Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Kesan positif terhadap ketiga-tiga bidang utama mata


pelajaran ini, iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan.
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Kursus ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti
individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.
Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka,
mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat
mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam
meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai
pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Kursus ini meliputi
pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta konsep Seni
Dalam Pendidikan.
Mata pelajaran ini memberi pengenalan kepada kepentingan Seni Dalam
Pendidikan bagi mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak
untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Ia
menekankan kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan yang
melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan.
Mata pelajaran ini juga membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk
meneroka, mengalami dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanakkanak Kursus ini juga memberi peluang kepada anda untuk memahami
kepentingan seni dan kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanakkanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka secara
menyeluruh. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu
dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan
potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif. Kursus ini juga
dapat menyedarkan tentang kepentingan deria yang dianugerahkan tuhan
kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang
terdapat disekelilingnya.
Dengan menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman yang jelas tentang
sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentang
deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh,

rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan seni visual.
Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai
subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran
guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik
melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka
bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi
subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan
berbudaya.
Pendedahan tentang Pendekatan Bertema dalam kursus ini banyak membantu
kerana seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas
dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia
menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran
artistic.Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan
budaya dan minat murid dan guru. Ia merupakan kandungan maklumat dan
memberi peluang kepadapelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu
melalui proses individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.
Kursus ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti
yang berkaitan dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk
meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran untuk lebih mendalami tentang
tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.
2.0 Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan
penghububungkaitan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran
Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan
dengan program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata
pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti
1. Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran, Proses
penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah
brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan
berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu

saling berkait untuk mencapai satu matlamat 2. Menghubungkait Kemahiran


dalam Berbagai Mata Pelajaran Dengan adanya penghubungkaitan
kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait
sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.
Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah
pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran
yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk supaya setiap
insan itu akan terus dihormati; menggalakkan sikap kepimpinan yang
terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan
bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta
dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari
segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung
akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi,
kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial, meletakkan
keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar.
Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan
yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar
belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang
kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam
pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. Sebagai seorang
guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih sistematik. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang
topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian
dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar. Selain itu guru berperanan
memberi motivasi kepada pelajar.
Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan
minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara
yang diingini. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan
sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada
sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara
tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat

penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan


kelemahan diri sendiri. Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk
merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar
meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif.
Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi
pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.
3.0 Pilih SATU (1) bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk anda
gunakan dalam pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema. Mata
Pelajaran : Sains Tahun Empat Tajuk
: 3.1 Basic needs of Plants Tema Persekitaran : Pokok
Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan
sekolah dengan cara membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan
sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan
pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat muzik.
Pergerakan :
(a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,
(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah,
berterbangan.
Muzik :
(a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang
(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup Seni Visual :
(a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira,marah dengan
menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.
Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam
kumpulan, sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat. Kesimpulan dari
aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan dapat membantu, - untuk
mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains) - mengeluarkan sati urutan bunyi
berkaitan dengan persekitaran (muzik) - menunjukkan perasaan melalui
sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza (seni visual) - melakukan
pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)
3.1 Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;
Tema Persekitaran :
Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia juga boleh
digunakan kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik,

pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam


satu-satu tempat.
Manakala dalam matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok
dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan
sebagainya. Tema Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan
kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan
aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan. Tema Pokok
juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada
masa kini. Secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar membuat
perkaitan antara perkara yang diajar dengan kedaan situasi yang sebenar.
Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di
persekitaran sekolah. Tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran
dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran dari
yang mudah kepada yang lebih mencabar.

3.2 Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh


dijalankan dalam P&P
a)Penggabungjalinan
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi
mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi
penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran
disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam satu mata
pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan
kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan
pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara
bersepadu
. 2)Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau
unsure isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi
pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih
kepada unsure pengetahuan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan
unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam

sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan


mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu
pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa
Melayu.
3)Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai
dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang
dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai
kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan
sebagainya.
4)Pemulihan
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk
membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu
khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti
yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran
dari segi pengetahuan dan kemahiran.
5)Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian
rendah atau lambat kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk
pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas.

3.3 Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam


pembelajaran?
Saranan mengintegrasikan seni dalam pendidikan ke dalam bidang-bidang
kurikulum yang lain mempunyai kebaikan dan kelebihan.
Antaranya :
(a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit
kerja.
Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka
bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran.
Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah
dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai
kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan
maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan
menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.

(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam


pendidikan.
(c) Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk

tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan


dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan
aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.
d) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila
Seni dalam pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain,
akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru mahupun pelajar,
bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti
sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah
3.4 . Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk
murid meneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi?
Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses pengajaran dan
pembelajaran?
Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja
untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak
dan berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran. Dalam pengajaran dan
pembelajaran bertema persekitaran pokok ini pelajar menggunakan
persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokokpokok di kawasan sekolah. Ini dapat meneydiakan cara tambahan untuk
belajar membaca, menulis dan mengira bahkan menggalakkan mereka
dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir
secara kreatif, imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam
Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di
dalam bilik darjah.
Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik
dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah
untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih
berimaginatif. Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan
boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran
mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang
kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat

eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif,


membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.
Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan
memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri
melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa
simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni.
Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan
melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan
meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan
apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Penerokaan, memperolehi
pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting pada
seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi
peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara
untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga
pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan
emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh
meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.

WARNA ASAS

1. Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar


sesebuah warna
2. Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran
warna lain tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga
3. Mempunyai kuasa yang hebat
4. Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera,
logo, lencana dan sebagainya

Warna Sekunder
1. Juga dipanggil warna kedua
2. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas.
Warna sekunder = warna asas + warna asas
3. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau
a. Jingga = merah + kuning
b. ungu = merah + biru
c. hijau = kuning + biru

Warna tertier
1. Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di
sebelahnya dalam roda warna
warna tertier = warna asas + warna sekunder
2. Warna tertier terdiri daripada
a. biru ungu = biru + ungu
b. biru hijau = biru + hijau
c. kuning jingga = kuning + jingga
d. kuning hijau = kuning + hijau
e. merah jingga = merah + jingga
f. merah ungu = merah + ungu

A) ASAS SENI REKA ( UNSUR-UNSUR SENI)


Unsur Seni
1. Garisan
-Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang
mempunyai jarak tertentu. -Garisan boleh diolah untuk mencipta
rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang,
dan pergerakan.

2. Rupa
- Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
- Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar

Terdapat 2 jenis rupa iaitu:


a) Rupa geometri- bersudut seperti segi tiga, segi empat,
pyramid, bulat dsb.
b) Rupa organik-rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa
daun, buah, batu dsb.

Rupa boleh diolah dalam bentuk:


a) rupa positif- rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan
b) rupa negatif- ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.

3. Bentuk
- bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih
daripada satu permukaan
Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:

a) Bentuk konkrit-bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi


iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai (bukan berbentuk
gambar)
b) Bentuk ilusi- bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang
digambarkan melalui lukisan atau catan.

4)Jalinan
-Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu
benda
Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:
a) jalinan sentuh-jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/
tangan seperti kolaj, arca dan catan teknik impasto.
b) jalinan tampak- jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak
dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah
tembikai dan gambar foto.

5) Ruang
- Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara
dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.
Terdapat 2 jenis ruang iaitu
a) Ruang nyata- ruang sebenar yang terdapat pada bentukbentuk konkrit
b) ruang tampak- ruang hanya dapat dilihat dalam seni tampak
seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)

6. Warna
-Terdapat 3 jenis warna iaitu:
a) warna asas-iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh
dihasilkan dengan campuran warna lain)
b) sekunder- iaitu campuran dua wrana asas ( Hijau Biru+
kuning), (jingga kuning + Merah) dan ( ungu Merah + Biru)

c) warna tertier- iaitu campuran warna asas dengan warna


sekunder.

Terdapat 3 gubahan warna iaitu:


a) warna harmoni-warna bersebelahan dalam roda warna (warna
sekeluarga, selesa dan seimbang)
b) warna penggenap- warna yang bertentangan dalam roda
warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan
pergerakan)
c) warna sewarna- hanya satu warna yang mempunyai pelbagai
ton ( daripada terang kepada gelap)

- Terdapat 2 suhu warna iaitu:aa) Warna panas -warna antara warna merah ungu hingga kuning
hijau pada rodawarna (menimbulkan kesan bertenaga, garang,
harapan, perang, meriah dsb)bb) Warna sejuk -warna antara hijau hingga ungu pada roda warna
(menimbulkankesan sejuk, sedih, damai dan tenang)

B) ELEMEN DAN PRINSIP REKAAN


- Rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk
menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.
Dasar-dasar ini digunakan bagi membantu penyusunan elemenelemen kepada satu aksi. Karya seni adalah hasil interpretasi
peribadi dan harus dinilai sebagai ekspresi penuh.

1. Harmoni
- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan
damai
- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak
unsur seni yang sesuai danseimbang
- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang
bercanggah

2. Kontra
- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau
bercanggah dalam sesuatugubahan
- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus,
mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik
dan bahan yang berlainan

3. Penegasan
- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang
menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
- Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi
fokus, dan mengelakkankebosanan
- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni
yang kontra atau asingkan objekyang hendak ditegaskan

4. Imbangan
- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi
berat, tarikan dan tumpuan

Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:

a- Imbangan simetri -unsur seni yang sama antara kiri dan kanan
atau atas dan bawah(garisan axis dilukis di tengah-tengah
pembahagian tersebut)
b)- Imbangan tidak simetri -unsur seni tidak sama di kedua-dua
bahagian tetapi mempunyaiciri-ciri yang menimbulkan kesan
keseimbangan

5. Irama dan Pergerakan


- Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun,
berpancar, bersinar-sinar dsb- -Fungsi irama dan pergerakan ialah
untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadapsesuatu
gubahan
- Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan
dsb

6. Kepelbagaian
- Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan
idea yang berbeza dalamsesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya
tarikan dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni
seperti garisan, rupa dan warnayang pelbagai dalam sesuatu
gubahan

7. Kesatuan
- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur
dalam sesuatu gubahan
- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur
dan selesa

Anda mungkin juga menyukai