Anda di halaman 1dari 9

1.

Seladang

Sekitar 10 atau 20 tahun lalu, pelancong yang berkunjung ke Malaysia mudah bertemu seladang.
Namun kini, seladang semakin pupus, gara-gara pemburuan tidak terkawal, hanya sebilangan kecil
ditempatkan di hutan simpan atau zoo untuk tatapan umum sekali gus dianggap antara haiwan
warisan negara.

2. Harimau Malaya

haiwan harimau

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni) merupakan salah satu subspesies harimau belang yang
masih wujud di dunia dan hanya terdapat di Semenanjung Malaysia.
Spesies karnivor ini hidup bersendirian kecuali ketika hendak mengawan atau masih mempunyai
anak yang kecil. Proses mengawan berlaku sepanjang tahun dan menghasilkan dua atau tiga ekor
anak. Kini harimau Malaya kian pupus akibat pemburuan tidak terkawal.

3. Burug botak upeh

haiwan burung

Mungkin segelintir pencinta burung telah menyedari bahawa burung botak upeh yang dianggap unik
ini sebenarnya sedang diancam kepupusan.

Burung ini sering ditemui di Kuala Gula, Daerah Kerian Perak dan menjadikan kawasan tersebut
sebagai habitatnya dan dengan ancaman yang dihadapi, ia bagaikan satu mimpi mengerikan bagi
spesies tersebut.

Sejak tahun 1980an lagi, burung tersebut telah dipantau perkembangannya namun, tinjauan yang
dilakukan mendapati bilangannya semakin menurun.

3. Orang utan
Orang Utan ialah dua spesis Hominidae yang tinggal di Asia Tenggara terutamanya di Pulau Sumatera
dan Borneo.

Orang Utan adalah antara haiwan yang paling bijak di dunia, mereka dapat menggunakan pelbagai
alat yang kompleks dan membina sarang dengan menggunakan kayu dan daun.

Mereka dapat memahami bahasa-bahasa manusia dan juga dapat menggunakan bahasa isyarat
walaupun mereka tidak boleh bercakap. Spesies Orang Utan dikategorikan sebagai “terancam”
kerana kemusnahan habitat. Terdapat beberapa organisasi yang ingin menyelamatkan haiwan ini
seperti Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok.

5. Kancil

`
haiwan kancil

Kancil merupakan haiwan bijak yang selalu muncul dalam kisah-kisah penglipurlara rakyat Malaysia.
Dengan saiznya yang sangat kecil, haiwan ini hanya memakan buah dan juga daun-daun dan boleh
ditemui di Malaysia (Borneo) dan Indonesia.

6. Ungka tangan putih

haiwan ungka putih


Ungka Tangan Putih terancam kerana diburu untuk dagingnya dan ada juga ungka dewasa dibunuh
untuk menangkap anak-anaknya bagi dijadikan binatang kesayangan.

Walau bagaimanapun, kehilangan habitat merupakan bahaya yang terbesar. Hutan Asia Tenggara
telah dimusnahkan untuk dijadikan ladang dan penempatan manusia.

7. Penyu

haiwan penyu

Selain hidupan di darat, hidupan di laut juga antara spesies reptilia yang dipercayai turut terancam
akibat perbuatan rakus manusia.

Pelbagai ancaman yang boleh menimpa seekor penyu. Selain terkena kipas bot, tersangkut pada
pukat nelayan, termakan plastik juga antara punca utama haiwan itu tidak hidup lama.

Selain itu, aktiviti penjualan telur penyu secara haram juga turut menjadi punca spesies reptilia
tersebut pupus.

8. Kambing gurun
haiwan kambing gurun

Kambing gurun yang hidup dan berkeliaran di kawasan bukit berbatu selain dijadikan makanan, turut
diburu untuk menghasilkan minyak yang kononnya untuk tujuan perubatan padahal ia hanya suatu
mitos yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

9. Tapir malayan

haiwan tapir

Tapir Malayan ini merupakan spesies tapir, cipan, tenuk, badak tampung yang paling besar
berbanding tiga lagi spesies yang ada di dunia.
Uniknya tapir ini kerana warnanya putih dan hitam memudahkannya untuk menyamar.

Oleh kerana kulitnya yang tebal dan kebolehan berlari dengan pantas, maka tapir ini jarang ditangkap
oleh pemangsa lain, kecuali manusia!

10. Gajah pygmy

haiwan gajah

Gajah pygmy Borneo juga dikenali dengan panggilan gajah kerdil Borneo atau nama saintifiknya
Elephas maximus borneensis.

Ia merupakan sub spesies terkecil di dunia dan boleh ditemui di timur Sabah dan utara Kalimantan.

Lebih kecil berbanding gajah Asia yang lain, pygmy Borneo mempunyai ekor yang lebih panjang yang
hampir mencecah ke tanah, selain gading yang lebih tegak.

Anda mungkin juga menyukai