Anda di halaman 1dari 6

10 Haiwan Yang Diancam Kepupusan

1. Badak Sumatra
Badak Sumatra (Dicerorhinus sumatrensis) adalah badak yang berukuran paling
kecil di antara semua spesies badak di dunia. Badak di hutan kepulauan
Sumatera, Malaysia dan Thailand ini dinyatakan diancam kepupusan dan
dianggarkan hanya ada enam populasi di alam liar atau tinggal 300 ekor saja.
Faktor utama berkurangnya jumlah badak ini adalah pemburuan liar. Di pasar
gelap,sumbu badak ini berharga 30.000 dolar AS per kilogram. Selain itu, kadar
pembiakan yang lambat juga menyebabkan mereka berada diambang
kepupusan.

2. Esrichtiius Robustus
Jumlah haiwan seberat 30 tan ini hanya dianggarkan 100 ekor sahaja yang masih
hidup, dan daripada 100 itu hanya ada 23 ekor betina yang masih wujud di
wilayah perairan Pasifik Selatan.

3. Serigala Merah
Anda pernah menonton filem animasi Ice Age? Filem ini menceritakan kehidupan
unik tentang haiwan pada zaman ais, zaman dimana hampir seluruh permukaan
bumi ditutupi ais dan haiwan bernama serigala merah (Canis lupus rufus) ini
adalah salah satu haiwan Ice Age yang masih hidup hingga kini. Para pengkaji
menganggarkan hanya ada 250 ekor sahaja yang masih hidup pada masa kini.

4. Harimau Siberia
Harimau Siberia (Panthera tigris altaica) adalah spesies harimau yang pernah
tinggal di wilayah Cina, Semenanjung Korea, dan Mongolia. Namun, kini haiwan
tersebut hanya boleh hidup bebas berkeliaran di Rusia, di wilayah perlindungan
kawasan Amur-Ussuri. Dianggarkan 350 hingga 450 sahaja yang masih hidup.

5. Musang Berkaki Hitam


Akibat ketamakan manusia yang terus mencemarkan alam sekitar tanpa henti,
musang berkaki hitam (Mustela nigripes) hampir pupus dari muka bumi ni.
Haiwan asli Amerika Utara ini kini dinyatakan sebagai mamalia paling terancam
di AS. Haiwan malam hari atau nokturnal ini memburu haiwan seperti prairie
dog sebagai makanan utama. Seiring menurunnya jumlah populasi haiwan
buruannya, jumlah musang berkaki hitam ini juga ikut berkurang.

6. Buaya Filipina
Sesuai namanya, buaya Filipina (Crocodylus mindorensis) adalah spesies buaya
yang dilindungi di Filipina. Berdasarkan survei pada tahun 1995, buaya bertubuh
kecil ini hanya tinggal 100 ekor di Filipina. Hal ini menjadikan buaya tersebut
sebagai satu dari spesies haiwan paling terancam di dunia.

7. Gorila Gunung
Sejak gorila gunung (Gorilla beringei beringei) ditemui pada akhir tahun 1902,
jumlah populasi haiwan ini pun turut terus berkurang akibat pembalakan liar,
aktiviti pemburuan , dan perdagangan haiwan haram. Saat ini, jumlah Gorila
Gunung yang mampu hidup di kawasan dingin ataupun panas ini hanya ada 720
ekor yang tersebar di wilayah Uganda.

8. Yu Gangga
Yu yang menghuni Sungai Gangga di India bernama Yu Gangga (Glyphis
gangeticus) dan memiliki reputasi sebagai pemakan manusia sebaliknya banyak
diburu oleh manusia untuk diambil minyaknya. Selain itu, semakin tercemar dan
kotornya Sungai Gangga menjadikan faktor lain yang menyebabkan spesies ini
kian pupus.

9. Orangutan
Orangutan Sumatra (Pongo abelii). Primape ini adalah pemakan buah-buahan
dan serangga. Seperti biasa, penyebab berkurangnya jumlah mereka adalah
habitat yang dimusnahkan dan pemburuan liar. Orangutan ini termasuk salah
satu daripada haiwan yang memiliki kemampuan reproduksi rendah. Pongo abelli
betina hanya mampu melahirkan tiga anak selama masa hidupnya.

10. Burung Kondor California


Burung kondor California (Gymnogyps californianus) adalah burung pemakan
bangkai asal California, AS, yang mempunyai masa hidup paling panjang
dibandingkan dengan burung lain, aitu sekitar 50 tahun. Gara-gara perburuan
liar dan makin kurangnya habitat, burung ini hampir musnah secara keseluruhan
pada 1980. Namun usaha pemuliharaan dari pelbagai pihak, burung ini selamat.
Kini, terdapat 332 Burung Kondor California di kawasan pemuliharaan, termasuk
152 ekor di alam liar.

Kebanyakkan haiwan-haiwan ini hampir pupus disebabkan oleh perbuatan


manusia seperti pemburuan haram dan merosakkankan alam sekita

Anda mungkin juga menyukai