bahagian beberapa kali mengikut jenis aktiviti yang digemari.
e. Tidak takut dan kurang stres – Guru turut mengambil bahagian dengan berpantun
bersama- sama di hadapan murid-murid. f. Motivasi – Pujian guru dan rakan-rakan
menyebabkan usaha mereka dihargai.
27. 27. 2.7 KAJIAN LEPAS MENGENAI DIDIK HIBUR Menurut kajian yang telah dilakukan oleh
Shaffe Mohd Daud dan rakan-rakannya dalam jurnal pendidikan Universiti Putra Malaysia,
dibawah tajuk Pengaruh Amalan Jenaka Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Murid
telah mendapati suasana pembelajaran yang seronok dapat diwujudkan sekiranya guru
berjenaka dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembe lajaran. Guru pelatih juga
menganggap amalan ini boleh mewujudkan kesan yang positif terhadap pengajaran dan
pembelajaran murid. Sementara tahap jenaka yang dilakukan oleh guru pelatih adalah
dengan kadar yang sederhana iaitu antara tiga hingga empat kali bagi setiap sesi
pengajaran. Menurut kajian oleh Malikow (2007) murid menyukai guru yang pandai
berjenaka. Namun ramai guru yang tidak dapat melakukannya semasa dalam bilik darjah.
Faktor jantina, mata pelajaran dan personaliti guru dikatakan menjadi penyebab mengapa
guru tidak berjenaka. Manakala Frymier Wanzer dan Wojtaszczyk (2008) menyatakan
terdapat amalan jenakayang sesuai dan tidak sesuai dilakukan oleh guru. Jenaka yang tidak
sesuai akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada murid

Anda mungkin juga menyukai