Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Adakah anda semua terfikir kenapa saya gunakan pelampung sebagai gimik pelancaran pada hari
ini?

Saja saya tak guna sediakan payung sebelum hujan, sebab hujan tu, kalau takde payung pun boleh
survive lagi. Basah sikit-sikit aje. Masih boleh hidup.

Kalau dah jatuh dalam air, siapa tak tahu berenang, boleh mati lemas. Siapa tak tahu berenang tapi
ada pelampung, pun masih boleh survive.

Analoginya saya berikan dalam 5 keadaan dan situasi

Keadaan biasa : Kita dapat hidup dalam keadaan sihat sejahtera, aman dan harmoni/dapat bernafas
seperti dengan orang lain/dapat mengecapi apa yang kita idamkan

Keadaan anda dijatuhkan kedalam air : satu keadaan anda dihujani dengan masalah, rasa sedih,
tidak tenteram, sedih, rasa terkilan rasa keseorangan, rasa tiada orang yang mempedulikan kita, dan
rasa kkehidupan ini tiada guna lagi

Anda pandai berenang : anda mempunyai cara, sklill kemahiran untuk tangani masalah ini dengan
baik

Anda tetap lemas : masalah menjadi makin parah walaupun beberapa kali mengubah cara, skil
atau kemahiran yang ada

Tetapi anda lupa sesuatu bahawa anda mempunyai pelampung : yang merujuk kepada kasih
sayang Allah dan Pencipta kita yang senantiasa berada dengan kita walaupun kita jarang berpaut dan
menggunakannya.

JUSTERU, SEBARKAN SEBUTIR KASIH SEJUTA SAYANG kepada anak2 didik kita tanpa ada diskriminasi
Pelampung Kasih Sayang ini akan memberi seribu kebahagiaan dalam kehidupan anak-anak didik
kita.

Anda mungkin juga menyukai