Anda di halaman 1dari 1

TEKS BACAAN DOA

PROGRAM CAREER TALK BERSAMA GHAZ ABU BAKAR KEPENGARAHAN DAN


PEMBIKINAN FILEM ANJURAN MULTIMEDIA UNIVERSITI DENGAN
KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

.‫الر ِحي ِْم‬


َّ ‫الر ْحمٰ ِن‬
َّ ِ‫بِ ْس ِم للا‬
َ ‫علَى‬
‫س ِي ِدنَا‬ َ ‫س ََل ُم‬
َّ ‫ص ََلة ُ َوال‬ َّ ‫ َوال‬، َ‫ َوال َعاقِبَةُ ِل ْل ُمت َّ ِقيْن‬، َ‫ب ال َعالَ ِميْن‬
ِ ‫اَ ْل َح ْمدُ ِ َّلِلِ َر‬
. َ‫ص َحابِ ِه أَ ْج َم ِعيْن‬
ْ َ ‫علَى آ ِل ِه َوأ‬ َ ‫ُم َح َّم ٍد َو‬
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan
qudratMu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada
pagi yang berbahagia ini, di dalam Program Career Talk Bersama Ghaz Abu Bakar
Kepengarahan dan Pembikinan Filem.

Ya Allah, Ya Munzilarrahmah wa Ya Fatihalbarakah


Berkatilah dan permudahkanlah perjalanan program ini. Jadikanlah ia seumpama
sebuah taman di antara taman-taman syurga. Berilah peluang kepada kami untuk
bertukar idea, ilmu dan pandangan dalam mewujudkan budaya ilmu yang
menyumbang ke arah pembentukan modal insan yang sempurna. Dan jadikanlah
program ini sebagai pencetus inovasi, kreativiti dan produktiviti ke arah kemampanan
pendidikan Negara.

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar


Kau terangilah hati kami dengan cahaya petunjukMu, sebagaimana Engkau
menerangi bumi ini dengan cahaya matahariMu; selama-lamanya. Bukakanlah
kepada kami hikmah-hikmahMu dan limpahkanlah ke atas kami daripada khazanah-
khazanah rahmatMu.

Ya Allah, Ya Zal Jalali wal Ikram


Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang beriman dan
bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah
kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran
yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman
serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـنَا ِم ْن َب ْع ِد ِه تَفَ ُّرقًا َم ْع‬،‫اجعَ ْل َج ْم َعنَا ٰهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬


.‫ص ْو ًما‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
.‫ط ُر ْودًا َو َال َم ْح ُر ْو ًما‬ ْ ‫ش ِقيًّا َو َال َم‬ َ ‫َوالَ تَ ْجعَ ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َو َال َمعَنَا َو َال َم ْن َيتْبَعُنَا‬
‫صلَّى ه‬
ِ‫ّٰللا‬ َ ‫ َو‬.‫ار‬ َ َ‫عذ‬
ِ َّ‫اب الن‬ َ ‫سنَة ًَوقِنَا‬ َ ‫سنَة ً َوفِى ْاْل َ ِخ َرةِ َح‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِى الدُّ ْنيَا َح‬
. َ‫ب ال َعالَ ِميْن‬ِ ‫ َو ْال َح ْمدُ ِ َّلِلِ َر‬،‫سلَّ َم‬ َ ‫علَى آ ِل ِه َو‬
َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬ َ ‫سيِ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ‫علَى‬ َ
. َ‫ب ْال َعالَ ِميْن‬ َّ ‫ يا َ َر‬،‫ ِآمين‬،‫ِآمين‬

Anda mungkin juga menyukai