Anda di halaman 1dari 5

10. Rusa Irish (5,200 S.M.

)
Patung rusa Irish

Rusa Irish, atau nama saintifiknya, Megaloceros giganteus, wujud 400,000 tahun dahulu
dan pupus 5,000 tahun dahulu. Rusa ini mempunyai ketinggian 7 kaki pada aras
bahunya dan mempunyai berat badan seberat 700kg.
Haiwan ini dahulunya berkeliaran dari kawasan negara Ireland kini hingga ke Siberia.
Faktor kepupusannya dikaitkan dengan kegiatan pemburuan yang dilakukan manusia.

Perubahan taburan ais pada masa itu juga mungkin telah menyebabkan perubahan jenis
tumbuhan yang tumbuh di habitat mereka. Ini menyebabkan sumber makanan yang
diperolehi haiwan ini terjejas.

9. Quagga (1883)

Gambar foto seekor Quagga yang diambil di Zoo London pada tahun 1870
Sebahagian kuda dan sebahagian lagi zebra, haiwan yang dikenali sebagai Quagga ini
wujud 200 000 tahun dahulu dan telah pupus pada abad ke-19.

Haiwan ini mempunyai habitat di Afrika Selatan dan namanya diberi berdasarkan bunyi
yang dihasilkan haiwan ini. Nama saintifiknya pula adalah Equus quagga.
Ianya diburu sehingga pupus pada tahun 1883 untuk melindungi tanah bagi kegunaan
haiwan ternakan selain untuk mendapatkan daging dan kulitnya.

8. Serigala Honshu (1905)

Seekor serigala Honshu yang diawet di Zoo Ueno, Jepun


Serigala Honshu (Canis lupus hodophilax) dahulunya hidup di kepulauan Shikoku,
Hyushu dan Honshu di negara Jepun. Pada tahun 1732, populasi serigala ini dijangkiti
penyakit anjing gila yang telah menyebabkan banyak dalam kalangan populasi haiwan
ini terbunuh.
Dan oleh kerana interaksi diantara populasi serigala ini dengan manusia meningkat
akibat daripada kegiatan pembasmian hutan, haiwan ini terus diburu sehingga ianya
pupus pada tahun 1905.

7. Burung Great Auk (1852)

Burung Great Auk mempunyai ciri-ciri fizikal seperti burung penguin


Dikenali dengan nama saintifiknya, pinguinus impennis, burung Great Auk ini banyak
persamaannya dengan burung-burung penguin. Seperti burung-burung penguin, burung
Great Auk ini adalah perenang yang baik, menyimpan lemak untuk memanaskan badan,
dan tinggal di dalam koloni yang besar.
Pada abad ke-16, masyarakat Eropah memburu burung ini untuk mendapatkan bulunya
untuk dijadikan bantal. Kemudiannya di Amerika Utara, burung ini diburu untuk dijadikan
umpan untuk menangkap ikan. Ianya juga disiat dan dibakar hidup-hidup untuk diambil
bulunya atau untuk dimakan. Burung ini pupus pada abad ke-19.
6. Kura-kura Pulau Pinta (2012)

Lonesome George, kura-kura Pulau Pinta yang terakhir, mati pada tahun 2012
Kura-kura Pulau Pinta (Chelonoidis nigra abingdonii) ini adalah sejenis subspesis kura-
kura gergasi yang tinggal di Pulau Galapagos. Pada kurun ke-19, ianya diburu untuk
dijadikan makanan.
Dan pada tahun 1950-an, habitat kura-kura ini telah musnah apabila kambing ternakan
mula dibawa masuk ke pulau tersebut. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk
menyelamatkan spesis ini, tetapi menjelang tahun 1971, hanya seekor sahaja spesis
kura-kura ini yang masih hidup.

Kura-kura yang dinamakan Lonesome George ini mati pada tahun 2012, segala usaha
untuk membiakkan baka spesis kura-kura ini telah gagal.

5. Sapi Laut Steller (1768)

Perbandingan saiz Sapi Laut Steller dengan saiz manusia


Sapi laut Steller adalah hidupan mamalia laut besar yang memakan tumbuh-tumbuhan.
Ianya ditemui oleh Georg Wihelm Steller. Dalam masa 3 dekad sejak penemuan haiwan
ini, ianya telah pupus diburu masyarakat Eropah.

Sifatnya yang jinak dan kebiasaan haiwan ini mencari makanan di permukaan laut yang
cetek memudahkan haiwan ini diburu dan dibunuh. Sapi laut Steller, atau nama
saintifiknya, hydrodamalis gigas, telah pupus pada tahun 1768.
4. Smilodon (10,000 S.M.)

Smilodon mempunyai gigi bertaring yang panjang


Fosil haiwan ini banyak ditemui di kawasan Amerika Utara dan Amerika Selatan.
Walaupun ianya lebih dikenali sebagai kucing bergigi pedang, ciri-ciri fizikal haiwan ini
sebenarnya lebih hampir kepada seekor beruang.

Pada kebiasaanya, Smilodon akan memburu haiwan yang lebih besar daripada saiz
mereka sendiri seperti kerbau bison, rusa, dan gajah mammoth. Kepupusan Smilodon
berkait rapat dengan pemburuan yang dilakukan manusia.

3. Gajah Mammoth (2,000 S.M.)

Gambaran pelukis Gajah Mammoth


Gajah Mammoth (Mammuthus primigenius) dahulunya hidup di kawasan tundra artik.
Ianya mempunyai ketinggian 11 kaki dan beratnya mencecah 6 tan, iaitu lebih kurang
sama dengan ciri-ciri fizikal gajah Afrika.
Tetapi berbeza dengan gajah yang kita biasa lihat hari ini, gajah mammoth diselaputi
bulu berwarna perang dan hitam serta berekor pendek.

Gajah Mammoth ini mempunyai gading yang panjang untuk bertempur atau mencari
makanan. Dan gading inilah yang menjadi bahan utama yang diburu manusia selain
daging haiwan ini yang dijadikan makanan. Haiwan ini pupus lebih kurang 4000 tahun
yang lalu.

2. Burung Moa (1400)

Lakon semula aktiviti pemburuan burung Moa


Burung Moa (Dinomithiformes) adalah spesis burung asli di New Zealand. Haiwan ini
tiada keupayaan untuk terbang dengan ketinggian mencecah 12 kaki dan beratnya yang
mencecah 230kg.
Pada kebiasaanya, burung Moa ini menjadi mangsa buruan burung helang Haast. Tetapi
keadaan berubah dengan ketibaan masyarakat Mãori pada tahun 1300 yang memburu
mereka sehingga haiwan ini kepupusan. Akibat daripada itu, spesis burung helang Haast
juga telah pupus kerana kekurangan sumber makanan.

1. Harimau Tasmanian (1936)

Haiwan nokturnal ini memburu pada waktu malam


Harimau Tasmanian (Thylacine) merupakan haiwan karnivor marsupial yang terbesar
pada zaman moden ini. Ianya pupus pada tahun 1930-an kesan daripada aktiviti
pemburuan yang tidak terkawal oleh para peladang yang ingin melindungi haiwan-
haiwan ternakan mereka.
Antara faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kepupusan haiwan ini ialah
kehilangan habitat kesan daripada perluasan kawasan pertanian, serangan wabak
penyakit, dan penggunaan anjing di dalam menjaga keselamatan haiwan-haiwan
ternakan.

Haiwan ini dahulunya dijumpai di Tasmania, Australia, dan New Guinea. Ianya boleh
membesar sehingga 2 meter panjang dari kepala hingga ke ekor.

Anda mungkin juga menyukai