Anda di halaman 1dari 2

Resensi Buku Program NILAM

Panitia Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buku ini bertajuk “Budak Yang Tidak Makan Sayur”. Buku ini ditulis dalam dua bahasa iaitu
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh One Nusantara Sendirian Berhad pada
tahun 2010. Buku ini merupakan sebuah buku fiksyen dengan mengandungi 30 halaman
bercetak.
Buku ini menceritakan tentang seorang budak perempuan yang Bernama Marniza.
Marniza merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Marniza amat disayangi oleh
kedua ibu bapanya.
Marniza seorang anak yang baik. Malah, marniza juga seorang murid dan rakan yang
baik hati. Dia mempunyai ramai kawan dan semua kawan menyukainya kerana dia tidak
mementingkan diri sendiri. Namun demikian, Marniza mempunyai satu tabiat buruk iaitu tidak
mahu makan sayur. Keadaan ini membuatkan ibu bapanya sering sakit kepala. Marniza akan
menolak untuk menjamah makanan yang terdapat sayur walau pun sedikit.
Pada suatu hari, ibunya mendapat satu idea untuk memastikan Marniza makan sayur.
Ibunya yang sibuk di dapaur telah meminta bantuan Marniza untuk membantunya mencuci
bayam dan masakkan sup. Marniza bangga dengan bantuan yang diperlukan oleh ibunya. Tanpa
berlengah, Marniza membuat seperti yang disuruh oleh ibunya daripada membasuh bayam
sehinggalah memasak sup bayam. Marniza merasa bangga kerana inilah masakan pertamanya.
Marniza teruja untuk merasa masakan pertamanya. Selepas itu, dio mencuba
semnagkuk sup bayam tersebut dan menghabiskannya untuk pertama kalinya. Ibu dan bapanya
yang melihat situasi itu sangat gembira dan ini ialah permulaan yang baik. Marniza bukan lagi
budak yang tidak mahu makan sayur.

Pengajaran daripada cerita tersebut:


- Kita tidak harus memilih makanan. Kita harus makan semua jenis makanan terutamanya
buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan serat. Serat akan membantu dalam proses
pencernaan.
- Akhir sekali, makanan berkhasiat sangat penting untuk mengekalkan kesihatan dan
kekuatan badan. Badan sihat otak cerdas.
-
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai