Pada 22 Julai 2017 yang lalu, Persatuan Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Seri Serating
telah mengadakan lawatan ke Pusat Penetasan Telur Penyu, Cherating. Lawatan ini disertai oleh
45 orang murid dan empat orang guru pengiring.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menyedarkan murid-murid tentang masalah
kepupusan penyu. Selain itu, lawatan ini turut memberikan peluang kepada murid-murid untuk
menikmati keindahan alam di kawasan pantai.
Kami tiba di tempat tersebut pada pukul 9:45 pagi. Ketibaan kami disambut oleh ketua
penyelia, Encik Radzi Moin. Kami diberi penerangan ringkas sebelum dibawa melawat ke
kawasan sekitar.
Kami dibawa ke kawasan penetasan telur penyu dan pengawasan anak-anak penyu. Di situ
terdapat kira-kira 152 ekor anak penyu yang bakal dilepaskan ke laut.
Selepas melawat ke pusat ini, kami dibenarkan bersiar-siar di pantai Cherating. Kami
bertolak pulang pada pukul 4:00 petang. Lawatan ini banyak mengajar kami agar menghargai
setiap makhluk ciptaan Tuhan.
Iman Lutfi
(IMAN LUTFI BIN ISHAK)
Setiausaha Persatuan Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Seri Serating.
Arahan : Lengkapkan karangan jenis laporan di bawah berpandukan contoh diberi.
Kami tiba di tempat tersebut pada pukul 9:45 pagi. Ketibaan kami disambut oleh
______________________________________ , _____________________________________ .
Kami diberi penerangan ringkas sebelum dibawa melawat ke kawasan sekitar.
……………………………………………...
( )
Setiausaha __________________________________ ,
Sekolah Kebangsaan ___________________________.