Anda di halaman 1dari 1

Menara Taming Sari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Jump to navigationJump to search

Menara Taming Sari

Lantai Menara Taming Sari


Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang
terletak di Bandar Hilir, Melaka, Malaysia (bersebelahan Dataran Pahlawan).
Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama
Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar
jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24
juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah
berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.

Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka


mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-
kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula
berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan
perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran
Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh
sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.

Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan
Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut
terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain
memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang
diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.

Anda mungkin juga menyukai