Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA KEMBARA PEMIMPIN( KEPIMPINAN KOKO ) SMK.SEREMBAN JAYA 1.

RASIONAL

Membina insan berkepimpinan adalah suatu tugas berat yang harus dipikul bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan negara yang bakal bersilih ganti. Membentuk ciri-ciri pemimpin dalam diri pelajar amatlah dituntut kerana usaha ini adalah cukup penting bagi menyediakan pelapis pemimpin di peringkat institut pengajian tinggi seterusnya bakal mengambil alih kepimpinan negara pada masa mendatang. Justeru itu, Kem Bina Kepimpinan ini dizahirkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi membantu meningkatkan ketrampilan diri Pemimpin Pelajar. 2. OBJEKTIF Kem Kepimpinan diharapkan dapat: 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Membina daya kepimpinan di kalangan murid-murid Membentuk rasa tanggungjawab terhadap tugas pemimpin yang diamanahkan. Menanam sifat tegas dan yakin dalam diri pemimpin murid-murid Menanam sikap bekerjasama dalam kumpulan Membentuk semangat berani berdepan dengan khalayak dengan baik Membentuk disiplin diri yang kental dan tahan uji. dan berkomunikasi

3. PELAKSANAAN 3.1 3.2 3.3 Tempat: Taman Rekreasi Ulu Bendol. Tarikh: 14.11.2009 Masa: 1 hari ( 8.00 pagi 6.00 petang )

4. METODOLOGI

4.1 4.2

Ceramah Kembara Berfokus

5. ANGGARAN BAJET KURSUS KEPIMPINAN Bil 1 2 3. 4. 5 6 Perkara 1.1 Makan dan Minum Peserta 2.1 Bayaran Fasilitator/ Penceramah 3.1 Pembelian Khemah 4.1 Tambang Bas 5.1 Kit Perubatan 6.1 Hearler Megaphone JUMLAH BESAR Jumlah RM 10 x 44 orang = RM 440 RM 200 X 2 orang = RM 400 RM 250 X 11buah = RM 2750 RM 300 RM 200 RM 430 RM 4520

6. SUMBER PENDAPATAN 6.1 Wang KOKO dan Motivasi JUMLAH BESAR = RM 4520 = RM 4520

TENTATIF JADUAL KEMBARA PEMIMPIN

7.30 pagi 8.00 pagi 8.15 Pagi 8.30 Pagi 10.30 Pagi 12.00 Pagi 1.00 T.hari 2.30 Petang 5.00 Petang

- Bertolak dari sekolah - Taklimat Kembara - Sarapan pagi - Mendaki gunung - Minum pagi dan aktiviti 1 - Bertolak ke Jeram Kak Lang - Makan T.hari,Solat Zohor berjemaah dan istirahat - Bertolak turun. - Tiba di bawah

6. PENUTUP Pihak UBK berharap agar modul kursus yang diberi akan berjaya membina pemimpin yang berketrampilan kepada para peserta.

Disediakan oleh, ( MUSTAFA KAMAL BIN HJ ABDUL RAHIM) Disemak oleh,

( HARIZAN BIN YAACOB ) PK.KOKO Disahkan oleh,

( JAWAHIR BT ALIAS) Pengetua

Anda mungkin juga menyukai