Anda di halaman 1dari 1

Aku sebatang gigi kacip

Aku adalah sebatang gigi kacip. Badan aku berbentuk pipih dan tajam seperti pahat.

Tuanku seorang budak perempuan yang comel. Namanya Kesshna.

Aku membesar bersama-sama adik-adikku yang bernama Sang Taring, Sang Geraham

dan Sang Geraham Kecil. Tugas aku adalah menggigit dan memotong. Aku perlu sentiasa

dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Aku perlu dijaga dengan cara yang betul.

Tuan aku selalu membersihakanku. Beliau menggunakan berus gigi dan pencuci mulut

supaya aku bersih. Penggunaan benang flos dapat mengeluarkan sisa makanan yang terselit di

celah-celah gigi. Aku juga perlu dikumur dengan pencuci mulut yang berflorida.

Selain dari menjaga kebersihan diri aku, Kesshna juga mengambil makanan yang sihat

agar kesihatan aku baik. Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dapat menjaga

kesihatanku. Minuman seperti susu juga dapat menjaga kesihatan. Tuan aku juga membuat

pemeriksaan gigi dua kali setahun. Hal ini kerana, aku perlu dijaga dengan rapi agar aku dapat

berkhidmat.

Aku disayangi oleh tuan aku. Aku berasa gembira kerana dapat berkhidmat. Aku bangga

kerana dijaga dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai