Anda di halaman 1dari 1

BAHASA MALAYSIA

KERTAS 2: BAHAGIAN B CERITA/CEREKA

Soalan
Tulis sebuah karangan yang bertajuk "Mimpi yang Menakutkan".
Contoh Jawapan
Hujan semakin lebat. Hati saya berasa gelisah kerana emak dan bapa belum pulang
walaupun malam telah larut. Saya mengambil keputusan untuk membaca buku cerita
sambil berbaring. Saya terlelap seketika.
Tiba-tiba, saya terdengar suara orang memanggil di luar. Oleh sebab hujan terlalu lebat,
suara tersebut tidak jelas kedengaran. Mungkin emak dan bapa telah pulang. Saya
melaungkan suara untuk bertanyakan siapa yang berada di luar. Namun begitu, tiada
orang yang menjawab.
Kemudian, kedengaran orang mengetuk pintu. Saya mengagak itu ialah ayah dan emak.
Saya pun membuka pintu. Alangkah terperanjatnya saya apabila melihat seorang
perempuan berpakaian putih dan berambut panjang di muka pintu. Matanya berwarna
merah dan kukunya sangat panjang.
Saya berundur ke belakang dengan perasaan takut. Perempuan itu cuba untuk menerkam
saya sambil mengangkat kedua-dua tangannya. Saya berlari ke arah dapur sambil
menjerit sekuat hati. Tiba-tiba, saya tersepak sesuatu lalu jatuh.
Apabila saya membuka mata, saya mendapati emak dan ayah berada di sisi. Saya telah
berada di bawah katil. Rupa-rupanya saya telah bermimpi. Emak dan ayah ketawa melihat
saya.

Anda mungkin juga menyukai