Anda di halaman 1dari 1

Cita-Cita Saya

Nama saya Shareena binti Shahar. Saya adalah pelajar Tahun 4 Melati. Saya
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling. Apabila saya besar nanti, saya bercitacita menjadi seorang guru.
Saya ingin menjadi seorang anggota guru keranadengan menjadi guru saya
dapat mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berjaya. Selain itu dengan menjadi
guru saya dapat mengembangkan bakat dan kebolehan murid agar mereka dapat
mencapai cita cita mereka kelak.
Idola atau orang yang menjadi inspirasi saya untuk menjadi guru adalah guru
kelas saya.Beliau ialah cikgu Noraini. Beliau merupakan seorang guru yang baik hati
dan sentiasa membantu murid tanpa mengira masa.Selain itu, beliau juga adalah
seorang yang tegas .Oleh itu, kami akan memastikan setiap tugasan yang diberikan
oleh beliau disiapkan mengikut tempoh masa yang diberikan.
Oleh yang demikian, saya haruslah belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai
cita cita saya ini. Saya hendaklah meningkatkan pengetahuan saya dengan membaca
pelbagai jenis buku.Disamping itu, saya akan menumpukan sepenuh perhatian ketika
guru mengajar supaya saya dapat memahami ilmu yang di ajar oleh guru.
Saya berharap saya akan mencapai cita cita saya. Saya akan berusaha
bersungguh-sungguh agar cita-cita saya menjadi kenyataan.

Anda mungkin juga menyukai