Anda di halaman 1dari 7

1.

Tyrannosaurus Rex: – Pupus sejak 65 juta tahun yang lalu

Tyrannosaurus Rex ataupun nama ‘manja’nya T.Rex masih kekal sebagai


haiwan pemangsa paling ditakuti yang pernah hidup di muka bumi.
Panjangnya adalah 43.3 kaki, dan 16.6 kaki tinggi dengan berat sehingga 7
tan.! T.Rex dipercayai mempunyai otot kaki dan rahang yang kuat. Ini
menjadikan T.Rex mempunyai pakej lengkap sebagai haiwan pemangsa
yang paling ditakuti oleh mana-mana haiwan lain pada waktu itu. Fosil
T.Rex kebanyakkannya ditemui di negara-negara Benua Amerika Utara.
Setakat ini, saintis telah mengumpul kira-kira 30 fosil T.Rex daripada
kawasan ini.
2.Aurochs: -pupus sejak 1627

Aurochs adalah spesies daripada lembu. Aurochs salah satu haiwan yang
pupus paling popular di Eropah. Aurochs dipercayai berevolusi daripada
lembu daripada India kira-kira 2 million tahun yang lalu. Kemudian Aurochs
telah berhijrah ke Timur Tengah dan kemudian ke Asia seterusnya berhabitat
secara meluas di negara-negara Eropah 250,000 tahun yang lalu. Pada abad
ke 13, kebanyakkan Aurochs berhabitat di Poland, Lithuania, Moldavia,
Transylvania dan timur Prussia.Rekod terakhir Aurochs yang hidup adalah
pada 1627 di Hutan Jaktorow,Poland.Tongkarak Aurochs kemudian di bawa
oleh Swedish Army ke The Property of Livrustkammaren di Stockholm.
3.Dodo: - Pupus sejak lewat abad ke-17

Dodo

Tidak salah untuk mengatakan Dodo ialah haiwan yang telah pupus paling
popular di dunia. Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo seperti
‘as dead as a dodo’ yang membawa maksud kematian yang ragu-ragu dan
pelik. Seperti peribahasa ini, kematian dodo adalah pelik kerana Dodo
dikatakan pupus secara tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo boleh kelihatan
berkeliaran sepertimana ayam-ayam dan itik-itik di kampung. Dodo adalah
burung yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas tanah
sepertimana ayam dan itik. Habitat asal Dodo adalah di Kepulauan
Mauritus.

4.Thylacine a.k.a Tasmanian Tiger :- pupus sejak 1936


Thylacine

Thylacine dipercayai pupus sejak 1936. Haiwan karnivor ini juga digelar
Tasmanian Tiger kerana jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang
badannya. Keunikkan haiwan ini menarik minat ramai saintis. Haiwan ini
berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea. Miskipun
diumumkan haiwan yang telah pupus secara rasmi, terdapat beberapa
pertembungan antara manusia dengan haiwan ini dilaporkan. Akan tetapi,
tiada bukti kukuh untuk menyokongnya. Thylacine dipercayai pupus kerana
pemburuan manusia secara berterusan dan habitatnya yang terancam.

5.Javan Tiger:- Pupus sejak 1980-an


Javan tiger

Saiz Javan Tiger kecil berbanding saiz harimau lain yang terdapat di negara-
negara Asia. Walaubagaimanapun, ia lebih besar berbanding Bali Tiger.
Dipercayai, haiwan karnivor ini pupus sejak 1980-an kerana pencerobohan
habitatnya di hutan kepulauan Jawa. Javan Tiger telah dilihat kali terakhir
pada 1976 dan selepas itu tiada lagi laporan pertembungan dengan haiwan
ini.
Perhatikan gambar-gambar di atas.Pernahkah anda melihat haiwan-haiwan
ini di zoo-zoo atau mana-mana taman negara?Apakah nama haiwan-haiwan
tersebut?

Tahukah adik-adik haiwan-haiwan di atas tidak dapat di temui lagi di


mana-mana tempat di dunia ini.Haiwan-haiwan tersebut sudah pupus dari muka
bumi ini.

Apa itu kepupusan? Bagaimana ia berlaku dan apakah-apakah


puncanya?

Anda mungkin juga menyukai