Kali ni saya kongsikan 3 tanda kekotoran hati. Hati yang bersih terpancar pada sinar cahaya wajah dan dapat
dikenalpasti dari tutur kata, perbuatan, perilaku dan pemikiran yang bersangka baik setiap masa. 3
tanda kekotoran hati saya mulakan dengan… 1. Dengki Amat cepat dengki dengan kemajuan orang
lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja …
Kali ni saya kongsikan 3 tanda kekotoran hati. Hati yang bersih terpancar pada sinar cahaya wajah dan dapat
dikenalpasti dari tutur kata, perbuatan, perilaku dan pemikiran yang bersangka baik setiap masa.
1. Dengki
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa
saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.
2. Tamak
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di
sekelilingnya.
Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh
kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan
walau caranya haram.
Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan
mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja.
Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta.
Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia
pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.
Muhasabah diri Anda. Andai sikap sebegini ada pada Anda, ubah segera hari ini juga!.