Anda di halaman 1dari 4

Foto-Foto Haiwan Yang Telah

Pupus
Socialize It

Kita tahu banyak haiwan yang telah pupus dari muka bumi ini. Semenjak dari
zaman purbakala dahulu. Selepas dinosaur banyak juga spesies haiwan lain yang
turut sama pupus dan lenyap dari muka bumi ini. Jom kita layan foto haiwan yang
sudah pupus ini.
1. The Tarpan

Spesies Tarpan yang terakhir mati di Ukrain tahun 1876. Tarpan merupakan jenis
kuda prasejarah yang pernah mengembara dari Selatan Perancis dan Sepanyol ke
arah timur menuju Rusia. Tarpanpupus pada akhir 1800-an. Ini disebabkan oleh
kerosakan habitat hutan dan padang rumput. Perburuan yang dilakukan oleh para
petani kerana takut tanaman mereka akan dimakan Tarpan.
2. The Quagga

Antara spesis kuda yang sudah pupus adalah Quagga. Merupakan subspesies dari
kuda belang.Quagga liar yang terakhir hidup, di tembak pada akhir 1870-an.

Kepupusan Quagga disebabkan oleh perburuan liar dan


dijadikannya Quagga sebagai pengganti daging kepada haiwan ternakan. Yang
unik dan membezakan Quagga dari spesies kuda lainnya adalah corak kulitnya
yang seperti kuda belang pada bahagian depan.

3. The Javan Tiger

Harimau jawa merupakan subspesis harimau yang hanya dapat dijumpai di pulau
Jawa, Indonesia.Harimau Jawa terakhir mati sekitar tahun 1980-an. Pada awal
abad ke-19, Harimau Jawa dapat dijumpai di seluruh pulau Jawa, tapi kerana
populasi manusia yang meningkat pesat menyebabkan kerosakan habitat di hutan.
Penyebab lain kepupusan harimau jawa juga kerana perburuan liar, sehingga tahun
1950-an hanya terdapat sekitar 25 ekor harimau jawa.
4. The Caspian Tiger

Antara harimau lain yang telah pupus adalah Harimau Kaspia. Penelitian terbaru
menunjukkanHarimau Kaspia mempunya sedikit persamaan dengan Harimau
Siberia. Pupusnya Harimau Kaspia antara lain disebabkan kerana perburuan dan

kemusnahan habitatnya. Harimau Kaspia kali terakhir ditemukan pada tahun


1950-an.

5. The Syrian Wild Ass

Spesies terakhir dari haiwan ini mati pada tahun 1928 di zoo Schnbrunn, Wina.
Sebelum abad 18, kebanyakan habitat Syrian Wild Ass meliputi pergunungan,
gurun, antara palestin dan iraq. Yang menyebabkan kepupusan haiwan ini, kerana
kemusnahan habitat akibat perang dunia I.

6. The Tasmanian Tiger

Spesies terakhir Harimau tasmania mati pada tahun 1936 di zoo Hobart,
Tasmania. Harimau Tasmania diburu hingga pupus oleh para pemburu liar dan
petani, meskipun faktor-faktor lain seperti penyakit, dan gangguan manusia
terhadap habitatnya mungkin juga memainkan peranan utama kepupusan spesis ini.

7. The Bubal Hartebeest.

Bubal Hartebeest merupakan sejenis spesies dari antelop yang pupus pada tahun
1923. Perburuan haram abad ke-19 secara drastis mengurangkan jumlah populasi
Bubal Hartebeest. Yang membuatBubal Hartebeest kelihatan unik adalah bentuk
tanduknya yang khas.

Anda mungkin juga menyukai