Anda di halaman 1dari 1

Bertuahnya Kita

Sebagai rakyat Malaysia, kita amat bertuah. Pelbagai keistimewaan


diberikan kepada kita. Keistimewaan tersebut termasuklah
kemudahan perubatan.
Negara kita menyediakan pelbagai kemudahan perubatan
seperti klinik dan hospital. Kemudahan tersebut disediakan di desa
dan di kota. Dengan adanya kemudahan tersebut, rakyat Malaysia
mudah untuk mendapatkan rawatan.
Caj yang dikenakan untuk mendapatkan rawatan di klinik dan
hospital berbeza bagi warganegara dan bukan warganegara. Caj
tersebut amat rendah bagi warganegara untuk pesakit luar am iaitu
RM 1.00 sahaja. Manakala bagi bukan warganegara pula lebih mahal
iaitu RM 40.00 tidak termasuk caj siasatan dan rawatan.
Kita seharusnya bersyukur dengan kemudahan yang
disediakan. Selain itu, kita mestilah menghargai nikmat sihat dan
menyayangi negara kita.

Anda mungkin juga menyukai