Anda di halaman 1dari 3

Kemahiran Belajar

KEMAHIRAN BELAJAR

Strategi Dan Teknik Pembelajaran Berkesan

Pengenalan :

Setiap manusia dikurniakan otak yang sama bijak. Bergantung kepada manusia tersebut
menggunakan otaknya dengan sebaik mungkin. Teknik belajar yang baik dapat membantu
orang yang berkebolehan sederhana mencapai keputusan yang
cemerlang berbanding dengan orang yang berkebolehan baik tetapi mempunyai teknik yang
lemah.
Sesuatu teknik / strategi belajar yang baik akan menjimatkan masa, memudahkan kerja,
menambat minat dan boleh kita menguasai pelajaran kita. Semua orang ingin mencapai
keputusan yang cemerlang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencapainya ? Seringkali ramai
penuntut yang beranggapan bahawa keputusan cemerlang hanya untuk orang yang bijak
pandai sahaja. Dengan demikian, mereka tak perlu lagi berusaha mencapai kecemerlangan
kerana mereka bukan dari orang yang bijak pandai..

2. Bagaimanakah caranya mencapai keputusan yang cemerlang ?


Kebanyakan orang bukan bijak pandai, tetapi mereka masih boleh berjaya , mengapa ?
Kita perlulah mempunyai perkara-perkara berikut untuk berjaya dalam pelajaran :
2.1 Suatu sistem yang teratur lagi tepat.
2.2 Keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan..
2.3 Pegangan hidup ” Kerjanya minima tetapi hasilnya maximum”.
2.4 Peraturan yang teliti dan cekap.
Ramai pelajar yang membuat jadual waktu untuk belajar tetapi tidak kurang juga yang hanya
sekadar membuat jadual waktu untuk hiasan dinding tanpa dipatuhi. Bagi yang mematuhinya
pula mereka lebih cenderong untuk membuat diri sibuk dengan membuat pelbagai ulangkaji
dan sebagainya dalam jadual waktu itu. Keadaan seperti ini boleh kita ibaratkan seperti
mendulang bijih timah. Banyak kerja yang hendak dilakukan tetapi perkara pokok yang
dikehendaki di sana ialah bijih
timah sahaja, bukannya tanah, batu, pasir, air dll yang terdapat dalam tanah yang telah digali
tadi. Ramai pelajar gagal mencari bijih timah ini tetapi lebih gemar mengali tanah yang
mempunyai banyak bijih timah. Keadaan seperti ini telah menyebabkan mereka tidak mampu
mendapat keputusan yang baik kerana mereka merasakan pelajaran tersebut terlalu berat
untuk di bawa bersama. Untuk berjaya dalam pelajaran, jawab soalan-soalan berikut kerana ia
dapat membantu mencapai kejayaan anda :
Benar-benarkah anda ingin mencapai kejayaan dalam peperiksaan.?
Adakah anda merasakan anda tidak mampu mencapai kejayaan ?
Selalukah anda bertanya tentang masalah-masalah pelajaran anda ?
Adakah anda mempunyai jadual waktu belajar yang jelas dan teratur ?
Adakah anda taat kepada jadual waktu yg telah dibuat ?
Adakah cara anda membaca memberi anda faedah yang sepenuhnya ?
Adakah cara anda mengulangkaji memberi faedah yang sepenuhnya ?
Tahukah anda cara hendak menimbulkan minat dalam pelajaran anda ?
Adakah anda merasakan kerja sekolah dan isi pelajaran anda terlalu banyak ?
Tahukah anda cara hendak mendapat faedah yang sepenuhnya dari perbincangan ?
Pernahkah anda menilai kemahuan diri sendiri ?
2. BERTANYA.
Bertanya adalah perlu di dalam pelajaran
Ia mungkin disebabkan kurang faham, tidak jelas, tidak ketahui dll.
Jangan biarkan apa yang tidak difahami tanpa bertanya atau merujuk kepada
kamus jika tidak fahami.
Jikalau pelajaran bertambah, kekeliruan anda juga akan bertambah dan mula
timbul kekeliruan. Otak mula berkecamuk.
Jika terus dibiarkan akan menyebabkan topik yang dipelajari sudah jauh dan
sukar ditarik balik (guru tidak akan mengulangi).
Ketinggalan ini akan menyebabkan kerja bertimbun untuk dipelajari sendiri.
Sebelum pelajaran melangkah lebih jauh, bertanyalah kepada rakan atau guru
bagi mengelak kekusutan dan ketidakfahaman anda dalam pelajaran

Faedah Bertanya :
Membuat anda berfikir
Penjelasan akan tersemat / kekal dalam fikiran kita.
Menghilangkan perasaan malu dan takut.
Salah satu cara mengulangkaji pelajaran.

Masalah Bertanya:
– Pelajar sememangnya ingin bertanya
“TAK TAHU APA NAK TANYA”.
membuat persediaan sebelum sesuatu kelas dijalankan.
Baca buku teks dan bina soalan untuk disoal kepada guru / rakan.

Saya takut ?
Cubalah bertanya dengan rakan-rakan dahulu
Bertanya pula dengan guru secara perseorangan
Bertanya dalam kelas dengan yakin.

Ringkasan: Bertanya adalah penting dan jauh kesannya.


Banyak beban masalah dapat diselesaikan segera.
Sediakan pelajaran sebelum kelas dijalankan agar anda ada masa untuk bertanya apa yang
tidak difahami.
Anda terpaksa memberanikan diri
Bertanyalah kepada rakan,guru dll asalkan masalah anda diselesaikan.

3. CARA MEMBACA.
Tujuan :-
– Membaca adalah proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai bacaan
atau pelajaran kita itu.
– Dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik
dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal atau diulangkaji.

Pemahaman:-
– Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman.
Banyak masa akan terbuang jika apa yang dibaca tidak difahami.
Pelajar sering keliru semasa membaca tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan penjelasan.
Keadaan ini menjadikan mereka bosan dan malas membaca(putus asa).
Faedah pemahaman: (jika anda faham apa yang dibaca):
Pemahaman bacaan awak menolong memahami isi berikutnya.
Tahu kedudukan isi pelajaran / fakta penting.
Rasa gembira dan berminat untuk membaca seterusnya.
Seronok dan aktif di kelas.
Mengambil nota dari guru sewaktu mengajar adalah mudah
Sewaktu membaca boleh membina soalan-soalan untuk disoal kepada guru sewaktu mengajar
nanti.
Menggalak anda meluaskan lagi bacaan anda.

Cara Membaca:
Menggaris
Membezakan isi-isi penting (Terpenting,penting dan keterangan)
Meneliti rajah-rajah
Membuat nota-nota dari bacaan anda. Ini akan meringankan beban anda.
Mengenal isi sepintas lalu seperti kandungan,tajuk utama,tajuk kecil dll.
Mengulangkaji bacaan anda daripada nota-nota yang dibuat
Mencuba soalan-soalan dan Latihan yang ada contoh jawapan dapat memperbaiki kelemahan
diri dengan membetulkan semula kesalahan itu.

Ringkasan :
Fahaman adalah unsur yang terpenting sekali dalam membaca. Kesulitan anda haruslah
mendapat penjelasan agar bacaan anda tidak membosankan.
Menanda dan membuat nota dari bahan bacaan besar faedahnya.
Ulangkaji bacaan anda. Hadkan kepada rajah-rajah dan nota-nota anda.
Fakta-fakta haruslah kerap diulangkaji ( 2-3 hari sekali).

Anda mungkin juga menyukai