Anda di halaman 1dari 12

Kisah Motivasi

Lebah dan Helang


===============

Di pagi yang cerah, di celahan


pepohonan, ada seekor burung helang
yang malas, sedang berehat di dahan
sebatang pokok.
Selama beberapa hari, burung helang
tersebut hinggap di dahan pohon yang
sama kerana tertarik melihat
sekumpulan lebah yang ternyata sibuk
bekerja bersama-sama untuk membina
sarang yang berjuntai di dahan sebatang
pohon.
Ternampak seekor lebah yang hinggap di
antara bunga-bunga hutan yang mekar,

menghisap madu, dan menghantarnya ke


sarang, kemudiannya terbang kembali ke
dahan tersebut. Begitulah seterusnya
aktiviti lebah berkenaan.
Burung helang yang dari tadi tertanya-
tanya kemudiannya bertanya kepada
lebah berkenaan, "Hai lebah kecil, kamu
kelihatan sibuk terbang dari bunga ke
sarangmu, apa yang kamu sedang
lakukan?
"Lebah itu menjawab, "Aku dan kawan-
kawan sedang membuat sarang."

"Untuk apa kamu membuat sarang


sebesar itu? Bukankah umur kalian
sangat pendek. Sudahlah... tidak perlu
susah-susah bekerja! Santai-santai saja
dan nikmati kehidupanmu yang singkat
itu," demikian burung helang menasihati
si lebah berkenaan.

"Umurku memang tidak sepanjang


umurmu wahai helang. Disebabkan
singkatnya waktu yang aku ada, aku
tidak boleh menyia-nyiakannya. Aku
mestilah gigih bekerja dan rajin supaya
kami dapat menyiapkan sarang kami
sesingkat umur kami," jawab lebah
berkenaan.

"Untuk apa kamu membina sarangmu


cepat-cepat sedangkan kamu akan mati,"
helang itu bertanya.

"Nanti kamu tidak akan dapat merasa


sarang yang telah dihasilkan dengan
susah payah."
"Hahahaha, tuan helang yang gagah lagi
berumur panjang, sungguh kasihan cara
mu berfikir. Disebabkan umur kami yang
singkat inilah, kami harus menghargainya
dengan sebaik-baiknya.

Kami memang makhluk kecil dan berumur


pendek, tetapi kami berbangga dan
bahagia kerana kami memberi manfaat
kepada makhluk lain dengan memberi
semua hasil kerja keras kami sepanjang
hidup. Itulah erti kebahagiaan buat
kami," balas lebah sambil terbang
berlalu pergi.
Mendengar ucapan lebah kecil
tersebut, si burung helang terdiam.
Ia tidak mampu untuk berkata-kata
lagi serta bersombong diri.

Ternyata, di sebalik penampilan


makhluk kecil dan berumur pendek,
mereka mempunyai kehidupan yang
cukup bererti.
Pengajaran daripada cerita ini:

1. Kita perlulah menghargai dan


menikmati setiap detik waktu yang
ada dengan optimis dan berdedikasi
dalam melakukan setiap perkara
supaya kita beroleh manfaat
darinya.
2. Kita perlu menjadi orang yang
memberi manfaat kepada orang di
sekeliling kita tanpa mengharap
balasan.

Glosari
Dedikasi: pengabdian diri, masa, dll
sepenuhnya kpd sesuatu tujuan tertentu
(kerjaya dan lain-lain)

Optimis: (orang yang) selalu menaruh


harapan baik terhadap sesuatu
(perkembangan, kemungkinan, dan lain-
lain), (orang yang) selalu melihat sesuatu
masalah dan lain-lain dgn jangkaan atau
harapan baik: saya juga seorang optimis,
tetapi lebih munasabah dan
menguntungkan jika kita mengambil
sikap berhati-hati dan berjaga-jaga.

Anda mungkin juga menyukai