Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Kemahiran berbahasa meliputi lima aspek iaitu kemahiran lisan, mendengar dan
bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan
aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Kemahiran bahasa
merupakan teras Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dan pendekatan modular.
Melalui 4 aspek kemahiran bahasa kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu
sebelum kemahiran membaca dan menulis.
Kemahiran mendengar ialah kemahiran lisan yang paling asas dan kemahiran
ini berlaku pada peringkat penerimaan.sesorang yang telah menguasai kemahiran
mendengar dengan baik biasanya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang
ditutrkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta membuat
tafsiran daripada apa yang didengarnya.
Kemahiran

mendengar

melibatkan

kemahiran

menerima

maklumat

secara

lisan.proses mendengar merupakan satu proses fizikal yang melibatkan telinga


sebagai

alat

penerima

bunyi

bahasa.proses

memahami

pendengaran

pula

melibatkan proses psikologi dan mantek seperti pengamatan, kecerdasan, dan


pemikiran yang disepadukan untuk membolehkan sesorang itu memahami apa
yang didengarnya dan membuat tindak balas yang sesuai.
PENDEKATAN MODULAR
Standard

Kurikulum

Bahasa

Malaysia

distrukturkan

dengan

menggunakan

pendekatan modular untuk memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang


baik. Pendekatan modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada unitunit kecil yang dikenali sebagai modul. Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia
terdapat lima modul iaitu Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca,
Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa. Tiga modul yang
pertama berasaskan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni Bahasa dan
Modul

Tatabahasa

menyokong

modul-modul

tersebut

untuk

mengukuhkan

kecekapan berbahasa murid. Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi


penekanan pada kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar

merujuk pada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan


menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan,
serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur pula merujuk kepada
keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan
maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan
dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa
yang betul diberikan penekanan dalam kemahiran bertutur.
MODUL KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan pada kemahiran
mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid
mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang
didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons.
Kemahiran bertutur pula merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin
hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang
kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan
bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul diberikan penekanan dalam
kemahiran bertutur.

KONSEP BERTUTUR
Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses
mantel yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa
yang bermakna. Di samping penghasilan bunyi bahasa, sesorang itu akan
menggunakan unsur- unsur prosodi dan cara paralinguistik semasa bertutur bagi
menguatkan maksud pertuturan.Unsur prosodi ialah intonasi, nada tekanan ,
sebutan, dan jeda. Manakala unsur para linguistik ialah bahasa isyarat dan
pergerakan badan.
Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi- bunyi yang dilahirkan daripada
alat- alat sebutan atau dikenali juga sebagai artikulator. Bertutur merupakan
kemahiran interaksi dalam suasana berbahasa dan berlaku pada peringkat produksi.
Oleh yang demikian, model model yang diperdengarkan haruslah model model
yang baik yang membolehkan pelajar bertutur secara berkesan. Konsep bertutur
ialah seperti gabungan bunyi- bunyi bahasa yang dilafazkan, pertuturan berlaku
2

pada peringkat produksi. Ia berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan
memahami dengan baik apa yang didengarnya. Kemahiran bertutur boleh
dipengaruhi oleh aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina. Selain itu,
individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan
otaknya.Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada
aspek fonologi , struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.
PERINGKAT- PERINGKAT KEMAHIRAN LISAN - MENDENGAR DAN BERTUTUR
Peringkat penguasaan Lisan terdiri daripada dua peringkat iaitu
a) peringkat penerimaan ( mendengar dan memahami ). Sebelum murid diberi
peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada
peringkat ini latihan diberi kepada murid- murid, latihan ini tidak memerlukan
mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan yang diperdengarkan
kepada murid hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh
dijadikan model dalam kalangan murid- murid berkenaan.
b) peringkat semula ( bertindak balas ) pada peringkat ini memerlukan murid
bertindak balas secara pertuturan . Semasa murid mula bertutur banyak aspek
yang terlibat seperti intonasi frasa dan ayat , aspek sebutan , kelancaran , kefasihan
tatabahasa , gaya dan isi penyampaian. Guru boleh mengesan semua aspek berikut
dalam lisan dan mendengar tutur.

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR


DAN
BERTUTUR
Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan
murid mengetahui dan berkeupayaan
a) mendengar, memahami menyebut frasa dan ayat dengan struktur yang betul
dan tepat
b) mendengar, memahami, menyebut dan memberikan respons secara lisan atau
gerak laku

terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis ayat permintaan

dan ayat perintah jenis ayat permintaan dan ayat perintah jenis ayat suruhan.

c) mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan berdasarkan


soalan yang mengandungi kata tanya dan menyampaikan pesanan dengan betul;
d) berbual tentang sesuatu perkara menggunakan pelbagai ayat, kata panggilan
yang sesuai
dalam kalangan bukan ahli keluarga dan kata ganti nama diri yang betul dalam
pelbagai situasi
secara bertatasusila.
PERINGKAT PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR
Bagi mencapai objektif pengajaran bertutur , iaitu bertutur dengan fasih dan dapat
mengeluarkan buah ikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai
mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Hal ini
menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara
berperingkat- peringkat , yakni peringkat awalnya

Anda mungkin juga menyukai