Anda di halaman 1dari 7

Topik 5:Permainan Bola Baling

H A S I L P E M B E L A J A R A N
Diakhir topik ini, anda seharusnya dapat:1 . M e n g e n a l p a s t i p e l b a g a i
k e m a h i r a n a s a s d a l a m p e r m a i n a n b o l a baling;2 . M e n g a p l i k a s i k a n
k e m a h i r a n d a l a m s t r a t e g i d a n l a t i h a n p e r m a i n a n tersebut;
dan3 . M e n g a p l i k a s i k a n p e n g e t a h u a n b o l a b a l i n g k e d a l a m
p e n g u r u s a n , pengendalian dan pengelolaan sesuatu kejohanan dan pertandingan.

PENGENALAN
Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bolasepak
telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan bola sepak
telah diperkenalkan pada zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola
sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia
dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan
mengatur pelbagai strategi untukmemperkembangkan permainan bola sepak dari semasa
ke semasa di peringkatkebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia
diharap menjadisalah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat
memberisaingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan
dapatmembantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang,
peraturan,kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
5.2.1 Peraturan
Gelanggang Permainan
Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut lagi marilah kita kenal pasti saizgelanggang
permainan bola baling ini. Gelanggang permainan berukuran 40mpanjang dan 20m
panjang lebar termasuk dua kawasan gol (rujuk Rajah 5.6).Garisan sempadan yang
panjang dipanggil garisan tepi dan garisan yang lebihpendek dipanggil garisan gol (antara
tiang gol). Di sekeliling gelanggang jugaterdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di
sepanjang garisan tepi dan 2m di 5.2
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
belakang garisan gol. Tiang gol (rujuk Rajah 5.7) diletakkan di tengah-tengahantara
garisan gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m panjang dan 3m lebar.Tiang gol juga mesti
dilengkapi dengan jaring kerana sekiranya bola yangdilontar mencecah jaring, bola itu
dianggap telah dijaringkan dan mata akandiperolehi. Di hadapan setiap tiang gol terdapat
kawasan gol. Kawasan gol berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan balingan
percuma (garisan 9meter) ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar kawasan
garisan gol.Garisan 7 meter ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat
sepanjang1m. Ia terletak di hadapan tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan

penalti.Garisan penggantian pemain (Rajah 5.6) untuk setiap pasukan terletak di


antaragarisan tengah dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari kawasan garisan tepi.
Rajah 5.6:Ukuran Gelanggang Permainan
Rajah 5.7Ukuran Tiang Gol.

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING

Masa Permainan, Isyarat Akhir dan Masa Rehat


(a)Masa Permainan
Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur16 tahun ke atas
ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehatpula ialah selama 10 minit. Masa
permainan bagi peringkat remaja bagiumur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit pada setiap
separuh masamanakala bagi peringkat umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit untuksetiap
separuh masa. Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini jugaadalah selama 10 minit.
Jikalau sesuatu perlawanan berakhir dengan seri,perlawanan masa tambahan akan
diadakan selepas rehat selama 5 minit.Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada
dua separuh masadalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat
diantaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturanpertandingan yang
ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola akandipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri
sekali lagi. Sekiranya berlakuseperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau
balingan penaltisebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk
menentukanpemenang.
(b)syarat Akhir
Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balinganpermulaan. Masa
perlawanan tamat juga ditentukan dengan isyaratautomatik melalui jam awam atau
melalui isyarat penjaga masa. Penjagamasa boleh menggunakan jam meja atau jam
randik. Jika terdapat jamawam, maka ia harus disetkan terlebih dahulu supaya bermula
dari 0-30minit. Jika tiada isyarat melalui jam awam atau melalui penjaga masa,pengadil
sendiri akan memberhentikan perlawanan melalui tiupan wisel.Pengadil yang akan
menentukan masa perlawanan akan dihentikan buatsementara, contohnya apabila salah
satu pasukan meminta time-out dan bilakah masanya permainan dimulakan semula,
berserta isyarat yangditunjukkan kepada penjaga masa. Jika tiupan wisel tamat
dibunyikanpada waktu balingan biasa atau balingan 7 meter dilakukan dan bolayang
dibalingkan masih di udara, maka balingan semula perlu dilakukan.Pemain yang
membuat kesalahan peraturan pada waktu balinganpercuma atau balingan 7 meter sedang
berlangsung juga akan didenda. Jika pengadil mendapati bahawa penjaga masa telah
memberi isyarattamat terlalu awal, maka beliau akan meneruskan perlawanan
tersebut berdasarkan baki jangka masa yang tertinggal dengan masa mula semasawisel
ditiupkan. Jika perlawanan separuh masa pertama terlalu lama,maka perlawanan separuh

masa kedua akan disingkatkan mengikutperbezaan masa yang wujud

(c)Memberhentikan perlawanan (t i m e - o u t )

Pemberhentian masa sementara (time-out ) adalah dibenarkan sekiranya berlaku situasi


seperti:
seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang
diminta oleh pasukan yang bermain
melalui isyarat wisel dari penjaga masa atau teknikal pertandingan
Kesalahan melanggar peraturan yang berlaku ketika masa diberhentikansementara (timeout ) adalah sama seperti ketika perlawanan berlangsungdan pengadil akan mengambil
tindakan yang sewajarnya. Secara amnya,pengadil akan memutuskan bila tiba masanya
akan dihentikan dandimulakan semula berhubung dengantime-out
Pengadil juga akanmemberikan isyarat kepada penjaga masa diikuti dengan tiga kali
tiupanwisel dan isyarat T. Setiap pasukan dibenarkan menerima atau membuatsatu
panggilan time-out selama satu minit untuk setiap separuh masa,tetapi ini tidak
dibenarkan ketika masa tambahan.
Rajah 5.8 : Isyarat daripada pengadil
Rajah 5.9: Isyarat time-out kepada penjaga masa

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING


BOLA PERLAWANAN

Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah berbentuk
bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahanyang boleh memberi
kesan silau atau berpermukaan licin. Bagi perlawananpemain lelaki ukuran lilit bola yang
digunakan mestilah 58sm-60sm dan berat diantara 425g-475g (IHF berukuran 3),
manakala bagi pemain wanita pula, ukurlilit bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara
325g-400g. Bola mini hanyadigunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat
sekolah rendah dan bolayang sama saiznya digunakan untuk pemain lelaki dan
perempuan. Pada setiapperlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai
spesifikasi yangditetapkan dalam peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan
berdekatandengan meja penjaga masa semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan
bila bola simpanan boleh digunakan. Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bolayang
digunakan tidak boleh ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING


BOLA PERLAWANAN
Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah berbentuk
bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahanyang boleh memberi

kesan silau atau berpermukaan licin. Bagi perlawananpemain lelaki ukuran lilit bola yang
digunakan mestilah 58sm-60sm dan berat diantara 425g-475g (IHF berukuran 3),
manakala bagi pemain wanita pula, ukurlilit bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara
325g-400g. Bola mini hanyadigunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat
sekolah rendah dan bolayang sama saiznya digunakan untuk pemain lelaki dan
perempuan. Pada setiapperlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai
spesifikasi yangditetapkan dalam peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan
berdekatandengan meja penjaga masa semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan
bila bola simpanan boleh digunakan. Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bolayang
digunakan tidak boleh ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu.
Rajah 5.10: Bola perlawanan untuk perlawanan bola baling Pasukan, Pertukaran Pemain
dan Peralatan
(
a
)
p
asukan
Setiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana 7 daripadanya adalahpemain utama
dan selebihnya adalah pemain simpanan. Setiap pasukanseharusnya mempunyai seorang
penjaga gol pada setiap masa. Setiappasukan perlu mempunyai 5 pemain di dalam
gelanggang untukmemulakan sesuatu perlawanan dan sesuatu perlawanan yang
sedang berlangsung boleh diteruskan sekiranya hanya tinggal lima orang pemainsahaja.
Hanya 4 pegawai sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan semasaperlawanan berlangsung
dan pegawai pasukan ini tidak boleh ditukarsemasa perlawanan sedang berlangsung.
Hanya salah seorang daripadanyasahaja yang akan diberi tanggungjawab terhadap
pasukan dan beliauseorang sahaja yang boleh berurusan dengan penjaga masa atau
penjagaskor dan juga pengadil. Pegawai pasukan juga tidak dibenarkan
memasukigelanggang semasa perlawanan berlangsung dan sekiranya perkara ini
berlaku, pengadil akan terus memberi balingan percuma kepada pihaklawan. Hanya
pemain berdaftar sahaja dibenarkan bermain. Jika terdapatpegawai dan pemain sesuatu
pasukan tiba lewat di gelanggang, makamereka harus mendapat kebenaran daripada
penjaga masa atau penjagaskor untuk bermain.
(
b
)
p
ertukaran Pemain
pertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerapyang boleh
tanpa perlu memberitahu penjaga skor atau penjaga masa tetapisalah seorang daripada
pemain pasukannya mestilah telah keluar darigarisan pertukaran terlebih dahulu.
Peraturan ini juga digunakan untukpertukaran penjaga gol. Pertukaran juga dilakukan
ketika masa dihentikansementara (time-out ). Penggantian secara tidak formal akan
didenda danpemain yang bersalah akan digantung daripada permainan selama duaminit
dan salah seorang pemain pasukannya akan dikeluarkan. Satu balingan percuma kepada
pihak lawan juga akan diberikan sekiranya berlaku kesalahan tersebut. Sekiranya pemain
yang dikenakanpenggantungan selama dua minit ini memasuki gelanggang
sebelumwaktunya, dia akan diberikan tambahan dua minit penggantungan sebagaidenda
(
c
)
Peralatan
Setiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersipasukan masingmasing. Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbezadi antara setiap pasukan.

Setiap penjaga gol setiap pasukan harus memakaiwarna jersi yang sama dengan
pasukannya dan berbeza dengan warna jersipenjaga gol lawan. Pemain mesti memakai
nombor jersi yang berukuran20sm tinggi di belakang baju dan 10sm tinggi di bahagian
hadapan baju.Nombor yang dipakai mestilah di antara 1 hingga 20 dan warnanya
pulamestilah berlawanan dengan warna jersi supaya ia dapat dilihat denganlebih jelas.
Setiap pemain mestilah memakai kasut sukan. Pemain juga

Anda mungkin juga menyukai