Anda di halaman 1dari 120

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

MODUL PEMBELAJARAN
TINGKATAN 1

AKUAKULTUR

2014

MODUL PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL


(PAV)
MODUL ELEKTIF PRA-VOKASIONAL

AKUAKULTUR
TINGKATAN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Copyright 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2013


Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

ii

3. PENDAHULUAN
a. Objektif Modul
b. Kandungan Modul

1
2

4. MODUL PEMBELAJARAN
UNIT 1 : MENTERNAK IKAN AIR TAWAR
UNIT 2 : MENGURUS TERNAKAN IKAN AIR TAWAR

2
56

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai


perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

ii

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

MODUL
7

AKUAKULTUR

PENDAHULUAN
Modul ini memberi pendedahan pengetahuan dan kemahiran asas akuakultur
kepada murid dari segi perkembangan teknologi, kepentingan amalan keselamatan,
budaya kerja, dan amalan keusahawanan dalam bidang pertanian.

OBJEKTIF MODUL
Di akhir modul ini murid dapat:
1.

Mengenal pasti jenis ternakan ikan air tawar.

2.

Mengenal pasti sistem ternakan ikan air tawar.

3.

Menternak dan mengurus ikan air tawar.

4.

Mengamal budaya kerja yang baik dalam aktiviti keusahawanan dan


berkomunikasi dengan berkesan.

5.

Mengamal nilai murni dan langkah keselamatan.

KANDUNGAN MODUL
Modul ini mengandungi 2 unit pembelajaran.

UNIT 1 : MENTERNAK IKAN AIR TAWAR


Dalam Unit 1 ini, murid dapat mempelajari jenis ternakan ikan air tawar, mengenal
pasti sistem ternakan ikan air tawar dan menyedia tangki untuk menternak ikan air
tawar.

UNIT 2 : MENGURUS TERNAKAN IKAN AIR TAWAR


Dalam Unit 2 ini, murid dapat mengurus ternakan ikan air tawar dari aspek memilih
benih ikan untuk diternak, melepas anak ikan, mengenal pasti makanan,
memelihara,

mencegah

penyakit,

mengawal

penyakit,

mengurus

membungkus, menghitung anggaran kos pengeluaran dan memasar hasil.

tuaian,

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

UNIT 1 : MENTERNAK IKAN AIR TAWAR


STANDARD PEMBELAJARAN:
1.1

Mengenal pasti jenis ternakan ikan air tawar.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid berkebolehan:
1.1.1 Menyenarai jenis-jenis ikan air tawar seperti keli, tilapia, baung, puyu, patin,
lampam, dan jelawat.

1.1.2 Menentukan jenis ikan air tawar untuk diternak seperti keli, tilapia, baung,
puyu, patin, lampam, dan jelawat.

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Ikan air tawar ialah ikan yang hidup dalam persekitaran air tawar seperti sungai,
tasik, sawah padi, dan paya. Contoh ikan air tawar ialah keli, tilapia, baung, puyu,
patin, lampam dan jelawat.

Segala maklumat di atas boleh diperolehi melalui:

Media elektronik :

Komputer riba.

LCD.

Kamera digital.

Internet : www.aquahobby.com, www.dof.gov.my.

DVD : Ternakan ikan air tawar.

Television : Agro Jurnal, Bumi Kita, National Geographic.

Media cetak :

Surat khabar.

Majalah : Agro Tani dan Pancing.

Brosur : Jabatan Perikanan.

Jurnal : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dan universiti.

Buku panduan yang berkaitan akuakultur.

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

KANDUNGAN/FAKTA

Nama tempatan : Keli


Nama saintifik

: Clarias sp.

Ciri-ciri utama
a.

Berat matang : 100-200g/ekor.

b.

Warna : hitam / kelabu.

c.

Bentuk badan : panjang, bersengat, dan bersesungut.

d.

Pembiakan : bertelur secara semula jadi atau aruhan.

e.

Jenis makanan : makanan rumusan (pellet) dan semula jadi (anak ikan, udang,
tumbuhan akuatik, dan sebagainya).

f.

Tabiat pemakanan : Omnivor

g.

Habitat: air tawar.

h.

pH air : 6.5 - 8.3

i.

Suhu air : 28 - 320C

j.

Keistimewaan: mampu bernafas di darat, tahan lasak, dan boleh diternak dalam
kepadatan yang tinggi.

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Nama tempatan : Tilapia


Nama saintifik

: Oreochromis sp

Ciri-ciri utama
a. Berat matang : 250g/ekor.
b. Warna : hitam / merah.
c. Bentuk badan : badan lebar, isi tebal, dan bersisik.
d. Pembiakan : bertelur secara semula jadi atau aruhan.
e. Jenis makanan : makanan rumusan (pellet) dan semula jadi (anak ikan, udang,
tumbuhan akuatik dan sebagainya).
f. Tabiat pemakanan : Omnivor
g. Habitat : kawasan air tawar bersuhu panas.
h. Suhu air : 280C - 320C
i.

pH air : 6.5 - 8.3

j.

Keistimewaan : mengasuh anak, tahan lasak, dan boleh diternak dalam


kepadatan yang tinggi.

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Nama tempatan : Baung


Nama saintifik

: Mystus nemerus

Ciri-ciri utama
a.

Berat matang : 100-200g g/ekor.

b.

Warna : cerah kekuningan.

c.

Bentuk badan : mempunyai sirip adipos, tidak bersisik.

d.

Pembiakan : bertelur secara semula jadi atau aruhan.

e.

Jenis makanan : makanan rumusan (pellet) dan semula jadi (anak ikan, udang,
tumbuhan akuatik dan sebagainya).

f.

Tabiat pemakanan : Omnivor

g.

Habitat : kawasan air tawar bersuhu panas.

h.

Suhu air : 280C - 320C

i.

pH air : 6.5 - 8.3

j.

Keistimewaan : tahan lasak, dan boleh diternak dalam kepadatan yang tinggi.

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Nama tempatan : Puyu


Nama saintifik

: Anabas testudineus

Ciri-ciri utama
a. Berat matang : 40-50g/ekor (15 cm)
b. Warna : gelap bertompok hitam pada operkulum dan pangkal ekor.
c. Bentuk badan : Badan mampat, mempunyai sirip dengan ruji yang keras, bersisik
keras dan tebal.
d. Pembiakan : bertelur secara semula jadi atau aruhan.
e. Jenis makanan : makanan rumusan (pellet) dan semula jadi (serangga, anak
ikan, udang, tumbuhan akuatik dan sebagainya).
f. Tabiat pemakanan : Omnivor
g. Habitat: berupaya tinggal dalam air yang kurang oksigen dan bersuhu panas.
h. Suhu air : 280C - 320C
i.

pH air : 6.5 - 8.3

j.

Keistimewaan : mengasuh anak, tahan lasak dan boleh diternak dalam


kepadatan yang tinggi.

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Nama tempatan : Patin


Nama saintifik

: Pangius sp.

Ciri-ciri utama
a. Berat matang : 400-500g/ekor
b. Warna : bahagian atas berwarna hijau muda, bahagian belakang kelabu
kehijauan dan perut putih berkilat.
c. Bentuk badan: panjang berisi, bersesungut, perut lembang berlemak dan sirip
dorsal berwarna merah jambu.
d. Pembiakan : bertelur secara semula jadi atau aruhan.
e. Jenis makanan : makanan rumusan (pellet) dan semula jadi (anak ikan, udang.
tumbuhan akuatik dan sebagainya.)
f. Tabiat pemakanan : Omnivor
g. Habitat: kawasan air tawar bersuhu panas.
h. Suhu air : 280C - 320C
i.

pH air : 6.5 - 8.3

j.

Keistimewaan: mengasuh anak, tahan lasak, dan boleh diternak dalam


kepadatan yang tinggi.

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Nama tempatan : Lampam


Nama saintifik

: Puntius sp.

Ciri-ciri utama
a. Berat matang : 50-150g/ekor 25 cm
b. Warna : berwarna cerah berkilau.
c. Bentuk badan: Badan mampat melebar, mempunyai sirip dengan ruji yang keras,
bersisik keras berkilau dan tebal.
d. Pembiakan : semula jadi, aruhan semula jadi.
e. Jenis makanan : makanan rumusan (pellet) dan semula jadi (anak ikan, udang.
tumbuhan akuatik dan sebagainya).
f. Tabiat pemakanan : Omnivor
g. Habitat: kawasan air tawar bersuhu panas.
h. Suhu air : 280C - 320C
i.

pH air : 6.5 - 8.3

j.

Keistimewaan : mengasuh anak, tahan lasak, dan boleh diternak dalam


kepadatan yang tinggi.

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Nama tempatan : Jelawat


Nama saintifik

: Leptobarbus hoevenii

Ciri-ciri utama
a. Berat matang : 500-600g/ekor.
b. Warna : perak (silver), merah pada bahagian sirip anal (bawah) dan kaudal
(ekor).
c. Bentuk badan : bulat memanjang, kepala lebar, rata di bahagian atas dan
bersisik.
d. Pembiakan : bertelur.
e. Jenis makanan : makanan rumusan (pellet) dan semula jadi (anak ikan, udang,
tumbuhan akuatik dan sebagainya).
f. Tabiat pemakanan : Omnivor
g. Habitat: kawasan air tawar bersuhu panas.
h. Suhu air : 280C - 320C
i.

pH air : 6.5 - 8.3

j.

Keistimewaan : bergerak aktif dan melompat.

10

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Maksud perkataan

a) Air tawar

Air yang tahap kemasinannya ialah 0 ppt (bahagian


per seribu)

b) Nyah klorin

Tindakan mengeluarkan kandungan klorin daripada


air paip dengan kaedah diberi pengudaraan, dibiarkan
semalaman, atau dimasukkan bahan anti klorin.

c) Omnivor

Haiwan yang makan


(tumbuhan dan haiwan).

d) Pellet

Makanan rumusan yang dihasilkan dalam bentuk


butiran.

e) Aruhan

Menyuntik bahan kimia untuk mempercepatkan


proses pembiakan.

f) Saiz matang:

Saiz yang mencapai tahap boleh membiak.

g) Sirip adipos

Salah satu bahagian luaran badan ikan.

h) Kepadatan tinggi

Saiz bekas yang kecil tetapi boleh dimasukkan


bilangan ikan yang banyak.

i) Tahan lasak

Mampu hidup dalam keadaan persekitaran yang


mencabar.

j) Mengasuh anak

Menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

k) Operkulum

Penutup insang.

l) Sirip anal

Sirip yang berada pada bahagian bawah perut ikan.

m) Sirip kaudal

Ekor ikan.

n) Sirip dorsal

Sirip yang berada pada bahagian atas badan ikan


antara kepala dan ekor ikan.

11

semua

jenis

hidupan

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN


1. Sauk.
2. Bekas.
3. Pam pengudaraan (blower).
4. Air tawar/air paip yang dinyahkan klorin.
5. Ikan air tawar seperti keli, tilapia, baung, puyu, patin, lampam, dan jelawat.

TUGASAN
1. Menyenarai jenis-jenis ikan air tawar.
2. Mengenal jenis ikan air tawar.
3. Menentu jenis ikan air tawar untuk diternak.

LANGKAH KERJA
1. Murid menyenarai jenis ikan air tawar berdasarkan pengalaman sedia ada.
2. Murid menyebut jenis ikan air tawar yang ditunjuk oleh guru.
3. Murid menentu jenis ikan air tawar untuk diternak berdasarkan kemudahan
sedia ada.

12

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

LATIHAN
Jawab Semua Soalan
Kembung

pari

tilapia

Jelawat

lampam

cencaru

Puyu

jenahak

keli

Sembilang

baung

patin

Jadual 1
1.

Berdasarkan Jadual 1, pilih dan tuliskan lima jenis ikan air tawar yang telah
anda pelajari.
i. ............................................................
ii. ............................................................
iii. ............................................................
iv. ............................................................
v. ...........................................................

2.

Berdasarkan rajah di bawah, namakan jenis ikan air tawar berkenaan.


Gambar Ikan

Nama Ikan

i. ................................................................

ii.

................................................................

13

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Gambar Ikan

Nama Ikan

iii.

................................................................

iv.

................................................................

v.

................................................................

vi.

................................................................

vii.

................................................................

14

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

UNIT 1 : MENTERNAK IKAN AIR TAWAR


STANDARD PEMBELAJARAN:
1.2

Mengenal pasti sistem ternakan ikan air tawar.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid berkebolehan:
1.2.1 Menyenaraikan sistem ternakan ikan air tawar iaitu kolam tanah, tangki
konkrit, tangki gentian kaca (fibreglass), kanvas dan sangkar terapung.
1.2.2 Menyatakan kesesuaian sistem ternakan berdasarkan kepada topografi bumi
seperti bukit, paya, pasir, bekas lombong, tasik, atau sungai.
1.2.3 Menyatakan sistem ternakan yang hendak dijalankan.

15

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Usaha penternakan ikan air tawar boleh dilakukan mengikut beberapa sistem
seperti kolam tanah, tangki konkrit, tangki gentian kaca (fibreglass), kanvas, dan
sangkar terapung. Pemilihan sistem pula bergantung kepada beberapa faktor
utama seperti jenis tanah, topografi, kemudahan infrastuktur, skala ternakan,
spesies ikan air tawar, sumber air, nilai ekonomi dan modal.

Segala maklumat di atas boleh diperolehi melalui:

Media elektronik :

Komputer riba.

LCD.

Kamera digital.

Internet : www.dof.gov.my.

DVD : Ternakan ikan air tawar.

Television : Agro Jurnal, Bumi Kita, National Geographic.

Media cetak :

Surat khabar.

Majalah : Agro Tani, Pancing.

Brosur : Jabatan Perikanan.

Jurnal : Kementerian Pertanian dan universiti.

Buku panduan yang berkaitan.

16

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

KANDUNGAN/FAKTA
Faktor utama pemilihan sistem ternakan adalah bergantung kepada :1. Kesesuaian tanah seperti tanah berpasir, tanah liat, tanah loam, tanah gambut,
atau tanah laterit.
2. Topografi seperti kawasan berbukit, paya, sungai, tasik, atau bekas lombong.
3. Kemudahan infrastuktur.
4. Spesies ikan air tawar yang hendak diternak.
5. Kuantiti dan kualiti sumber air yang ada.
6. Skala ternakan.
7. Peruntukan modal.

JENIS TANAH
Antara jenis tanah seperti berikut:
Jenis Tanah
a. Tanah liat.

Ciri Tanah
Berupaya menakung air.
Sesuai untuk membina kolam tanah.

b. Tanah loam.

Berupaya menakung air.


Sesuai untuk membina kolam tanah.

c. Tanah gambut.

Mempunyai tahap kemasaman (pH) yang tinggi.


Perlu dirawat iaitu dengan menabur kapur pertanian
supaya meningkatkan nilai pH.

d. Tanah pasir.

Tidak boleh menyimpan air.


Perlu pengubahsuaian dengan meletakkan lapisan bahan
yang mampu menakung air seperti plastik atau kanvas.

e. Tanah berbukit.

Kurang sesuai untuk membina kolam.


Perlu pengubahsuaian dengan membina teres dan pam air.

17

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

TOPOGRAFI
Topografi adalah merupakan bentuk muka bumi seperti:

a. Bukit.

b. Paya.

c. Sungai.

d. Bekas lombong.

e. Tasik.

18

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

SISTEM TERNAKAN

Kolam tanah.
1)

Kolam tanah
Berikut adalah ciri-ciri tanah dan sumber air untuk membina sistem ternakan
kolam tanah:

Tanah

1. Jenis tanah liat dan


tidak berasid
2. Tanah pH 6.5-7.5
3. Kecerunan tebing tidak
melebihi 45 dari
dasar.

Sumber Air

1. Sumber air pH 6.5 8.3


2. Sumber air bebas pencemaran
3. Kuantiti air yang mencukupi sepanjang
masa
4. Ammonia (keseluruhan) kurang daripada
1.0 ppm.

4. Kawasan bebas banjir.

5. Alkaliniti melebihi 40 ppm.

5. Mampu menakung air.

6. Pepejal terampai tidak melebihi 200 ppm.

Kolam tanah mempunyai ciri-ciri berikut:


a. Bentuk segiempat.
b. Keluasan antara 500-1000 meter persegi.
c. Kedalaman kolam antara 1.6-2.1 meter daripada atas tebing hingga dasar.
d. Kedalaman air kolam mestilah antara 1.0 -1.3m.
e. Mempunyai saluran air masuk dan saluran air keluar.

19

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

f.Kedudukan saluran air masuk dan air keluar adalah bertentangan sudut.
g. Boleh menggunakan kincir air (paddle wheel) untuk meningkatkan
kandungan oksigen.
h. Tidak boleh dialihkan.

Tangki konkrit (simen)

2)

Tangki konkrit (simen)


Tangki konkrit (simen) mempunyai ciri-ciri berikut:
a. Pelbagai bentuk seperti segiempat dan bulat.
b. Keluasan antara 10-1000 meter persegi
c. Kedalaman kolam antara 0.5 - 1.6 meter mengikut jenis ikan.
d. Boleh dibina di atas semua jenis dan bentuk topografi tanah.
e. Mempunyai saluran air masuk, saluran air keluar dan saluran air limpah.
f.Boleh menggunakan sistem pengudaraan untuk meningkatkan kandungan
oksigen dalam air.
g. Tidak boleh dialihkan.

20

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Pelbagai bentuk dan saiz tangki gentian kaca (fibreglass)

Tangki gentian kaca (fibreglass)

3)

Tangki gentian kaca (fibreglass)


Tangki gentian kaca (fibreglass) mempunyai ciri-ciri berikut:
a. Pelbagai bentuk seperti bulat dan segiempat.
b. Bentuk dan saiz boleh dibeli terus di pasaran atau boleh ditempah mengikut
saiz dan keperluan.
c. Memerlukan kerangka yang kukuh.
d. Boleh dibina di atas semua jenis dan bentuk topografi tanah.
21

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

e. Mempunyai saluran air masuk, saluran air keluar dan saluran air limpah.
f. Boleh menggunakan sistem pengudaraan untuk meningkatkan kandungan
oksigen dalam air.
g. Boleh dialihkan ke kawasan yang lain.

Tangki kanvas
4)

Tangki kanvas
Tangki kanvas mempunyai ciri-ciri berikut:
a. Bentuk segiempat.
b. Saiz kanvas boleh dibeli terus di pasaran atau boleh ditempah mengikut saiz
dan keperluan.
c. Memerlukan kerangka yang kukuh seperti besi (GI - galvanise iron) dan
kayu.
d. Boleh dibina di atas semua jenis dan bentuk topografi tanah.
e. Mempunyai saluran air masuk, saluran air keluar dan saluran air limpah.
f.Boleh menggunakan sistem pengudaraan untuk meningkatkan kandungan
oksigen dalam air.
g. Mudah untuk dibuka, dipasang dan dialihkan.

22

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Sangkar terapung

Sangkar terapung

Sangkar terapung komersial (kolam)


5)

Sangkar terapung komersial (laut)

SANGKAR TERAPUNG
Sangkar terapung mempunyai ciri-ciri berikut:
a. Bentuk segiempat dan bulat.
b. Saiz kanvas boleh dibeli terus di pasaran atau boleh ditempah mengikut saiz
dan keperluan.
c. Memerlukan kerangka yang kukuh seperti kayu, HDPE (High Density Poly
Ethelene) dan papan yang diapung dengan menggunakan tong-tong plastik
atau tong dram.
d. Jaring digantung pada kerangka tersebut.
e. Jaring sangkar mestilah tidak mencecah dasar kawasan ternakan.
f. Boleh dibina di topografi seperti sungai, tasik dan bekas lombong.
23

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Maksud perkataan
a. Topografi

Bentuk muka bumi seperti kawasan tanah rata,


kawasan tanah berbukit, sungai, paya dan lombong.

b. Tangki gentian
kaca

Tangki yang diperbuat daripada filamen kaca yang


halus.

c. Tangki konkrit

Tangki yang dibuat daripada batu bata dan simen.

d. Skala ternakan

Julat bilangan ikan yang hendak diternak mengikut


keluasan kolam dan saiz ikan.

24

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN


1. Alatan multimedia seperti komputer riba, LCD, DVD dan television.
2.

Bahan multimedia seperti gambar kolam tanah/tangki konkrit/tangki gentian


kaca (fibreglass)/kanvas/sangkar terapung.

3.

Alatan dan bahan sebenar seperti kolam tanah/tangki konkrit/tangki


gentian kaca (fibreglass)/kanvas/sangkar terapung.

TUGASAN
1. Menyenaraikan sistem ternakan ikan air tawar.
2. Menyatakan kesesuaian sistem ternakan.
3. Menyatakan sistem ternakan yang hendak dijalankan.

LANGKAH KERJA
1. Murid menyenaraikan sistem ternakan ikan air tawar.
2. Murid menyatakan sistem ternakan yang terdapat di kawasan persekitaran.
3. Murid mencadangkan jenis sistem ternakan berdasarkan kemudahan sedia
ada.

25

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

LATIHAN

Contoh sistem ternakan ikan air tawar


1. Rajah 1 menunjukkan satu sistem ternakan ikan air tawar. Berdasarkan Rajah 1
tuliskan lima sistem ternakan ikan air tawar yang telah anda pelajari.
i. ................................................................
ii. .................................................................
iii. ................................................................
iv. .................................................................
v. .................................................................

26

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

2. Tuliskan nama sistem ternakan ikan air tawar berdasarkan ciri-ciri utama sistem
berkenaan dalam ruang jawapan.
Ciri Utama Sistem Ternakan

Jenis Sistem

Bentuk dan saiz boleh dibeli terus di pasaran


atau boleh ditempah mengikut saiz dan
keperluan.
Kedalaman kolam antara 1.6-2.1 meter
daripada atas tebing hingga dasar.
Ciri Utama Sistem Ternakan
Boleh dibina di topografi seperti
sungai, tasik dan bekas lombong.

Memerlukan kerangka yang kukuh seperti besi


(GI - galvanise iron) dan kayu.

Keluasan antara 10-1000 meter persegi

27

Jenis Sistem

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

UNIT 1 : MENTERNAK IKAN AIR TAWAR


STANDARD PEMBELAJARAN:
1.3

Menyedia tangki ikan air tawar.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid berkebolehan:
1.3.1 Mengenal pasti jenis tangki berdasarkan jenis ikan seperti tangki konkrit dan
gentian kaca (fibreglass).
1.3.2 Mengenal pasti bentuk tangki seperti bulat, segiempat, heksagon dan
sebagainya.
1.3.3 Memilih jenis tangki berdasarkan ternakan ikan seperti di 1.1.2.
1.3.4 Menyenaraikan alatan untuk menternak seperti batu pengudaraan (air stone),
pam pengudaraan (blower), jaring, sauk, pH meter, DO meter dan secchi disk.
1.3.5 Menyenaraikan bahan yang diperlukan untuk menternak ikan seperti
antiklorin, tester klorin, garam dan EM (effective micro-organism).
1.3.6 Menyediakan alatan dan bahan berdasarkan jenis ikan di 1.1.2.
1.3.7 Menyatakan kegunaan setiap alatan dan bahan yang dipilih.
1.3.8 Menyediakan tangki mengikut prosedur iaitu membersih tangki, memasukkan
air, menguji dan merawat kualiti air dan memasang sistem pengudaraan.
1.3.9 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti
penyediaan tangki.

28

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Penyediaan tangki ikan air tawar merupakan suatu kaedah penyediaan tempat
penternakan pemeliharaan ikan air tawar melalui sistem penternakan yang dipilih.

Beberapa prosedur dan langkah kerja perlu dilakukan sebelum semasa dan
selepas tangki penternakan ini disediakan agar tumbesaran ternakan terancang
dan mencapai tahap yang dihendaki.

Segala maklumat di atas boleh diperolehi melalui:

Media elektronik :

Komputer riba.

LCD.

Kamera digital.

Internet : www.aquahobby.com, www.dof.gov.my.

DVD : Ternakan ikan air tawar.

Television : Agro Jurnal, Bumi Kita, National Geographic.

Media cetak :

Surat khabar.

Majalah : Agro Tani, Pancing.

Brosur : Jabatan Perikanan.

Jurnal : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, universiti.

Buku panduan yang berkaitan.

29

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

KANDUNGAN/FAKTA
Alatan Dan Bahan Menternak
1)

Batu pengudaraan

Kegunaan:
Batu yang disambungkan kepada pam pengudaraan untuk mengeluarkan
gelembung udara
(Nota: Terdapat dalam pelbagai model)

2)

Pam pengudaraan (Blower)

Kegunaan:
Mesin penghembus udara
(Nota : Terdapat dalam pelbagai model)

30

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

3)

Sauk

Kegunaan:
Menangkap ikan
(Nota : Terdapat dalam pelbagai saiz)

4)

Jaring

Kegunaan:
Menangkap ikan dan kandang bagi sangkar terapung
(Nota : Terdapat dalam pelbagai saiz mata pukat)
5)

pH meter

Kegunaan:
Meter penguji tahap keasidan atau kealkalian air
pH 0.1 6.9: Berasid
pH 7.0:

Neutral

pH 7.1 14.0: Beralkali


31

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

(Nota: Terdapat dalam pelbagai model)


6)

DO Meter (Dissolve Oxygen meter)

Kegunaan:
Meter penguji kandungan oksigen terlarut.
Kandungan oksigen terlarut boleh diukur dalam unit milligram per liter (mg/l).
(Nota: Terdapat dalam pelbagai model)

7)

Water tester kit

Kegunaan:
Alat penguji kualiti air yang mempunyai pelbagai fungsi seperti pH, DO, dan
penguji kandungan bahan kimia terlarut.

32

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

8)

Secchi Disk

Kedalaman yang boleh dilihat

Kegunaan:
Piring penguji tahap kejernihan/kekeruhan air. Piring khas ini dimasukkan ke
dalam air dan disukat mengikut kedalaman sehingga ke tahap piring tidak
boleh dilihat.
(Nota: Terdapat dalam pelbagai model)

9)

Anti klorin

Bentuk kristal

Bentuk cecair

Kegunaan:
Bertindak balas menghilangkan kandungan klorin di dalam air paip.
Terdapat dalam bentuk kristal atau cecair.

33

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

10) Penguji klorin (Chlorine tester)

Meter digital

Bentuk cecair

Kegunaan:
Menguji kehadiran klorin di dalam air.
(Nota: Terdapat dalam pelbagai jenama)

11) Garam dapur (kasar)

Kegunaan:
Sanitasi kolam, mengurangkan stress pada ikan, merawat air dan ikan seperti
luka, membunuh parasit. Boleh juga digunakan sebagai pengganti anti klorin.

34

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

1. Panduan Menyediakan Alatan Dan Bahan Untuk Menternak Ikan Air Tawar

Rajah: Sebuah tangki penternakan yang lengkap

35

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

a) Menyediakan Tangki
Aktiviti
1. Proses peneutralan
tangki

Kaedah
a. Isikan air 3/4 bahagian tangki.
b. Masukkan rincihan batang pisang, nanas busuk,
buah betik, dan perut ayam.
c. Biarkan selama 2 minggu atau sehingga bahan
mereput dan berulat (berulat menandakan tangki
sudah dinyah toksik).

2. Mencuci tangki

a. Buang air dan semua sisa rendaman.


b. Cuci kolam menggunakan berus.
c. Bilas.
d. Keluarkan air.

3. Mengeringkan tangki

a. Biarkan tangki terdedah kepada cahaya matahari


selama 3 hari.

4. Memasukkan air

a. Kedalaman air 60cm.


b. Masukkan anti klorin dengan kadar 2 biji kristal
untuk 5 liter air.

5. Memasang sistem

a. Sambungkan paip pengudaraan kepada blower

pengudaraan

dan

pada

satu

hujung

lagi

dengan

batu

pengudaraan.
b. Hidupkan sistem pengudaraan.
6. Menguji dan merawat

a. Biarkan air dan sistem pengudaraan selama sehari

kualiti air

semalam.
b. Uji pH air, DO dan kandungan klorin

CATATAN:
Kualiti air yang sesuai
i.

pH (6.5 hingga 7.5)

ii.

DO (5.0 mg/l)

iii.

Klorin (tiada)

36

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

b) Menyelenggara Tangki
Aktiviti

Kaedah

1. Mencuci tangki

a. Matikan sistem pengudaraan.


b. Buang air dan semua kotoran.
b. Keluarkan alat sistem pengudaraan.
c. Cuci kolam menggunakan berus dan taburkan
sedikit garam dapur.
d. Bilas.
e. Keluarkan air.

2. Mengeringkan tangki

a. Biarkan tangki terdedah kepada cahaya matahari


selama 3 hari.

3. Memasukkan air

a. Kedalaman air 60cm.


b. Masukkan anti klorin dengan kadar 2 biji kristal
untuk 5 liter air.

4. Memasang

sistem

a. Buat penyelenggaraan atau bersihkan

pengudaraan

paip

pengudaraan dan batu pengudaraan.


b. Hidupkan sistem pengudaraan.

5. Menguji dan merawat

a. Biarkan air dan sistem pengudaraan selama sehari

kualiti air

semalam.
b. Uji pH air, DO, dan kandungan klorin
CATATAN:
i.

Kualiti air yang sesuai

ii.

pH (6.5 hingga 7.5)

iii.

DO (5.0 mg/l)

iv.

Klorin (tiada)

37

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Maksud perkataan

a. Topografi

Bentuk muka bumi seperti kawasan tanah rata,


kawasan tanah berbukit, sungai, paya dan lombong.

b. Tangki gentian kaca

Tangki yang diperbuat daripada filamen kaca yang


halus.

c. Tangki konkrit

Tangki yang dibuat daripada batu bata dan simen.

d. Skala ternakan

Julat bilangan ikan yang hendak diternak mengikut


keluasan kolam dan saiz ikan.

e. Batu pengudaraan

Batu yang disambungkan kepada pam pengudaraan


untuk mengeluarkan gelembung udara.

f. Pam pengudaraan

Mesin penghembus udara.

g. pH meter

Meter penguji tahap keasidan atau kealkalian.

h. Dissolve oxygen
meter (DO meter):

Meter penguji kandungan oksigen terlarut.

i.

Secchi disk:

Piring penguji tahap kejernihan atau kekeruhan air.

j.

Water tester kit:

Alat penguji kualiti air yang mempunyai pelbagai


fungsi seperti pH, DO dan penguji kandungan bahan
kimia terlarut.

38

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN


1. Bahan multimedia seperti gambar kolam tanah/tangki konkrit/tangki gentian
kaca (fibreglass)/kanvas/sangkar terapung.
2. Batu pengudaraan, pam pengudaraan, sauk, pH meter, Water tester kit, DO
meter, anti klorin, penguji klorin dan garam dapur.

TUGASAN
1. Mengenal pasti jenis dan bentuk tangki.
2. Memilih jenis tangki untuk menternak ikan.
3. Menyenarai dan menyedia alatan untuk penyediaan tangki.
4. Menyenarai dan menyedia bahan untuk menternak ikan.
5. Menyediakan tangki untuk menternak ikan air tawar yang dipilih.

LANGKAH KERJA
1. Murid memilih tangki untuk menternak ikan air tawar.
2. Murid menyediakan tangki.

39

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

LATIHAN
Arahan : Jawab semua soalan dibawah.
1. Berdasarkan gambar tangki yang diberi, tuliskan bentuk tangki berkenaan
dalam ruang jawapan.
Bil

Rajah

Ruang Jawapan

i.

ii.

iii.

2. Berdasarkan rajah yang diberi, tuliskan nama dan kegunaan utama alatan
berkenaan dalam ruang jawapan
Bil

Rajah

Ruang jawapan

i.
Nama :
Kegunaan :

40

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Bil

Rajah

Ruang jawapan

ii.
Nama :
Kegunaan :

iii.
Nama :
Kegunaan :

iv.
Nama :
Kegunaan :

v.
Nama :
Kegunaan :

vi.
Nama :
Kegunaan :

41

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

3. Berdasarkan rajah yang diberi, tuliskan nama dan kegunaan utama bahan dan
alatan berkenaan dalam ruang jawapan
Bil

Rajah

Ruang Jawapan

i.
Nama :
Kegunaan :

ii.
Nama :
Kegunaan :

iii.
Nama :
Kegunaan :

iv.
Nama :
Kegunaan :

42

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

4. Isikan tempat kosong dengan penyataan yang betul berkenaan penyediaan


tangki ikan air tawar.
Tangki yang telah digunakan
a. Matikan sistem pengudaraan.
i) ....................................

b. .................................................................................
c. Keluarkan alat sistem pengudaraan.
d. Cuci kolam menggunakan berus dan taburkan
sedikit garam dapur.
e. Bilas.
f. Keluarkan air.

ii) Mengeringkan tangkil.

a. ......................................................................
b. ......................................................................

iii) Memasukkan air.

a. Sedalam 60cm.
b. Masukkan ........................ dengan kadar 2 biji
kristal untuk 5 liter air.

iv)Memasang .................
.......................................

a. Buat penyelenggaraan atau bersihkan

paip

pengudaraan dan batu pengudaraan.


b. Hidupkan sistem pengudaraan.

v)...............................dan
........................................
kualiti air.

a. Biarkan air dan sistem pengudaraan selama sehari


semalam.
b. Uji pH air, DO, dan kandungan klorin

43

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

UNIT 1 : MENTERNAK IKAN AIR TAWAR


STANDARD PEMBELAJARAN:
1.4

Memilih benih ikan untuk diternak.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid berkebolehan:
1.4.1 Memilih benih ikan seperti di 1.1.2. (muka surat : 2)
1.4.2 Menganggar bilangan benih ikan berdasarkan saiz tangki.
1.4.3 Memilih benih yang berkualiti seperti sihat, tiada kecacatan, cepat membesar,
dan tahan lasak.
1.4.4 Mengamalkan nilai-nilai murni dalam keusahawanan.

44

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Pelajar akan dapat memastikan bilangan benih yang hendak dipelihara agar dapat
hidup membesar dangan sihat mencapai standard yang dikehendaki.

Segala maklumat di atas boleh diperolehi melalui:


Media elektronik :

Komputer riba.

LCD.

Kamera digital.

Internet : www.aquahobby.com, www.dof.gov.my.

DVD : Ternakan ikan air tawar.

Television : Agro Jurnal, Bumi Kita, National Geographic.

Media cetak :

Surat khabar.

Majalah : Agro Tani, Pancing.

Brosur : Jabatan Perikanan.

Jurnal : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, universiti.

Buku panduan yang berkaitan.

45

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

KANDUNGAN/FAKTA

Memilih benih ikan untuk diternak


1) Memilih benih ikan air tawar seperti ikan keli, ikan tilapia, patin, lampam, dan
jelawat.
2) Anggaran pelepasan benih ikan berdasar saiz tangki adalah seperti berikut :

Jenis ikan

Kadar pelepasan benih (m)

Tilapia

5-10 ekor /m2

Keli

10-16 ekor /m2

Puyu

15-30 ekor /m2

Jelawat

5-10 ekor /m2

Patin

5-10 ekor /m2

3) Kriteria benih ikan yang diternak


a. Anak benih ikan yang tidak cacat.
b. Pembesaran tidak terbantut.
c. Aktif.
d. Mempunyai warna badan yang cerah.
e. Saiz sesuai mengikut umur.
f. Benih yang tahan lasak.

Maksud perkataan
a. Kriteria

Ciri-ciri

46

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN


1. Tangki simen.
2. Blower, batu angin (air stone) dan air turbine.
3. Sebuah tangguk tangan.
4. Benih ikan.
5. Alat ujian mutu air.
6. Air bersih secukupnya dari tangki simpanan air.
7. Alat diagnosa penyakit ikan.
8. Garam kasar.
9. Anti klorin
TUGASAN
1. Memilih benih ikan yang hendak dipelihara
2. Menganggar bilangan benih ikan yang hendak dipelihara berdasarkan saiz
tangki.
3. Memilih benih barkualiti.

LANGKAH KERJA
1. Murid mengenalpasti benih ikan air tawar yang hendak dipelihara.
2. Murid menyediakan bekas atau kolam yang hendak dipelihara.
3. Murid memasukan air yang dirawat ke dalam takungan atau kolam pelihara.
4. Murid memilih benih yang berkualiti.

47

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

LATIHAN
Arahan : Jawab semua soalan di bawah.
1) Berdasarkan jenis ikan dan keluasan per meter persegi , tuliskan nama ikan dan
anggaran pelepasan benih ikan berdasar saiz tangki dalam ruang jawapan.

Jenis ikan

Kadar pelepasan benih


per meter persegi (m2)

Tilapia

_________ ekor /m2

.........................

10-16 ekor /m2

Puyu

_________ ekor /m2

.........................

5-10 ekor /m2

Patin

_________ ekor /m2

2) Isikan tempat kosong berikut tentang pemilihan kriteria benih ikan yang akan
diternak
a. Anak benih ikan yang tidak cacat.
b. ......................................................................................................................
c. ......................................................................................................................
d. ......................................................................................................................
e. Benih yang tahan lasak.

48

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

UNIT 1 : MENTERNAK IKAN AIR TAWAR


STANDARD PEMBELAJARAN:
1.5

Melepas benih ikan.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid berkebolehan:
1.5.1 Melepaskan benih ikan mengikut prosedur iaitu merendamkan bungkusan
benih ke dalam tangki ternakan, membuka ikatan plastik pembungkus, dan
melepaskan benih secara perlahan-lahan.
1.5.2 Membuat pemerhatian awal benih ikan berdasarkan tingkahlaku selepas
dilepaskan.
1.5.3 Mengambil tindakan susulan berdasarkan pemerhatian tingkahlaku benih ikan
tersebut.
1.5.4 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti.

Segala maklumat di atas boleh diperolehi melalui:


Media elektronik :

Komputer riba.

LCD.

Kamera digital.

Internet : www.aquahobby.com, www.dof.gov.my.

DVD : Ternakan ikan air tawar.

Television : Agro Jurnal, Bumi Kita, National Geographic.

Media cetak :

Surat khabar.

Majalah : Agro Tani, Pancing.

Brosur : Jabatan Perikanan.

Jurnal : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, universiti.

Buku panduan yang berkaitan.

49

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Pelepasan benih ikan merupakan suatu proses kerja melepaskan benih ikan ke
dalam kolam tanah, tangki konkrit, tangki gentian kaca (fibreglass), kanvas, dan
sangkar terapung.

Teknik pelepasan benih ikan mesti mengikut prosedur agar peratus hidup tinggi
dan mengelakkan pertumbuhan ikan tidak terbantut.

KANDUNGAN/FAKTA

Pelepasan benih ikan merangkumi:


1)

Kadar pelepasan benih ikan


a. Kadar pelepasan yang disyorkan adalah antara 10 40 ekor semeter
persegi.
b. Bagi kolam simen yang luasnya 2.0 m x 2.0 m persegi, jumlah ikan yang
akan diternak ialah antara 40 160 ekor.

2)

Prosedur pelepasan
a. Memilih benih untuk dilepaskan.
b. Menganggarkan kadar pelepasan mengikut saiz benih yang sesuai dengan
keluasan sistem ternakan. Contoh pengiraan bagi melepaskan benih ikan
tilapia bersaiz 2.5cm.
Kolam 4 meter lebar dan 6 meter panjang.
Kadar pelepasan = luas kolam X 40 ekor/meter persegi
= (4m X 6 m) X 40 ekor/m2
= 24m2 X 40 ekor/m2
= 960 ekor
Anggaran benih ikan dilepaskan antara 900 hingga 1000 ekor

50

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

c. Proses melepaskan benih ikan ini boleh dilakukan pada awal pagi, lewat
petang atau malam kerana suhu air yang lebih rendah.
d. Benih-benih yang dibungkus dalam beg plastik direndam di dalam air sistem
ternakan sekurang-kurangnya 15 minit atau sehingga suhu air dalam beg
plastik dan air dalam kolam adalah sama.

Proses menyamakan suhu air

e. Kemudian buka beg plastik berkenaan, masukkan air kolam ke dalam beg
tersebut perlahan-lahan dan biarkan benih-benih tersebut keluar ke dalam
kolam seekor demi seekor.
f. Ulangi proses ini sehingga semua benih dilepaskan ke dalam kolam
ternakan.

Proses melepaskan anak benih

g. Membuat pemerhatian benih ikan berdasarkan tingkah laku seperti keaktifan


dan jumlah kematian.
51

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

h. Mengambil tindakan susulan sekiranya didapati benih menghadapi masalah


seperti:
i.

Mengasingkan benih yang kurang aktif untuk rawatan.

ii.

Menyauk benih yang mati.

i. Memastikan semua prosedur pelepasan anak benih ikan dipatuhi.


j. Murid merekodkan butiran pelepasan seperti jenis benih ikan, tarikh, masa
dan jumlah anak benih.

52

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN


1. Kasut getah (boot getah).
2. Rekod pelepasan anak benih.
3. Sauk atau tangguk.
4. Bekas air.
5. Bahan-bahan ubatan seperti metelina biru dan arcliflavin.
6. Tong sampah.

TUGASAN
1. Melepaskan anak benih ikan mengikut prosedur.

LANGKAH KERJA
1. Murid memperolehi bungkusan anak benih ikan berdasarkan anggaran yang
hendak dilepaskan.
2. Murid merendam bungkusan anak benih.
3. Murid membuka getah pengikat bungkusan benih ikan.
4. Murid memasukkan air ke dalam bungkusan sedikit demi sedikit.
5. Murid melepaskan benih ikan mengikut prosedur.
6. Murid membuat pemerhatian.
7. Murid membuat tindakan susulan berdasarkan pemerhatian sekiranya terdapat
masalah.
8. Murid mengutip dan mengumpul plastik pembungkus ke dalam tong sampah
untuk dikitar semula.
9. Murid merekodkan butiran pelepasan.
10. Murid mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan tugasan.

53

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

LATIHAN
Arahan : Jawab semua soalan di bawah.

1. Berapakah kadar pelepasan ikan yang disyorkan untuk keluasan semeter


persegi.
A.

Antara 10 20 ekor semeter persegi.

B.

Antara 10 30 ekor semeter persegi.

C.

Antara 10 40 ekor semeter persegi.

D.

Antara 10 50 ekor semeter persegi.

2. Nyatakan masa yang sesuai untuk pelepasan benih ikan


a. ......................................................
b. ......................................................
c. ......................................................
d. ......................................................

3. Namakan proses yang sedang dilakukan berdasarkan rajah yang diberi.

Proses : ...........................................................................................................

54

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

4. Tuliskan langkah kerja pelepasan benih ikan dalam ruang jawapan yang diberi.
i.

Murid memperolehi bungkusan anak benih ikan berdasarkan anggaran


yang hendak dilepaskan.

ii.

......................................................................................................................

iii.

......................................................................................................................

iv.

......................................................................................................................

v.

Murid memasukkan air ke dalam bungkusan sedikit demi sedikit.

vi.

......................................................................................................................

vii.

Murid membuat pemerhatian.

viii.

Murid membuat tindakan susulan berdasarkan pemerhatian sekiranya


terdapat masalah.

ix.

Murid mengutip dan mengumpul plastik pembungkus ke dalam tong


sampah untuk dikitar semula.

x.

......................................................................................................................

xi.

Murid mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan tugasan.

55

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

UNIT 2 : MENGURUS TERNAKAN IKAN AIR TAWAR


STANDARD PEMBELAJARAN:
2. 1

Mengenal pasti makanan ikan air tawar.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid berkebolehan:
2.1.1 Menyenaraikan kategori makanan ikan air tawar iaitu terapung atau
tenggelam.
2.1.2 Menyenaraikan jenis makanan ikan iaitu permulaan, pembesaran dan
penamat.
2.1.3 Memilih jenis makanan ikan berdasarkan jenis dan saiz ikan air tawar yang
diternak.

56

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Makanan ikan air tawar merupakan keperluan untuk pembesaran dan pembiakan.
Boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz. Kandungan zat pemakanannya
bergantung kepada kualiti penyediaan dan peringkat pembesaran. Ia boleh dibuat
sendiri atau dibeli.
Pengurusan ternakan ikan yang baik menggunakan jenis makanan mengikut
peringkat pembesaran seperti makanan permulaan (starter), makanan pembesaran
(grower), dan makanan penamat (finisher).

Segala maklumat di atas boleh diperolehi melalui:


Media elektronik :

Komputer riba.

LCD.

Kamera digital.

Internet : www.aquahobby.com, www.dof.gov.my.

DVD : Ternakan ikan air tawar.

TV : Agro Jurnal, Bumi Kita, National Geographic.

Media cetak :

Surat khabar.

Majalah : Agro Tani, Pancing.

Brosur : Jabatan Perikanan.

Jurnal : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, universiti.

Buku panduan yang berkaitan.

57

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

KANDUNGAN/FAKTA

1) Kategori makanan ikan.


a. Terapung.
Kategori terapung bermaksud makanan yang diberi itu akan berada pada
permukaan air. Ikan akan mengambil makanan pada bahagian atas air kolam
atau tangki. Sesuai untuk semua jenis ikan.

b. Tenggelam.
Kategori tenggelam pula bermaksud makanan yang diberi akan tenggelam
hingga ke dasar kolam atau tangki penternakan. Biasanya untuk jenis ikan
makan di dasar kolam. Contohnya baung, keli.

2) Jenis makanan ikan.


Pemberian makanan ikan bergantung kepada peringkat pembesaran, tempoh
pemberian, dan juga kos. Biasanya jenis makanan yang mengandungi peratus
protein yang tinggi adalah lebih mahal berbanding jenis makanan yang rendah
kandungan proteinnya.

a. Makanan permulaan (starter)


Diberi kepada anak-anak ikan (atau peringkat awal pembesaran ikan) sehingga
berumur 4 minggu. Makanan ini mengandungi zat protein yang tinggi (boleh
mencapai sehingga 40%).

b. Makanan pembesaran (grower)


Diberi kepada anak-anak ikan yang sedang membesar (iaitu pada peringkat
pertengahan pembesaran ikan) dari umur 4 minggu sehingga 12 minggu.
Kandungan protein telah bekurangan (biasa nya tidak melebihi 35%).

c. Makanan penamat (finisher)


Diberi kepada ikan yang mencapai saiz pasaran dari umur 12 hingga 16 minggu
atau sehingga dipasarkan (kandungan protein nya di antara 15-25%) .

58

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Rajah : Contoh Makanan Ikan

59

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Maksud perkataan

a. Air tawar

Air yang tahap kemasinannya ialah 0 ppt (bahagian


per seribu)

Tindakan mengeluarkan klorin daripada air paip


dengan kaedah diberi pengudaraan, dibiarkan
semalaman, atau dimasukkan anti klorin.
Haiwan yang makan semua jenis makanan
(tumbuhan dan haiwan).
Makanan rumusan yang dihasilkan dalam pelbagai
bentuk butiran.
Menyuntik bahan kimia untuk mempercepatkan
proses pembiakan.

b. Nyah klorin
c. Omnivor
d. Pellet
e. Aruhan

:
:
:

f. Saiz matang

Saiz yang mencapai tahap boleh membiak.

g. Sirip adipos

Salah satu bahagian luaran badan ikan.

Saiz bekas yang kecil tetapi boleh dimasukkan


bilangan ikan yang banyak.
Mampu hidup dalam keadaan persekitaran yang
sedikit mencabar.

h. Kepadatan tinggi
i. Tahan lasak

j. Mengasuh anak

Menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

k. Operkulum

Penutup insang.

Sirip yang berada pada bahagian bawah perut


ikan.

Ekor ikan.

Sirip yang berada pada bahagian atas badan ikan


antara kepala dan ekor ikan.

l. Sirip anal
m.Sirip kaudal
n. Sirip dorsal

60

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN


1. Sauk.
2. Bekas.
3. Pam pengudaraan (blower).
4. Air tawar/air paip yang dinyahkan klorin.
5. Ikan air tawar seperti keli, tilapia, baung, puyu, patin, lampam, dan jelawat.

TUGASAN
1. Menyenarai jenis-jenis ikan air tawar.
2. Mengenal jenis ikan air tawar.
3. Menentu jenis ikan air tawar untuk diternak.

LANGKAH KERJA
1. Murid menyenarai jenis ikan air tawar berdasarkan pengalaman sedia ada.
2. Murid menyebut jenis ikan air tawar yang ditunjuk oleh guru.
3. Murid menentu jenis ikan air tawar untuk diternak berdasarkan kemudahan
sedia ada.

61

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

LATIHAN

Arahan : Jawab semua soalan di bawah.

1) Nyatakan kategori makanan ikan yang betul berdasarkan penyataan berikut :


a. ................................................
Maksud : makanan yang diberi itu akan berada pada permukaan air.

b. ...............................................
Maksud : makanan yang diberi akan tenggelam hingga ke dasar kolam.

2) Namakan jenis-jenis makanan ikan yang terdapat dipasaran.


a. ........................................................................................
b. ........................................................................................
c. ........................................................................................

62

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

UNIT 2 : MENGURUS TERNAKAN IKAN AIR TAWAR


STANDARD PEMBELAJARAN:
2. 2 Memelihara ikan air tawar.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid berkebolehan:
2.2.1 Membuat pemerhatian ternakan ikan air tawar seperti

tingkah laku ikan,

sistem pengudaraan dan kualiti air.


2.2.2 Mengambil tindakan berdasarkan dapatan di 2.2.1. (jika perlu).
2.2.3 Memberi ikan air tawar makan sekadar cukup (ad-libitum) sekurangkurangnya dua kali sehari.
2.2.4 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan mengelakkan pembaziran
semasa melakukan aktiviti.

63

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Modul ini membolehkan murid menternak ikan air tawar dari peringkat pemilihan
benih sehingga ke saiz yang boleh dimakan atau dipasarkan mengikut prosedur
tertentu. Ikan dapat hidup dengan sihat dan mencapai standard yang dikehendaki.

Segala maklumat di atas boleh diperolehi melalui:


Media elektronik :

Komputer riba.

LCD.

Kamera digital.

Internet : www.aquahobby.com, www.dof.gov.my.

DVD : Ternakan ikan air tawar.

Television : Agro Jurnal, Bumi Kita, National Geographic.

Media cetak :

Surat khabar.

Majalah : Agro Tani, Pancing.

Brosur : Jabatan Perikanan.

Jurnal : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, universiti.

Buku panduan yang berkaitan.

64

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

KANDUNGAN/FAKTA

Pengurusan ternakan ikan


1) Pemantauan tingkah laku ikan
Kerja-kerja pemantauan ini perlu dilakukan setiap hari. Buangkan ikan yang telah
mati untuk mengelakkan bakteria berkembang biak. Perhatikan ikan yang
berkelakuan seperti di bawah.

Tanda-tanda ikan yang diserang penyakit adalah seperti berikut:


a. Pergerakkan tidak aktif
b. Mengasingkan diri dari kumpulan.
c. Sentiasa berada dipermukaan air
d. Berenang tidak tentu arah
e. Mengeselkan badan pada dinding kolam
f. Tidak selera makan
g. Ekor reput
h. Kehilangan lendir pada badan.

Ikan-ikan yang berkelakuan demikian perlu diasingkan, dijalankan ujian diagnosa


dan dirawat dengan kaedah rawatan yang sesuai.

2) Pemantauan kualiti air ternakan

Kualiti air perlu dipantau dan dikaji sebelum benih dilepaskan dan semasa
ternakan sedang dijalankan. Tahap parameter mutu air yang sesuai untuk ikan
hidup dan membesar adalah seperti berikut :

i. Oksigen terlarut

- melebihi 5.0 miligram/liter (mg/l)

ii. Suhu

- 28 C 32 C

iii. pH

- 6.5 pH 8.3 pH

iv. Ammonia

- kurang dari 0.02 ppm

v. Nitrat

- kurang dari 0.02 ppm

vi. Nitrit

- kurang dari 0.02 ppm

65

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Sekiranya mutu air berada pada tahap yang kurang memuaskan, tindakan
pembetulan perlu dijalankan. Jika oksigen terlarut rendah, pasangkan alat
pengudaraan. Kalau suhu terlalu rendah, dedahkan kolam tersebut kepada
cahaya matahari. Sekiranya pH, ammonia, nitrat dan nitrit terlalu tinggi ganti air
kolam dengan air baru dan bersihkan tangki daripada najis dan sisa makanan.

Peralatan uji mutu air

Ujian mutu air sedang dijalankan

3) Memasang alat pengudaraan


Alat pengudaraan

dipasang untuk memastikan kandungan oksigen larut di

dalam air berada pada paras yang sesuai untuk ikan hidup dan membesar. Paras
oksigen larut yang diperlukan oleh ikan ialah melebihi 5.0 mg/l. Alat pengudaraan
yang boleh digunakan untuk membekalkan oksigen ialah blower, paddle wheel
dan aerator.

Aerator

Paddle wheel

66

Blower

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

4) Pemberian makanan ikan


Pemberian makanan merupakan satu perkara yang penting bagi memastikan
kadar pembesaran ikan berlaku dengan cepat mengikut masa yang ditetapkan.
Perkara yang perlu diambilkira dalam pemberian makanan ialah memberi makan
ikan tepat pada waktunya dan pada kuantiti yang tetap bagi memastikan ikan
yang diternak mendapat makanan yang secukupnya.

Pekerja sedang memberi makan ikan

Di antara langkah-langkah penting dalam pemberian makanan ialah:

Perkara yang perlu diambil perhatian


a.

Mengikut jadual pemberian makanan yang ditetapkan iaitu mengikut


masa yang sesuai dan tepat.

b. Makanan yang diberi mengikut kuantiti yang telah ditetapkan


c. Makanan yang diberi mestilah mencukupi bagi keseluruhan ikan
d.

Makanan diberi pada tempat yang sama bagi memudahkan ikan


mencarinya

e.

Semasa pemberian makanan pastikan cuaca adalah sesuai seperti


cuaca cerah

67

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Saiz badan anak Ikan yang


diternak

% Makanan yang diberi mengikut


berat badan ikan

2 inci ke bawah

6 10 %

2 6 inci

36%

Melebihi 6 inci

2%

Kaedah pemberian makanan kepada anak ikan yang diternak


1. Tabur makanan di dalam bekas makanan atau pada tempat yang sama setiap
hari.
2. Bagi memastikan makanan yang diberi mencukupi, kita boleh mengunakan
kaedah mencuba-cuba di

mana makanan ikan diberi secara perlahan-lahan

sehingga ikan berhenti makan. (memerlu masa yang lama tetapi kuantiti
makanan boleh dikawal)
3. Ikan diberi makan dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
4. Kaedah pemberian mengikut peratus berat badan

Contoh langkah pengiraan makanan berdasarkan peratus berat badan:1. Jumlah ikan yang diternak ialah 500 ekor.
2. Ambil 10 ekor ikan secara rawak dan timbang.
3. Kira purata berat 10 ekor ikan tersebut.
4. Purata berat tersebut didarabkan dengan jumlah ikan yang diternak.
5. Akhirnya, jumlah yang dihasilkan darab dengan 10%.

Formula:
Jumlah makanan yang diperlukan = (Purata berat x jumlah ikan) x 10%
Contoh pengiraan:
Jumlah ikan yang diternak

= 500 ekor ikan

Purata berat badan ikan

= 100g seekor

Jumlah makanan yang diperlukan

= (100 x 500) x 10%


= 5000g
= 5kg (sehari)

Bermaksud: makanan diberi 2.5 kg sebelah pagi dan 2.5 kg sebelah petang.

68

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Maksud perkataan

a.

Air tawar

Air yang tahap kemasinannya ialah 0 ppt


(bahagianper seribu)

b.

Nyah klorin

Tindakan mengeluarkan klorin daripada air paip


dengan kaedah diberi pengudaraan, dibiarkan
semalaman, atau dimasukkan anti klorin.

69

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
1. Sauk.
2. Kalkulator
3. alat penimbang
4. Makanan ikan
5. Alat ujian air
6. Mesin pengudaraan

TUGASAN
1. Merekod tingkah laku ikan, keadaan sistem pengudaraan dan keadaan kualiti
air (pH, Oksigen terlarut, Ammonia, Nitrat, Nitrit, dan kadar kekeruhan).
2. Menganggar keperluan makanan berdasarkan bilangan ikan yang diternak.

LANGKAH KERJA
1. Murid melakukan pemantauan kualiti air dengan menggunakan alat ujian mutu
air untuk menguji kandungan oksigen terlarut, suhu, pH, ammonia, nitrat dan
nitrit.
2. Murid membuat tindakan pembetulan iaitu:
i. Memasangkan alat pengudaraan.jika kandungan oksigen terlarut rendah.
ii. Mendedahkan kolam tersebut kepada cahaya matahari.jika suhu terlalu
rendah.
iii. Menggantikan air kolam dengan air baru jika pH, ammonia, nitrat dan nitrit
terlalu tinggi atau rendah.
3. Membersihkan kolam daripada najis dan sisa makanan.
4. Merekodkan pemerhatian dan jumlah makanan yang diberi setiap hari untuk
rujukan pada masa depan.
5. Memberi makanan mengikut keperluan iaitu :
i.

Mengikut umur ikan iaitu makanan permulaan (starter), makanan pembesaran


(grower) dan makanan penamat (finisher).
ii.

Makanan diberi dua kali sehari iaitu pada jam 9.00 pagi dan 4.00 petang.

70

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

iii.

Memberi makanan mengikut kadar pemberian makanan. (Rujuk Jadual


Kadar Pemberian Makanan)

iv.

Makanan diberi dengan cara menabur sedikit demi sedikit sehingga semua
makanan habis diberi kepada ikan.

6.

Melakukan

kerja-kerja

penyampelan

ikan

dua

minggu

sekali

untuk

menganggarkan jumlah dan berat semua ikan bagi menentukan jumlah


makanan yang perlu diberi untuk minggu berikutnya.

71

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

LATIHAN
Arahan : Jawab semua soalan di bawah.

1. Tuliskan di ruang kosong dengan tanda-tanda ikan yang diserang penyakit.


a. Pergerakkan tidak aktif
b. ......................................................................................................................
c. Sentiasa berada dipermukaan air
d. ......................................................................................................................
e. Mengeselkan badan pada dinding kolam
f. ......................................................................................................................
g. Ekor mereput
h. ......................................................................................................................

2. Isikan tempat kosong dengan langkah-langkah penting dalam pemberian


makanan

Perkara yang perlu diambil perhatian


a.

Mengikut jadual pemberian makanan yang ditetapkan iaitu mengikut


masa yang sesuai dan tepat.

b.

c.

d.

e.

72

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

3.

Penternak ikan air tawar akan membuat tindakan pembetulan berikut :


i.

Memasangkan alat pengudaraan.jika ................................................


............................................................................................................

ii.

Mendedahkan ...............................................................................jika suhu


terlalu rendah.

iii.

..................................................................................................... jika pH,


ammonia, nitrat dan nitrit terlalu tinggi atau rendah.

4. Hitungkan jumlah makanan yang diperlukan melalui formulasi berikut:

(Purata berat x jumlah ikan) x 10%

Kerja pengiraan:
Jumlah ikan yang diternak

= 1000 ekor ikan

Purata berat badan ikan

= 100g seekor

Jumlah makanan yang diperlukan

= (______ x ______) x _____%


= _______g
= _________kg (sehari)

Kesimpulan : Kadar makanan yang diberi sebelah pagi _________ kg sebelah


petang ________ kg.

73

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

UNIT 2 : MENGURUS TERNAKAN IKAN AIR TAWAR


STANDARD PEMBELAJARAN:
2. 3 Mencegah penyakit ikan air tawar.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid berkebolehan:

2.3.1 Menyatakan prosedur pencegahan penyakit iaitu menjaga kualiti air,


pemberian makanan, penggunaan alatan, mengurangkan tekanan (stress),
dan menjaga kebersihan tempat kerja.
2.3.2 Melakukan

pencegahan

penyakit

dengan

melaksanakan

pengurusan

berjadual.
2.3.3 Mengamalkan

langkah-langkah

keselamatan

melakukan aktiviti.

74

dan

kebersihan

semasa

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Pencegahan penyakit adalah suatu langkah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan
ternakan ikan air tawar daripada serangan penyakit. Prosedur pencegahan perlu
dilakukan secara pengurusan berjadual.

Prosedur pencegahan penyakit ini seperti menjaga kualiti air, pemberian makanan,
penggunaan alatan, mengurangkan tekanan (stress), dan menjaga kebersihan
tempat kerja.

Segala maklumat di atas boleh diperolehi melalui:

Media elektronik :
Komputer riba.
LCD.
Kamera digital.
Internet : www.aquahobby.com, www.dof.gov.my.
DVD : Ternakan ikan air tawar.
Television : Agro Jurnal, Bumi Kita, National Geographic.

Media cetak :
Surat khabar.
Majalah : Agro Tani, Pancing.
Brosur : Jabatan Perikanan.
Jurnal : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, universiti.
Buku panduan yang berkaitan.

75

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

KANDUNGAN/FAKTA

Prosedur pencegahan penyakit berjadual seperti:


1)

Menjaga kualiti air.


a.

Memastikan parameter mutu air iaitu kandungan oksigen terlarut, suhu,


pH, ammonia, nitrat dan nitrit seperti yang ditetapkan.

Menguji pH air

b.

Menguji suhu air, pH, ammonia, nitrat dan nitrit supaya mengikut
parameter

Aktiviti menguji paras parameter air

76

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

c.

Membuat tindakan susulan seperti menukar air sekiranya didapati kualiti


air menurun sebanyak 10% atau memindahkan ikan ke tempat lain.

2)

Pemberian makanan.
a.

Mengasingkan makanan dengan tidak mencampurkan makanan baru dan


lama di dalam satu bekas.

b.

Memastikan hanya makanan yang diberi bersih, segar dan tidak berkulat.

c.

Memberi makanan secara ad-libitum iaitu sekadar cukup.

d.

Makanan diberi dua kali sehari iaitu pada jam 9.00 pagi dan 4.00 petang.

e.

Makanan yang berlebihan hendaklah dikeluarkan bagi mengelakkan


kualiti air terjejas.

3)

4)

5)

Penggunaan alatan.
a.

Memastikan alatan yang digunakan sentiasa bersih.

b.

Membersihkan dan menyimpan alatan selepas digunakan.

Mengurangkan tekanan (stress).


a.

Mengurangkan gangguan terhadap habitat ikan.

b.

Memastikan paras parameter air dipatuhi.

c.

Melakukan sanitasi/kebersihan tempat ternakan.

d.

Mengasingkan ikan mengikut saiz fizikal.

Menjaga kebersihan tempat kerja.


a.

Sentiasa memastikan peraturan bengkel/tempat kerja dipatuhi.

b.

Sentiasa menjaga sanitasi tempat kerja sebelum, semasa dan selepas


aktiviti.

Maksud perkataan

a.

Ad-libitum

Memberi makan sekadar cukup.

b.

Sanitasi

Penjagaan kebersihan secara berjadual.

77

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN


1.

Alat menguji parameter air.

2.

Alat membersih seperti penyapu dan penolak air.

3.

Garam dapur.

4.

Pam pengering air.

5.

Sauk/tangguk tangan.

TUGASAN
1. Menjalankan pencegahan penyakit ikan air tawar.

LANGKAH KERJA
1.

Murid membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku ikan.

2.

Murid menguji parameter air yang diperlukan.

3.

Murid menjalankan tindakan sekiranya kualiti air terjejas.

4.

Murid memastikan pemberian makanan pada kadar yang ditetapkan dan


mengikut prosedur.

5.

Murid menjalankan tindakan menyauk makanan yang berlebihan.

6.

Murid memastikan semua peralatan yang digunakan berkeadaan bersih.

7.

Murid membersih dan menyimpan semua peralatan ke tempat yang


ditetapkan.

8.

Murid mengurangkan gangguan pada habitat ikan.

9.

Murid menjalankan pengendalian ikan mengikut prosedur.

10. Murid membersihkan tempat ternakan termasuk kawasan sekitarnya.


11. Murid menggunakan garam sebagai bahan pencegahan penyakit ikan air
tawar.

78

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

LATIHAN
Arahan : Jawab semua soalan di bawah.

Menjaga kualiti air

Pemberian makanan

Mengurangkan tekanan (stress)

1.

Penggunaan alatan

Penjagaan kebersihan tempat kerja

Pernyataan di atas adalah berkaitan tentang prosedur tertentu. Apakah


prosedur itu?
A. Prosedur pemberian makanan

B. Prosedur penjagaan kesihatan

C. Prosedur pencegahan penyakit

D. Prosedur kualiti kerja

Rajah : Menguji parameter air.

2.

Tuliskan tujuan pengujian di atas dijalankan.


i.

Menguji ............................................................................

ii.

Menguji ............................................................................

iii.

Menguji ............................................................................

iv.

Menguji ............................................................................

v.

Menguji ............................................................................

79

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

3) Isikan tempat kosong berikut tentang prosedur pemberian makanan.


a. Mengasingkan makanan dengan tidak mencampurkan makanan baru dan
lama di dalam satu bekas.
b. ......................................................................................................................
c. ......................................................................................................................
d. ......................................................................................................................
e. Makanan yang berlebihan hendaklah dikeluarkan bagi mengelakkan kualiti air
terjejas.

4) Nyatakan prosedur penggunaan alatan seperti yang telah anda pelajari.


a. ......................................................................................................................
b. ......................................................................................................................

5)

Isikan tempat kosong berikut dengan prosedur mengurangkan tekanan (stress)


pada ikan.
a. Mengurangkan gangguan terhadap habitat ikan.
b. .....................................................................................................................
c. .....................................................................................................................
d. Mengasingkan ikan mengikut saiz fizikal.

6) Menjaga kebersihan tempat kerja.


a. ......................................................................................................................
b. ......................................................................................................................

80

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

UNIT 2 : MENGURUS TERNAKAN IKAN AIR TAWAR


STANDARD PEMBELAJARAN:
2. 4 Mengawal penyakit ikan air tawar.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid berkebolehan:

2.4.1 Menyatakan tanda-tanda penyakit ikan seperti ulser pada kulit, tercungapcungap, berenang tidak tentu arah, kehilangan lendir, dan sebagainya.
2.4.2 Membuat pemerhatian berdasarkan tingkah laku ikan seperti di 2.4.1.
2.4.3 Melakukan aktiviti merawat ikan iaitu mengasingkan ikan, diagnosa
(mengenal pasti penyakit), menentukan ubatan, kaedah rawatan, dan
merawat ikan.
2.4.4 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti.

81

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Penyakit ikan merupakan faktor serius yang boleh menghalang perkembangan
akuakultur. Kerugian ekonomi yang besar boleh dicegah melalui pengurusan
kesihatan yang baik. Ikan berpenyakit boleh dikenal pasti melalui tanda-tanda
umum penyakit.

Penyakit ikan boleh dikawal melalui perlindungan dan pencegahan. Perlindungan


ialah tindakan mengawal persekitaran tempat tinggal ikan dan patogen. Manakala
pencegahan adalah merujuk kepada membina kekuatan ikan dan ketahanannya
melawan penyakit.

Segala maklumat di atas boleh diperolehi melalui:


Media elektronik :

Komputer riba.

LCD.

Kamera digital.

Internet : www.aquahobby.com, www.dof.gov.my.

DVD : Ternakan ikan air tawar.

Television : Agro Jurnal, Bumi Kita, National Geographic.

Media cetak :

Surat khabar.

Majalah : Agro Tani, Pancing.

Brosur : Jabatan Perikanan.

Jurnal : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, universiti.

Buku panduan yang berkaitan.

Z. Kabata. 1985. Parasites and Diseases of Fish Cultured in the Tropics.


Diterjemahkan oleh Faizah Shaharom, Kuala Lumpur. Penerbit Dewan Bahasa
dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris).

82

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

KANDUNGAN/FAKTA
1.

Pemerhatian tanda-tanda umum ikan berpenyakit ialah:


a. Berenang tidak tentu arah.
b. Mengasingkan diri dari kumpulan.
c.

Sentiasa berada di permukaan air untuk bernafas atau tercungap-cungap.

d. Tidak mahu makan.


e. Menggeselkan badan pada dinding tangki.
f.Terdapat kecederaan atau luka (ulser) pada anggota badan.
g. Terdapat parasit pada anggota badan.
h. Kehilangan lendir pada badan.

2.

Rawatan awal penyakit untuk ikan-ikan yang mempunyai tanda-tanda umum


seperti di atas ialah:
a. Mengasingkan ikan yang berpenyakit dan dicelupkan ke dalam larutan air
garam (kepekatan 30ppt) selama dua saat.
b. Memasukkan garam dapur (anggaran 100g garam ke dalam 25m3 air).
c.

Atau menggantikan air.

d. Rawatan juga boleh dilakukan dengan menggunakan bahan kimia tertentu.


(Murid dilarang menggunakan kaedah ini. Sila rujuk pegawai Jabatan
Perikanan).

3.

Langkah-langkah perlindungan termasuklah:


a. Membekalkan air yang bebas daripada unsur-unsur pembawa penyakit.
Kebanyakan spesis ikan boleh hidup dalam air yang rendah mutunya.
Namun begitu, elakkan daripada menggunakan air daripada sumber yang
tercemar.
b. Memberi makanan bebas daripada unsur-unsur pembawa penyakit.
Makanan yang diberi hendaklah diperolehi daripada pengeluar yang
diakui berkualiti. Elakkan membeli makanan daripada sumber yang
diragui kerana bimbang mereka menggunakan bahan yang kurang
berkualiti dan tercemar.
c.

Menjaga kebersihan dalam semua aspek penternakan. Keadaan


kebersihan yang baik boleh memperbaiki tahap kesihatan dan mencegah

83

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

atau membantutkan pertumbuhan patogen. Oleh itu, dapat mengawal


ternakan daripada diserang penyakit.
d. Mengawal kemasukan ikan liar ke kolam atau tangki ternakan. Ikan liar
biasanya merupakan pembawa kepada patogen dan boleh menyebabkan
kerosakan kepada ikan yang diternak. Oleh itu, kawal kemungkinan ikan
liar masuk ke kolam atau tangki pada musim banjir.
e. Menguatkuasakan peraturan import atau eksport ikan.Pihak berkuasa
kesihatan ikan (seperti Jabatan Perikanan) hendaklah membuat kawalan
dan penguatkuasaan tentang peraturan membawa ikan masuk atau
keluar negara. Langkah ini dapat mengawal penyakit ikan merebak
merentas negara.
f.

Menjalankan kuarantin kepada ikan-ikan yang dibawa masuk ke dalam


negara.Kuarantin ialah mengasingkan bekalan ikan yang baru masuk
atau keluar negara. Tempoh kuarantin sepatutnya melebihi jangkamasa
pendam patogen dan mengawal jangkitan daripada disebarkan kepada
ikan-ikan tempatan.

g. Menjalankan pemeriksaan kesihatan ikan secara berkala.Pemeriksaan


berkala kesihatan ikan patut dilakukan sekerap yang mungkin supaya
dapat

mengenalpasti

kemungkinan

ikan

diserang

penyakit

dan

mengambil langkah-langkah pengawalan dan pencegahan.


h. Menjalankan penggredan mengikut umur.Penggredan dapat mengawal
perpindahan agen penyakit daripada ikan yang lebih dewasa kepada ikan
yang lebih muda kerana ikan muda mempunyai daya tahan penyakit yang
rendah.

4.

Langkah-langkah pencegahan:
a. Masukkan ikan mengikut kepadatan yang sesuai dengan saiz tangki.
Bilangan ikan yang sesuai sangat penting kerana adalah sukar untuk
menambah kandungan oksigen dalam air dan menambah ruang yang
diperlukan. Kepadatan yang berlebihan menyebabkan kekurangan jarak
di antara ikan. Keadaan ini boleh menyebabkan perpindahan menyilang
patogen.
b. Menghindarkan tekanan. Ikan mengalami tekanan apabila keperluan
hidupnya yang biasa merosot. Keadaan ini mempengaruhi pergerakan,
84

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

pencernaan, dan sistem saraf. Kesan seterusnya melemahkan tahap


imunisasinya dan memberi laluan kepada serangan patogen.
c.

Memilih baka ikan yang tinggi daya tahan melawan penyakit. Ikan yang
mempunyai daya tahan melawan penyakit yang tinggi dapat bertindak
meneutralkan antigen yang dikeluarkan oleh patogen.

Maksud perkataan
a. Air tawar : Air yang tahap kemasinannya ialah 0 ppt (bahagian per seribu)
b. Nyah klorin : Tindakan mengeluarkan klorin daripada air paip dengan kaedah
diberi pengudaraan, dibiarkan semalaman, atau dimasukkan anti klorin.
c. Omnivor: haiwan yang makan semua jenis makanan (tumbuhan dan
haiwan).
d. Pellet : makanan rumusan yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk butiran.
e. Aruhan: menyuntik bahan kimia untuk mempercepatkan proses pembiakan.
f. Saiz matang: saiz yang mencapai tahap boleh membiak.
g. Sirip adipos: salah satu bahagian luaran badan ikan.
h. Kepadatan tinggi : saiz bekas yang kecil tetapi boleh dimasukkan bilangan
ikan yang banyak.
i.

Tahan lasak : mampu hidup dalam keadaan persekitaran yang sedikit


mencabar.

j.

Mengasuh anak : menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

k. Operkulum : penutup insang.


l.

Sirip anal : sirip yang berada pada bahagian bawah perut ikan.

m. Sirip kaudal : ekor ikan.


n. Sirip dorsal : sirip yang berada pada bahagian atas badan ikan antara
kepala dan ekor ikan.
o. Import : membawa barangan dari luar negara masuk ke dalam negara.
p. Eksport : membawa keluar barangan dari dalam negara ke luar negara.
q. Patogen : agen atau organisma pembawa penyakit.
r. Antigen : bahan yang berfungsi merangsang pengeluaran antibodi.
s. Antibodi : bahan yang terbentuk dalam darah yang berfungsi menghalang
atau memusnahkan bakteria yang memudaratkan tubuh.

85

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

t.

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN


1.

Sauk.

2.

Bekas.

3.

Garam dapur (kasar).

TUGASAN
1.

Menyatakan tanda-tanda umum ikan berpenyakit.

2.

Memerhatikan tingkah laku ikan.

3.

Melakukan aktiviti rawatan awal penyakit.

LANGKAH KERJA
1.

Murid menyatakan tanda-tanda umum penyakit ikan air tawar.

2.

Murid memerhatikan tingkah laku dan menentukan sama ada ikan berpenyakit
atau tidak berdasarkan tanda-tanda yang diperhatikan.

3.

Murid menjalankan rawatan awal penyakit berdasarkan prosedur yang


ditentukan.

86

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

LATIHAN

Arahan : Jawab semua soalan di bawah.

1.

Isikan tempat kosong berikut tentang tanda-tanda umum ikan berpenyakit


ialah:
a. Berenang tidak tentu arah.
b. ........................................................................................................................
c.

Sentiasa berada di permukaan air untuk bernafas atau tercungap-cungap.

d. ........................................................................................................................
e. Menggeselkan badan pada dinding tangki.
f.

........................................................................................................................

g. Terdapat parasit pada anggota badan.


h. ........................................................................................................................

2.

Beberapa rawatan awal penyakit untuk ikan-ikan boleh dilakukan iaitu :


a. ............................................................................... dan dicelupkan ke dalam
larutan air garam (kepekatan 30ppt) selama dua saat.
b. .............................................................................. (anggaran 100g garam ke
dalam 25m3 air).
c.

Menggantikan ................................................

d. Rawatan juga boleh dilakukan dengan menggunakan bahan kimia tertentu.

87

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

UNIT 2 : MENGURUS TERNAKAN IKAN AIR TAWAR


STANDARD PEMBELAJARAN:
2. 5 Menuai ikan air tawar.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid berkebolehan:
2.5.1

Menentu tuai berdasarkan kategori tuaian (hidup atau segar atau beku).

2.5.2

Menuai hasil mengikut prosedur iaitu mengikut saiz (kecil, sederhana atau
besar) dan kategori tuai (hidup atau segar atau beku).

2.5.3

Menggunakan alatan mengikut prosedur.

2.5.4

Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti.

88

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Setelah ikan mencapai standard, ia perlu dituai mengikut prosedur agar dapat
memenuhi pemintaan. Pelajar dapat menggunakan peralatan tuaian dengan cekap
dan sempurna.

Segala maklumat di atas boleh diperolehi melalui:

Media elektronik :

Komputer riba.

LCD.

Kamera digital.

Internet : www.aquahobby.com, www.dof.gov.my.

DVD : Ternakan ikan air tawar.

Television : Agro Jurnal, Bumi Kita, National Geographic.

Media cetak :

Surat khabar.

Majalah : Agro Tani, Pancing.

Brosur : Jabatan Perikanan.

Jurnal : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, universiti.

Buku panduan yang berkaitan.

89

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

KANDUNGAN/FAKTA
Penuaian Hasil
Penuaian hasil mula dijalankan apabila ikan yang diternak mencapai saiz antara 400
g hingga 500 g seekor iaitu selepas empat bulan diternak. Tempoh ternakan adalah
bergantung kepada saiz benih yang dilepaskan. Mengutip hasil di dalam kolam
simen adalah lebih mudah berbanding dengan kolam tanah.

Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan yang hendak dituai iaitu:
Bil.

Perkara

Catatan

Penuaian secara sebahagian

menggunakan jala, pukat tangkul, dan


pukat tarik.

Penuaian keseluruhan

dilakukan dengan mengeringkan kolam


sepenuhnya

Proses membuang air kolam ternakan

Aktiviti penuaian ikan menggunakan pukat

sebanyak 50% air.

Ikan tilapia yangdituai menggunakan pukat

Ikan yang dituai dikumpul dalam kolam


simen sebelum dipasarkan

90

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

Langkah langkah Tuai Ikan

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mengurangkan air sebanyak 50%.

Hentikan bekalan oksigen dengan mematikan blower untuk menurunkan


kandungan oksigen larut. Kaedah ini berkesan dilakukan pada awal pagi. Apabila
oksigen terlarut berkurangan ikan-ikan akan mula gelisah dan berada di
permukaan air untuk bernafas.

Masukkan air untuk membentuk arus dan menambahkan oksigen larut. Pada
masa ini ikan akan tertarik kepada arus yang membekalkan oksigen larut. Semua
ikan akan bergerak menuju aliran air dan berkumpul di situ.

Dengan segera pukatkan ikan tersebut. Melalui cara ini hampir 90% ikan dapat
ditangkap dan pindahkan ke tangki simpanan sementara yang mengandungi air
dan oksigen terlarut yang tinggi, dan ikan akan kembali segar.

Seterusnya untuk mendapatkan baki ikan yang masih berada di dalam kolam,
keringkan air kolam tersebut dan tangkap ikan-ikan tersebut.

Umumnya, tidak semua ikan yang dituai dapat dijual sekali gus. Penternak perlu
menyediakan tempat seperti kolam khas (kecil), tangki, kotak styrofoam atau freezer
yang mengandungi air batu atau alat pengudaraan untuk menyimpan hasil
tangkapan sebelum dipasarkan. Semasa proses penyimpanan ikan air batu boleh
digunakan untuk menurunkan suhu dan mengurangkan aktiviti-aktiviti bakteria serta
meningkatkan tahap kesegaran ikan.

Maksud perkataan
a)

Air tawar

: Air yang tahap kemasinannya ialah 0 ppt (bahagian per


seribu).

b)

Nyah klorin :Tindakan mengeluarkan klorin daripada air paip dengan


kaedah diberi pengudaraan, dibiarkan semalaman, atau
dimasukkan anti klorin.

91

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
1. Sebuah pukat tarik.
2. Sebuah tangki penyimpanan sementara (holding tank) yang lengkap dengan alat
pengudaraan.
3. Tangguk tangan (Scoop net).
4. Tong plastik.
5. Raga atau bakul
6. Ais batu
7. Penimbang
8. Kalkulator
9. pum air ( jika perlu )

TUGASAN
1. Menuai ikan setelah mencapai usia 4 hingga 6 bulan dan mengikut saiz
pasaran.
LANGKAH KERJA
Kerja-kerja mengutip hasil mula dijalankan apabila ikan yang diternak telah
mencapai berat purata antara 400g hingga 500g seekor iaitu selepas empat bulan
diternak. Tempoh ternakan adalah bergantung kepada saiz benih yang dilepaskan.
Langkah-langkah yang perlu dijalankan dalam kutipan hasil adalah seperti berikut :a. Kurangkan air kolam sebanyak 50%.
b. Hentikan bekalan oksigen larut dengan mematikan blower untuk menurunkan
kandungan oksigen larut.
c. Masukkan air perlahan-lahan untuk membentuk arus. Ikan-ikan akan bertumpu di
sini untuk mendapatkan oksigen.
d. Pukat ikan-ikan tersebut dengan pantas. Dengan cara ini 90% ikan akan dapat
ditangkap.
e. Pindahkan ikan-ikan tersebut ke dalam tangki simpanan yang mengandungi air
dan oksigen larut yang tinggi. Ikan akan kembali segar semula.
f. Keringkan kolam tersebut untuk mendapatkan baki ikan yang masih terdapat di
dalam kolam tersebut.
92

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

LATIHAN

Arahan : Jawab semua soalan dibawah.


1.

Kerja-kerja mengutip hasil ikan tilapia boleh dijalankan apabila ikan yang
diternak tersebut telah mencapai saiz pasaran iaitu :
A. Antara 300 g hingga 400 g
B. Antara 400 g hingga 500 g
C. Antara 500 g hingga 600 g
D. Antara 600 g hingga 700 g

2.

Tuliskan langkah-langkah yang perlu dijalankan dalam kutipan hasil dalam


ruangan jawapan.
i. Kurangkan air kolam sebanyak 50%.
ii. .........................................................................................................................
.........................................................................................................................
iii. Masukkan air perlahan-lahan untuk membentuk arus. Ikan-ikan akan
bertumpu di sini untuk mendapatkan oksigen.
iv. .........................................................................................................................
.........................................................................................................................
v. Pindahkan ikan-ikan tersebut ke dalam tangki simpanan yang mengandungi
air dan oksigen larut yang tinggi. Ikan akan kembali segar semula.
vi. .........................................................................................................................
.........................................................................................................................

93

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

UNIT 2 : MENGURUS TERNAKAN IKAN AIR TAWAR


STANDARD PEMBELAJARAN:
2. 6 Membungkus ikan air tawar.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid berkebolehan:
2.6.1 Menentukan jenis pembungkusan berdasarkan kategori (hidup atau segar
atau beku).
2.6.2 Membungkus hasil mengikut prosedur.
2.6.3 Melabel pembungkusan mengikut gred dan jenis ikan air tawar.
2.6.4 Mengguna alatan mengikut prosedur.
2.6.5 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti.

94

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Membungkus ikan adalah suatu proses selepas tuai sebelum dipasarkan. Proses
membungkus hasil tuaian ikan sangat penting bagi memastikan kesegaran
terpelihara dan mempunyai nilai harga yang baik. Pembungkusan boleh dilakukan
berdasarkan kategori hidup, segar atau beku. Pembungkusan sebaiknya dilabelkan
mengikut gred dan jenis ikan.

Segala maklumat di atas boleh diperolehi melalui:


Media elektronik :

Komputer riba.

LCD.

Kamera digital.

Internet : www.aquahobby.com, www.dof.gov.my.

DVD : Ternakan ikan air tawar.

Television : Agro Jurnal, Bumi Kita, National Geographic.

Media cetak :

Surat khabar.

Majalah : Agro Tani, Pancing.

Brosur : Jabatan Perikanan.

Jurnal : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, universiti.

Buku panduan yang berkaitan.

KANDUNGAN/FAKTA
Jenis pembungkusan ikan berdasarkan tiga kategori :
a. Pembungkusan hidup.
b. Pembungkusan segar.
c. Pembungkusan sejuk beku.

95

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

1. Proses Pembungkusan Hidup

i. Memasukkan ikan ke dalam plastik

ii. Menimbang ikan

iii. Mengikat bungkusan

iv. Ikan siap dibungkus

v. Ikan dijual kepada pelanggan

96

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

2. Proses Pembungkusan Ikan Segar

i. Membersih bekas

ii. Melapiskan ais

iii. Menyusun ikan satu persatu

iv. Menyusun ikan hingga penuh

v. Melapiskan ais

vi.Melapiskan ais sehingga penuh

viii.Siap untuk dipasarkan

vii. Bekas ditutup rapat


97

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

3. Proses Pembungkusan Sejuk Beku

i.Ikan yang telah


disejuk beku

ii. Disusun di dalam


kotak polisterin

iii. Dibungkus rapi


dengan pita pelekat

Proses pembungkusan sejuk beku

Maksud perkataan
a. Ais : air batu / sejuk beku.
b. Kotak polisterin : Kotak gabus plastik tahan sejuk/panas.
c. Label : maklumat barangan yang dicatat pada bungkusan hasil atau produk.
d. Cable tight : kabel plastik pengikat
e. Kalkulator : mesin penghitung

98

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN


1. Hasil tuaian
2. Ais
3. Tong/bekas plastik.
4. Gayung/penceduk.
5. Alat penimbang.
6. Plastik pembungkus.
7. Getah gelang/ cable tight.
8. Kalkulator
9. Kotak polisterin
10. Pita pelekat
11. Peti sejuk beku (Freezer)

TUGASAN
1. Murid membungkus hasil tuaian ikan air tawar.

LANGKAH KERJA
1. Murid menentukan jenis pembungkusan berdasarkan kategori sama ada hidup
atau segar atau beku mengikut permintaan.
2. Murid membungkus hasil berdasarkan kategori dan mengikut prosedur.
a. Pembungkusan hidup.
i.

Mengisi hasil tuaian ke dalam plastik pembungkus dengan menggunakan


gayung atau penceduk.

ii.

Menimbang hasil tuaian mengikut permintaan dengan menggunakan alat


penimbang.

iii.

Mengira harga jualan mengikut berat timbangan dan gred harga hasil
tuaian dengan menggunakan kalkulator.

iv.

Mengikat bungkusan hasil tuaian dengan menggunakan bahan pengikat


seperti tali, getah gelang atau cable tight.

v.

Melabel maklumat barangan seperti jenis ikan, berat, gred ikan dan harga
jualan.Menjual hasil tuaian.
99

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

b. Pembungkusan segar.
i.

Membersih bekas yang hendak digunakan.

ii.

Melapiskan ketulan ais di dasar bekas.

iii.

Mengisi dan menyusun lapisan hasil tuaian berselang seli dengan


lapisan ais sehingga penuh.

iv.

Menutup bekas hasil tuaian dengan rapat.

v.

Melabel maklumat barangan seperti jenis ikan, berat, gred ikan dan
harga jualan.

vi.

Mengangkut bekas hasil tuaian untuk dipasarkan.

c. Pembungkusan sejuk beku.


i.

Mengambil hasil tuaian yang telah disejuk beku.

ii.

Melapikkan kepingan plastik di dalam kotak polisterin.

iii.

Memasukkan dan menyusun hasil tuaian sejuk beku ke dalam kotak


polisterin.

iv.

Menutup kotak polisterin dengan rapat dan dibungkus rapi dengan pita
pelekat.

v.

Melabel maklumat barangan seperti jenis ikan, berat, gred ikan dan harga
jualan.

vi.

Menghantar dan menjual hasil tuaian sejuk beku.

3. Murid mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti


pembungkusan hasil tuaian.

100

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

LATIHAN

Arahan : Jawab semua soalan di bawah.

1.

2.

Tuliskan di dalam ruangan jawapan tentang jenis-jenis pembungkusan ikan.


a.

Pembungkusan ............................................................................

b.

Pembungkusan ............................................................................

c.

Pembungkusan ............................................................................

Berdasarkan soalan 1, isikan tempat kosong berikut dengan penyataan yang


sesuai.
a. Jenis pembungkusan : Pembungkusan ...............................................

...................................

.................................

101

....................................

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

b. Jenis pembungkusan: .............................................

i.

ii. .

iii. ...........................................................

iv. Ikan siap dibungkus

v. ..............................................................
102

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

c. Jenis Pembungkusan: .......................................................

i. ............................................

ii. Melapiskan ais

iii. ....................................................

iv. ...............................................

v. Melapiskan ais

vi......................................................

viii.....................................................
103

vii. ................................................

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

UNIT 2 : MENGURUS TERNAKAN IKAN AIR TAWAR


STANDARD PEMBELAJARAN:
2. 7

Menghitung anggaran kos pengeluaran.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid berkebolehan:
2.7.1 Menghitung anggaran kos bahan tuaian seperti ais dan plastik pembungkus.
2.7.2 Menghitung anggaran kos upah berdasarkan masa yang digunakan dan
upah.
2.7.3 Menghitung anggaran kos sampingan (overhead) berdasarkan produk yang
dihasilkan.
2.7.4 Menghitung anggaran hasil tuaian.

104

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Anggaran kos pengeluaran ialah jangkaan ke atas kos-kos yang akan dibelanjakan
bagi menjayakan sesuatu projek yang dirancang. Biasanya anggaran kos tidak
sama dengan kos sebenar.
Ia meliputi anggaran kos bahan untuk sesuatu projek, kos upah, dan kos
sampingan (bil air, bil elektrik dan bil telefon).

Komputer riba.
LCD.
Kamera digital.
Internet : www.aquahobby.com, www.dof.gov.my.
DVD : Ternakan ikan air tawar.
Television : Agro Jurnal, Bumi Kita, National Geographic.

Media cetak :
Surat khabar.
Majalah : Agro Tani, dan Pancing.
Brosur : Jabatan Perikanan.
Jurnal : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dan universiti.
Buku panduan yang berkaitan.

105

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

KANDUNGAN/FAKTA
Cadangan: Format anggaran belanjawan
Contoh: Projek Ternakan Ikan Keli (1000 ekor)
Bil.
1.

Keterangan
Kos bahan:
a. Benih ikan
b. Garam dapur
c. Anti klorin (kristal)
d. Penguji klorin
e. Makanan permulaan (starter)
f. Makanan pembesaran (grower)
g. Makanan penamat (finisher)

Kuantiti

Kos
seunit
(RM)

Jumlah
(RM)

1000 ekor
20 kg
3 kg
1 botol
1 bag
2 bag
1 bag

0.10
0.60
5.00
2.50
60.00
45.00
35.00

100.00
12.00
15.00
2.50
60.00
90.00
35.00

Jumlah Kos Bahan


2.
Kos upah
Bil. pekerja X Hari bekerja X Upah sehari
( 1 orang X 25 hari X RM10.00)
3.

314.50
250.00
Jumlah Kos Upah

250.00

Jumlah Kos Sampingan


JUMLAH KESELURUHAN

15.00
80.00
35.00
130.00
694.50

Kos sampingan (overhed)


a. Bil. air
b. Bil elektrik
c. Bil. telefon

106

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN


1.
Alat tulis.
2.
Kalkulator.
3.
Format pengiraan kos.
TUGASAN
1.
Menyatakan kos bahan, kos upah dan kos sampingan (overhed).
2.
Mengira anggaran kos terlibat.
LANGKAH KERJA
1. Murid menyatakan kos bahan, kos upah dan kos sampingan (overhed).
2. Murid mengira anggaran kos terlibat.

107

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

LATIHAN

Arahan : Jawab semua soalan di bawah.


1. Berdasarkan format pengiraan yang diberi, hitungkan anggaran perbelanjaan
berdasarkan maklumat yang dinyatakan.
Projek Ternakan Ikan Tilapia (2000 ekor)

Bil.
1.

Keterangan
Kos bahan:
a. Benih ikan
b. Garam dapur
c. Anti klorin (kristal)
d. Penguji klorin
e. Makanan permulaan (starter)
f. Makanan pembesaran (grower)
g. Makanan penamat (finisher)

Kuantiti

Kos
seunit
(RM)

2000 ekor
20 kg
2 kg
1 botol
2 bag
4 bag
2 bag

0.30
0.50
5.00
2.50
60.00
45.00
35.00

Jumlah
(RM)

10.00
2.50

70.00

Jumlah Kos Bahan


2.

Kos upah
Bil. pekerja X Hari bekerja X Upah sehari
( 1 orang X 25 hari X RM15.00)

3.

Kos sampingan (overhed)


a. Bil. air
b. Bil elektrik
c. Bil. telefon

Jumlah Kos Upah


50.00
80.00
35.00
Jumlah Kos Sampingan
JUMLAH KESELURUHAN

108

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

UNIT 2 : MENGURUS TERNAKAN IKAN AIR TAWAR


STANDARD PEMBELAJARAN:
2. 8 Memasar hasil.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid berkebolehan:
2.8.1

Memasar hasil berdasarkan gred dan harga pasaran.

2.8.2

Mengamalkan komunikasi berkesan dan nilai murni.

109

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Pemasaran merupakan perkara yang amat penting bagi penjualan ikan. Tanpa
pemasaran yang betul perniagaan yang dijalankan akan mengalami kerugian.

Segala maklumat di atas boleh diperolehi melalui:


Media elektronik :

Komputer riba.

LCD.

Kamera digital.

Internet : www.aquahobby.com, www.dof.gov.my.

DVD : Ternakan ikan air tawar.

Television : Agro Jurnal, Bumi Kita, National Geographic.

Media cetak :

Surat khabar.

Majalah : Agro Tani, Pancing.

Brosur : Jabatan Perikanan.

Jurnal : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, universiti.

Buku panduan yang berkaitan.

110

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

KANDUNGAN/FAKTA

Penggredan Ikan
Hasil tangkapan dan tuaian ikan ini digredkan mengikut saiz dan anggaran kuantiti
bergantung kepada spesifikasi gred. Contoh penggredan ikan seperti ikan tilapia
adalah :
a.

Gred AA

berat melebihi 1.2 kg/ekor

b.

Gred A

berat melebihi 0.65 kg/ekor

c.

Gred b

berat di antara 0.4 0.65 kg/ekor

d.

Gred C

berat di antara 0.2 0.4 kg/ekor

Penentuan Harga Pasaran


Hasil tangkapan dan tuaian ikan perlu ditentukan harga pasaran mengikut sumber
harga pasaran yang ditetapkan oleh agensi kerajaan seperti FAMA sebagai
panduan. Panduan penetapan harga ini mengikut pasaran terkini yang dikategorikan
kepada :
a.

Harga ladang

b.

Harga borong

c.

Harga runcit

d.

Harga pasar tani.

Maksud perkataan
a.

Spesifikasi

: Ketetapan sesuatu perkara

b.

FAMA

: Agensi kerajaan yang berkaitan dengan pemasaran hasil


pertanian.

111

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
1. Sebuah pukat tarik.
2. Sebuah tangki penyimpanan sementara (holding tank) yang lengkap dengan alat
pengudaraan.
3. Tangguk tangan (Scoop net).
4. Tong plastik.
5. Raga atau bakul
6. Ais batu
7. Penimbang
8. Kalkulator
9. Pam air ( jika perlu )

TUGASAN
1. Menentukan gred ikan yang dituai setelah mencapai usia 4 hingga 6 bulan dan
mengikut saiz pasaran.

LANGKAH KERJA
1.

Murid menyediakan peralatan dan bahan penuaian ikan.

2.

Melakukan proses penuaian ikan.

3.

Melakukan proses penggredan ikan seperti ketetapan saiz dan gred.

4.

Menimbang mengikut sukatan.

5.

Melakukan pembungkusan hidup, segar atau beku.

6.

Menentukan harga pasaran.

7.

Menjual kepada pelanggan.

112

Modul Pembelajaran Elektif Akuakultur

LATIHAN

Arahan : Jawab semua soalan dibawah.

1. Tuliskan nilai berat gred ikan Tilapia yang akan ditangkap/tuai sebelum ianya
dipasarkan di ruangan jawapan.
a. Gred AA

- ................................................................................

b. Gred A

- ................................................................................

c. Gred b

- ................................................................................

d. Gred C

- ................................................................................

2. Tuliskan kategori penetapan harga pasaran ikan yang boleh digunakan sebagai
panduan penetapan harga pasaran.
a.

Harga .........................................................

b.

Harga .........................................................

c.

Harga .........................................................

d.

Harga .........................................................

113

Anda mungkin juga menyukai