Anda di halaman 1dari 4

TEKS PIDATO

Sejambak kasih seharum kasturi buat saudara dan saudari peneraju majlis,

peneraju kehakiman yang berlandaskan neraca keadilan, guru – guru penggerak

generasi berwawasan, seterusnya warga dewan yang dikasihi sekalian.

ASSALAMUALAIKUM WBT…..

Pelajar Berwawasan Aspirasi Negara, begitulah tajuk pidato yang bakal saya

persembahkan. Namun sebelum ledakan hujah menghujani seisi dewan, mohon izin

untuk mendefinisikan tajuk pidato saya pada hari ini. Pelajar berwawasan ditakrifkan

sebagai golongan muda yang berpandangan jauh ke arah kemajuan atau

perkembangan masa depan sesebuah institusi. Manakala Aspirasi Negara pula di

ertikan sebagai keinginan yang kuat sesebuah pentadbiran. Secara holistiknya,

pelajaran berwawasan aspirasi negara merupakan hasrat negara untuk melahirkan

golongan muda yang berpandangan jauh. Oleh itu, dapat kita simpulkan pelajar masa

kini bakal menerajui negara.

Sidang saksi yang bervisi,

Tirai pidato ini saya singkapkan dengan hujah saya yang pertama. Di bawah

lembayung kata “ pelajar berintelek penjana wawasan negara”. Hari ini kita melihat

kebijaksanaan dan ilmu merupakan perencah untuk mencapai matlamat. Kita perlu

sedar bahawa kita ini memerlukan kepintaran dalam diri pelajar untuk menjadi acuan

kea rah negara maju. Hari ini bersaksikanlah warga dewan sekalian, lihat sahaja

kepintaran Siti Aishah Kamarulzaman. Bukan sahaja menjadi kebanggaan Universiti

Teknologi Mara ,malahan juga mencatat sejarah sebagai pelajar yang ketujuh terbaik

di dunia..Betullah apa yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad jika ingin

1
menjulang api kemajuan, nyalakan ilmu sebelum berjuang.Atas sebab itu, sektor

Pendidikan terus mendapat peruntukan iaitu sebanyak 21% daripada jumlah

keseluruhan bajet.

Sidang dewan yang saya kasihi..

Hujah saya yang kedua, kekuatan fizikal dan mental pelajar menjana semangat

waja agar dapat berdiri sama tinggi seiring dengan negara maju. Akademik yang

cemerlang ,tidak akan berguna jika tidak disepadukan dengan kesihatan fizikal dan

mental.Pada era globalisasi yang penuh kompetitif ini, pelajar perlulah memilih

kecergasan fizikal dan semangat waja agar berdiri sama tinggi dan duduk sama

rendah dengan negara maju.

Lihat sahaja kelincahan dan ketangkasan ahli-ahli sukan negara yang

menjulang nama negara dipersada dunia seperti Datuk Nico David, Datuk Lee Chong

Wei, Azizul Hasni Awang dan Pandalela Rinong yang telah membuka mata

masyarakat dunia

Sidang dewan penggerak wawasan..

Pelajar berkaliber, peneraju pemimpin negara menjadi kata kunci kepada hujah

saya yang ketiga. Tokoh – tokoh besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Uthman bin

Affan, Usamah bin Said, dan Uqbah bin Nafi. Mereka ini adalah sebahagian daripada

generasi pemuda Islam yang memiliki semangat kepimpinan tinggi. Tidak hanya

berhenti disitu, semangat kepimpinan terus meresap dalam diri Salahuddin Al - Ayubi

2
dalam mempertahankan negara. Sedarilah sekiranya pelajar mempunyai sikap

kepimpinan yang tinggi, negara pun turut lebih bervisi

Rakan – rakan yang disayangi

Sebagai pengikat kata, marilah kita menjadi pelajar yang mampu

menggegarkan dunia kerana Malaysia memerlukan kita untuk menjadi teraju ke arah

menjadi negara maju berwawasan. In Sya Allah.

Hendak belayar ke Pulau Dedak,

Selasih dibawa dengan Kasturi;

Tiga hujah telah diledak,

Izin saya mohon permisi.

Sekian, wabillahhitaufiq….

3
4

Anda mungkin juga menyukai