Anda di halaman 1dari 8

SK BUKIT RAYA

SAINS

HAIWAN YANG TELAH PUPUS


DAN
HAIWAN YANG DIANCAM KEPUPUSAN

Disediakan oleh:
MUHAMMAD RAYYAN MIKAEL BIN
MUHAMAD ZAIN AZRAAI

Kelas:
6 WAWASAN

Guru Matapelajaran
CIKGU NURDIANA BINTI JASNI
HAIWAN YANG TELAH PUPUS

Haiwan yang pupus ialah haiwan yang tidak lagi wujud di muka Bumi kita dan tiada
sebarang spesisnya yang masih hidup pada hari ini. Antara haiwan yang telah
pupus ialah:

Dinosaur

Mammoth.

burung Moa
Golden Toad

Berasal dari bandar Monteverde, Costa Rica. Juga dipanggil Monteverde Golden
Toad, atau Monte Verde Toad. Ia tidak dijumpai lagi sejak tahun 1989 dan
diklasifikasikan oleh IUCN sebagai pupus.

Chinese River Dolphin

HAIWAN
Adalah ikan lumba-lumba air tawar yang hanya ditemu di Sungai Yangtze di China.
Ternyata telah pupus pada 2008 kerana aktiviti manusia.

Geochelone Nigra Abingdoni

Spesies terakhir kura-kura gergasi Galapagos yang berusia lebih 100 tahun
ditemui mati di Puerto Ayora, Pulau Santa Cruz, Ecuador yang terletak di selatan
Taman Negara Galapagos pada 24 June, 2012
Zanzibar Leopard

Subspesies unik harimau ini hanya boleh dijumpai di kepulauan Zanzibar


Tanzania. Ia telah pupus pada sekitar tahun 1990-an.

Tasmanian tiger

Ia kelihatan seperti anjing yang besar, panjang, berjalur, ekor yang berat sengit
dan kepala besar.

Burung Dodo

Telah diburu sehingga pupus oleh manusia hanya kira-kira 100 tahun selepas
penemuan awal dalam 1581.
Quagga

Quagga diburu secara besar-besaran untuk daging dan kulitnya


HAIWAN YANG DIANCAM KEPUPUSAN

1. Harimau Malaya

Harimau Malaya merupakan salah satu subspesies harimau belang yang masih
wujud di dunia dan hanya terdapat di Semenanjung Malaysia. Kini harimau Malaya
kian pupus akibat pemburuan tidak terkawal.

2. Burung Botak Upeh

Mungkin segelintir pencinta burung telah menyedari bahawa burung botak upeh
yang dianggap unik ini sebenarnya sedang diancam kepupusan kerana habitatnya
dimusnahkan.

3. Orang utan

Orang Utan ialah dua spesis Hominidae yang tinggal di Asia Tenggara
terutamanya di Pulau Sumatera dan Borneo. Spesies Orang Utan dikategorikan
sebagai “terancam” kerana kemusnahan habitat. Kini haiwan ini dilindungi di Pusat
Pemuliharaan Orang Utan Sepilok.
4. Kancil

Kancil diburu secara berleluasa untuk dagingnya serta habitatnya dimusnahkan


kerana penerokaan hutan.

5. Ungka tangan putih

Ungka Tangan Putih terancam kerana habitatnya dimusnahkan dan diburu untuk
dagingnya. Terdapat juga ungka dewasa yang dibunuh untuk menangkap anak-
anaknya bagi dijadikan binatang kesayangan.

6. Penyu

Antara ancaman yang menimpa seekor penyu ialah terkena kipas bot, tersangkut
pada pukat nelayan dan termakan plastik. Selain itu, aktiviti penjualan telur
penyu secara haram juga turut menjadi punca spesies ini hampir pupus.
7. Kambing gurun

Kambing gurun yang hidup dan berkeliaran di kawasan bukit berbatu selain
dijadikan makanan, turut diburu untuk menghasilkan minyak untuk tujuan
perubatan tradisional.

8. Tapir Malayan

Tapir Malayan ini merupakan spesies tapir, cipan, tenuk, badak tampung yang
paling besar berbanding tiga lagi spesies yang ada di dunia. Oleh kerana kulitnya
yang tebal dan kebolehan berlari dengan pantas, maka tapir ini jarang ditangkap
oleh pemangsa lain, kecuali manusia!

9. Gajah pygmy

Gajah pygmy Borneo boleh ditemui di timur Sabah dan utara Kalimantan. Lebih
kecil berbanding gajah Asia yang lain, pygmy Borneo mempunyai ekor yang lebih
panjang yang hampir mencecah ke tanah, selain gading yang lebih tegak. Gajah
diburu secara haram untuk mendapatkan gadingnya.

Anda mungkin juga menyukai